9 Langkah Simple Tapi Power Untuk Mulakan Bisnes Online Dari Rumah

cara buat bisnes online dari rumah

Zaman sekarang, nak mulakan bisnes online cukup mudah.

Hanya perlukan telefon bimbit dan internet.

Cukup ada dua benda ini, dah boleh buat duit.

Buktinya?

Nak order makanan, kita buka GrabFood.

Nak cari baju, kita buka Instagram. Nak beli apa-apa sahaja, kita buka Shopee.

Pokok pangkalnya, semua barangan dah di-onlinekan.

Dan datangnya PKP merancakkan lagi scene perniagaan online ni.

Business owner terpaksa onlinekan bisnes mereka kalau nak survive.

Jadi, rugilah kalau kita ada telefon pintar dan internet tapi tak digunakan untuk jana income.

“Tapi… saya tak ada modal!”

Jangan risau, dalam artikel kali ini saya akan kongsikan cara mulakan bisnes online.

Tak semua bisnes perlukan modal yang besar.

Percayalah, untuk menjana wang, anda cuma perlukan internet, telefon, sedikit kerajinan dan ilmu.

Jom!

Apa Itu Bisnes Online?

Bisnes online juga kita kenali sebagai perniagaan dalam talian.

Ia adalah perniagaan yang operasinya dibuat secara online, dan kita menjana pendapatan secara online.

Aktiviti perniagaan online ini termasuklah membeli melalui internet, menjual dan beriklan.

mulakan bisnes online

Bisnes Online Ni Scam Ke?

Sebenarnya, apa-apa bisnes sekalipun boleh jadi scam.

Tak semestinya, operasi jualan tak dilakukan secara empat mata itu scam. Malah, ramai orang kena scam dengan jualan secara langsung ni.

Anda mesti pernah dengar cerita orang kena scam beli penapis air mahal, kan?

Bisnes online ini pun sama juga.

Ada yang scam dan ada yang tidak.

Semuanya bergantung kepada diri sendiri. Anda perlu bijak untuk menilai perniagaan itu scam atau tak.

Nak tahu scam ke tak, mudah je.

Kalau kita dijanjikan bulan dan bintang dengan kerja yang sangat mudah, pastilah benda tu scam.

Ingat lagi, Isharefans yang berjaya tipu ramai orang pada tahun 2020?

Hanya dengan Like dan Share, anda dah dapat duit. Perniagaan yang tidak ada risiko langsung, memang scam.

Okey, saya dah berkecimpung dalam dunia bisnes online sejak 2014.

Dan saya berani jamin, bisnes online ini legit. Ada sistem yang teratur. Dan ada terma dan syarat yang jelas.

Ciri-ciri Bisnes Online Terbaik Untuk Dimulakan

Terbaik atau tak ini subjektif.

Ada orang sesuai buat dropship. Ada orang sesuai buat affiliate. Ada orang sesuai buat bisnes shopee.

So ia bergantung pada keadaan anda dan pasaran yang nak ditembusi.

Tapi, secara umum, memang ada ciri-ciri bisnes online terbaik untuk bantu anda menilai pada peringkat awal.

Antaranya :

  • Mudah set-up
  • Tidak ada sempadan geografi
  • Jauh lebih murah daripada perniagaan tradisional
  • Tak perlu ada kedai fizikal
  • Waktu perniagaan yang fleksibel
  • Strategi pemasaran yang lebih kos efektif.
  • Pembeli dan penjual tidak perlu bertemu
  • Penghantaran produk tidak mengambil masa
  • Sesiapa sahaja boleh membeli apa sahaja dari mana sahaja pada bila-bila masa

Perasan tak, pegang stok bukanlah ciri utama untuk buat bisnes online?

Jadi, sesiapa sahaja boleh buat bisnes online.

Tak perlu tunggu ada modal besar untuk mula berniaga.

Mulakan bisnes online anda sekarang dan dari sini, kumpul modal perlahan-lahan.

9 Langkah & Cara Mulakan Bisnes Online Yang Berkesan

“If you fail to plan, you plan to fail.”

Walaupun memulakan bisnes online lebih mudah berbanding bisnes yang ada kedai fizikal, kita tak boleh buat ikut suka.

Online business is still a business.

Perlu perancangan ketat dan bersistem supaya kita tak pening kepala apabila bisnes makin maju nanti.

a) Tentukan Niche

Cara memulakan bisnes online yang pertama ialah tentukan niche.

Niche tu apa?”

Niche ialah apa yang kita nak fokuskan. Ia adalah segmen kecil daripada suatu bidang pasaran yang besar.

maksud-niche-market

Katakan kita nak jual produk rambut. Kita tahu yang setiap orang ada masalah rambut yang berbeza.

Si A, rambut mudah gugur. Si B, rambut jenis keriting dan keras. Si C pula, rambutnya berkelemumur.

Setiap masalah ini perlukan jalan penyelesaian yang berbeza.

Jadi, anda fokuskan kepada satu masalah sahaja. Jadikan ia niche anda.

Kita ambil contoh syampu Head & Shoulder. Niche yang dia jaga ialah rambut dengan masalah kelemumur.

Semuanya berkaitan anti dandruff.

Dia tawarkan kepada kita kehidupan yang ‘flake-free’.

Iyalah, mesti malu kan kalau pakai baju hitam, lepas tu ada pula kepingan-kepingan putih pada baju.

Dah ada niche, tak semestinya tak boleh jual yang tak berkaitan niche.

Macam Head & Shoulder, dia ada banyak lagi produk untuk masalah rambut lain. Cuma, dia kurang tekankan sebab itu bukan niche dia.

b) Kenalpasti Golongan Sasaran

Dah ada niche, kita perlu tentukan golongan sasaran. Maksudnya kepada siapa kita nak menjual.

Jangan skip bahagian ni. Ini antara bahagian terpenting dalam menentukan hala tuju bisnes anda.

Sebab apalah gunanya kita jual produk, kalau tak ada orang nak membeli.

Siapa golongan sasaran kita akan menentukan strategi pemasaran kita secara keseluruhan.

Katakan kita nak jual syampu. Kita nak jual syampu kepada golongan T20, M40 atau B40?

Bila nak jual kepada B40 contohnya, tak bolehlah nak jual mahal. Tapi, kita masih boleh dapat untung sebab boleh cut pada cost production.

Iyalah, golongan ini tak kisah sangat pasal packaging produk tak berapa eksklusif. Asalkan ada perkataan ‘Shampoo’ pada botol, dah okey.

Ini hanyalah suatu contoh untuk kenal pasti golongan sasaran.

Lebih bagus sekiranya kita boleh perincikan lagi siapa bakal pembeli. Fikirkan dalam-dalam, betul-betul detail tentang mereka.

  • Maklumat demografi (umur, jantina, status perkahwinan, pendapatan dan lain-lain).
  • Bagaimana mereka membuat keputusan pembelian?
  • Minat dan hobi?
  • Platform pilihan? Suka guna Facebook atau Instagram?

c) Kenalpasti Masalah Golongan Sasaran

Sebelum nak berniaga online, anda perlu tahu satu perkara: SEMUA BISNES SELESAIKAN MASALAH!

Tukang paip baiki paip yang bocor.
Netflix hilangkan bosan.
Fesyen bantu orang ekspresikan diri.
Shopee mudahkan orang serata Malaysia nak membeli.
Sabun basuh baju untuk hilangkan kotoran dan wangikan cucian.

Inilah peraturannya: Sesebuah bisnes mesti selesaikan masalah.

Dan semakin besar masalah yang dapat kita selesaikan dengan baik, semakin banyak wang yang sanggup orang bayar.

Misalnya industri kesihatan. Mereka selesaikan masalah besar.

Itulah sebabnya hampir semua orang sanggup habiskan banyak wang untuk ke hospital.

Yang kurang berkemampuan pun usahakan diri untuk mencarum takaful supaya dapat ke hospital yang selesa jika jatuh sakit.

Jadi, carilah masalah yang nak diselesaikan. Saya beri contoh.

Golongan sasaran: Remaja perempuan yang pentingkan gaya

Masalah: Ingin tonjolkan diri dengan yakin tanpa keluarkan kos yang banyak. Mesti menutup aurat.

Penyelesaian: Kita hasilkan rangkaian pakaian Muslimah yang budget-friendly untuk remaja perempuan. Terdiri daripada skirt, baju labuh, dress labuh dan sebagainya.

d) Bina Satu Blog

Bagi saya, blog ialah tempat yang tepat untuk mulakan bisnes online. Ia adalah tempat untuk kita cari dan kumpulkan prospek.

Kalau anda tak pandai nak menulis ataupun nak update setiap minggu, buat landing page pun dah okey. Asalkan ada tempat untuk anda sampaikan mesej.

Bila kita dah berjaya kumpulkan audiens di satu tempat, kita boleh menjual dengan mudah.

Saya sendiri sebenarnya menjual di blog.

Melalui Kartel Digital ini misalnya, saya buat duit dengan menjadi affiliate bagi beberapa produk digital.

Walaupun tujuan utama saya ialah untuk share cara buat duit online dengan anda, saya gunakan juga peluang ini untuk jana wang secara pasif.

Kalau anda nak buat blog dan tak tahu macam mana nak bermula, ikuti panduan yang saya dah tulis ni.

e) Bina Database Emel

“Perlu ke kumpul alamat e-mel prospek kalau kita tak nak buat email marketing?”

Jawapan saya, perlu.

Mungkin sekarang kita tak rasa nak mulakan lagi.

Tapi, sekiranya anda dah mula kumpulkan data pelanggan dari sekarang, proses marketing anda akan jadi lebih mudah.

Ramai orang tak buat email marketing sebab rasa susah dan dia cumalah bisnes kecil.

Iyalah, biasanya yang gunakan email marketing ialah jenama-jenama besar seperti BuzzFeed, Unicef, Zalora dan kebanyakan sifu bisnes.

Bagi saya, bisnes kecil pun sesuai untuk buat email marketing.

Sebab kita seolah-olah dapat ketuk pintu rumah prospek dan pelanggan. Direct!

Bukan nak kena tunggu mereka nampak iklan kita di media sosial, baru nak boleh menjual.

Guna email marketing mudahkan kita untuk buat conversion.

Bukan saya yang cakap tau.

Ada kajian yang mengatakan bagi setiap 1USD yang kita laburkan untuk pemasaran jenis ini, pulangannya 32USD. Memang berbaloi.

Jadi, mulakan kumpul e-mel prospek dan pelanggan.

Saya gunakan Email Marketing Provider (EMP) daripada ConvertKit. Sangat mudah untuk newbie.

Cara nak set-up ConvertKit dan cara tulis e-mel pun saya dah tulis beberapa minggu lepas di sini.

f) Cari Produk Yang Berpotensi Untuk Pergi Jauh

Ini ialah bahagian yang penting kerana pemilihan produk yang tepat pastinya akan jana sales dengan lebih cepat.

Kalau anda tak mahu keluarkan produk sendiri dan tak pandai nak cari stok, saya sarankan untuk anda bermula dengan dropshipping dan Affiliate Marketing.

Kos yang rendah, tak perlu bekukan duit dalam bentuk stok dan menariknya, boleh buat beribu-ribu sebulan kalau kena cara.

Walaupun tak pegang barang, mestilah kita nak order masuk banyak, kan?

Jadi, jual produk yang banyak permintaan.

Anda boleh buat research di marketplace seperti Shopee dan Lazada.

Just pilih ikut kategori niche anda, dan sort ikut best-selling atau most orders.

Kemudian, catat barangan jenis mana yang banyak terjual.

Nak guna software pun boleh. Lebih cepat dan kita boleh tengok laman e-commerce orang lain.

software cari produk hot untuk bisnes online

Macam saya, saya suka guna SaleSource dan Thieves.co

Dalam beberapa minit dah dapat result yang tepat produk mana yang high demand.

i) Dropshipping

Dropshipping ialah kaedah menjual barangan tanpa menyimpan sendiri stok.

Anda akan menjadi orang tengah antara pelanggan dan supplier.

  1. Pelanggan pesan produk di laman e-commerce anda.
  2. Anda hantar pesanan kepada supplier.
  3. Supplier hantar produk terus kepada pelanggan.
dropship malaysia

Dropshipping ialah pilihan yang menarik untuk sesiapa yang nak berbisnes tapi takut barang tak laku.

Kalau nak belajar lebih lanjut tentang Dropshipping, boleh pergi ke artikel sebelum ini.

ii) Affiliate Marketing

Affiliate Marketing ialah cara yang sangat mudah nak buat duit. Affiliate ni macam kita jadi duta kecil kepada sesuatu produk. Kerja kita, promote produk orang.

Caranya:

  1. Daftar untuk jadi affiliate. Sama ada dengan Independent Affiliate Program atau Affiliate Network.
  2. Pilih produk yang anda nak promosikan
  3. Promosikan. Kebanyakan orang suka kongsi di media sosial. Macam kita selalu tengok orang buat Shopee Thread dan letak link.
  4. Anda dibayar komisyen bagi setiap jualan yang dihasilkan melalui link anda.
affiliate marketing malaysia

Ada banyak pilihan tempat yang tawarkan Affiliate Marketing.

Kalau di Malaysia, yang popular ialah AccessTrade, KlikJer, InvolveAsia, Shopee dan Lazada.

Tapi saya personally suka guna AccessTrade dan InvolveAsia sebab nak apply senang dan dapat jual bermacam jenis produk dan brand. Komisyen pun not bad.

Kalau nak belajar lebih lanjut tentang Affiliate Marketing, boleh rujuk artikel yang saya dah tulis.

g) Bina Store eCommerce

Selepas anda dah jelas bisnes apa yang anda nak buat, tibalah masanya anda tentukan platform. Nak berniaga di mana?

Kalau nak buat dropship dalam Malaysia, mudah je.

Cari stokis di Instagram dan Facebook dan jual pun di platform yang sama.

Tapi yang tak bestnya dropship style ni, kita kena layan prospek sampai dia jadi pembeli. Semuanya manual.

Kalau nak buat dropship yang semuanya automatik, anda buat laman ecommerce sendiri.

Kaedahnya, kita jual barangan orang di laman web sendiri. Prospek boleh pilih nak beli apa di laman e-commerce kita dan buat bayaran secara direct.

Kita tak perlu pening kepala nak tunggu customer bayar dulu, baru kita bayar kat supplier.

Nak buat laman e-commerce ni mudah sangat. Saya sarankan anda guna Shopify sebab senang nak set-up.

Anda tak perlu power programming pun untuk ada laman e-commerce yang cantik. Banyak template free yang boleh digunakan.

Saya sendiri pun guna Shopify.

h) Rancang Strategi Pemasaran Digital

Dah buat laman e-commerce dan daftar jadi affiliate, jangan nak tunggu orang beli kalau kita langsung tak promote. Nak menjual memang kena buat marketing.

Kat sini, saya share kaedah digital marketing yang biasa orang guna.

Media sosial: Gunakan media sosial seperti Facebook dan Twitter untuk share pasal produk anda. Kat sini, tak perlu hard-selling. Cukup kongsi manfaat produk dan beri link untuk ke laman e-commerce anda ataupun affiliate.

Biasa kita tengok orang share Shopee haul dan review di Twitter. Haaa, mereka ini buat Affiliate Marketing.

Paid Ads: Kita buat iklan berbayar di Facebook, Instagram, Google, dan YouTube. Ramai orang tak nak buat paid ads sebab nak buat zero-cost marketing.

Tapi pada saya, paid ads lebih efektif sebab lebih cepat mesej marketing kita sampai kepada golongan sasaran.

Gunakan Influencer: Kerjasama dengan influencer untuk promosikan produk anda.

i) Promote, promote dan promote!

Kita nak pastikan orang tahu pasal produk kita, kenalah selalu promote.

Kunci nak jadi marketer yang berjaya ialah consistency. Kena promote, promote dan promote.

Janganlah buat satu hari, tak masuk sales dah nak putus asa.

Hari ini dia tak membeli dengan kita. Tapi disebabkan kita selalu share pasal produk, tak mustahil dia akan tertarik untuk membeli.

5 Tips Berjaya Dalam Perniagaan Online

Nak berjaya dalam apa bidang pun mesti kena ambil nasihat dari orang berpengalaman.

Disebabkan saya ada pengalaman (haha), so saya bagi lima nasihat atau tips berjaya dalam perniagaan online.

a) Bina audien sendiri dari awal

Bayangkan, seorang penyanyi buat konsert tanpa uar-uarkan kepada umum.

Tak pernah menyanyi di YouTube, masuk TV, buat konten di IG dan juga FB. Tiba-tiba nak buat konsert.

Anda rasa, berapa ramai yang akan datang tonton?

Mungkin tak ada orang.

Macam itu jugalah bila kita buat bisnes.

Bina audiens dari awal. Engage dengan golongan sasaran dari awal. Build their trust.

Dan kalau pun bisnes pertama kita tak dapat untung, kita tak sepenuhnya gagal bila kita berjaya kumpul database pelanggan.

Database ialah kunci untuk kita menapak lebih cepat dalam dunia bisnes online.

b) Buat Personal Branding

Personal branding penting untuk bina kepercayaan orang.

Bila orang tengok kita selalu kongsi hal-hal yang memberi manfaat, orang akan mula percaya apa yang kita suggest.

And unlikely untuk kita jadi scammer. So, orang percaya.

Nak tengok personal branding yang padu, anda boleh tengok Facebook Super Daddy.

Dia suka bercerita. Dan dalam ceritanya, mesti akan selit satu link affiliate.

Saya tak tahu berapa income dia buat dari jadi affiliate, tapi kita boleh teka jumlahnya banyak!

Memang tak mudah nak sampai ke tahap ni. Tapi, bila dah dapat, mudah kan urusan ‘menjual’ kita?

Buat satu post yang menarik, letak link, kemudian orang lain pula share post tu.

Saya juga ada sediakan artikel tentang kaedah buat personal branding disini.

c) Jangan beli atau simpan stok

Apabila kita simpan stok, maksudnya duit kita beku. Dan kita mesti habiskan stok untuk dapat pulangan!

Untuk mula buat bisnes online, buat dulu dropship atau jadi affiliate produk.

Belajar bagaimana untuk menjual dahulu dan bila dah dapat pulangan, barulah anda boleh fikirkan untuk pegang stok.

d) Belajar skil pemasaran digital

Pemasaran digital sangat luas. Anda perlu belajar dengan pakarnya kalau nak berjaya.

Jangan tiru-tiru orang tanpa faham kenapa dia buat macam tu.

Dia buat FB Live, kita pun buat.

Dia buat FB Ads, kita tiru sama.

Tapi, kenapa sales dia masyuk? Kita pula sendu?

Sebab dia ada ilmu. Dia ada ilmu FB Ads, tahu macam mana nak sediakan konten Live yang menarik.

Jadi, kita kena sentiasa belajar. Saya sendiri belajar tanpa henti pasal pemasaran digital ni sejak 2014.

Boleh rujuk artikel tentang asas Digital Marketing disini.

e) Fokus pada memberi nilai

Anda tak perlu tergesa-gesa untuk menjual. Sebaliknya, fokus untuk memberi nilai kepada golongan sasaran.

Katakan kita hanya e-mel golongan sasaran pada ketika kita ingin menjual sahaja.

Kebarangkalian untuk mereka unsubscribe tinggi. Sebab, kita ni tak habis-habis nak menjual. Orang rimas.

Jadi, beri nilai. Kongsikan hal-hal yang bermanfaat berkaitan niche anda.

Katakan niche anda ialah rambut kelemumur, dandruff problem.

Dalam laman web, di Facebook atau apa-apa platform yang anda pilih, tulis artikel berkenaan masalah ini.

Ceritakan apa penyebabnya dan bagaimana produk anda boleh bantu.

Lihat cara Head & Shoulder beri nilai dalam laman e-commerce mereka.

Ada tip hilangkan dandruff, apa itu dandruff dan cara penjagaan kulit kepala.

Kesimpulan – Langkah Simple Tapi Power Untuk Mulakan Bisnes Online Dari Rumah

Mudah sebenarnya nak buat bisnes online ni.

Anda tak perlukan modal yang besar pun untuk bermula. Sesiapa sahaja boleh buat duit secara online.

Dengan tip-tip yang saya kongsikan ini, saya harap anda tak sekadar membaca. Mulakan langkah pertama hari ini dan buat sampai jadi!

Kalau ada mana-mana bahagian yang masih kurang jelas, shoot di ruang komen. Okey?

Stay tuned!

Share this!

Picture of HAFIZ AZMAN

HAFIZ AZMAN

Blogpreneur at Dropship Kartel & Kartel Digital. Sometimes jadi consultant dan coach untuk bidang Digital Marketing, Online Business, dan eCommerce.

PANDUAN PERCUMA

6 Figure Blogging Gameplan eCover

KETAHUI GAMEPLAN SAYA BUAT INCOME 6-ANGKA DARI BLOG!

Dapatkan eBook eksklusif yang mengandungi ‘failed-proof’ gameplan untuk anda mula bisnes online from scratch, dan direka khusus untuk anda yang busy tapi nak buat side income online.

Ia adalah hasil dari pengalaman, pembelajaran, dan eksperimen bertahun, sehingga saya boleh buat income dengan konsisten, 100 peratus online, secara seorang diri.

CASE STUDY EKSKLUSIF (FREE)

Rahsia Bagaimana En. Amir Hasilkan RM250k Dari Dropship Dalam Masa Sebulan!

Isi nama dan email untuk saya hantar ebook ini.
CASE STUDY EKSKLUSIF (FREE)

Rahsia Bagaimana En. Amir Hasilkan RM250k Dari Dropship Dalam Masa Sebulan!

Isi nama dan email untuk saya hantar ebook ini.