Cara Buat Blog : Panduan Complete Step-by-Step Untuk Newbie (Latest 2021)

CARA BUAT BLOG

SHARE & Simpan Artikel ini utk rujukan.

Cuba bayangkan setiap hari ada je orang tanya pasal produk atau servis yang anda jual tanpa perlu keluar apa-apa kos iklan? 

Atau duit masuk setiap hari dengan hanya share apa yang anda minat?

Best kan? 

Itulah yang berlaku pada saya setiap hari sejak saya mula aktif menulis blog pada awal tahun 2019.

Actually, untuk ada fully functioning blog tak susah pun. 

Dalam artikel ni saya share cara buat blog sendiri dengan mudah dan pantas.

Tinggal follow je.

Dah ready?

Let’s jump right in!

Pengalaman Sebagai Full-time Blogger

Saya pun sebelum ni skeptikal juga pasal menulis dan bina blog ni.

Bagi saya buang masa sebab ada je cara buat duit online yang lagi cepat.

Tapi saya cuba jugak pada awal tahun 2019. Waktu tu buat sekadar nak tulis nota untuk diri sendiri je. Macam hobi.

Awal-awal macam takde hasil. Saya jalan je.

Tapi tah macam mana dalam few months, mula dapat trafik dan discover peluang-peluang buat duit dari blog yang saya usahakan.

Memang wow. Sejak dari tu memang dah tak pandang belakang.

Terus jalan dan sekarang salah satu income utama saya adalah dari menulis blog.. 

Sekarang blog pertama saya, which is Dropship Kartel, terima lebih kurang 25K pelawat setiap bulan.

seo dropship kartel

Trafik ni semua adalah percuma. Takde satu sen ads pun saya bayar. 

Amacam?

Apa Itu Blog & Kenapa Ia Penting

Blog secara mudahnya adalah sejenis website yang fokus pada penulisan konten.

Aktiviti menulis dan membina blog ni sebenarnya dah lama. 

Menurut HubSpot, blogging ni dah bermula seawal tahun 1994. Google pun org tak kenal lagi.

apa itu blog

Dan actually dah ramai berjaya buat bisnes full time hanya sebagai blogger, especially dekat luar negara.

Di Malaysia orang tulis blog lebih kepada macam diari atau jurnal kehidupan je. Boring gila. Haha.

Dan kat Malaysia ni tak ramai orang aware aktiviti menulis dan bina blog ni boleh jadi digunakan sebagai sumber buat duit yang powerful.

Sebab apa saya kata powerful?

Sebab dari blog, anda boleh:

power of blogging

Semua ni anda boleh dapat dari blog. Dan banyak lagi sebenarnya benefit dia.

Ramai je blogger full time yang buat 6 angka setahun.

Ini bisnes legit dan semua orang boleh buat. Nak tak nak je.

Cuma biasalah awal-awal memang blur, dan macam tak yakin.

Bagi saya langgar je. Blog sampah macam mana pun boleh jadi popular. Hanya perlukan masa.

But anyway, jangan takut. 

Just follow step cara buat blog yang saya dah susun dalam panduan ni.

Step 1 : Pilih Niche Yang Berpotensi

First thing first. 

Kalau anda dah ada bisnes, dan nak gunakan blog untuk promote bisnes anda, then skip section ni.

Bagi yang belum ada bisnes, produk atau service, anda wajib baca section ni.

Sebab anda perlu decide niche dulu sebelum mula bina blog.

Apa itu niche?

Niche ni dalam bahasa mudah nak faham is specific market. 

According to NicheHacks, niche ni adalah subset untuk market yang besar dan orang yang mempunyai spesifik problems to be solved.

apa itu niche market

Ia boleh jadi kategori minat, hobi, kepakaran dan sebagainya.

Macam saya punya blog ni, saya dalam niche ‘Money Making Online’. Sebab itu yang saya tahu, minat dan pakar.

Dan satu lagi, saya tahu yang niche saya ni banyak demand both locally and internationally.

But anda tak perlu pun masuk niche macam saya ni. 

Ada beribu niche best-best dan lebih lumayan yang anda boleh buat. 

Tapi kalau anda nak tahu mana niche yang anda nak masuk, anda kene research skit beberapa perkara.

  • Ada market demand
  • Ada pesaing
  • Ada produk atau servis yang anda boleh jual

Dan anda juga perlu ada minat, kepakaran atau pengalaman dalam niche tersebut.

Details tentang cara pemilihan niche saya akan kupas dalam artikel yang lain.

Kalau nak cepat biasanya saya akan cadangkan pergi ke website NicheHacks.com

nichehacks

Banyak research dan perbincangan tentang niche. Anda boleh visit dan pilih dari beribu suggestions dalam tu.

Step 2 : Pilih Nama Blog Yang ‘Evergreen’

Once anda dah decide niche apa anda nak masuk, anda perlu decide tentang nama blog pulak.

Part ni ramai orang ambil masa lama.

Sebenarnya tak perlu.

Sebab yang penting nama yang anda pilih tu memenuhi kriteria dibawah:

  • Mudah untuk eja.
  • 2 atau 3 suku kata sahaja.
  • Jangan terlalu spesifik.
  • Masih available untuk daftar sebagai domain .com

Itu sahaja.

Biasa untuk cari nama saya pakai Namelix.

Just masukkan keyword then nanti die akan bagi beberapa suggestion.

Apa perlu anda buat adalah combine beberapa nama yang dicadangkan untuk cipta nama baru.

Contoh:

Nama 1 : StarCracker
Nama 2 : ZoomStar
Nama 3 : BigDust

Anda amik suku kata tersebut dan cuba gabungkan. 

Contoh ‘StarDust’ adalah gabungan suku kata dari nama pertama dan nama ketiga.

Macam tu la biasa saya buat.

So senaraikan nama-nama yang anda dah cipta tu paling kurang 10 nama.

Then anda perlu check availability nama tersebut di KnowEm.

knowem homepage

Cari nama dari senarai anda yang masih available untuk daftar domain .com

Dan lebih baik kalau nama tersebut masih boleh dipakai di semua platform social media utama macam Facebook, Instagram, dan Twitter.

Kalau ada, then anda boleh simpan nama tersebut untuk kita daftar domain website nanti.

Kalau takde, cari sampai dapat. Haha.

Step 3 : Daftar Nama Domain Blog Anda

Let’s say anda dah pilih nama, next step yang anda perlu buat adalah daftar blog anda pada domain name.

Domain ni macam alamat rumah. Website anda hanya akan boleh diakses melalui domain yang anda daftar.

Contoh domain ni macam KartelDigital.my

apa itu domain name

Dan domain yang paling baik bagi saya adalah domain dengan extension .com

Sebab, orang sekarang dah dibiasakan dengan extension .com bila cari website di Internet.

Bila mereka mudah cari website kita, mudah la mereka nak singgah lagi lain kali.

Faham kan?

So untuk nama domain, anda boleh terus daftar dekat Namecheap.

Murah, dan mudah untuk newbie guna nanti.

Step nak check dan daftar nama domain mudah je.

1st : Type nama domain yang anda nak dalam search bar Namecheap dibawah.

Find a domain starting at $0.88

powered by Namecheap

2nd : Then kalau domain .com masih available, pilih domain tu.

3rd : Nanti add domain tu masa nak daftar hosting.

Sekarang anda dah ada domain sendiri. Ini asset digital anda yang pertama. Simpan elok-elok.

Domain dah setel, sekarang kita beralih pada pendaftaran hosting.

Step 4 : Daftar Hosting Blog Anda

Now anda dah ada alamat rumah (domain). 

Next step adalah untuk dapatkan ‘tapak’ untuk bina rumah (website/blog). Tapak ni la kita panggil hosting.

apa itu hosting

Secara teknikalnya, hosting ni adalah sejenis komputer yang simpan semua file dan data website kita nanti. 

But tak perlu tahu bab teknikal ni pun. Semua dah diuruskan nanti oleh hosting provider.

Hosting provider ni ada banyak.

Tapi apa yang saya rasa senang pakai dan okay untuk newbie adalah ServerFreak.

serverfreak logo

Saya pilih ServerFreak sebab dia murah, secure, dan senang nak pakai untuk newbie.

Tambahan lagi website jadi laju sebab data centre ada dekat Malaysia.

Nak daftar dan setup senang je.

Anda boleh terus ke ServerFreak dan ikut cara setup hosting dibawah.

Buka link ini : ServerFreak

Lepas tu cari di bahagian menu, dan klik WordPress Hosting.

Dan sepatutnya akan terpapar seperti dibawah.

serverfreak plan table

Kalau anda ada bajet ambil terus yang WP Ultimate. Sebab lebih berbaloi dari segi space dan speed.

Tapi kalau bajet tight, ambil yang starter pun okay.

Klik order dan anda akan dibawa ke halaman dibawah.

Pilih domain

Anda akan diberi 1 domain dot com percuma.

So pilih register domain, dan letak nama apa anda nak.

Saya daftar je domain baru sebab dia bagi free.

Tapi domain blog sebenar saya, saya beli dari Namecheap.

Saya tak suka sekalikan domain dan hosting dalam satu akaun sama.

In case kalau saya dah tak nak pakai hosting tu, then dah tak leceh.

Tapi terpulang pada anda.

Then terus ke next step sehinggalah ke page pembayaran.

configure
review checkout
payment options
payment gateway order page

Lepas dah setel buat pembayaran, anda akan dibawa ke dashboard hosting akaun anda.

Ini dikira control center untuk semua berkaitan hosting, domain dan servis-servis lain.

dashboard serverfreak 1

Tahniah. Anda dah ada hosting akaun sendiri.

Now step seterusnya adalah nak buat rumah which is website atau blog.

Step 5 : Install WordPress

Cara nak buat blog ni mudah je sebenarnya. Sebab kita akan gunakan WordPress sebagai platform bina blog kita. 

Ada banyak sebenarnya tools dan platform yang anda boleh guna untuk buat blog percuma, tapi so far takde yang power dan flexible macam WordPress.

Dah la free. Lepas tu anda boleh customize macam-macam benda dengan WordPress.

In fact, 40 percent of all websites dalam dunia ni dibuat menggunakan WordPress.

WordPress usage statistics

So macam mana cara membuat blog WordPress dalam hosting anda?

Kalau anda daftar hosting ServerFreak, anda boleh ikut screenshot dibawah.

Klik tempat yang saya bulatkan warna merah tu.

dashboard serverfreak access active products

Lepas itu klik CPanel.

enter cpanel

Skrol sampai bawah, dibahagian Softaculous, anda akan nampak logo WordPress. Klik situ.

softaculous

Lepas itu diruangan bawah, klik Install Now.

install wordpress

Diruangan ini, make sure di bahagian ‘In Directory’, kosongkan.

Maknanya file website anda disimpan dalam folder utama server.

Jangan lupa edit ruangan Admin Account anda.

Nanti anda akan guna untuk akses admin WordPress area.

wordpress configuration

Bila dah setel, anda akan nampak paparan seperti dibawah.

Anda boleh login guna link ‘Administrative URL’. Simpan link ini sebab anda akan guna untuk login selalu.

installation successful

Bila anda pergi ke ‘Administrative URL’, masukkan Username dan Password yang anda set tadi masa install WordPress.

Dan anda akan dibawa ke halaman dashboard WordPress seperti dibawah.

fresh wordpress installation

Setel!

Now anda dah ada blog anda sendiri. Tahniah! 

Anda boleh tengok website blog anda dengan pergi ke bahagian ‘My Blog’ > ‘View Site’.

Nampak macam buruk. Takpe. Kita akan cantikkan dia skit kemudian.

Step 6 : Install Theme WordPress

Untuk bagi blog kita nampak cantik skit, kita perlu Install Theme.

Theme ni macam template asas blog kita.

Kalau kereta, ini rangka atau chassis dia.

Theme ada banyak, anda boleh pilih berbayar atau free.

Tapi bagi saya untuk permulaan, elok pakai yang free je. Selagi boleh jimat kita jimat betul tak?

Saya suka pakai theme Hello dari Elementor.

hello by elementor

Camne nak install theme?

Boleh follow tutorial dibawah.

Sebelum kita nak cantikkan website kita, kita kene ada logo. 

Logo ni adalah salah satu elemen dalam branding yang paling asas. 

Dengan logo yang kemas dan pro, ia secara tak langsung bagi persepsi positif pada blog kita.

Kalau anda banyak duit anda boleh upah freelance buatkan logo anda macam dekat Fiverr.

Boleh guna service diorang kat bawah ni. Kalau nak browse lagi pilihan lain, klik ‘Explore More Services’.

Tapi kalau nak free, anda boleh buat sendiri guna Canva.

canva

Just klik Canva dan sign up trial 30 hari untuk guna fungsi Pro

Nanti lepas siap logo, cancel je subscription Pro tu.

Cara nak design logo boleh tengok video tutorial dibawah. 

Amacam senang kan?

Step 8 : Plugins Penting Untuk Blog

WordPress ni dia power sebab hampir semua jenis dan fungsi tambahan anda boleh letak.

Biasanya fungsi tambahan ni akan ada bila kita install plugin tertentu. 

Plugin ni anggap je macam apps dalam handphone anda. Sama je.

Ada beribu-ribu plugin wordpress. Tak perlu try semua. 

Dekat sini saya bagitahu siap-siap apa plugin-plugin penting untuk anda install dalam blog WordPress anda.

Plugin yang anda perlu install adalah:

Cara nak install semua ni saya tunjuk dalam video dibawah.

Sekarang blog anda dah lengkap fungsi dia.

Next adalah masa untuk kita create page-page penting dalam blog.

Step 9 : Buat Page Penting

Untuk menjadi sebuah blog yang lengkap dan berautoriti, anda perlu sediakan beberapa konten asas.

Dan konten-konten asas ni mesti mempunyai halamannya sendiri.

Secara tipikal, blog yang mempunyai halaman dan konten asas yang lengkap adalah seperti berikut:

  • Halaman Utama (Home Page)
  • Tentang (About)
  • Archive (Blog Collection)
  • Polisi (Policies)
  • Hubungi (Contact)

Cara untuk create page ini semua mudah sangat.

Saya tunjukkan dalam video dibawah caranya.

Untuk tambahan, saya ada buat artikel mengenai cara design homepage blog yang efektif dan berkesan. Boleh tengok.

Step 10 : Create Menu Utama.

Page-page yang kita dah create tadi mestilah mudah untuk diakses dan boleh dilihat di mana-mana.

Biasanya ia akan terpapar dibahagian header atau footer.

header kartel digital

Untuk itu, kita perlu kumpulkan kesemua page ini dalam satu kumpulan yang dipanggil ‘Menu’.

Untuk create Menu, dan cara untuk paparkan dibahagian header (atau footer), boleh follow video yang saya buat dibawah 

Step 11 : Cantikkan Blog

Okay. sekarang semua setup asas dah ready. Kini tiba masa untuk kita cantikkan website pulak.

Nak tahu cara buat blog bagi cantik dengan mudah?

Guna plugin Elementor

Plugin ini free. But of course kalau nak banyak fungsi boleh consider untuk upgrade ke Elementor Pro.

Senang je pakai Elementor. Just drag and drop. Lepas tu adjust skit-skit. Lebih kurang macam guna Powerpoint dan Excel je.

Untuk permulaan, tak perlu terlalu fancy.

Just bagi dia kemas dan presentable.

Kalau anda tengok blog saya Kartel Digital ni pun mana ada fancy sangat. Saya just bagi dia kemas je.

Pelawat tak suka blog atau website yang complicated ni. 

Diorang akan keluar bila rasa rimas. Ini akan menjejaskan masa orang stay lebih lama dalam website.

Dan yang paling penting, make sure website anda kemas dan presentable apabila dibuka melalui paparan mobile.

Sebab 90 peratus pelawat anda akan singgah melalui mobile device.

Untuk tutorial ringkas design blog guna Elementor, anda boleh rujuk dalam video dibawah.

Saya suggest anda dapatkan Elementor Pro, supaya lebih cepat. dan mudah untuk siapkan website.

Guna template je siap.

Step 12 : Tulis 10 Pillar Posts

Untuk permulaan, anda tak perlu tulis banyak artikel atau blog post.

Bagi saya, maksimum anda perlu tulis hanya 10 artikel sahaja.

Tapi artikel kena padu, mantap dan sedetail yang mungkin.

Dan artikel tersebut mestilah artikel yang ada value di mata audience anda. Bukan artikel yang hardsell.

Kebiasannya artikel jenis begini kita panggil ‘Pillar Post’.

Pillar Post (Pillar ni maksudnya tiang) ni adalah konten asas yang dibuat bertujuan unutk mendapatkan traffik sebanyak mungkin.

Artikel jenis pillar post ni bersifat high value dan shareable.

Maksud shareable adalah mampu untuk buatkan orang rasa nak share.

Dari pillar post ni nanti, anda boleh expand dan create beberapa sub topic untuk blog post yang lain.

pillar post diagram

Dan artikel jenis pillar post memang panjang. Biasanya lebih dari 2000 patah perkataan.

Artikel yang anda sedang baca ni pun adalah artikel jenis pillar post untuk blog saya.

Kenapa artikel tu jadi panjang?

  • Satu, sebab kita nak buat sedetail mungkin supaya audience boleh dapat manfaat dari konten kita.
  • Kedua, sebab kita nak Google rank seberapa banyak yang mungkin keyword-keyword untuk konten kita.

Anggap keyword ni semua sebagai ‘entry point’ atau pintu masuk pada website anda.

Lagi banyak pintu masuk yang anda ada, lebih tinggi kebarangkalian untuk blog dan konten anda muncul depan mata target audience.

Aktiviti untuk optimize konten supaya Google suka, dipanggil SEO atau Search Engine Optimization.

Ini adalah seni dan skill yang anda perlu master nanti.

Buat masa sekarang toksah pikir pasal SEO lagi.

Siapkan pillar post anda dahulu. Rujuk artikel dalam link ini.

Anda perlu launch secepat mungkin sebab Google ambil masa beberapa minggu ke beberapa bulan untuk rank konten anda dalam halaman carian yang pertama.

Bila ada beberapa keyword anda target dah rank dihalaman pertama, kat situ lah trafik percuma akan masuk mencurah-curah macam air terjun ke blog anda.

Traffik percuma ni kita boleh convert jadi leads untuk jual apa-apa produk kita nanti.

Baca lain : Cara buat duit dengan blog (complete tips & strategi)

Step 13 : Promote Konten

Bila anda nak jadi blogger yang berjaya, anda kene fikir diri anda sebagai owner business, bukan penulis.

Konten anda adalah produk anda.

So anda perlu promote konten sama macam anda promote produk-produk fizikal atau servis yang lain.

Cara nak promote ni terpulang. Sebab ada banyak sangat cara untuk promote.

Tapi saya boleh share apa yang saya buat setiap kali saya buat blog yang baru atau ada artikel baru.

Promotion 1 : Promote dekat family, kawan rapat, atau group-group yang anda join.

Ini adalah the lowest hanging fruit in terms of promoting your blog.

Just inform diorang ni semua tentang blog anda. 

Dan mintak diorang share dekat network diorang, dan tinggalkan komen setiap kali anda share konten dekat diorang.

Saya konfiden at least dalam phone book anda ada lebih dari 100 orang. Kalau anda share dekat diorang, kemungkinan besar 30 orang akan visit.

Bayangkan kalau anda promote setiap minggu. Ada seminggu tiga kali.

It’s more than enough as a starting point.

Promotion 2 : Promote dekat semua Social Media yang anda ada.

Start sharing pada semua social media yang utama macam Facebook, Twitter, Instagram, Tumblr, dan lain-lain.

Bila anda share, ia akan bantu Google untuk rank blog anda.

Dan ia juga mudahkan sesiapa untuk discover tentang blog anda.

Mula-mula memang takde orang, takpe. Keep on sharing.

Followers anda akan naik organically perlahan-lahan.

Trust the process.

Promotion 3 : Buat iklan berbayar

Atau kalau anda ada bajet skit dan nak cepatkan process dapatkan pembaca dan follower setia, apa kata anda labur skit untuk buat iklan berbayar.

Takyah mahal-mahal pun takpe.

Let’s say anda ada bajet RM 5 je untuk iklan sehari. Anda boleh je guna Google, dan Facebook Ads untuk promote.

RM 5 tu apa lah sangat compare dengan hasil yang kita akan dapat kelak.

Guna pengiklanan berbayar adalah cara paling cepat nak grow.

Sebab kita tak perlu tunggu Google rank website kita pun kita dah boleh ‘beli’ trafik.

Ada duit semua boleh bos!

Promotion 4 : Promote dekat list atau audience sendiri.

Kalau anda memang dah jalan bisnes, dan blog anda pun memang serve jenis audience yang sama, anda boleh je ‘broadcast’ pada diorang.

Let say sebelum ni anda dah ada nombor whatsapp, messenger atau email list prospek atau customer, gunakan yang tu.

Selagi boleh jimat, kita jimat.

So kalau anda belum ada database atau list?

Anda kena mulakan aktiviti kumpul database melalui email marketing.

email marketing statistics 1

Email marketing belum lapuk ye kawan-kawan. Benda ni evergreen. 

Macam saya list untuk Dropship Kartel almost 15,000.

So saya tak risau sangat pasal audience.

Bila-bila je saya boleh blast dan promote apa-apa dekat diorang. 

Kalau macam anda awal-awal ni promote je blog dan konten. Okay je.

Macam saya ni dah tahap kadang-kadang rasa macam ‘mesin duit’ pun ada.

Agak-agak nak duit lebih, saya blast dan promote je dekat list saya.

Tup tup, duit sales masuk. Hehe.

Oh ya, nak buat email marketing ni tak boleh blast macam biasa guna Gmail.

Nanti masuk Spam.

Dan seriously jenuh.

So kene ada software dia.

Saya guna ConvertKit. Memang mudah dan power untuk email marketing.

Promotion 5 : Komen dekat blog orang lain

Ini salah satu teknik old school.

Tapi still evergreen. Cuma jangan SPAM.

Make sure komen anda adalah genuine. Bukan buat semata-mata nak tinggalkan link blog anda dalam komen blog orang lain.

So rajin-rajinlah ‘blog walking’ ya.

Lambat laun blog anda akan makin popular. 

Dan blogger lain pun akan kenal blog anda. 

Promotion 6 : Optimize SEO.

Search engine optimization atau SEO ni satu benda teknikal yang biasa newbie confuse.

Ia sebenarnya satu teknik dimana kita adjust konten dalam blog atau website kita supaya Google suka.

Bila Google suka, blog anda akan mudah dicari oleh target audience.

Yup. Benda ni memang tak mudah. Tapi tak susah jugak. Cuma kene rajin je.

Saya tak boleh nak explain pasal SEO kat sini sebab topik tu panjang sangat.

Anda boleh rujuk artikel tentang SEO disini.

Promotion 7 : Outreach

Outreach ni adalah satu aktiviti marketing di mana anda build relationship dengan pihak-pihak berkepentingan untuk bisnes anda.

Sebagai blogger, anda boleh buat beberapa aktiviti outreach blogger lain. Dengan tujuan untuk dapatkan exposure dan autoriti.

Exposure dan autoriti ni dicipta melalui backlink.

Sebagai contoh kalau saya letak link website anda dalam blog saya, Google akan terima aktiviti ni sebagai signal untuk menentukan level autoriti dan exposire blog anda.

So nak senang paham, lagi banyak backlink yang anda boleh dapat, lagi strong blog anda di Internet.

Untuk dapatkan backlink bukan senang. Sebab tu perlunya aktivi outreach.

Few cara outreach bagi tujuan mendapatkan backlink adalah :

  • Komen dekat blog orang dan tinggalkan link
  • Pitch blog blog yang lebih besar dari anda untuk peluang menulis dalam blog mereka. Disini biasanya anda akan dapat backlink untuk blog anda.
  • Contact blog-blog yang lebih besar dari anda bagitahu mereka yang anda ada konten yang lebih detail dan terperinci untuk bantu audience mereka. Request owner blog tersebut untuk replace link yang dah outdated kepada link konten anda.
  • Bayar blogger lain untuk letak backlink.
  • Sponsor event atau apa-apa. Biasanya diorang akan backlink blog anda semula.

Benda ni leceh skit tapi berbaloi.

Kalau anda rajin buat benda ni, anda tak perlu artikel banyak-banyak pun dah boleh tapau blog-blog besar yang lain.

Serius talk.

Anda boleh baca lebih detail pasal outreach dan backlink dekat sini.

Kesimpulan – Cara Buat Blog : Panduan Complete Step-by-step Bina Blog

Sekarang anda dah ada blog sendiri. Yahooooooo! 

Simple je kan cara buat blog sendiri?

Of course, blog anda takde la nampak canggih dari segi design. Tapi untuk permulaan, fancy sangat tak penting.

Banyak je blogger yang buat duit sampai 7 angka setahun, tapi design biasa-biasa je.

Asalkan sedap mata memandang dan tak rimaskan pembaca, then it should be okay.

Yang penting konten anda ada value pada pembaca. Baru la orang percaya dan suka pada anda.

Kalau anda suka konten-konten macam ni, anda boleh consider untuk join mailing list saya.

Any konten baru berkenaan blogging saya akan send terus ke email anda.

Dan jangan lupa subscribe juga Youtube Kartel Digital untuk konten dalam bentuk video.

Itu sahaja. Saya harap sharing tentang cara buat blog ini bermanfaat untuk anda.

Apa pendapat anda?

Excited tak nak buat blog sendiri?

Boleh drop your comment dekat bawah. 

Insyallah saya baca dan reply semua.

Share on facebook
Share on twitter
Share on linkedin
Share on pinterest
HAFIZ AZMAN

HAFIZ AZMAN

Blogpreneur at Dropship Kartel & Kartel Digital. Sometimes jadi consultant dan coach untuk bidang Digital Marketing, Online Business, dan eCommerce.
Related Post

9 Responses

  1. Memang membantu panduan ni. Memang ada plan nak buat blog tapi rasa macam overwhelmed nak cari rujukan.

    Bila rujuk panduan ni nampaklah sikit jalan mula tu😂. Alhamdulillah domain sendiri pun dah ada sekarang.

  2. Salam abg Hafiz. Nak tanya ada online class untuk new blogger tak ? Hehe. Sy baru nak menceburi bidang blog ni tp sy perlukan tunjuk ajar. Itu sy cuba goole tu

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

nak buat side income online tapi terlalu busy?

2hours method gameplan ecover

Dapatkan eBook eksklusif yang mengandungi ‘failed-proof’ gameplan untuk anda mula bisnes online from scratch, dan sesuai untuk yang sibuk bekerja mahupun student.

Isi nama dan email anda yang aktif, dan terus klik butang join.

2hours method gameplan ecover

© All Rights Reserved by Kartel Digital Marketing.