Panduan Lengkap Cara Buat Bisnes Dropship (Edisi 2022)

cara buat bisnes dropship

Bisnes dropship sekarang makin dikenali di Malaysia. Supplier dropship pun makin bertambah.

Ini sebenarnya bagus untuk usahawan baru untuk cuba belajar berniaga.

But, masih ramai juga orang tak tahu cara buat bisnes dropship yang efisyen dan menguntungkan.

Oleh sebab itu, dalam artikel ini, saya sediakan langkah-langkah yang diperlukan untuk mulakan bisnes dropship yang mampu bagi anda extra income setiap bulan.

Dan, ini adalah panduan lengkap untuk anda buat bisnes dropship menggunakan website ecommerce sendiri.

So, just follow dan buat kalau minat.

Dah ready?

Jom kita mula!

Isi Kandungan

Apa Itu Bisnes Dropship eCommerce?

Sebelum saya explain cara panjang, saya rasa penting untuk anda faham dulu macam mana model bisnes dropship ecommerce ni berfungsi. 

Basically, nanti anda akan jual barang melalui website jualan sendiri. 

Website jenis ini kita panggil website ecommerce

So nanti anda akan listkan barang yang anda jual di website dan orang boleh terus beli. 

Cuma bezanya, anda tak simpan stok untuk semua produk tersebut. 

Yang akan uruskan barang, dan logistik semua adalah pada side supplier. 

Ini lah yang dinamakan dropship. 

So dropship ecommerce means anda jual barang melalui website, dan setiap kali ada order, supplier akan hantar barang tersebut terus ke customer anda. 

Perbezaan harga diantara harga anda beli dengan supplier dan harga anda jual dekat customer itulah yang akan jadi untung anda. 

Contoh: 

Harga anda beli dekat supplier : Rm 20. 
Harga anda jual dekat customer : RM 40 
Untung anda dapat : RM 20

Untuk lebih faham, anda boleh rujuk diagram yang disediakan. 

model bisnes dropship malaysia ecommerce
Sumber : Oberlo

Setakat ni boleh faham kan?

Potensi Buat Bisnes Dropship eCommerce

Industry ecommerce sedang grow dengan cepat. 

Dijangka by 2023, ecommerce market akan grow sehingga 6.5 trillion!

world ecommerce sales
Source : Statista

Dari data tersebut kita boleh nampak potensi dan hala tuju bisnes ecommerce ni. 

Tak percaya lagi?

Maybe result dari student-student saya ni boleh bantu.

Result student buat bisnes dropship malaysia

Kat Malaysia orang masih tak ramai venture benda ni. So kalau anda buat, anda antara yang terawal.

DSers : Salah satu tool dropshipping terbaik untuk anda!

Mungkin sekarang anda dah tau sikit tentang model bisnes dropship.

Dimana anda tahu yang untuk menjual online sebenarnya lebih mudah dan simple dari yang disangka.

Tapi anda juga mungkin tertanya-tanya sama ada bisnes dropship ini sah disisi undang-undang, dan masih menguntungkan?

Jawapan saya, Ya!

Tambahan lagi, diisebabkan impak dari pandemik covid serata dunia, sekarang adalah antara masa terbaik untuk anda buat duit dari bisnes dropship.

Dan ada pula tool macam DSers sangat membantu untuk memudahkan urusan menjalankan bisnes dropship, lagi-lagi bila dah tiba masa untuk anda proses order customer nanti.

DSers : Best AliExpress Dropshipping Tool For eCommerce

Bukan itu sahaja, DSers juga ada sediakan program affiliate mereka sendiri, bersama Admitad.

Dimana untuk setiap order yang anda buat di AliExpress, anda boleh dapat penjimatan melalui cash back. Makna anda dapat lebih diskaunlah.

Memang nice dan memudahkan hidup bakal dropshipper seperti anda nanti.

Anda boleh dapatkan info lebih lanjut tentang platform DSers dan macam mana ia boleh bantu anda dalam bisnes dropship disini.

Kelebihan & Kekurangan Buat Bisnes Dropship eCommerce

Sebelum anda decide nak pursue bisnes ni, ada baiknya kalau anda tahu apa Pros dan Cons dia.

Yela, bukan semua benda indah dalam bisnes. So anda perlu buat pertimbangan sendiri.

Kelebihan 1 : Modal permulaan yang kecil

Bila anda buat dropship ni, anda tak perlu simpan stok, atau buat produk sendiri.

Anda just perlu cari produk yang sedia ada, dan promote.

Bila ada order baru pass pada supplier untuk mereka hantarkan pada customer anda.

Biasanya kalau ada RM 300 pun dah boleh mula bisnes dropship ecommerce. Siap ada lebih untuk buat iklan lagi!

Kelebihan 2 : Urusan fulfillment lebih mudah dan menjimatkan

Benda paling leceh bila buat bisnes online bagi saya adalah bahagian fulfillment.

Ala benda nak pack barang, pos, return, refund semua tu lah.

Kalau awal-awal dan baru sikit order takpe. Tapi bila dah banyak fuh, jenuh.

So bila buat dropship, part yang jenuh tu dah orang lain buatkan.

Satu lagi anda tak perlu ada store atau warehouse untuk simpan barang.

Ada laptop dan internet cukup. Boleh run bisnes ni.

Kelebihan 3 : Risiko rendah & Flexible

Best buat bisnes ni sebab agak-agak kalau tak jadi, kita boleh adjust cepat.

Kalau nak stop pun tak pening sebab bisnes ni simple dan straightforward.

Dan kalau tak jadi pun, berapa sangat je modal duit hangus.

Modal masa dan tenaga jelah rugi. Hehe.

Kelebihan 4 : Mudah untuk adjust (pivot)

Ada time bila anda berbisnes okay, mesti ada yang nak tiru atau kacau line.

But dont worry, bisnes dropship kita buat ni sangat mudah untuk adjust dan tukar strategi.

Sebab duit anda tak beku dekat stok dan lain-lain.

Agak-agak produk yang anda jual tu lemau, terus tukar.

Senang.

Kelebihan 5 : Boleh run bisnes secara auto pilot. (almost)

Saya run bisnes dropship ecommerce ni basically takde office pun.

Kat rumah je.

Dan sometimes pergi holiday pun saya boleh tengok-tengok dan run operation bisnes.

Asalkan ada internet dan laptop.

Dan satu lagi bila anda guna ecommerce website, most of things boleh diautomasikan.

Once dah set, sistem akan run 24 jam, dan sales masuk walaupun anda sedang tidur!

Kekurangan 1 : Kurang kawalan dibahagian fulfillment.

Benda tak best buat bisnes ni sebab kita akan kurang kawalan di bahagian fulfillment.

Sebab bahagian ni mostly supplier yang urus.

Kena hari dia buat hal, memang naya.

Yang kena maki anda, bukan supplier.

That’s why supplier ni anda kena pilih betul dan build relationship.

Baru lah tenang jiwa sikit.

Kekurangan 2 : Susah nak buat branding

Bila kita jual produk orang, of course cara kita nak bina brand bisnes kita memang agak limited.

Paling kuat pun kita boleh cuma brandkan elemen yang ada dekat website je.

Nak build brand through product memang payah.

Kena pulak product tu ada tulisan cina, atau nama tah pape. Memang kantoi la barang borong china je. Haha.

That is why saya suggest once anda dah dapat momentum untuk bisnes ni, better beli stok sikit dan buat brand sendiri.

Baru lah feel acah-acah founder produk tu datang dalam diri anda.

Satu lagi bukan saja dapat feel founder produk, tapi anda boleh jual mahal dan packagekan produk anda dengan baik.

Nampak barang premium dan eksklusif gitu.

Kekurangan 3 : Untung kecil.

Kekurangan bila kita bisnes as dropshipper ni, biasa margin untung memang kecik.

Kadang-kadang tu untung RM 5 je untuk setiap unit terjual.

Memang lambat kaya camtu.

Tapi bukan semua produk margin macam tu.

Kalau produk anda rare, dan belum ada yang buang harga, anda boleh je enjoy margin yang tinggi.

Kena dengan cara memang boleh jual.

Saya tahu sebab dah banyak kali saya buat. Jual harga 5 kali ganda dari harga pasaran. Still ada orang beli.

Powerkan saya? Haha.

Kekurangan 4 : Bergantung pada kualiti service supplier

Saya dah biasa dah kena maki dengan customer.

Bisnes apa pun sama je. Asam garam berbisnes.

Tapi risiko untuk kena maki tu lagi tinggi bila buat dropship.

Sebab biasanya customer akan maki bila barang lambat sampai, barang rosak, dan sebagainya.

Ini semua tanggungjawab supplier, tapi anda yang kena maki.

Macam saya cakap, hati-hati pilih supplier.

Kalau boleh test dulu beli sikit-sikit dari satu-satu supplier.

Bila tengok diorang okay, then baru kita boleh jadikan supplier utama kita.

Kekurangan 5 : Orang senang tiru.

Manusia yang nak kerja senang dan tak pikir panjang ni ramai.

Kita baru je nak enjoy dan bernafas sikit meniaga, ada pulak orang tiru sebijik-sebijik. Website pun sama pulak tu.

Pening.

So camne nak buat?

Buat branding.

Susun plan untuk bagi orang nampak dan kenal brand anda.

Brand ni penting. Ini salah satu aset bisnes anda.

Lagi strong brand anda, lagi susah orang nak tiru atau kacau performance anda.

Diorang maybe boleh tiru produk, tapi diorang tak boleh tiru brand.

Brand ni mostly berkait dengan user experience.

Dari cara kita present bisnes kita, produk kita, sampailah cara layanan kita. Ini semua main peranan dalam bina brand.

Nak belajar pasal brand?

Google je. Banyak sumber boleh rujuk. Jangan malas sangat.

Langkah Proven Buat Bisnes Dropship eCommerce

Dalam section ni saya explain step-step besar yang perlu diambil untuk mula.

Step 1 : Pilih Niche.

Niche adalah pasaran spesifik yang mempunyai keperluan yang spesifik. Biasanya ia adalah subset kepada pasaran yang lebih besar.

Contoh macam ni.

Market : Parenting or Family
Niche : Baby 

Sometimes, kalau niche tu besar, anda boleh kecilkan lagi jadi ‘micro-niche’.

Contoh micro-niche : Baby Safety.

Once anda dah decide niche, mudah untuk anda cari produk lepas ni.

Anda boleh juga explore pasal niche ni dalam website NicheHacks.

Banyak sumber yang boleh bantu anda buat keputusan nanti.

Step 2 : Cari Produk.

Now, anda perlu decide produk apa yang sesuai jual untuk niche yang anda pilih tadi.

Ada banyak cara dan tempat anda boleh discover produk dengan mudah. Antaranya :

  • Facebook
  • Marketplace
  • Software

Kalau dekat Facebook, anda boleh cari ikut keyword yang spesifik untuk niche anda.

Then anda akan nampak few posts or pages yang mungkin dalam niche yang sama seperti anda.

Apa perlu anda buat adalah tengok barang apa dia jual.

Next, anda boleh survey dalam marketplace.

Marketplace ni website macam Shopee, Lazada dan seumpamanya.

Just pilih ikut kategori niche anda, dan sort ikut best selling atau most orders.

Tujuan dia adalah untuk kita filter mana produk yang top dan banyak terjual.

Kalau ada, then take note and list out.

Lagi satu cara, adalah anda boleh guna software.

Macam saya, saya suka guna SaleSource.

Dalam few minutes boleh jumpa beribu produk best, dan boleh spy store ecommerce orang lain sekali.

Memang senang.

Saya rekomen anda try SaleSource if nak result yang lebih accurate dan kerja lebih cepat.

Step 3 : Cari Supplier.

Bila anda dah list out few products yang anda minat, then sekarang masa untuk cari siapa pembekal atau supplier yang boleh dropship untuk anda.

Ada banyak sangat tempat anda boleh jadikan supplier. 

Ada yang free, dan ada yang berbayar. 

Biasanya yang berbayar ni ada fungsi tambahan yang memudahkan urusan bisnes anda.

Antara tempat popular yang anda boleh jadikan supplier adalah:

  • Shopee
  • Lazada
  • Lelong
  • Kumoten
  • AliExpress
  • Ebay
  • Etsy
  • SaveValue2u
  • SaleHoo
  • Oberlo
  • Spocket
  • WorldwideBrands
  • CodesWholesale
  • InventorySource
  • DropshipDirect
  • Dropified.
  • CJ Dropshipping

Anda boleh klik link dan baca info lanjut pasal setiap company tersebut.

But nak mudahkan anda buat keputusan, saya suggest ambil barang dari marketplace tempatan kalau nak jual dekat market Malaysia.

Contoh macam Shopee, Lazada, Lelong, etc.

But kalau nak main international, biasanya saya akan suggest pakai AliExpress, CJ Dropship, Oberlo, Spocket, dan SaleHoo.

Benda ni terpulang pada anda. Tak kesah asalkan supplier anda ada product tersebut dan boleh diharap. Itu yang penting.

Step 4 : Setup Website eCommerce (Storefront).

Ada banyak cara dan tools untuk anda buat website eCommerce sendiri.

But saya personally recommend guna Shopify.

Sangat mudah, cepat dan powerful.

Shopify Malaysia

Tak perlu upah orang sampai beribu untuk buatkan. Dan tak perlu nak habiskan masa belajar benda teknikal.

Biar Shopify uruskan benda ni.

Tugas kita hanya design layout, masukkan produk, dan terus promote.

Sebab at this stage, anda tak tahu lagi store anda buat ni menjadi atau tak.

Student-student saya ramai yang berjaya buat duit dari Shopify.

Anda boleh rujuk video saya dibawah untuk cara daftar dan buat store eCommerce anda sendiri.

Daftar Shopify dan rujuk video yang saya bagi dibawah untuk setup.

Step 5 : Buat Marketing & Advertising.

Bila anda baru nak mula ni, takde siapa kenal anda dan takde siapa tahu anda wujud.

So nak atau tidak, anda perlu promote store anda.

Kebiasaannya, untuk permulaan dan kalau nak cepat dapat result, saya suggest anda guna iklan berbayar.

Platform faveret saya untuk buat iklan berbayar adalah Facebook Ads, Google Ads, dan Tiktok Ads.

Anda boleh mula beriklan serendah RM 10.

Then nanti bila ada untung, anda pelan-pelan naikkan bajet.

Lagi tinggi bajet anda, lagi ramai orang tengok iklan anda.

Dan biasanya, lagi banyak sales anda boleh buat.

Saya ada sediakan panduan untuk belajar buat Facebook Ads, khas untuk eCommerce.

Anda boleh rujuk dan follow.

Step 6 : Urus Fulfillment.

Fulfillment ni actually aktiviti proses order customer. Macam ordering, packing, delivering, return etc. 

Since anda buat dropship, proses ni akan kebanyakannya akan dijalankan oleh supplier anda. 

Cuma part masa nak hantar order ke supplier sahaja, yang anda kena buat. 

dropship malaysia fulfillment

Proses hantar order ni pun boleh diautomasikan. Bergantung pada integration yang ada diantara store anda dan supplier. 

Biasa kalau anda buat dropship untuk market international, ada banyak apps dan tools boleh automate benda ni. 

Contoh anda boleh gunakan oberlo, spocket, dropified, salehoo atau lain-lain penyedia. 

But if supplier anda adalah private supplier anda terpaksa buat benda ni manually. 

Copy paste gitu. 

Awal-awal okay kalau tak banyak sales. 

Tapi kalau dah hit sampai 50 sales sehari, jenuh. Haha. 

Step 7 : Customer Service.

Since anda adalah dropshipper dan urusan fulfillment bukan anda yang uruskan, sometimes akan ada pertanyaan dari customer. 

Untuk ini, make sure anda ada channel untuk mereka contact anda. 

Dan pastikan juga anda respon pada pertanyaan mereka dengan cepat. 

Ini untuk reduce refund rate atau complaint, which can hurt your business badly. 

live chat features shopify malaysia

Saya cadangkan anda untuk pamerkan nombor telefon, email ditempat yang mudah dilihat. 

Anda juga boleh gunakan chat widget untuk mereka terus chat secara terus kepada anda. 

Jika anda guna Shopify, fungsi ni memang dah tersedia. 

Hanya on fungsi Shopify Chat and you are ready to go. 

Senarai Supplier Untuk Jadi Agent Dropship Malaysia

Sebelum nak decide supplier mana anda nak guna, kena decide dulu market mana anda nak masuk. 

Ada dua. International atau Local Market. 

Reason kena pilih adalah sebab cost dan juga fulfillment proses. 

Most supplier Malaysia tak cater customer overseas. 

Dan supplier international pulak, kalau kita nak guna untuk jual kat market Malaysia, biasanya mahal kos penghantaran dan ambil masa yang lama untuk sampai di tangan customer.. 

So anda perlu decide. 

But saya boleh bagi suggestion untuk dua-dua market ni. 

Untuk Malaysia

Untuk overseas

Pilih market, pilih produk, then baru pilih supplier anda. 

Strategi & Taktik Pemasaran Bisnes Dropship eCommerce

Nak berjaya dalam bisnes mesti kene buat promotion aka marketing. 

Jangan syok sendiri nak orang tiba-tiba masuk dan beli kat kedai anda. 

Even company yang dah bertahun dan popular pun sentiasa buat marketing dan advertising. 

So sama la macam anda yang nak berbisnes dropship ni. 

Dalam section seterusnya saya share sikit beberapa option marketing yang anda boleh cuba dan proven. 

Lets go!

Promotion 1 : Iklan Berbayar.

Iklan berbayar atau Paid Ads adalah cara paling cepat dan popular untuk dapatkan jualan.

Iklan berbayar yang saya maksudkan adalah iklan di platform digital seperti Facebook Ads, Google Ads, IG Ads, Tiktok Ads dan lain-lain.

Untuk gunakan cara ini, anda perlu belajar asas dan strategi pengiklanan bagi setiap platform.

Tapi bagi saya, paling senang dan mudah untuk sesiapa yang masih baru untuk bermula, adalah dengan Facebook dan IG Ads.

Anda boleh bermula beriklan dengan bajet serendah RM 10 sehari.

Boleh belajar macam mana saya buat melalui artikel dibawah.

Promotion 2 : Outreach.

Outreach ni sama macam anda buat Public Relations (PR)

Senang citer, outreach yang biasa orang buat adalah dengan contact influencer-influencer dalam niche anda, dan cuba buat deal supaya mereka boleh tolong promote brand, store, atau produk anda.

Cara ni bagus sebab jualan cepat berlaku, dan boleh jadi banyak.

Sebab setiap influencer ada followernya tersendiri. 

Kalau produk anda memang sesuai dengan audience influencer tersebut, kemungkinan besar anda boleh buat jualan dengan banyak.

Untuk anda yang baru nak cuba buat outreach, saya suggest approach orang yang belum popular. Atau kita panggil micro influencer.

Orang-orang macam ni biasa mudah nak deal dan murah.

Impak dari segi sales tak lah sebanyak macam influencer besar-besar.

Tapi content yang mereka buat tu kita boleh repurpose kat channel marketing lain macam Facebook, Instagram dan lain-lain.

Lagi kerap dan banyak anda buat, lagi cepat brand dan jualan anda naik.

Promotion 3 : Referral.

Pernah dengar affiliate marketing? Affiliate marketing ni sama la dengan referral marketing.

Cuma orang yang jadi affiliate ni dia akan promote link.

Once orang buka link, dan buat pembelian, affiliate akan dapat komisyen.

Biasanya yang buat program affiliate ni adalah orang yang jual ebook, software atau services.

Tapi ramai je dekat overseas yang buat program affiliate untuk store produk fizikal diorang.

Kalau anda guna Shopify, anda boleh guna apps nama Referral Candy.

referral candy shopify malaysia

Dengan apps ni, anda boleh wujudkan program affiliate dengan cepat, dan smooth.

So nanti anda boleh la ajak orang jadi affiliate produk anda. 

Atau nak senang ajak je customer lama, jadi affiliate anda dan tolong promote.

Ini lebih berkesan sebab mereka dah ada trust dengan produk dan bisnes anda.

Memang berbaloi untuk cuba.

Promotion 4 : Sponsorship.

Once anda dah stable skit jualan nanti, saya suggest anda kukuhkan lagi presence brand anda melalui sponsorship.

Sponsorship ni senang cakap macam kita bayar orang (atau team/company) sebagai penaja.

Biasanya orang akan sponsor influencer yang popular sebab ramai followers.

Teknik marketing ni memang berkesan.

prestasi influencer marketing dalam mempromosikan bisnes dropship ecommerce

Contoh senang saya amik student saya.

Dia jual barang gaming dekat store dia.

So apa dia buat adalah dia sponsor satu team gaming untuk bantu promote brand dan produk yang dia jual.

Mula-mula memang tak nampak kesan.

Tapi impact dia akan rasa lepas beberapa bulan.

Orang akan start cakap pasal produk anda.

Dan disitu reputasi brand dan trust meningkat.

Bila trust meningkat, of course jualan akan meningkat.

Cuma kalau anda bajet kecil, jangan cari individu, event atau team besar-besar untuk anda sponsor.

Cari yang sama level dengan anda.

So anda tak perlu labur banyak. Nak deal pun senang sebab sama-sama nak naik. Win win bro!

Promotion 5 : Email Marketing Automation.

Kalau anda nak tahu, dalam 100 orang yang masuk store anda, secara purata hanya 3 orang je yang buat pembelian.

Lebih kurang 3 percent.

Selebihnya banyak yang cuci mata dan juga ‘tak jadi beli’

Orang yang tak jadi beli ni biasa dia masuk dalam kategori ‘abandoned cart’.

Benda ni terjadi sometimes mungkin sebab ada gangguan masa nak buat pembayaran, tak konfiden atau macam-macam hal lain.

Macam saya cakap tadi hanya 3 percent sahaja yang buat pembelian.

So macam mana nak naikkan lagi percent conversion store anda?

Salah satu cara adalah dengan buat follow up melalui email.

Benda ni efektif.

Kita tak buat benda ni manual. Kita pakai sistem. Sistem akan hantar automatik.

Ada banyak yang provide service sistem macam ni.

Yang saya pakai adalah Omnisend.

Bagus, dan senang pakai.

Anda boleh cuba install app Omnisend dalam store Shopify anda.

Ikut je guided tour yang diorang buat and you are ready to go.

Saya pun ada buat course tentang cara guna email marketing untuk bisnes ecommerce. Boleh klik dan tengok kalau minat.

Promotion 6 : Whatsapp Automation.

Selain dari follow up guna email, saya juga buat follow up guna Whatsapp.

Saja tambah channel untuk follow up sebab saya tahu orang sometimes terlupa buka email.

But dekat Whatsapp jarang orang tak buka.

So kat sini memang membantu anda untuk recover abandoned cart yang ada.

Saya pakai app Shopify Whatsapp automation dari Super Lemon.

Nanti anda boleh cuba.

Memang sangat membantu.

Promotion 7 : Search Engine Optimization (SEO).

Last but not least, ini adalah channel favourite saya. 

Search Engine Optimization or simply orang panggil SEO, adalah satu strategi di mana kita optimize page website kita bagi tujuan memudahkan Search Engine macam Google, display di search result.

Once website atau store anda dah berjaya rank di halaman Google yang pertama, anda akan dapat banyak trafik masuk secara percuma.

But it takes time. Sebab bukan anda sorang je nak duduk ranking dalam page pertama Google.

Benda ni adalah gabungan seni dan sains.

Saya suggest once anda dah stable skit, anda belajar buat SEO.

Saya biasa belajar dekat website dan youtube dari Ahrefs, Moz, dan Brian Dean.

Memang berbaloi beb.

Cabaran & Kesilapan Biasa Dibuat Dalam Menjalankan Bisnes Dropship eCommerce.

Setiap bisnes ada cabarannya tersendiri. Ini termasuk la dalam bisnes dropship eCommerce.

Sometimes, ramai orang yang baru letak expectation yang tak realistik dan selalu buat silap.

Ini yang buatkan mereka lambat untuk dapatkan momentum untuk berjaya dalam bisnes ni.

Antara cabaran dan kesilapan yang biasa dibuat oleh usawahan ecommerce dropship Malaysia adalah:

1) Terlalu bergantung pada supplier.

Jangan biasakan diri untuk bergantung pada supplier anda.

Diorang ni bila-bila masa je boleh buat hal.

Worst case, diorang sendiri jual barang tersebut direct pada customers.

So once anda dah ada modal dari untung yang terkumpul, cuba belajar untuk beli stok dan buat brand sendiri.

Ini cara terbaik kalau anda nak grow dengan selamat.

Satu lagi, ada few dropshipper yang bergantung pada satu supplier sahaja.

Ini masalah besar especially bila supplier anda buat hal macam naikkan harga, start lambat pos barang, atau tak inform anda tentang stok availability.

Bila jadi camni nanti yang kena maki dengan customer bukan supplier, tapi anda.

So make sure anda ada beberapa supplier sebagai backup.

2) Mengharapkan untung besar terlalu cepat.

Bisnes yang saya share ni is real business. Bukan Ponzi atau Skim Cepat Kaya.

So anda perlu letak real efforts, especially in the early days.

To be honest, takde satu pun formula dan cara run bisnes yang sesuai untuk semua orang.

Walaupun anda boleh belajar dengan semua orang, but takes it as a guide.

Ilmu-ilmu yang anda dapat anda perlu cuba dan adjust sampai jadi.

Jarang orang terus berjaya dalam bisnes, datang dari satu coach, mentor atau program.

And make sure anda urus duit betul-betul. Asingkan duit masuk dan duit belanja bisnes dalam satu akaun yang lain.

Baru lah anda boleh nampak hasil. Baru boleh plan untuk grow.

Saya cakap dari pengalaman. Be realistic.

3) Tak berani labur untuk aktiviti marketing dan promotion.

Nak berbisnes, anda perlu labur untuk buat marketing.

Labur ni bukan dari segi duit. Tapi juga masa dan tenaga.

Kalau anda takde duit banyak untuk labur, labur masa dan tenaga anda pada channel marketing yang sesuai.

Bila dah ada sales skit, guna untung tu untuk pakai pada marketing yang lebih canggih dan efektif.

Bagi saya, saya suggest pakai 20 percent of your budget untuk marketing.

Then pelan-pelan scale bila sales dah makin banyak.

Marketing adalah nadi bisnes anda. Tanpa marketing, takde la jualan.

So jangan kedekut.

Dan kalau tak tahu, pergi belajar. Saya ada sediakan artikel untuk anda belajar fundamental tentang Digital Marketing.

4) Tak jaga customer service.

Walaupun bisnes dropship eCommerce ni hampir fully automatic, anda jangan sesekali abaikan customer anda.

Mereka ni asset. 

Kalau anda jaga mereka dengan betul, mereka akan suka dan beli lagi dengan anda.

Dan paling bagus, mereka sendiri promote bisnes anda tanpa caj.

Tapi kalau anda respon pun lambat, handle customer pun tak mesra, jangan harap bisnes anda nak pergi jauh.

Lagi-lagi zaman internet ni, apa-apa maklumat boleh tersebar dengan sangat cepat.

Be careful.

Always be customer centric.

Ini benda yang paling pantang.

Sebab bukan sahaja tak bagus dari segi etika, tapi dah kira melanggar undang-undang.

And most, marketing and advertising platform memang tak suka orang jual barang ciplak atau yang melanggar hak cipta brand lain.

Kalau anda takde lesen pengedaran yang sah dari brand-brand tertentu, jangan gatal-gatal nak cuba jual.

Silap haribulan kene tangkap dan kena saman.

Better jual barang yang takde brand atau orang puteh panggil ‘White Label’.

Ada berjuta barang ‘White Label’. Kat China berlambak. Cari je apa nak. Then buat brand sendiri atau jual je balik tanpa brand.

Lebih selamat.

Saya ada bagi tips dan jenis barang yang anda perlu elak bila buat dropship ecommerce disini.

6) Tak buat dan tunjuk polisi dan syarat-syarat.

Bila anda buat bisnes melalui website, isu yang selalu timbul adalah trust.

Orang takut kena scam. Sebab sesiapa pun boleh buat website dan ‘jual barang’.

Trust ni penting untuk buat jualan. Tanpa trust, orang tak kan membeli dari anda.

Untuk bantu tingkatkan trust, make sure anda display segala bagai policy penting dalam store anda.

Antaranya:

  • Terms & Conditions
  • Privacy Policy
  • Refund Policy
  • Shipping Policy.

Kalau anda pakai Shopify, template memang dah disediakan. Tinggal baca dan edit semula mana yang applicable untuk bisnes anda.

Kalau anda guna platform lain, anda boleh cuba Policy Generator Online yang berlambak kat internet.

Make sure apa yang anda tulis dalam polisi tersebut adalah real, dan berkaitan dengan bisnes anda.

Make sure semak dan adjust.

Takut nanti polisi anda makan ‘tuan’ dia balik.

Contoh Bisnes Dropship eCommerce Yang Berjaya.

Terlalu banyak contoh bisnes dropship ecommerce yang berjaya kalau saya nak tunjuk.

Saya tak share student-student atau saya punya. Tu confidential. Banyak copycat sekarang. Sorry. 

But saya boleh share brand-brand yang mula sebagai dropship tapi dah jadi worldwide and recognized brand.

Anda boleh tengok dan ambil sebagai inspirasi. Antaranya:

Boleh tengok macam mana diorang buat. Walaupun dropship, tapi nampak kemas, pro dan presentable.

Sales diorang semua ni dah lebih 7 angka USD setahun.

Anda jangan buat store cincai, lepas tu pelik orang masuk tapi tak beli.

Come on. You can do better.

FAQ : Soalan Lazim Tentang Bisnes Dropship eCommerce di Malaysia.

Saya compile sekali soalan yang biasa saya dapat bila orang tanya berkaitan eCommerce Dropship ni.

FAQ 1 : Bisnes dropship eCommerce ni macam mana?

Saya dah explain di awal artikel, yang bisnes dropship ecommerce adalah satu bisnes di mana anda jual produk orang lain melalui website ecommerce anda sendiri.

Tugas anda hanya promote dan terima jualan.

Dapat order, terus pass pada supplier dan mereka akan uruskan hal fulfillment dan delivery.

FAQ 2 : Apa kelebihan buat bisnes dropship ecommerce?

Kelebihan buat bisnes ni adalah it is profitable, and senang untuk mula.

Anda tak perlukan modal yang besar untuk cover bahagian stok, warehouse, kedai, pos barang etc.

Biasanya profit margin bersih dari bisnes model ecommerce dropship, secara purata, dalam 30 percent.

Dan conversion rate pula secara purata dalam 3 percent.

Kadar ni hanya kadar purata. Lain industri dan lain market akan dapat result yang mungkin sedikit berbeza.

FAQ 3 : Macam mana cara untuk mula bisnes dropship eCommerce?

Step dia secara ringkas adalah:

  • Tentukan niche atau market yang anda nak masuk
  • Cari produk yang boleh serve market anda pilih tadi.
  • Cari supplier yang boleh supply barang pada anda secara dropship
  • Buat website ecommerce anda sendiri. Saya rekomen kalau nak mudah dan cepat guna Shopify.
  • Buat marketing. Saya suka buat guna Facebook Ads, Instagram dan Google Ads.
  • Fulfill order.
  • Jaga customer service.

Untuk details rujuk dalam artikel ini.

FAQ 4 : Berapa banyak kena modal kena labur?

Tak banyak. But of course ada duit kena keluar skit. Antaranya.

  • Shopify (Free 14 hari. Lepas tu dalam 29usd sebulan)
  • Nama domain dalam RM40
  • Modal untuk iklan berbayar eg: Facebook Ads (boleh mula serendah RM 10)

Itu sahaja. 

Lain-lain boleh tambah bila ada keperluan dan bila dah dapat momentum.

FAQ 5 : Boleh jual untuk market International?

Yes boleh. Guna Shopify, anda boleh jual satu dunia. Banyak apps yang boleh integrate dan run secara automatik.

Cuma market overseas kos ads agak tinggi sikit bergantung pada negara yang anda target.

Kalau 1st tier country, mahal skit.

Tapi kalau ada sales boleh je cover. No hal.

FAQ 6 : Boleh tak saya nak jual dekat banyak tempat?

Boleh. Saya pun recommend anda jual di banyak tempat.

Kalau overseas anda boleh integrate dengan eBay, Amazon, etc.

Kalau local, boleh integrate dengan Shopee, Lazada etc.

Integration ni semua dah ada kalau anda guna Shopify.

FAQ 7 : Berapa profit boleh dapat dari bisnes ni?

Benda ni subjektif pada margin untung kasar anda, dan juga market yang anda masuk.

But on average, you can expect around 30 percent margin bersih.

Some of the dropshipper yang saya kenal, ada yang margin lebih dari 50 percent.

FAQ 8 : Kena bayar cukai tak buat bisnes dropship?

Yup. Apa-apa pendapatan yang kita jana, mesti kena declare.

Bayar atau tak tu LHDN, Kastam akan buat keputusan. Yang penting declare.

Dan cara pengiraan pula tak sama kalau bisnes anda jenis milikan tunggal, sendirian berhad, atau berhad.

Nak senang, upah je akauntan buatkan.

But make sure nak mudahkan kerja akauntan, simpan semua rekod duit keluar masuk bisnes anda.

Dan resit pun semua simpan in case kalau kena random audit dari LHDN.

FAQ 9 : Kena daftar SSM ke buat bisnes dropship?

Semua jenis perniagaan kat Malaysia wajib daftar SSM.

After all, kalau anda nak meniaga melalui website, anda kena ada akaun Payment Provider.

Payment provider (or sometimes orang panggil payment gateway) ni macam MolPay, iPay88, Billplz, ToyyibPay etc.

Diorang yang akan uruskan penerimaan duit secara automatik dari customer anda.

Untuk daftar Payment Gateway, anda perlu ada SSM dan akaun bank bisnes. (akaun bank mesti sama dengan SSM)

Kalau anda tak guna payment gateway ni, anda terpaksa guna akaun sendiri dan pembayaran kena buat secara manual.

Leceh untuk customer dan jualan akan jadi kurang berkesan, berbanding dengan store yang pakai Payment Gateway.

FAQ 10 : Kena ada akaun bank khas untuk bisnes dropship?

Yup. Seeloknya bila berbisnes ni buat satu akaun khas.

Saya cadangkan buat satu akaun bank khas untuk bisnes yang berdaftar dengan SSM.

Sebab nanti anda perlu apply Payment Gateway.

Untuk international payment gateway anda akan guna Stripe or Paypal.

Untuk Malaysia saya rekomen guna Billplz atau ToyyibPay.

Semua ni perlukan SSM registration dan akaun bank bisnes.

FAQ 11 : Macam mana cara untuk buat sales?

Banyak cara. Nak free ada, nak berbayar ada.

Yang free jenuh skit sebab kena buat manual dan kena labur masa dan tenaga banyak.

Contoh yang free adalah share dekat kawan-kawan, group whatsapp, direct selling etc.

Kalau berbayar, which is favourite saya, saya akan guna Facebook Ads, Google Ads, Instagram Ads dan Tiktok Ads.

Bajet tak perlu banyak.

Kalau boleh labur RM 10 sehari pun dah okay.

Nanti ada sales rolling dan tambah bajet supaya ada chance untuk sales lebih banyak.

FAQ 12 : Macam mana kita nak cari dan pilih supplier dropship yang bagus?

Kalau kita ambil supplier dari marketplace macam Shopee, Aliexpress etc, anda boleh tengok dekat rating dia.

Ambil rating yang atas 4.6 atau 85 percent ke atas, dah beroperasi lebih dari setahun, dan response rate pelanggan bagus.

Kalau ambil dari independent or individual sebagai supplier, nak tak nak anda kena test dulu beli barang dari dia.

Test tengok kualiti barang dan kualiti service dia.

Sebab ada je supplier yang lemau. Ini boleh jejaskan bisnes anda nanti.

So ambil masa cari, dan test.

Kalau dapat yang okay, make sure build relationship dengan diorang. 

Bilar rekod kita cantik, biasa dia akan bagi anda extra discounts.

FAQ 13 : Bisnes dropship eCommerce ni boleh buat sorang atau perlu ada team?

Benda ni boleh buat sorang. Saya run 2-3 store pun buat sorang je awal-awal. Dan sehari spend masa dalam 1-2 jam je untuk urus.

Sales akan masuk 24 jam tak tentu masa.

But, ada part yang leceh iaitu part nak proses order, dan customer service.

Kalau anda tak banyak sales lagi okay je buat sorang.

Tapi kalau dah sampai sehari 100 order masuk, jenuh.

So saya suggest once anda dah stable sales, hire sorang Virtual Assistant (VA) untuk uruskan benda ni untuk anda.

Anda boleh buat kerja-kerja yang lebih penting untuk bisnes anda. Baru bisnes boleh grow.

FAQ 14 : Macam mana nak belajar buat dropship dan buat duit USD?

Sama je proses macam saya cerita dari awal artikel ini sampai habis.

Tapi kalau anda perlukan guidance yang lebih terperinci, melalui video tutorial, anda boleh try join Rahsia Shopify.

Saya pun ada tulis artikel review pasal course ini. Boleh tengok nanti.

Kesimpulan – Panduan Lengkap Cara Buat Bisnes Dropship Dari Rumah (Edisi 2022)

Bisnes dropship ni nampak macam senang. Sebab kita takyah buat produk, simpan stok etc, 

Just jadi macam orang tengah je.

But still, in any bisnes, of course ada cabarannya yang tertentu. Itu hakikat yang kita tak boleh elak bila buat bisnes.

Bisnes model ni sesuai untuk orang yang baru nak mula atau sesiapa yang ada bajet sangat terhad.

Other than that, dari bisnes ni jugak anda boleh belajar banyak skills yang diperlukan dalam membina bisnes.

Hopefully artikel saya ni dapat bagi pencerahan tentang model bisnes dropship ecommerce untuk orang Malaysia.

So amacam?

Ready nak buat dropship?

Explore dan start sekarang!

Share this!

Picture of HAFIZ AZMAN

HAFIZ AZMAN

Blogpreneur at Dropship Kartel & Kartel Digital. Sometimes jadi consultant dan coach untuk bidang Digital Marketing, Online Business, dan eCommerce.

PANDUAN PERCUMA

6 Figure Blogging Gameplan eCover

KETAHUI GAMEPLAN SAYA BUAT INCOME 6-ANGKA DARI BLOG!

Dapatkan eBook eksklusif yang mengandungi ‘failed-proof’ gameplan untuk anda mula bisnes online from scratch, dan direka khusus untuk anda yang busy tapi nak buat side income online.

Ia adalah hasil dari pengalaman, pembelajaran, dan eksperimen bertahun, sehingga saya boleh buat income dengan konsisten, 100 peratus online, secara seorang diri.

CASE STUDY EKSKLUSIF (FREE)

Rahsia Bagaimana En. Amir Hasilkan RM250k Dari Dropship Dalam Masa Sebulan!

Isi nama dan email untuk saya hantar ebook ini.
CASE STUDY EKSKLUSIF (FREE)

Rahsia Bagaimana En. Amir Hasilkan RM250k Dari Dropship Dalam Masa Sebulan!

Isi nama dan email untuk saya hantar ebook ini.