Digital Marketing Malaysia : Asas Buat Marketing Online Untuk Bisnes

cara buat digital marketing

Zaman sekarang, kita bergantung harap kepada dunia digital untuk hidup dengan selesa, termasuklah urusan membeli-belah.

Sebelum beli barang yang tak biasa guna, saya yakin, anda pasti akan buat research dulu di Internet. 

Buat research di internet dan beli pun di internet.

Dengan keadaan Covid yang mendesak kita untuk duduk berkurung di rumah, wajar untuk saya katakan semua perniagaan perlu buat pemasaran digital.

Pemasaran digital di Malaysia makin berkembang, tapi masih ramai lagi yang sekadar tiru-tiru tanpa faham ekosistem dan sebab sesuatu kaedah itu digunakan.

Dalam artikel kali ini, saya akan kongsikan asas buat digital marketing, supaya anda lebih faham dalam merencana kempen pemasaran nanti.

Jom!

Apa itu Digital Marketing?

Digital marketing atau pemasaran digital ialah tindakan mempromosi produk dan perkhidmatan secara dalam talian.

Anda menguar-uarkan perniagaan anda melalui medium digital seperti e-mel, blog, website, media sosial, juga marketplace terkemuka seperti Shopee dan Lazada dan banyak lagi.

Kenapa Digital Marketing Penting Untuk Bisnes di Malaysia?

Digital marketing penting untuk dikuasai oleh mana-mana business owner kerana majoriti pelanggan sekarang berada dalam talian.

Statistik daripada Statista menunjukkan purata masa yang dihabiskan dalam talian saban tahun semakin meningkat. 

Angka purata ini bukanlah hal yang mengejutkan. 

Kita sendiri suka melepak di Facebook, bertanya di Twitter, menonton Netflix, mencari barang di Shopee dan membuat perbandingan tentang produk dan servis melalui Google. 

Masa banyak dihabiskan dengan telefon pintar dan komputer.

Jadi, sebab itu saya katakan wajar untuk kita ambil peluang ini untuk buat digital marketing

Ada beberapa kelebihan apabila kita buat digital marketing. Antaranya:

  • Kukuhkan online presence
  • Mudahkan proses awareness produk dan brand sebelum jualan berlangsung.
  • Membantu untuk convert customers menjadi raving fan dengan lebih cepat.
  • Mudahkan perkongsian tentang produk.
  • Pendekkan Customer Value Journey dengan memberikan tawaran yang tepat pada waktu yang tepat. 

Fahamkan Dahulu ‘Customer Value Journey’

Sebelum kita belajar kaedah dan taktik buat pemasaran digital, wajib untuk kita tahu tentang Customer Value Journey terlebih dahulu.

Ada lapan tahap Customer Value Journey yang perlu anda teliti.

Dengan memahami kelapan-lapan tahap ini, kita akan lebih tahu bagaimana cara untuk beri tawaran yang tepat kepada pelanggan.

Tahap 1: Awareness

Tahap pertama dalam Customer Value Journey ialah awareness.

Prospek mesti kenal dahulu siapa kita dan apa yang kita tawarkan.

Contoh marketing yang berkesan untuk membuatkan prospek sedar kewujudan kita adalah melalui Social Media Ads.

Kita sendiri pun, selalu berkenalan dengan jenama baru melalui FB Ads, betul tak?

Contohnya macam di bawah ni. 

Saya sebenarnya tak pernah kenal pun page Glokal Ihsan ni. Tapi sekarang saya dah kenal sebab ada muncul di feed.

Tahap 2: Engagement

Pada tahap pertama, prospek dah kenal dengan kita. Tapi mereka belum cukup percaya untuk berurusan dengan kita.

Jadi, kita buatkan mereka percaya dengan mula membuat engagement dengan mereka melalui konten.

Macam kes tadi, saya kenal Glokal Ihsan melalui FB Ads.

Tapi, saya masih ragu-ragu untuk buat aktiviti korban menggunakan servis mereka. Jadi, saya tekan profil page untuk tengok sama ada badan ini legit atau tidak.

Apabila scan page mereka, saya yakin Glokal Ihsan ini legit sebab ahlinya terdiri daripada orang-orang terkenal dan selalu buat Live

Cuba bayangkan jika page mereka kosong tanpa apa-apa konten. Langsung tak engage dengan prospek.

Ada tak orang nak percaya mereka jalankan misi kebajikan dan boleh harap untuk buat korban?

Tentunya tidak!

Begitulah pentingnya engagement.

Ia adalah proses berterusan yang mesti dititikberatkan supaya prospek kekal engage dengan kita. 

Tahap 3: Subscribe

Pada tahap ini, prospek sudah kenal dan consume konten kita.

Tapi dia belum betul-betul berminat untuk buat apa-apa urusan dengan kita.

Jadi, kita perlu trigger prospek untuk subscribe

Maksudnya, kita offer mereka benda best, yang dipanggil lead magnet, untuk dapatkan nombor telefon dan e-mel atau apa sahaja maklumat mereka supaya dapat bergerak ke tahap seterusnya.

Misalnya, saya offer e-book percuma untuk dapatkan e-mel prospek. 

Tahap 4: Convert

Ini adalah tahap paling penting dalam Customer Value Journey.

Pada tahap ini, prospek sudah bersedia untuk berurusan dengan kita, dan mahu laburkan masa dan wang mereka.

Untuk tingkatkan conversion, kita perlu sentiasa engage dengan subscribers supaya trust mereka meningkat.

Jika kita abaikan engagement, kemungkinan prospek semakin lupa dengan kita dan akhirnya unsubscribe.

Tahap 5: Excite

Pada tahap kelima ini, kita sudah pun mendapat pelanggan.

Misi kita, buatkan pelanggan rasa seronok dengan pembelian mereka. Beri mereka excitement.

Contohnya anda jual novel. Dalam bungkusan, selitkan sekali penanda buku comel.

Walaupun hadiah ini kecil, ia mampu membuat pembeli rasa seronok. 

Tahap 6: Ascend

Ascend ialah fasa di mana pembeli bersedia untuk ulang beli dengan anda.

Maka, kita dorong mereka supaya datang membeli lagi.

Caranya, buatkan mereka kembali dengan tawarkan sesuatu yang best seperti diskaun untuk ahli dan mungkin juga loyalty card.

Boleh juga upsell produk-produk atau servis berkaitan yang dapat menyelesaikan masalah audien sasaran.

Tahap 7: Advocate

Sekarang, kita sudah ada pembeli setia. Kita mahu jadikan pembeli ini duta kecil kepada brand kita.

Maksudnya kita buatkan mereka suka untuk kongsi pasal brand kita dengan kenalan mereka.

Macam brand Duck Scarves, ada ramai pembeli yang menjadi raving fan.

Atas sebab itu, mereka tidak ada masalah untuk menjadi advocate kepada brand.

Mereka buat unboxing bagi setiap tudung yang dibeli dan kongsikan kepada kenalan. 

Tahap 8: Promote

Fasa ini hampir sama dengan Advocate. Cuma fasa Advocate bersifat pasif. Recommendation dibuat atas dasar suka semata-mata.

Promote pula dilakukan secara aktif.

Maknanya, kita bina satu pelan yang mendorong pelanggan menjadi promoter brand kita.

Contohnya macam seminar-seminar bisnes.

Mereka beri offer kelas percuma kepada sesiapa yang boleh tarik lima orang kenalan mereka untuk join sekali. 

Ini hanyalah satu contoh. Ada banyak lagi pelan yang dapat jadikan pelanggan kita sebagai promoter.

Sekarang, anda dah faham kenapa kita perlu tahu pasal Customer Value Journey?

Apabila dah tahu, kita boleh mula kenal pasti fasa mana yang kita lemah.

Kemudian barulah kita boleh rancang kaedah-kaedah yang sesuai untuk tackle masalah yang ada.

Katakan masalah kita ialah nak jadikan pelanggan sedia ada a raving fan.

Sudah pasti penyelesaiannya adalah dengan beri offer menarik kepada pelanggan.

Bukannya habiskan wang untuk buat FB Ads bagi tingkatkan awareness! Begitulah.

Kita mahu laburkan wang untuk kos pemasaran bagi mendapat hasil maksimum. Bukan duit hangus tapi tak dapat hasil.

Okey, jom belajar cara marketing online yang terbaik pula.

a.  Social Media

Hampir setiap orang mempunyai paling kurang, satu media sosial. Media sosial ialah tempat orang melepak. Jadi, mudah untuk mesej kita sampai kepada ramai orang.

Yang bestnya, ia tak terhad kepada individu sahaja. Anda boleh buat page dan bina branding di media sosial. 

Kartel Digital pun sebenarnya ada di media sosial.

Cuma saya kurang tekankan social media marketing buat masa sekarang.

Buat page pun sekadar ada. Saya lebih fokus kepada kaedah marketing lain.

Okey, semua orang tahu kelebihan buat marketing di media sosial. Tapi ramai keliru nak guna platform yang mana satu. 

Tip saya, pilihlah platform yang paling ramai golongan sasaran anda berkumpul.

Katakan anda jual baju baby. Platform yang paling selalu golongan ibu-ibu muda gunakan ialah Facebook.

Sebab Facebook ini bersifat teks dan perbincangan. Ibu muda biasanya akan rujuk post di Facebook untuk belajar hal-hal parenting.

Untuk permulaan, fokus kepada satu platform sahaja dulu. Mantapkan apa yang ada, kemudian baru tambah platform lain. 

Kita sebolehnya tak mahu wujud di semua media sosial, tapi kewujudan kita biasa-biasa je.

Biarlah ada satu sahaja media sosial, tapi cukup dikenali.

b. Content Marketing

Content marketing atau pemasaran konten tidak terhad kepada penulisan blog semata-mata.

Apa-apa bentuk pemasaran yang bertujuan memberi maklumat/manfaat kepada prospek dan pelanggan ialah content marketing.

Semuanya menjurus kepada apa yang kita mampu beri kepada pelanggan.

Di Kartel Digital misalnya, saya tulis artikel untuk naikkan engagement.

Blogging ialah satu bentuk content marketing dan fokus saya ialah ANDA.

Contoh lain, kita lihat tawaran daripada Shopify ni pula. Ada harga dan manfaat bagi setiap pakej.

Ini juga sebenarnya suatu bentuk content marketing.

Kuncinya, content marketing adalah apa-apa bentuk pemasaran yang memberi maklumat/manfaat kepada prospek dan pelanggan.

Kuasai content marketing untuk kekalkan engagement supaya conversion boleh berlaku dengan lebih berkesan.

c. Email Marketing

E-mel ialah cara untuk kita berhubung terus dengan prospek, pelanggan baru dan juga pelanggan lama.

Dengan adanya senarai e-mel prospek dan pelanggan, mudah untuk kita berikan offer secara direct kepada mereka. 

Hantar e-mel ni sama seperti kita hantar surat terus ke alamat rumah mereka.

Sebab itu, lebih mudah untuk kita buat conversion.

Daripada prospek menjadi pelanggan, dan daripada pelanggan baru kepada pelanggan setia. 

Untuk automasikan proses menghantar e-mel, saya cadangkan anda guna ConvertKit.

Mudah untuk set-up dan berbaloi.

Untuk belajar lebih tentang email marketing, anda boleh semak artikel ini.

d. Search Engine Optimization

Apabila kita buat carian di Google, kebanyakan daripada kita akan tekan link yang ada pada muka hadapan hasil carian.

Jarang-jarang kita nak buka link yang ada pada muka 10.

Sebabnya, kita percaya yang website yang muncul di halaman pertama ini ada kredibiliti untuk beri maklumat kepada kita.

Untuk berada dalam muka hadapan hasil carian, anda boleh buat Google Adword, iaitu kita bayar Google bagi setiap klik yang masuk.

Kalau anda tak mahu bayar Google, manfaatkan SEO.

SEO ialah cara untuk pastikan konten kita mudah dicari dengan menggunakan trik yang ditetapkan Google.

Yang bestnya, SEO ini free, siapa-siapa je boleh buat. 

Untuk tahu lebih lanjut tentang SEO, boleh rujuk artikel saya ni.

e. Paid Advertising

Seperti yang saya mention tadi, kita boleh bayar platform seperti Google untuk pastikan page kita berada di muka hadapan hasil carian.

Bagi setiap klik yang kita dapat, kita perlu bayar kepada enjin carian. 

Dengar macam tak berbaloi. Tapi sebenarnya, ia cara yang cepat untuk convert prospek menjadi customer.

Sebabnya, prospek sudah bersedia untuk membeli. 

Macam kitalah, kalau nak cari apa-apa, terus taip di Google. 

Kalau contoh di bawah ni, saya cari “baju vintage cool”

Terus keluar gambar-gambar baju yang menarik.

Belum klik lagi pun saya dah boleh tengok barang apa yang sesuatu website ecommerce tu jual. Daripada tak kenal brand, jadi kenal.

Selain Google Ads, anda boleh cuba buat ads di Facebook, Twitter dan Instagram. Anda bayar kepada platform untuk run ads

Yang bestnya ads di media sosial ni, harganya murah dan boleh sampai kepada golongan sasaran dengan mudah.

Semuanya ada di setting.

Sebelum buat apa-apa ads, belajar dulu hal-hal teknikal untuk pastikan ads yang dibuat berkesan.

f. Online Referral Marketing

Online Referral Marketing ialah pemasaran di mana pelanggan sedia ada memperkenalkan brand atau produk kita kepada keluarga dan kenalan.

Dan, kita berikan insentif untuk mereka berbuat demikian.

Ini contoh referral marketing yang dibuat oleh Dropbox.

Bagi setiap invitation yang dihantar, pelanggan lama dan pelanggan baru akan dapat extra storage space

Taktik Dropbox terbukti berkesan apabila pada 18 tahun pertama sahaja, Dropbox telah berjaya mendapat sebanyak 60% pelanggan baru dan kekal menjadi ikon dalam Online Referral Marketing.

Menarik, kan?

g. Mobile Apps

Okey, kita tengok semula graf berkaitan statistik penggunaan internet yang saya dah tunjukkan tadi.

Kita boleh nampak, bar biru gelap yang mewakili pelayar melalui telefon pintar itu lebih tinggi berbanding desktop sejak tahun 2014.

Jurang antara kedua-dua platform ini semakin jauh seiring dengan pertambahan tahun.

Ini bukti yang masyarakat dunia lebih suka dan kerap gunakan telefon untuk melayari internet.

Jadi, sekiranya anda mahu memanfaatkan data ini, mungkin anda boleh buat satu apps untuk bisnes atau jenama anda.

Dengan adanya apps, kebarangkalian untuk orang buka, scroll dan membeli lebih tinggi. 

Kebiasaannya, pelayar diberi harga istimewa jika membeli di apps berbanding website.

Ini contoh daripada Zalora. Ada diskaun untuk first app purchase.

Brand lain yang buat apps sendiri ialah Watsons, Uniqlo, H&M dan jenama tempatan seperti Rico Rinaldi, Sometime dan FashionValet.

h. SMS Marketing

Sendin Blue menggariskan maksud SMS marketing seperti berikut :

Dalam bahasa mudahnya, SMS marketing ialah pemasaran dengan cara menghantar SMS kepada prospek atau pelanggan.

SMS ini biasanya mengandungi maklumat tentang promosi dan peringatan tentang tarikh dan masa tertentu.

Ini contoh SMS yang saya dapat, sebagai peringatan tentang harga promosi buku di Jejak Tarbiah.

Best-nya hantar SMS ni, orang tak boleh block kita.

Berbeza dengan hantar e-mel, orang boleh unsubscribe pada bila-bila masa sahaja.

Dan tak susah pun nak buat SMS marketing.

Kebanyakan platform sales page dah ada built-in extension untuk feature ni.

Contohnya OnPay, ada pilihan SMS Marketing dan juga e-mail marketing.

Untuk Shopify pula, anda boleh guna Omnisend.

i. Instant Messenger Marketing 

Kita lebih suka untuk berkomunikasi menggunakan Instant Messenger (IM) seperti WhatsApp, Telegram, Messenger dan WeChat pada zaman sekarang.

Jarang sekali kita gunakan SMS.

IM lebih mudah, jimat dan kebarangkalian untuk mesej dibuka juga lebih tinggi. 

Selain itu, marketing melalui IM juga lebih mudah dibuat.

Anda boleh buat bot untuk jawab soalan-soalan lazim (FAQ) dan bantu prospek semasa membuat pembelian.

Ini contoh IM marketing yang dibuat oleh Happy2U

Kita diberi pilihan untuk berkomunikasi dengan mereka sama ada melalui WhatsApp, Facebook Messenger ataupun e-mel.

Untuk owner bisnes kecil-kecilan, anda boleh gunakan WhatsApp.

Simpan nombor prospek dan pelanggan yang pernah contact anda dan kerap update status.

Sesetengah orang suka membeli melalui status WhatsApp.

j. Online PR

Online Press Release ialah strategi untuk mengukuhkan nama brand secara dalam talian.

Apa-apa yang bisnes kita lakukan boleh memberi impak yang besar untuk jangka masa panjang.

Contoh online PR yang baik ialah seperti yang dilakukan jenama Duck ni.

Duck telah melancarkan tabung amal bagi membantu rakyat Palestin dan berjaya meraih RM1 juta melalui kempennya. Ini mengukuhkan lagi nama brand Duck.

Contoh PR yang memberi kesan buruk pula, kes rider FoodPanda yang tak diberi hak setimpal dengan kerja mereka hujung tahun 2019 dulu.

Habis satu Twitter kecoh apabila mendapat maklumat mengenai tindakan bos FoodPanda.

Dah nampak kesan online PR kepada sesuatu bisnes?

Gunakanlah online PR sebaiknya.

Kena cara, orang akan sokong brand kita. Tersilap jalan, bisnes boleh mati.

Kesimpulan – Digital Marketing Malaysia : Asas Buat Marketing Online Untuk Bisnes

Digital marketing mesti dikuasai oleh pemilik bisnes zaman sekarang. Anda perlu manfaatkan teknologi sedia ada untuk kembangkan lagi bisnes. 

Cuba dahulu aplikasikan apa yang saya share ni dalam bisnes dan monitor perkembangannya.

Kalau tak menjadi, sabar dulu.

Sebab marketing ialah strategi dan apa-apa strategi mengambil masa untuk mendapatkan hasil.

Apa pun, cuba buat!

Kalau ada apa-apa yang anda tak jelas pasal cara buat digital marketing ni, boleh tinggalkan soalan di ruang komen. 

Okey, stay tuned!

Share this!

HAFIZ AZMAN

HAFIZ AZMAN

Blogpreneur at Dropship Kartel & Kartel Digital. Sometimes jadi consultant dan coach untuk bidang Digital Marketing, Online Business, dan eCommerce.

PANDUAN PERCUMA

6 Figure Blogging Gameplan eCover

KETAHUI GAMEPLAN SAYA BUAT INCOME 6-ANGKA DARI BLOG!

Dapatkan eBook eksklusif yang mengandungi ‘failed-proof’ gameplan untuk anda mula bisnes online from scratch, dan direka khusus untuk anda yang busy tapi nak buat side income online.

Ia adalah hasil dari pengalaman, pembelajaran, dan eksperimen bertahun, sehingga saya boleh buat income dengan konsisten, 100 peratus online, secara seorang diri.

CASE STUDY EKSKLUSIF (FREE)

Rahsia Bagaimana En. Amir Hasilkan RM250k Dari Dropship Dalam Masa Sebulan!

Isi nama dan email untuk saya hantar ebook ini.
CASE STUDY EKSKLUSIF (FREE)

Rahsia Bagaimana En. Amir Hasilkan RM250k Dari Dropship Dalam Masa Sebulan!

Isi nama dan email untuk saya hantar ebook ini.