Bisnes Produk Digital : Taktik, Tips, & Strategi Untuk Mula (Latest 2022)

bisnes produk digital

Ramai usahawan yang bina bisnes produk digital sekarang.

Bisnes produk digital jadi popular sebab mudah untuk buat, mudah untuk deliver, dan juga mudah untuk upsell produk fizikal sedia ada.

Selain dari itu produk digital juga popular sebab anda hanya perlu buat sekali sahaja, dan terus boleh jual tanpa perlu fikir nak beli stok, nak simpan barang dan sebagainya.

Dan ia boleh dianggap salah satu cabang pasif income yang tak perlu guna banyak usaha dan masa untuk diuruskan.

Sebab tu solopreneur, dan blogger macam saya suka pada bisnes berasaskan produk digital.

Anda minat buat bisnes produk digital?

Dalam panduan ini saya huraikan hampir kesemuanya, supaya anda boleh ada idea untuk mulakan bisnes produk digital hari ini.

Jom!

Apa Itu Produk Digital?

Produk digital adalah apa saja aset digital yang boleh dijual beli, ditukar hak milik dan diedarkan secara online.

Jenis produk digital adalah merangkumi ebook, templat, kelas online, buku kerja, software, musik sehinggalah hasil seni. 

Industri bisnes berunsurkan produk digital semakin meningkat setiap tahun, dan dijangka menjadi industri bernilai USD 374 billion menjelang tahun 2026.

Produk Digital vs Produk Fizikal

Sebelum anda decide nak buat bisnes berfokuskan produk digital, lebih bagus kalau anda tahu apa kelebihan produk digital berbanding produk fizikal.

Antara kelebihan produk digital adalah :

  • Kos operasi rendah

Nama pun produk digital. So memang takde la simpan stok, sewa kedai, gudang, bayar pos dan macam-macam lagi. Asal ada internet cukup dah untuk mula dan run.

  • Margin untung tinggi

Kos nak buat produk digital biasanya tak terlalu tinggi. Kalau tinggi pun biasanya di fasa awal penciptaan produk.

Tapi bila dah run, takde apa sangat kos yang berkait secara langsung dengan jualan setiap produk.

So biasanya untung memang tinggi. Takpe nanti anda faham. Teruskan baca dulu.

  • Boleh run secara automatik

Ini antara sebab utama saya terjebak suka dengan produk digital. ‘Set and forget’ omputeh kata.

Benda ni boleh buat sebab terlalu banyak teknologi yang memudahkan kita untuk run produk digital ni.

Once dah susun semua benda-benda penting, Insyallah anda busy tak tengok bisnes pun produk boleh terjual.

  • Fleksibel

Produk digital ni fleksibel. Ada banyak format produk digital yang anda boleh cipta ikut kesesuaian bisnes anda.

Nak buat jadi free boleh. Buat jadi ebook boleh. Buat membership based boleh. Buat online course boleh.

Eh macam-macam la format yang anda boleh convert dan jual.

  • Potensi pasaran.

Satu lagi, produk digital ni best sebab pasaran dia makin growing dan sentiasa permintaan tinggi.

Terutama kalau anda jual produk digital yang bersifat education atau e-learning.

Fuh memang best.

But anda kena hati-hati, sebab setiap bisnes ada cabarannya yang tersendiri dan unik.

Cabaran Bisnes Berasaskan Produk Digital.

  • Bersaing dengan konten percuma

Bila kita jual produk digital, kita bukan bersaing dengan usahawan produk digital lain, tapi dengan orang yang offer konten free.

So make sure bila anda buat produk digital, produk tersebut mesti ada keistimewaan tersendiri yang orang tak boleh tiru.

  • Cenderung untuk kena ‘curi’

Zaman internet ni memang senang idea atau produk kita kena curi. Lagi-lagi kalau produk digital. Memang senang.

So make sure anda dah ada tool dan cara untuk kurangkan risiko curi a.k.a cetak rompak.

  • Leceh nak jual dekat sosial media.

Sosial media ni maksud saya lebih kepada platform yang dibawah kendalian Facebook. Susah skit nak lepas kalau nak beriklan produk digital, terutama yang berkait dengan peluang bisnes atau peluang buat duit.

Kalau nak beriklan juga kat platform mereka ni boleh. Make sure to follow ‘Commerce Policy’ diorang.

But dont worry. Semua cabaran-cabaran ni boleh diatasi kalau anda guna ‘the right tools’ and ‘the right method’.

Ini anda akan belajar nanti. Pelan-pelan guys.

Bisnes Produk Digital Sesuai Untuk Siapa?

Semua orang pun sesuai run bisnes produk digital, tapi ada certain kategori orang memang ideal untuk saya rekomen buat bisnes jenis ni.

Kategori orang yang sesuai adalah :

  1. Orang yang dah ada followers 
  2. Orang yang suka kongsi konten bermanfaat dengan orang lain
  3. Orang yang nak naikkan revenue jualan bisnes sedia ada.
  4. Orang yang payah sangat nak pikir jual produk apa.
  5. Orang yang terlalu sibuk dengan kerja hakiki (termasuk suri rumah)
  6. Orang yang masih berstatus pelajar
  7. Orang yang pemalu nak menjual secara fizikal dan in-person.
  8. Orang yang suka pada idea of ‘passive income’.

Kalau anda bukan dalam kategori diatas, dont worry. Sesuai je buat.

Kalau ada keinginan, pasti ada jalan!

Produk digital boleh jadi macam-macam. Tapi biasanya akan duduk dalam salah satu kategori atau jenis yang saya senaraikan dibawah.

  • Ebook

Saya consider ebook sebagai produk digital paling popular. 

Dulu biasa sifu-sifi marketing dan bisnes je suka buat. Tapi sekarang semua niche dan topik ada orang jadikan ebook.

Even saya pun terjebak cuba-cuba buat ebook, time tengah susah dulu.

Ni gambar mockup first ebook saya.

ebook produk digital mockup

Senang je buat dia.

Just guna Google Docs atau Microsoft word. Lepas tu save dalam bentuk PDF.

Siap!

  • Online Course

Online course sekarang memang tengah dalam permintaan tinggi. Lagi tinggi dari eBook.

Reason utama yang saya kenalpasti adalah sebab mudah orang nak faham dan follow apa yang dikongsi.

Bukan semua orang suka membaca buku atau eBook.

Biasanya online course ni dalam bentuk rakaman video yang dah disusun secara sistematik.

Contoh macam online course saya buat dalam eCommerce Dropship Program, saya dah rekod semua, susun elok-elok, dan letak di satu tempat.

  • Digital Assets

Anda suka ambil gambar? Melukis? Buat artwork? Buat lagu?

Kalau ya, anda boleh buat duit dengan jual aset digital macam ni. 

Anda boleh jual dalam online marketplace.

marketplace jual produk digital

Siapa nak guna, kena bayar dan dapatkan lesen penggunaan.

Tapi biasanya kalau jual dalam online marketplace, untung anda kena kongsi dengan syarikat yang uruskan marketplace tersebut.

Nak dapat margin untung yang lebih tinggi, buat guna platform sendiri. Senang je.

  • Membership Sites

Membership sites ni macam satu portal website yang offer banyak benefits untuk ahli-ahli dia.

Ala-ala Netflix dan Disney Hotstar.

Dan konten yang ditawarkan dalam membership sites bersifat eksklusif dan memang susah nak dapat diluar.

Orang putih suka la buat konsep macam ni. Dekat Malaysia ada yang cuba buat tapi takde lagi yang betul-betul menjadi.

Membership sites ni best sebab biasanya ahli yang join kena bayar setiap bulan (recurring) untuk stay sebagai ahli.

So memang cepat kaya la kalau buat konsep membership sites.

Cuma cabaran buat membership sites ni adalah anda perlu sentiasa konsisten tambah konten dan beri added value pada ahli.

Kalau tak, orang akan unsubscribe dan lari bila rasa membership yang diorang bayar dan tak beri value.

Kalau nak belajar buat bisnes berasaskan membership site, boleh join satu website nama The Membership Academy.

Memang complete dan senang follow. Saya pun belajar dari situ. Cuma tak larat buat je. Hehe.

  • Templates and Tools

Kalau untuk yang baru-baru nak cuba jual produk digital, saya rekomen buat jenis ni.

Mudah, cepat dan ramai orang suka beli.

Contoh macam :

  1. Template menulis blog
  2. Template resume
  3. Template design social media
  4. Custom fonts
  5. Social media calendar
  6. Mobile apps

Dan macam-macam lagi.

Lagi satu benda macam ni bagus sebab anda ada peluang tinggi untuk offer service khas untuk yang betul-betul memerlukan kepakaran anda.

  • Services

Produk digital memang sangat sesuai kalau digabungkan dengan servis.

Contoh macam saya kan, saya ada buat online course dan ebook pasal marketing.

Sometimes ada yang contact saya minta saya buatkan untuk diorang.

So saya ambil dan charge harga premium.

Antara servis yang saya ambil sebelum ni adalah :

  1. Servis setup bisnes ecommerce dropship
  2. Servis menulis blog
  3. Servis copywriting
  4. Servis coaching untuk marketing
  5. Servis live training (speaker jemputan)

Most of the time memang diorang akan sanggup bayar harga tinggi sebab mereka dah trust kredibiliti anda lepas mereka beli produk digital anda sebelum ni.

Cara Buat Produk Digital

Benda ni tak susah pun nak buat. Tapi sometimes ramai yang stuck berminggu-minggu fikir macam mana nak mula.

Buat produk digital ada proses.

So kalau anda nak cipta satu idea yang proven boleh buat duit melalui produk digital, better anda follow proses yang saya huraikan dibawah ni.

Brainstorming

Mulakan dengan ambil pen dan kertas.

Senaraikan semua idea yang terlintas dalam kepala.

Just tulis. Idea bodoh pun takpe.

Sebab sometimes idea bodoh boleh jadi idea bernas.

Untuk elakkan anda overthinking, dibawah adalah soalan yang boleh bantu anda trigger idea dengan lebih cepat.

  • Ada tak sesuatu yang anda boleh ajarkan pada pelanggan tentang produk anda?

Contoh kalau anda jual mesin jahit, anda buat la satu training yang ajar diorang menjahit baju ke, langsir ke.

  • Ada tak masalah yang audiens anda nak selesaikan dan berkait dengan industri anda?

Contoh anda suka bagi tips diet. Anda boleh je ajarkan cara macam mana nak workout dekat rumah dengan hanya 5 minit sehari. 

Ini contoh je tau.

  • Apa skill, kemahiran dan pengalaman yang anda ada? 

Gunakan aset yang anda ada, untuk kongsikan pada orang ramai supaya kehidupan mereka menjadi lebih baik, dan urusan menjadi lebih mudah.

Contoh anda ni suka lompat kerja.

Anda mesti dah terer tulis resume dan jawab soalan interview. 

Ajarkan pada audiens anda semua ilmu tu.

Research

Lepas anda dah brainstorm dan buat senarai pendek tentang idea produk digital yang nak dibuat, anda perlu buat kajian sikit.

Cari pain point yang berkait rapat dengan produk sedia ada, industri, dan topik yang mereka suka.

Cara nak buat research dan collect data simple je. Boleh pergi ke tempat-tempat berikut.

  • Facebook group

Sila join Facebook Group yang berkait dengan topik produk digital anda. 

Dari situ anda akan dapat banyak idea pasal masalah, dan pain point tentang bakal pelanggan anda.

  • Forum

Forum ni old skool, tapi masih efektif. 

Cuba try google niche anda dan disertakan dengan keyword forum dibelakang.

Kalau jumpa forum, sila join.

Kalau tak terpaksa la join forum luar negara. 

Boleh try join Reddit atau Quora.

Semua ada dalam tu.

  • Review produk

Anda boleh juga try cari review produk yang berkait atau sama dengan topik yang anda nak buat nanti.

Review produk ni boleh jadi buat dalam bentuk artikel blog, rating Facebook, testimoni produk di Shopee dan banyak lagi.

Contoh artikel review adalah macam artikel review yang saya buat untuk Rahsia Shopify.

Kalau anda buat topik ecommerce dropship macam saya, dari review tersebut anda boleh dapat idea tentang bakal pelanggan anda nanti.

  • Blog

Kalau boleh baca blog dan konten yang bakal pelanggan anda suka baca.

Tengok bahagian komen jugak untuk dapat lebih idea.

Contoh kalau anda jual produk berkaitan dengan barang kereta, anda boleh la lawat blog blog yang berkait dengan niche kereta.

  • Email

In case kalau before this anda ada follower melalui email, boleh try buka balik dan tengok apa email dan pertanyaan yang selalu diterima.

Dari situ pun ada banyak idea power yang boleh anda dapat untuk bantu buat satu produk digital yang berkualiti.

Validate

Sebelum anda membazirkan banyak masa pada satu-satu idea, apa kata anda pergi test idea tersebut.

Tengok ada potensi atau tidak idea yang anda nak buat nanti.

Validation ni penting supaya anda tak syok sendiri.

Dah penat buat takde orang beli. Sedih.

Antara cara untuk validate idea adalah :

  • Buat keyword research 

Guna keyword research tool dan tengok berapa ramai orang yang search keyword berkait dengan topik produk digital anda.

Dari sini anda boleh agak berapa besar permintaan yang ada.

  • Guna Google Trends.

Buat carian topik dan niche anda dalam Google Trends.

Cari topik yang cariannya sedang meningkat.

Kalau ada, itu lubuk duit!

Segerakan buat produk digital!

  • Dapatkan maklumbalas (feedback)

Contact balik pelanggan anda, dan buat survey. 

Tanya diorang kalau anda keluarkan produk digital dengan topik ‘abc’, berminat tak untuk beli.

Kalau ya, tanya berapa harga yang sanggup bayar.

Simple.

  • Start small

Cara paling ideal untuk validate adalah terus mula.

Tapi buat sikit je dulu.

Contoh buat eCover, dan beberapa konten awal.

Dan try dapatkan feedback dari 10 orang secara percuma. (lebih ideal dengan bayaran kecil)

Dari situ anda boleh improve konten dan kualiti produk digital anda.

Create The Product

Part ni dah mudah dan straightforward.

Just tulis saja konten dalam Google Docs.

Then lepas dah siap, export as PDF.

Lepas tu buat eCover. Boleh upah dekat Fiverr.

Contoh eCover macam ni.

2hours method gameplan ecover

Siap satu eBook!

Tapi macam mana kalau anda nak buat konten dalam bentuk lain?

Sama je. Apa pun semua tulis semua dulu dalam Google Docs.

Lepas tu baru convert ke medium lain.

Contoh anda nak buat video rakaman.

Guna content anda dah tulis tu, then cakap depan video.

Untuk rakam skrin komputer anda, boleh gunakan Screencast-o-matic.

Get Feedback and Tweak

Lepas dah siap, terus cari customer. Jual je murah-murah dulu.

Anda perlukan feedback.

Then once anda dah ada feedback, anda boleh adjust dan tambah supaya ia jadi lebih berkualiti.

Dan feedback tersebut kalau ada yang positif, boleh guna dalam sales page anda nanti sebagai testimoni.

Pricing structure

Ini subjektif. Bergantung pada nilai tambah yang ada pada produk tersebut.

Saya pernah je jual ebook satu muka surat harga RM 100.

Alhamdulillah laku.

Reason jadi laku sebab dalam satu muka surat tu saya selesaikan masalah utama bakal pelanggan saya.

Sebab tu penting research.

Boleh juga spy tengok pesaing anda jual produk digital mereka berapa. Boleh dapat idea sikit pasal harga disitu.

Tapi secara umum, harga bergantung pada :

  1. Kualiti konten
  2. Cara konten dipersembahkan
  3. Nilai tambah yang diberi (Bonus, Live Training, Q&A, Template etc)

Untuk anda kalau baru nak cuba-cuba, saya cadangkan jual bawah RM 100.

Nanti dah ada feedback dan kredibiliti, boleh la jual macam saya sampai RM 1000 pun ada. 🙂

Setup monetization platform

Sekarang fasa untuk anda buatkan proses menjual jadi lebih seamless dan automatik.

Anda hanya perlukan :

  1. Website
  2. Payment Gateway
  3. Email Marketing Provider.

Okay saya explain satu-satu untuk tiga benda ni.

  • Website

Kalau untuk website produk digital, saya cadangkan better pakai Shopify.

Dah siap semua.

Dari website, blog, order management system, analytics semua dah ada.

Tinggal nak sediakan konten dan susun-susun je.

Tak perlu pikir hosting dan benda-benda teknikal lain untuk assemble bagi smooth.

Ada masalah dengan Shopify? Support team bersedia 24/7 serata dunia.

Just ready komitmen sebulan dalam 29 USD (dalam RM 120++) untuk bisnes anda run seamlessly melalui Shopify. (anggap je macam sewa tapak meniaga)

  • Payment Gateway

Payment Gateway atau Payment Service Provider ni adalah sebuah servis yang menguruskan semua urusan duit keluar masuk yang berlaku atas talian.

Kalau kat Malaysia, Payment Gateway yang popular macam Molpay, ipay88, Razerpay dan macam-macam lagi.

Cuma yang popular ni fees dia agak tinggi.

So untuk yang baru-baru ni anda boleh explore tiga Payment Gateway Malaysia ni.

  1. Billplz
  2. Stripe
  3. Paypal

Tiga-tiga ni boleh diintegrasikan dalam store Shopify anda nanti.

But make sure sebelum buat payment gateway, mesti dah ada pendaftaran SSM dan Akaun Bank untuk bisnes ya.

Sebab itu syarat utama kalau nak pakai Payment Gateway kat Malaysia ni.

  • Email Marketing Provider.

Email Marketing Provider ni adalah sebuah servis yang membolehkan anda buat kempen marketing guna email.

Servis ni berbayar tiap-tiap bulan bergantung pada jumlah subscriber email yang anda ada.

Antara yang popular dan yang saya pernah guna adalah Aweber, GetResponse, Omnisend, MailChimp dan ConvertKit.

But antara semua ni, yang the best adalah ConvertKit.

Mudah, dan powerful untuk bakal content creator macam anda.

Siap ada template automation untuk anda terus edit dan guna.

Lagi satu ConvertKit percuma je untuk 1000 subscriber pertama.

So boleh la cuba.

Ini panduan yang saya dah tulis tentang email marketing ni.

Tips Jual Produk Digital

Andai kata dah setel buat produk digital anda yang pertama, sekarang anda perlu fikirkan pula cara untuk jual pada audien sasaran.

Ada banyak method nak menjual ni sebenarnya.

Dan tak banyak beza pun dengan jual produk fizikal.

But so far method yang berkesan dan mendatangkan hasil lumayan adalah method yang saya nak share dalam ni.

Mostly anda akan guna teknik-teknik dalam bidang Email Marketing, Content Marketing & Online Community Management.

Nama canggih tapi simple je kalau dah tahu.

Method atau prosesnya adalah seperti berikut : 

  • Build a waiting list

Bina satu senarai menunggu untuk sesiapa yang berminat untuk dapatkan special offer produk digital anda pada hari launching.

Boleh gunakan ConvertKit untuk buat landing page, forms, dan collect maklumat prospek anda.

Ini contoh waiting list yang saya buat untuk Dropship Kartel sebelum ni.

  • Nurture your list

Bila prospek anda dah masuk dalam senarai menunggu, anda tulis dan susunkan email yang bakal dihantar dalam ConvertKit.

Bagi ayat-ayat manis sikit, testimoni, dan info-info tentang produk yang bakal dilancarkan.

Biasa saya buat 7 email.

Jadi nanti prospek akan dapat email dari hari pertama sampai hari ke tujuh.

Gunakan fungsi automation dalam ConvertKit supaya proses hantar email berjalan automatik. 

ConvertKit siap dah bagi template. Tinggal edit je.

  • Launch your product

Selepas dah belai pujuk rayu prospek dalam email, anda boleh launch produk.

Biasa saya buat hari ke 8.

Dan offer saya terhad untuk 4 jam sahaja. Tujuannya supaya ada urgency untuk mereka daftar cepat.

Kalau prospek tak daftar pada waktu pelancaran, mereka tak kan dapat lagi offer sama dari saya.

Buat macam tu.

  • Build an engaging learning community

Once orang dah daftar, masukkan mereka dalam satu tempat untuk akses produk digital anda.

Nak senang guna je Facebook Groups.

Disitu juga anda boleh buat macam ‘mastermind group’ dimana mereka akan bertukar pendapat, tanya soalan dan networking.

Ini aset mahal.

Sebab mereka dah percaya anda, dan lepas ni kalau anda ada produk baru, anda promote pada mereka ini.

Insyallah ramai akan beli.

  • Rinse & Repeat

Perlukan sales lagi? Atau ada produk lain nak promote? 

Ulang je step tadi.

Simple kan?

Strategi Pemasaran Jangka Panjang Untuk Produk Digital

Bila jual produk digital ni, anda ada peluang untuk automasikan (automation) banyak proses pemasaran dan jualan.

Automation ni penting supaya income anda tak berkait secara terus dengan masa.

Satu lagi advantage buat automation adalah walaupun anda busy, pergi holiday, atau tidur, marketing dan jualan sentiasa bergerak.

Baru lah boleh jadi sumber ‘passive income’!

So macam mana nak buat?

Ini saya senaraikan apa yang saya buat untuk automatikan bisnes produk digital saya.

SEO

SEO atau Search Engine Optimization adalah satu aktiviti yang dibuat untuk tingkatkan ranking dan carian website kita dalam enjin carian.

Bila SEO dibuat dengan baik, mudah untuk anda dapatkan pelawat dan prospek dengan konsisten dari Google.

Paling best semuanya datang secara organik. Iaitu percuma!

Jadi make sure buat SEO dari awal.

Saya ada tulis artikel tentang Search Engine Optimization (SEO) sebelum ini. Boleh baca nanti.

Content Marketing

Pemasaran konten, atau Content Marketing sangat berkesan dalam membina kepercayaan audien terhadap bisnes.

Jenis konten yang saya buat adalah dalam bentuk blog, ebook, dan juga online training.

Dan untuk tujuan marketing, konten macam ni saya bagi free.

Dari situ prospek akan dapat nilai kualiti konten yang diberi, dan percaya produk digital yang dikeluarkan mesti berkualiti juga.

Email Marketing

Segala follow-up yang saya buat pada audien adalah melalui email.

Email marketing memang main peranan besar dalam membuat jualan produk digital dengan efektif.

Dari siri emel yang dihantar, ia mampu membina kepercayaan dan autoriti.

Bayangkan kalau anda ada 20,000 database senarai emel?

Seolah-olah anda sedang bercakap di hadapan satu stadium yang penuh dengan orang yang berminat dengan bisnes anda.

Social Media

Walaupun tiga komponen tadi penting, saya tak nak anda abaikan social media juga.

Sebab social media juga membantu anda untuk dapat exposure, terutama di peringkat awal.

Ia sangat membantu untuk buatkan orang yang tak kenal dengan anda, menjadi prospek berkualiti dan seterusnya pelanggan.

Di social media, saya galakkan anda bina Personal Branding.

Ia lebih efektif dan nampak lebih mesra.

Soalan Lazim Tentang Bisnes Produk Digital (FAQ)

  • Apakah jenis-jenis produk digital?

Antara jenis produk digital adalah ebook, online course, aset digital, membership, templates, tools, services, dan juga aset kreatif.

  • Bagaimana cara buat produk digital?

Untuk buat produk digital, anda hanya perlu follow proses ini :

Brainstorming, Research, Validate, Create, Get Feedback, Tweak, Pricing structure, dan Setup monetization platform

  • Apa jenis produk digital yang popular?

Yang popular adalah ebook, templates, online course dan membership sites. 

  • Mana satu produk digital yang paling laku?

Semua pun laku. Kena tengok kesesuaian topik, niche, dan audience. Tapi untuk newbie, saya cadangkan buat template, checklist atau ebook.

Itu paling mudah.

Kesimpulan – Bisnes Produk Digital : Taktik, Tips, & Strategi Untuk Mula (Latest 2021)

Produk digital adalah salah satu sumber income utama saya sekarang ni.

Saya suka sebab mudah untuk buat, mudah untuk jual secara pasif, dan juga paling penting, lumayan.

Bagi anda yang baru pertama kali, follow tips dan strategi yang saya bagi dalam ni.

Pelan-pelan baca. 

Lepas tu cuba try explore dan apply.

Benda first time memang susah sikit dan kekok. Its okay.

Saya ada buat course tentang bisnes produk digital ni. Boleh join kalau berminat.

Ada apa-apa soalan nak tanya?

Tulis saja diruangan komen. Nanti saya reply.

Share this!

HAFIZ AZMAN

HAFIZ AZMAN

Blogpreneur at Dropship Kartel & Kartel Digital. Sometimes jadi consultant dan coach untuk bidang Digital Marketing, Online Business, dan eCommerce.

PANDUAN PERCUMA

6 Figure Blogging Gameplan eCover

KETAHUI GAMEPLAN SAYA BUAT INCOME 6-ANGKA DARI BLOG!

Dapatkan eBook eksklusif yang mengandungi ‘failed-proof’ gameplan untuk anda mula bisnes online from scratch, dan direka khusus untuk anda yang busy tapi nak buat side income online.

Ia adalah hasil dari pengalaman, pembelajaran, dan eksperimen bertahun, sehingga saya boleh buat income dengan konsisten, 100 peratus online, secara seorang diri.

CASE STUDY EKSKLUSIF (FREE)

Rahsia Bagaimana En. Amir Hasilkan RM250k Dari Dropship Dalam Masa Sebulan!

Isi nama dan email untuk saya hantar ebook ini.
CASE STUDY EKSKLUSIF (FREE)

Rahsia Bagaimana En. Amir Hasilkan RM250k Dari Dropship Dalam Masa Sebulan!

Isi nama dan email untuk saya hantar ebook ini.