7 Tips Bina Personal Branding Untuk Orang Bisnes

Tips Personal Branding

Kalau anda berniaga tapi masih belum buat personal branding, anda memang rugi besar.

Personal branding sangat membantu ‘humanize’ satu-satu bisnes.

Ini sangat penting untuk membina kepercayaan sebelum menjual kerana manusia hanya hakikatnya suka berurusan dengan manusia.

Bukan nama syarikat, logo, website, dan lain-lain.

Sebab itu kita boleh tengok makin banyak jenama besar menggunakan personal branding dalam kempen marketing bisnes mereka.

Sebut Steve Jobs, akan ingat Apple.
Sebut Jeff Bezos, akan ingat Amazon.
Sebut Jack Ma, akan ingat Ali Baba.

Dalam Malaysia pun sudah ada ramai nama-nama individu yang sinonim dengan jenama bisnes mereka.

Persoalannya, adakah individu biasa macam saya dan anda boleh buat personal branding macam mereka?

Macam mana nak buat?

Boleh! Itu yang saya akan kupas dalam artikel ini.

Jom!

Apa Itu Personal Branding?

Personal Branding adalah satu aktiviti pemasaran bertujuan untuk memperkenal dan membina jenama seseorang.

Contoh mudah begini.

Macam saya, apabila orang sebut Hafiz Azman, terus ingat Dropship kartel, tak pun Kartel Digital.

Orang kenal saya melalui jenama itu. Ini yang dipanggil personal branding.

Tapi perlu ingat juga. Ia bukan hanya terpakai untuk orang bisnes sahaja.

Malah ia terpakai untuk semua individu.

Baik orang politik, pemimpin organisasi, sampailah ke orang biasa.

Kenapa Personal Branding Penting?

Setuju atau tidak, walaupun anda tidak buat apa-apa strategi dan pelan untuk personal branding pun, anda sebenarnya dah ada imej yang dikaitkan dengan diri.

Cuma yang kita risau adalah, adakah kita suka dengan imej yang dikaitkan dengan diri kita itu tadi?

Sebab itu perkara ini penting untuk diperhalusi dan dirancang supaya ia selari dengan matlamat yang ingin dicapai, baik dalam bisnes mahupun kerjaya.

Bagi orang berbisnes, personal branding sangat penting kerana :

  • Memberi kepercayaan terhadap bisnes
  • Membantu meningkatkan jualan dalam jangka masa panjang
  • Menarik minat orang yang ingin berbisnes dengan anda
  • Menarik minat orang untuk bekerja dengan anda
  • Membantu mengekalkan kesetiaan pelanggan terhadap bisnes

Dan ini data yang menunjukkan impak personal branding dalam proses jualan dan pemasaran.

Kalau nak ikutkan banyak sangat impak langsung dan tidak langsung yang boleh anda dapat hasil dari pelaksanaan personal branding yang bagus.

Kata Gary Vaynerchuk, Pengerusi VaynerX dan CEO Vayner Media,

Personal branding adalah reputasi anda. Dan reputasi ini asas kepada bisnes anda, sampai bila-bila.”

Gary Vaynerchuck

Reputasi bagus = Bisnes naik!

7 Tips Bina Personal Branding Untuk Orang Bisnes.

Macam mana sebuah tamadun tidak boleh dibina dalam satu hari, begitu juga jenama diri. Bina personal branding ini bukan kerja satu malam.

Ia perlukan dedikasi dan komitmen penuh dari seseorang.

Sebagai permulaan, kita tak perlu kejar target sampai tahap influencer dengan followers ratus ribu atau juta-juta tu.

Bertenang, kita bina personal branding mula dari langkah pertama.

1) Mulakan Dengan Cerita

Semua orang suka cerita. Sejak kecil kita juga sudah didedahkan dengan cerita.

Atas sebab yang sama juga, konten yang ada cerita lebih mudah viral berbanding konten yang hanya dipenuhi fakta.

Jadi, bina cerita anda juga.

Apa yang nak dimasukkan dalam cerita personal branding ni?

Ada dua elemen iaitu siapa anda, apa yang anda nak capai dan sebab anda nak mencapainya.

Elemen 1: Siapa Anda?

Untuk menjawab soalan yang ini, bukan sekadar beritahu nama, latar pendidikan, dan hal-hal formal tu. Bukan.

Bagi menceritakan siapa anda, masukkan pernyataan yang menjawab soalan-soalan ini:

  • Apa yang anda suka dan sangat minat. Apa passion anda?
  • Apa personaliti atau sifat terbaik yang anda nak, dan rasa penting untuk orang tahu?
  • Apa yang anda paling hargai dalam hidup?

Elemen 2: Apa yang nak dicapai dan kenapa?

Bagi soalan berkaitan matlamat pula, sediakan jawapan kepada soalan-soalan berikut:

  • Apa misi hidup/ misi bisnes anda?
  • Apa yang anda nak capai dalam hidup?
  • Apa yang anda nak tinggalkan kepada generasi seterusnya? Legasilah, apa legasi anda?
  • Apa yang anda nak orang ingat, apabila ada yang sebut nama anda. Contohnya, saya nak orang ingat pasal bisnes dropship apabila orang sebut Hafiz Azman.

Dah fikir jawapan soalan-soalan ni?

Ha, jangan pula tulis jawapan panjang. Padatkan semua kepada dua ke tiga ayat.

Macam ayat anda nak pitch kepada klien, dalam masa seminit, atau istilahnya kita panggil elevator pitch.

Sesi singkat untuk yakinkan bakal pelabur/ klien. Kalau dia rasa menarik, on.

Teruskan bercerita pasal servis dan produk anda. Kalau tak, off you go.

2) Google Nama Sendiri

Bagi membina personal branding yang positif, perkara pertama ialah kita kawal apa yang kita mahu pembaca tahu pasal kita.

Tujuannya, supaya dapat kawal apa yang kita mahu pembaca fikir, rasa dan bercakap pasal kita.

Sebelum anda pergi lebih jauh, buat audit awal untuk diri sendiri dahulu.

Cerita yang kita nak bina untuk personal branding kena selari dengan apa yang dah ada dalam data digital.

Jadi, mula-mula kita Google nama sendiri.

Letak tanda pembuka dan penutup kata tu, supaya hasil carian muncul dengan nama penuh kita.

Kalau tak, nanti akan ada result untuk nama Hafiz dan Azman sekali. Kita tak perlu maklumat ini.

Lihat sebanyak mungkin halaman yang ada, termasuk paparan dari media sosial.

Apa yang anda mahu, ada tak?

Jika ada maklumat negatif atau tak menyenangkan yang anda pernah tulis sebelum ini, delete.

Sekiranya sumbernya daripada orang lain, minta baik-baik supaya mereka padamkan.

Semak juga imej yang muncul ya.

Sekiranya ada gambar yang anda rasa tak berkenan tu, padamkan terus supaya tidak lagi ditemukan dalam rekod digital.

3) Bina Tribe Anda

Kita kena terima realiti. Personal branding anda tak akan beri apa-apa makna kalau anda tidak ada followers setia.

Followers setia ni dipanggil tribe, dan ia perlu dibangunkan. Macam mana nak bina tribe?

  • Pastikan mesej ditulis khusus untuk audiens

Followers akan datang apabila anda ada konten yang bagus.

Tetapi ia bukan bermakna anda perlu menulis untuk semua orang supaya semuanya datang dan jadi followers. Tidak.

Sebab kita tidak akan boleh jual satu benda kepada semua orang.

Contohnya, saya tidak menulis pasal dropship dan panduan bisnes online untuk semua orang.

Setiap entri di blog ini, spesifik untuk orang-orang yang nak belajar buat bisnes melalui dropshipping, yang nak jadi dropshipper.

Juga, tulisan itu ditulis untuk audiens.

Sebab itu juga saya gunakan saya dan anda. Sesuai untuk audiens yang saya sasarkan.

  • Cari platform yang sesuai

Anda juga tak perlu menulis untuk semua platform. Cari yang sesuai untuk anda, ikut bajet yang anda ada.

Yang paling baik, bina laman web atau blog untuk masukkan konten yang berkualiti itu dan di situlah anda berinteraksi dengan prospek.

  • Cari tempat audiens lepak dan tarik ke platform

Selepas ada konten, tak ada fungsi juga jika tidak ada yang tahu, betul?

Maka, gunakan satu atau dua platform media sosial, untuk tarik audiens ke blog/web anda.

Contohnya, anda nak tarik orang muda.

Anda boleh buat video TikTok atau Instagram, atau tulis thread di Twitter untuk bawa mereka ke blog anda.

4) Guna Satu Nama Sahaja

Ha, yang ini pun penting juga. Macam saya kata tadi, gunakan beberapa platform.

Pastikan anda guna nama yang sama untuk kesemua platform yang digunakan.

Contohnya, jenama Nota Perempuan Backpacker ini, digunakan di IG dan Facebook.

contoh personal branding

Apabila dicari, pembaca boleh pilih mahu follow Facebook atau IG, atau kedua-duanya sekali.

5) Kumpul Database Follower

Okey, apabila sudah ada konten yang baik dan berkualiti, manfaatkan laman web untuk kumpul database follower.

Database asas yang perlu anda kumpul ialah nama, dan e-mel.

Boleh guna kaedah percuma seperti Google Forms.

Tapi kalau anda nak leverage database tersebut untuk kempen pemasaran yang lebih efektif, saya sarankan guna ConvertKit.

Saya ada sediakan artikel lain untuk guide anda lakukan pemasaran email dan database dengan berkesan.

6) Rancang Strategi Pemasaran Konten

Bila buat personal branding, mahu atau tidak memang akan melibatkan pembinaan konten.

Berikut saya berikan tips untuk buat pemasaran konten bagi tujuan personal branding.

  • Konten kena relevan

Pastikan konten anda sesuai untuk audiens sasaran dan relevan dengan produk / personal brand anda.

Konten berkualiti akan menarik followers atau bakal pelanggan berkualiti juga.

  • Fokus pada satu atau dua platform marketing

Macam yang saya sudah sebutkan di atas, fokus kepada satu atau dua platform sahaja di peringkat awal.

Jangan nak serbu semua platform, sudahnya terbengkalai sebab tak mampu nak cope.

  • Konsisten

Kerja-kerja bina personal branding ini perlu dibuat secara berterusan. Setiap hari.

Sama ada anda muat naik satu konten di web dan gunakan info itu untuk up hantaran di media sosial tiap-tiap hari atau macam mana, terpulang.

Ikut perancangan dan kreativiti anda.

Tidak ada istilah berhenti.

Macam mana Apple buat branding dari 1980 dan tidak berhenti sampai sekarang, begitulah yang kita kena buat juga.

7) Bina Network

Sesudah ada blog/web dengan konten yang baik, terus isikan konten secara konsisten.

Pada masa yang sama, manfaatkan blog anda untuk bina network.

Tak perlu terhadkan kenalan daripada satu bidang sahaja.

Sebaliknya, berkawan sahaja dengan semua orang. Sebab kita tidak tahu rezeki akan datang dari arah mana.

Macam mana nak bina network ni?

Ada beberapa cara seperti:

  • Hadir acara online dan offline. Sekarang tak boleh keluar, kita pergi acara online sajalah.
  • Join group berkaitan yang ada di media sosial.
  • Masuk forum yang bincangkan topik niche dan sumbangkan juga konten anda untuk isu berkenaan.
  • Jadi penulis jemputan di blog orang lain.
  • Anjurkan webinar dengan influencer lain di platform anda. 

Proses networking begini secara tidak langsung akan menaikkan tahap awareness prospek dan anda akan mendapat followers atau ahli tribe baru.

Tugas anda, pastikan konten yang diisi itu berkualiti.

Pada satu sisi, data hasil carian nama anda juga akan bertambah dan lebih meluas.

Baiklah. Apabila sudah sasarkan mahu bina personal branding yang positif, jangan lupa untuk bekerja untuk capai sasaran ini juga.

Pada masa yang sama, produk atau servis yang anda tawarkan kena sama-sama berkualiti. Seiring sejalan, macam tu.

Kesimpulan – 7 Tips Bina Personal Branding Untuk Orang Bisnes

Ada yang kata, fokuslah bina servis atau produk yang bagus dahulu, baru bina personal branding.

Pada saya, aturannya tidak penting. Yang lebih penting, mula. Boleh ikut step yang saya sudah kongsikan, dari langkah pertama.

Susun cerita jenama anda dan bina konten bersesuaian setiap hari.

Buat hari ini. Kalau bukan hari ini, bila lagi anda nak buat?

Ada bahagian yang tidak jelas? Tanya sahaja di ruang komen, nanti saya respon.

Share this!

Picture of HAFIZ AZMAN

HAFIZ AZMAN

Blogpreneur at Dropship Kartel & Kartel Digital. Sometimes jadi consultant dan coach untuk bidang Digital Marketing, Online Business, dan eCommerce.

PANDUAN PERCUMA

6 Figure Blogging Gameplan eCover

KETAHUI GAMEPLAN SAYA BUAT INCOME 6-ANGKA DARI BLOG!

Dapatkan eBook eksklusif yang mengandungi ‘failed-proof’ gameplan untuk anda mula bisnes online from scratch, dan direka khusus untuk anda yang busy tapi nak buat side income online.

Ia adalah hasil dari pengalaman, pembelajaran, dan eksperimen bertahun, sehingga saya boleh buat income dengan konsisten, 100 peratus online, secara seorang diri.

CASE STUDY EKSKLUSIF (FREE)

Rahsia Bagaimana En. Amir Hasilkan RM250k Dari Dropship Dalam Masa Sebulan!

Isi nama dan email untuk saya hantar ebook ini.
CASE STUDY EKSKLUSIF (FREE)

Rahsia Bagaimana En. Amir Hasilkan RM250k Dari Dropship Dalam Masa Sebulan!

Isi nama dan email untuk saya hantar ebook ini.