10 Contoh Design Store E-commerce Yang Mantap (Update 2023)

Jika anda jual produk online, anda tahu betapa pentingnya ada design store e-Commerce yang mantap.

Perkara ni sangat penting supaya ia dapat mewakili jenama anda dengan baik. 

Website anda ialah kaunter maya anda dan beri kesan pertama yang anda dapat buat pada bakal pelanggan. 

Sebahagian besar dalam membuat kesan pertama yang hebat ialah design store e-Commerce anda. 

Dalam artikel ini, anda akan menemui 10 contoh design store eCommerce terbaik untuk 2023 yang boleh anda gunakan untuk beri inspirasi.

Kami kongsi elemen yang masuk ke dalam tapak e-Commerce yang direka bentuk dengan baik.

Apa yang buat store e-Commerce mantap?

Menurut Pixolabo, purata masa yang dihabiskan di website rentas industri ialah 42 saat. 

Ini bermakna anda ada kurang daripada satu minit untuk tarik perhatian pelawat store anda dan libatkan mereka dalam perkara yang anda tawarkan. 

Kajian lain mendakwa bahawa anda hanya ada 50 milisaat (.05 saat) untuk tarik pelawat masuk.

Aduh. Itu susah, kan?

Itulah sebabnya sangat penting untuk buat design store eCommerce yang tarik minat dan perhatian. 

Nasib baik, terdapat beberapa perkara yang boleh anda lakukan untuk tarik perhatian pelawat dengan segera. 

Mari kita lihat lima elemen design store eCommerce yang hebat.

Design responsif

Mobile device (tidak termasuk tablet) sumbang lebih separuh daripada trafik web di seluruh dunia. 

Jika website eCommerce anda tidak dioptimumkan untuk mudah alih, anda mungkin kehilangan banyak jualan. 

Website eCommerce responsif yang kelihatan hebat pada semua device adalah penting untuk kurangkan friction bagi pengguna yang ingin beli dari store anda.

Kebanyakan platform e-Commerce sertakan tema yang dioptimumkan untuk mobile device supaya membuat website e-Commerce responsif boleh semudah memilih tema yang betul. 

Sebelum buat komitmen kepada tema tertentu, kami syorkan menguji aliran—browsing, tambah ke troli dan proses pembayaran—untuk kenal pasti sebarang jurang atau masalah dalam proses tersebut. 

Matlamat anda adalah untuk jadikan store e-Commerce semudah mungkin untuk pengguna, tidak kira apa peranti yang mereka gunakan untuk akses.

Design menarik secara visual

Walaupun anda tidak mungkin buat design store e-Commerce yang boleh tarik minat setiap pelawat, masih terdapat beberapa perkara yang boleh anda lakukan untuk jadikannya lebih menarik secara visual. 

Ini termasuk perkara seperti fon, imej, layout anda dan banyak lagi. 

Ingat, design store e-Commerce anda ialah tanggapan pertama anda. 

Berikut ialah beberapa perkara yang perlu dipertimbangkan:

Imej Produk

Pelawat anda bergantung pada imej produk anda untuk bantu mereka buat keputusan sama ada untuk beli atau tidak.

Itulah sebabnya sangat penting untuk gunakan imej produk yang berkualiti tinggi dan menarik. 

Kebanyakan pakar pemasaran syorkan guna gabungan imej produk dengan latar belakang putih bersama-sama dengan imej produk anda yang sedang digunakan. 

Gunakan latar belakang putih untuk imej produk anda letakkan fokus tepat pada produk anda dan mudahkan pembeli melihat butiran produk anda.

Imej produk dalam penggunaan adalah penting kerana anda mahu pembeli dapat lihat diri mereka gunakan produk anda. Ini lebih mudah apabila mereka mempunyai model untuk dilihat.

Warna dan Fon

Warna dan fon tapak anda juga ialah pertimbangan design yang penting.

Kita semua telah pergi ke website yang kelihatan seperti ia wujud dari awal 1990-an. 

Melainkan itu gimik anda, jangan buat macam tu. 

Berpegang kepada design store e-Commerce yang anggun dan ringkas dengan hanya dua warna. 

Jika anda nak nampak lebih berani, tambahkan warna aksen juga. 

Anda juga perlu pilih dua fon—satu untuk tajuk dan satu untuk body copy—yang berfungsi dengan baik bersama-sama. 

Jika anda ingin pastikan perkara lebih mudah, anda boleh gunakan satu fon.

Kebolehcapaian

Kebolehcapaian ialah satu lagi aspek penting bagi desoign store e-Commerce yang baik dan menarik. 

Berikut ialah 10 petua terbaik untuk naikkan kebolehcapaian daripada syarikat ujian QA dan UAT StarDust:

  • Gunakan sistem pengurusan kandungan (CMS) yang sokong acesssibility
  • Susun kandungan anda dengan header
  • Tambahkan tag teks alt pada imej anda
  • Gunakan tajuk deskriptif untuk link
  • Gunakan warna kontras tinggi
  • Reka bentuk borang untuk accessibility dengan gunakan medan teks label sifat dan tajuk deskriptif
  • Gunakan jadual untuk data berjadual
  • Pastikan navigasi tapak via papan kekunci
  • Sediakan kapsyen tertutup dan alternatif teks untuk kandungan dinamik seperti embedded video dan GIF
  • Sahkan accessibility tapak anda melalui ujian accessibility

Navigasi mudah digunakan

Navigasi tapak anda termasuk menu navigasi utama, carian di tapak, penapis, halaman kategori produk dan perkara yang anda sertakan dalam footer anda. 

Tujuan navigasi adalah untuk bantu pelawat cari perkara yang mereka mahukan dengan cepat dan mudah, jadi aliran navigasi anda hendaklah sesempit mungkin, pastikan bilangan laluan yang perlu dilalui pengguna pada tahap minimum. 

Bonus: Navigasi yang direka dengan baik bukan sahaja bantu pembeli cari perkara yang mereka inginkan, tetapi ia juga akan bantu dengan SEO kerana enjin carian lebih mampu crawling di site anda.

Pengalaman pengguna yang hebat

Pengalaman pengguna (UX) merangkumi semua yang telah kami nyatakan, tetapi ia lebih mendalam daripada itu. 

Pakar UI/UX bergantung pada pemikiran reka bentuk yang merupakan proses berulang yang digunakan untuk faham tindakan yang diambil oleh pelawat pada aplikasi atau website.

Ada enam amalan terbaik pemikiran designk digital yang pereka UI/UX gunakan untuk cipta website e-Commerce terbaik:

  • Buat rayuan emosi
  • Buat perjalanan pengguna yang lancar yang pastikan pelawat sentiasa terlibat
  • Gunakan gamifikasi untuk memberi ganjaran kepada pelawat dan tingkatkan penglibatan
  • Berikan pengguna petunjuk navigasi untuk bantu mereka
  • Tawarkan maklum balas untuk beritahu pelawat mengetahui perkara yang berlaku (seperti halaman pengesahan atau e-mel selepas mereka mengambil tindakan tertentu)
  • Sertakan automasi untuk kurangkan friction

Trust signal

Bagaimanakah anda tahu jika anda boleh percaya website yang anda layari?

Jika anda beli online, anda mungkin gunakan kad kredit atau sesuatu seperti PayPal yang disambungkan terus ke akaun bank anda. 

Dan walaupun anda pasti boleh pertikaikan tuduhan penipuan, bukankah lebih baik jika anda boleh elak daripada berada dalam kedudukan itu sama sekali?

Kebanyakan pembeli mencari trust signal untuk beritahu mereka sama ada mereka boleh percayai website anda dengan maklumat peribadi mereka yang berharga.

Untuk tenangkan fikiran mereka, terdapat empat perkara mudah yang boleh anda lakukan:

  • Sertakan maklumat hubungan seperti alamat surat-menyurat, alamat e-mel dan nombor telefon
  • Tawarkan polisi pemulangan
  • Pamerkan lencana teknologi keselamatan dan lencana pematuhan anda
  • Kongsi ulasan pelanggan, testimoni dan bukti sosial yang lain

Berikut 10 contoh design store e-Commerce yang mantap yang menepati kebanyakan ciri yang kami kongsikan di atas.

Niche Fesyen

Fossil 

Fossil ialah jenama pengeluar aksesori fesyen yang menekankan rekaan vintage Amerika.

Antara produk keluaran Fossil ialah beg, jam tangan, beg duit dan juga barangan kemas, yang turut dijual secara online melalui website.

Website ini ada drop-down menu yang sempurnakan pelbagai kategori dan jadikan pengalaman melayari produk jualannya, sangat lancar. 

Katalog Fossil adalah besar, jadi termasuk jenis reka letak ini tawarkan pengalaman yang selesa untuk pelawat terus-terusan berada di website dan naikkan kemungkinan mereka untuk beli produk.

Selain itu, reka bentuknya sebersih produk yang mereka cuba jual. 

Dengan imej beresolusi tinggi, copywriting ringkas dan banyak ruang kosong, laman web ini jadikan pengalaman berbelanja di store e-commerce sebagai pengalaman yang menyeronokkan.

Ini adalah ciri design store e-commerce yang masuk akal, memandangkan kebanyakan penggemar fesyen mahu lihat aksesori digayakan dan diterangkan secara terperinci.

Apa yang jadikan Fossil sebagai design e-Commerce yang mantap?

  • Drop-down menu yang sangat baik yang menjadikan membeli-belah mudah.
  • Imej lebar penuh dan resolusi tinggi.
  • Fon besar, tebal dan tipografi yang elegan.
  • Butang CTA yang menawan.
  • Proses daftar keluar yang mudah.
  • Live chat messenger
  • Reka bentuk bersih dengan ruang putih yang mencukupi.
  • Mempersembahkan produk di tempat dan masa yang betul.
  • Menggalakkan untuk meneroka kategori dan bukannya produk individu.

Jika anda ada katalog yang besar, Fossil ialah contoh terbaik tentang cara anda harus susun produk and ikut kategori dan tingkatkan kualiti pengalaman membeli-belah untuk pelanggan anda.

Reka letak menunya, kategorinya, imejnya, fonnya… kesemuanya adalah faktor utama yang akan tonjolkan perbezaan.

Batik Botique

Butik Batik ialah perusahaan sosial yang memenangi anugerah yang dicipta untuk hapuskan kitaran kemiskinan di Malaysia.

Batik Botique perkasakan tukang daripada komuniti terpinggir untuk hasilkan fesyen yang adil, barangan rumah dan aksesori yang diperbuat daripada kain tradisional yang dipanggil batik Malaysia.

Mereka bekerjasama dengan tukang batik luar bandar dan bandar di seluruh Malaysia untuk cipta tekstil batik daripada gentian asli. Fabrik ini kemudiannya dihantar kepada tukang jahit di pusat latihan untuk cipta produk dalam reka bentuk yang pelanggan akan suka.

Apa yang jadikan batik Boutique sebagai design e-Commerce yang mantap?

  • Katalog disusun ikut kategori kegunaan produk.
  • Copywriting berbentuk penceritaan.
  • Butiran produk lengkap dengan cara guna, ukuran saiz, warna & ciri.
  • Produk diperagakan oleh model.
  • Gambar resolusi tinggi dari pelbagai sisi (depan, belakang & sisi).
  • Layout: clean design & banyak ruang putih.
  • Cadangan produk lain yang mungkin pelawat akan minat.
  • Jaminan manfaat kepada pelanggan (free shipping, penukaran percuma, & same day delivery)
  • Ada 3 pilihan sokongan pelanggan: telefon, WhatsApp & e-mel.
  • Laman blog untuk komuniti pengguna Tupperware yang kongsi petua, tip, trivia dan khidmat masyarakat.

Kekuatan design store e-Commerce Batik Boutique ini melalui copywriting yang bersifat penceritaan (story-telling) diiringi visual yang menggambarkan falsafah bisnes mereka.

Falsafah Batik Boutique dapat ubah keadaan komuniti terpinggir dengan menyediakan peluang pekerjaan, pendapatan mampan dan kemahiran untuk capai kebebasan kewangan.

Kisah ini juga terakam dalam bentuk video sebagai inspirasi kepada pelawat website.

Niche Barangan Bayi

Bebehaus

Bebehaus ialah store e-Commerce yang bertujuan untuk sediakan pelbagai pilihan produk bayi di Malaysia dan di seluruh Asia. 

Bebehaus menghargai reka bentuk, keselamatan, kefungsian, merangsang, keselesaan dan kualiti produk bayi yang sangat baik untuk ibu bapa dan bayi.

Cabaran untuk design store e-Commerce kedai sebegini ialah cara menyusun katalog produk dan asingkan ikut kategori.

Terlalu banyak kategori akan buat pelawat rasa rimas untuk pilih, dan jika terlalu sedikit kategori anda akan alami kesukaran untuk fikirkan nama kategori.

Apa yang jadikan Bebehaus sebagai design store e-Commerce yang mantap?

  • Design yang mesra telefon pintar (mobile first design)
  • Warna lembut dan selesa untuk dilayari dalam jangka masa yang lama.
  • Clean layout.
  • Drop-down menu.
  • Banyak kategori untuk dilayari.
  • Copywriting yang terperinci, padat dan ringkas.
  • Sokongan pelanggan melalui live-chat messenger atau pesanan WhatsApp.
  • Ruang putih yang banyak.
  • Gambar beresolusi tinggi.
  • Video tutorial untuk guna produk.
  • Testimoni pelanggan dan star-rating pada katalog produk.

Jika anda jual sesuatu yang perlukan pemasangan (perabot, mesin, peralatan rumah dan sebagainya); sertakan video tutorial pemasangan dan penggunaan.

Pelawat akan cenderung untuk beli apabila rasa lebih yakin untuk pasang sendiri.

Bahan audio-visual seperti video juga bahan pemasaran yang bagus untuk naikkan engagement dengan audiens.

Baby Dots

Baby Dots dimulakan oleh dua orang wanita yang inginkan kelainan untuk bayi & cucu mereka, kerana pada masa itu barangan bayi yang ada di Malaysia ada pilihan yang terhad.

Diilhamkan oleh butik bayi kecil di luar negara, mereka bermula dengan kedai runcit dalam talian yang menjual produk yang sukar didapati di Malaysia 

Kini mereka berterusan cari produk terbaik, praktikal & bergaya yang mereka temui untuk diberikan kepada bakal ibu bapa dan juga ibu bapa yang lebih ‘senior’.

Apa yang jadikan Baby Dots sebagai design store e-Commerce yang mantap?

  • Minimalis, clean design, & nampak ekslusif.
  • Gambar HD, diperagakan oleh manusia dan banyak sudut pandang.
  • Integrasi store e-Commerce dengan akaun Instagram.
  • Perincian produk lengkap saiz, ukuran, warna, & cadangan kesesuaian umur bayi.
  • Cadangan produk lain yang bersesuaian dengan produk yang sedang dilayari oleh pelawat.
  • Blog tentang penjagaan bayi dan petua keibubapaan.

Produk penjagaan bayi ialah pasaran yang takkan surut selagi ada kelahiran bayi saban tahun.

Terutamanya jika produk yang sukar didapati di pasaran tempatan dan anda menjadi pengedar tunggalnya.

Niche Hobi & Minat

Box of Bricks

Box of Bricks ialah pengedar sah permainan Lego di Malaysia.

Box of Bricks ada beberapa cawangan kedai fizikal dan website untuk jualan online.

Lego ialah sebuah syarikat pengeluaran mainan Denmark yang berpangkalan di Billund, Denmark. 

Lego keluarkan mainan jenama Lego, yang kebanyakannya terdiri daripada bata plastik yang saling mengunci.

Permainan ini merangkumi pemain pelbagai usia, dari kanak-kanak hingga dewasa.

Apa yang jadikan Box of Bricks sebagai design store e-Commerce yang mantap?

  • Kombinasi warna identiti jenama yang ketara.
  • Drop-down menu.
  • Susunan katalog produk ikut kategori tema, umur, koleksi dan harga.
  • Integrasi laman media sosial (Instagram).
  • Gambar beresolusi tinggi (HD).
  • Gambar pelbagai sudut dan tunjuk proses pemasangan & peragaan 
  • Clean design, mata pelawat boleh fokuskan kepada produk.
  • Copywriting yang terperinci meliputi dimensi produk & cadangan umur penggunanya.

Jika anda jual produk yang melibatkan kelompok peminat suatu hobi, Box of Bricks tunjukkan contoh yang baik dari segi visual.

Permainan Lego ialah sebuah permainan ikonik dan telah dimainkan oleh pelbagai generasi. Ia bukan saja menjual permainan, tetapi nostalgia dan sub-hobi yang lain.

Bukan mudah untuk store e-commerce untuk himpunkan pelanggan sasaran yang pelbagai —peminat yang mengumpul koleksi seperti lanskap, action figures, superhero dan juga ibu bapa yang membeli mainan untuk anak.

Tapi Box of Bricks telah menyusunnya dengan baik. Pengalaman melayari store e-Commerce ini menepati ux/ui (user experience & user interface) yang memuaskan.

Modkat

Modkat menawarkan litter box kucing yang sesuai untuk kediaman moden seperti apartmen dan kondominium.

Peminat kucing hadapi kesukaran untuk uruskan najis kucing di kediaman bertingkat seperti apartmen dan kondominium.

Antara yang diambil berat ialah ruang terhad untuk letak litter-box serta pengudaraan yang baik untuk ahli rumah yang lain.

Pereka dan pengasas Modka; Rich, tak berpuas hati dengan rekaan litter-box yang ada dan di pasaran dan kerap merungut tentang hal itu.

Sehinggalah isterinya mencadangkan supaya Rich reka sendiri litter-box yang sesuai dengan kehendak dan keperluannya.

Apa yang jadikan Modkat sebagai design store e-Commerce yang mantap?

  • Latar cerita sejarah penubuhan jenama dan rekaan produk.
  • Penggunaan istilah berkaitan kucing dalam copywriting.
  • Katalog disusun ikut kategori kegunaan produk.
  • Copywriting & butiran produk lengkap dengan cara guna, ukuran saiz, warna & ciri.
  • Gambar resolusi tinggi (HD) dengan paparkan cara penggunaan.
  • Clean design & banyak ruang putih.
  • Ulasan pengguna dan sistem star-rating.
  • Laman blog untuk penjagaan kucing.
  • Video pendek cara guna produk yang menampilkan kehadiran manusia dan kucing sebenar.
  • Jaminan keaslian dan transparency oleh Judge.me

Kucing amat sensasi di Internet dan banyak meme serta slanga yang boleh dikaitkan.

Hal ini akan tingkatkan pengguna Internet untuk berkongsi, secara tak langsung ini jadi alat pemasaran percuma.

Tentunya publisiti ini beri kesan juga kepada jualan.

Modkat telah gunakan kelebihan ini dalam copywriting website mereka.

Niche Barangan Rumah

Tupperware

Jenama bekas plastik yang sangat digemari kaum ibu.

Kalau anda membesar di Malaysia anda akan faham betapa sinonim jenama Tupperware dengan ibu anda.

Ada jenaka yang nyatakan: walau apa berlaku di sekolah/pejabat, anak-anak/bapa jangan lupa bawa balik Tupperware ke rumah atau bersedialah dengan bebelan panjang ibu/isteri.

Sebagai pengeluar barangan plastik yang fokuskan pada bekas penyimpanan dan penghidangan makanan, ia bijak bermain dengan padanan warna dan tata letak visual.

Apa yang jadikan Box of Bricks sebagai design store e-Commerce yang mantap?

  • Katalog disusun ikut kategori kegunaan produk.
  • Copywriting & butiran produk lengkap dengan cara guna, ukuran saiz, warna & ciri.
  • Gambar resolusi tinggi (HD) dengan paparkan cara penggunaan.
  • Clean design & banyak ruang putih.
  • Cadangan produk lain yang mungkin pelawat akan minat.
  • Paparan ulasan pembeli & sistem star-rating (mudah dapat kepercayaan pelawat bila ada social proof).
  • Jaminan produk sepanjang hayat (lifetime warranty).
  • Laman blog untuk komuniti pengguna Tupperware yang kongsi petua, tip, trivia dan khidmat masyarakat.

Jika anda berminat untuk bina identiti jenama anda dalam jangka masa yang panjang, blog komuniti  seperti Tupperware ini sangat memainkan peranan.

Kehadiran blog bukan saja sebagai alat pemasaran, malah ia satu proses dokumentasi maklumat, sejarah, perjuangan sesebuah jenama.

Bina komuniti pengguna dan work-of-mouth akan sentiasa berlegar melalui kepuasan penggunanya sendiri.

Gudang

Gudang, yang pada asalnya diasaskan oleh arkitek dan pereka, kini dikendalikan oleh individu yang meminati reka bentuk dan ketukangan. 

Pamerkan perabot import yang direka oleh pereka antarabangsa yang terkenal, bersama-sama dengan rangkaian perabot Gudang Home, Gudang tawarkan pelbagai pilihan untuk rumah kontemporari. 

Semua kepingan dibuat dengan kemahiran tukang terbaik gunakan kayu dan bahan terbaik yang ada.

Apa yang jadikan Gudang sebagai design store e-Commerce yang mantap?

  • Clean design, banyak ruang putih.
  • Integrasi dengan Instagram.
  • Drop-down menu.
  • Gambar HD & pelbagai sudut.
  • Butiran produk disertakan dengan ukuran dan saiz.

Jika anda juga bermain dalam pasaran premium ini antara contoh yang baik untuk susun atur produk dalam katalog. Terutamanya jika produk anda tidak ada stok sedia ada, hanya boleh dibeli melalui tempahan awal.

Niche Kecantikan

Orkid Cosmetic

Orkid Cosmetic ialah syarikat kosmetik halal, vegan & bebas kekejaman yang dilahirkan dan dibesarkan di Malaysia.

Visi mereka ialah untuk cipta produk yang Halal (yang dibenarkan dalam Islam), selamat, beretika dan jujur, berikan pelanggan keyakinan tambahan tanpa jejaskan kepercayaan, kesihatan dan kulit pelanggan.

Mereka suka apa yang kami lakukan dan percaya bahawa setiap orang sepatutnya mampu membeli produk kecantikan yang berkualiti tinggi dan selamat tanpa bebankan dompet!

Apa yang jadikan Orkid Cosmetic sebagai design store e-Commerce yang mantap?

  • Perincian produk yang telus: senarai bahan, manfaat, dan gambar.
  • Warna design store e-Commerce yang lembut, sesuai dengan nature of business.
  • Gambar resolusi tinggi (HD).
  • Cadangan produk lain ketika pelawat melayari suatu produk tertentu.
  • Model pelbagai tona warna kulit (inclusive untuk kulit cerah, sederhana dan gelap).
  • Falsafah bisnes yang terang dan nyata sokongan terhadap produk halal, vegan dan tanpa kekejaman; yang mampu milik.
  • Ulasan produk oleh pengguna & sistem star-rating.
  • Sokongan pelanggan melalui pesanan WhatsApp.
  • Ruang putih yang banyak

Sebagai pendatang baru dalam niche ini, mereka faham kehendak pelanggan dan sedar kelompongan dalam pasaran.

Peminat kosmetik dah ada kesedaran untuk jaga kelestarian alam dan etika penghasilan produk yang tanpa berlaku kejam kepada haiwan.

Baca artikel ini juga anda minat untuk ceburi industri kosmetik dan buat produk jenama sendiri.

AprilSkin

AprilSkin ialah sebuah jenama penjagaan kulit wajah yang diasaskan di Korea; memfokuskan keselesaan kulit namun masih berkesan selesaikan masalah kulit.

Mereka percaya produk yang berkesan dalam jangka masa yang cepat, tak sepatutnya merengsakan kulit.

Apa yang jadikan Orkid Cosmetic sebagai design store e-Commerce yang mantap?

  • Drop-down menu.
  • Perincian produk yang telus: senarai bahan, manfaat, berat/isipadu, dan .
  • Gambar resolusi tinggi (HD).
  • Cadangan produk lain ketika pelawat layari suatu produk tertentu.
  • Falsafah bisnes yang nyatakan sokongan terhadap produk vegan dan bebas kekejaman.
  • Cadangan untuk gabung penggunaan produk untuk capai hasil yang pelanggan mahukan.
  • Kuiz, bantu pelanggan memilih produk yang sesuai dengan jenis kulit & masalah kulit.
  • Integrasi dengan Instagram.
  • Ulasan produk oleh pengguna & sistem star-rating.
  • Rekaan minimalis dan ruang putih yang banyak.

Jika anda menjual produk yang merawat kulit, anda boleh jadikan ini satu inspirasi. Gabungkan beberapa produk untuk dijadikan ruti penjagaan kulit yang sekaligus merawat masalah kulit.

Kesimpulan – Design Store e-Commerce Perlu Mesra Pelawat

Seperti masuk ke kedai fizikal, tentunya orang yang berkunjung ke store e-Commerce kita pun harapkan keselesaan untuk mereka layari produk-produk yang ada sebelum buat keputusan untuk beli.

Design store e-Commerce memang main peranan besar. 

Kalau anda rasa design store e-Commerce boleh dibaiki lagi untuk tambah mantap, jangan tangguh. Mulakan cepat.

Kongsikan dengan kami design store e-Commerce mana yang anda paling suka?

Share this!

Ainul Tajul

Ainul Tajul

Penulis kandungan sepenuh masa di Kartel Digital Sdn. Bhd. Berpengalaman sebagai pemasar digital, editor, pencipta kandungan, penulis iklan, pengurus acara, tutor, dan konsultan/auditor. Minat sains & teknologi, media sosial dan penulisan sastera kreatif.

PANDUAN PERCUMA

6 Figure Blogging Gameplan eCover

KETAHUI GAMEPLAN SAYA BUAT INCOME 6-ANGKA DARI BLOG!

Dapatkan eBook eksklusif yang mengandungi ‘failed-proof’ gameplan untuk anda mula bisnes online from scratch, dan direka khusus untuk anda yang busy tapi nak buat side income online.

Ia adalah hasil dari pengalaman, pembelajaran, dan eksperimen bertahun, sehingga saya boleh buat income dengan konsisten, 100 peratus online, secara seorang diri.

CASE STUDY EKSKLUSIF (FREE)

Rahsia Bagaimana En. Amir Hasilkan RM250k Dari Dropship Dalam Masa Sebulan!

Isi nama dan email untuk saya hantar ebook ini.
CASE STUDY EKSKLUSIF (FREE)

Rahsia Bagaimana En. Amir Hasilkan RM250k Dari Dropship Dalam Masa Sebulan!

Isi nama dan email untuk saya hantar ebook ini.