Affiliate Marketing Malaysia : Panduan Proven Buat Duit Dengan Affiliate (Edisi 2022)

cara buat affiliate marketing malaysia

Minat nak tahu macam mana orang buat duit dengan Affiliate Marketing?

To be honest, tak ramai kat Malaysia ni tahu pasal Affiliate Marketing. 

Even kalau anda search di Google keyword ‘Affiliate Marketing Malaysia’ pun, memang tak banyak resource untuk anda belajar yang ditulis dalam Bahasa Malaysia.

So kalau yang tahu pun, memang sangat sedikit yang berjaya sampai boleh jadi income full time.

Sebab kerja dia renyah. Banyak benda nak kena prepare.

Tapi saya suka.

Sebab once anda dah setup benda-benda asas yang diperlukan, benda ni boleh jadi sumber untuk ‘passive income’.

Set & forget gitu. Buat sekali, tapi income berkali-kali, walaupun anda tak actively promote.

Nak tahu macam mana nak buat?

Dalam panduan ni saya explain kat anda macam mana nak mula.

Jom!

Apa itu Affiliate Marketing?

Affiliate marketing ni basically anda perlu promote produk orang lain.

Neil Patel ada beri definisi yang simple dan tepat.

“Affiliate marketing is the process of earning a commission by promoting other people’s (or company’s) products. You find a product you like, promote it to others and earn a piece of the profit for each sale that you make.”

Neil Patel

Biasanya anda perlu promote link.

Link tersebut ada ID anda. 

So dari ID tersebut, owner produk akan dapat detect sales tersebut datang dari siapa.

Then bila ada orang beli, anda akan dapat komisyen.

Konsep dia simple dan straight forward.

Untuk bantu anda faham, boleh rujuk diagram dibawah.

konsep affiliate marketing

Bagaimana Affiliate Marketing Berfungsi?

Secara tipikal, ada 3 pihak dalam proses Affiliate Marketing ni.

  • Merchant (Owner Produk)
  • Affiliate (Anda)
  • Customer.

Apabila anda daftar satu program affiliate dari merchant, anda akan terima link.

Macam saya beritahu sebelum ni, link tersebut ada unik ID anda.

So bila anda promote link tersebut, dan prospek klik, prospek akan dibawa ke halaman jualan produk.

Bila prospek tersebut beli, anda akan dapat komisyen.

Komisyen pula bergantung.

Biasanya nilai komisyen adalah dari 10 peratus sehingga 90 peratus.

Yup memang tinggi.

Tapi biasa yang tinggi-tinggi ni adalah produk yang dalam spesifik niche macam Online Course, Software, Hosting dan sebagainya.

Setiap merchant ada rules affiliate mereka sendiri.

So make sure bila daftar anda perlu baca dan fahamkan rules tersebut.

Sebab kalau anda langgar rules, biasanya anda akan kena terminate atau anda hilang kelayakan untuk komisyen.

Ini benda normal. Dont worry.

As long as kita follow rules dia, biasanya takde isu.

Sebab merchant pun tak nak menyusahkan affiliate diorang.

Diorang nak bantu anda sebaik mungkin supaya anda dapat komisyen, dan diorang dapat sales.

Its a win-win situation.

Berapa Banyak Anda Boleh Buat Duit Dengan Affiliate Marketing?

Sebanyak mungkin. No limit.

Depends pada niche, usaha, dan skills anda.

But kebiasaannya, affiliate marketer yang buat secara full time buat around 6 ke 7 angka setahun.

Contoh macam Adam Enfroy, beliau buat sebulan dalam 80K USD.

Pat Flynn pula buat around 100K USD sebulan.

Ini report beliau untuk December 2017.

Itu untuk Affiliate Marketer international.

Kalau kat Malaysia yang saya tahu adalah Lu Wee, blogger di Entrepreneur Campfire dan juga Suraya dari blog Ringgit Oh Ringgit.

Both, buat duit secara full time dari Affiliate Marketing.

Saya? 

Tak boleh bagitahu, rahsia.

Tapi student coaching yang belajar Affiliate Marketing dengan saya buat almost RM 8K sebulan.

Best tak?

Takde produk. Duduk rumah depan komputer. Dan buat duit beribu-ribu.

Syok.

Anda pun boleh buat juga sebenarnya. 

Tapi kena ada skill dan strategi yang proven.

Dan paling penting, kena sabar. 

Sebab diawal permulaan, anda tak akan dapat komisyen yang banyak.

So anda perlu sabar bina nama dan aset digital anda supaya potential customer anda kenal, suka dan percaya dengan recommendation anda.

7 Langkah Buat Duit Dengan Affiliate Marketing

Dalam bahagian ini saya share langkah yang terlibat untuk buat duit dari Affiliate Marketing dengan jayanya.

Step 1 : Tentukan platform anda.

First of all, anda kena tentukan platform promosi atau marketing utama anda.

Benda ni subjektif.

Depends pada keselesaan dan juga tempat dimana potential customer anda berada.

Nak buat style old school mcm direct selling? No problem.

Nak buat style moden dan digital? Pun boleh.

Macam saya masa mula-mula dulu saya fokus dekat Facebook.

Kebetulan profile saya dah ada followers, so saya try jelah situ.

guna facebook profile buat affiliate marketing

Okay jugak. Dapat la dalam 1K sebulan income.

Tapi sejak Facebook tak suka kita menjual guna Facebook profile, dan selalu block link affiliate, so saya dah stop promote dekat situ.

Itu contoh saya.

Terpulang pada anda.

Cuma bagi saya, kalau serius nak bina income dari Affiliate Marketing, saya suggest anda guna blog sendiri.

guna blog untuk buat duit dengan affiliate marketing

Bila guna blog sendiri ni, takde siapa nak kacau kita promote apa dan macam mana.

After all, blog ni adalah aset utama bagi semua top affiliate marketer.

Even saya, income affiliate mostly datang dari blog.

Sometimes saya pun tak tau siapa beli.

Setiap bulan pelawat blog saya semakin ramai. Sekarang dah mencecah 30K pelawat sebulan.

Ini barulah dikatakan aset.

So cadangan saya, guna blog.

Bina kredibiliti dan autoriti melalui blog sendiri.

Kalau tak tahu camne nak buat, boleh rujuk panduan yang saya sediakan.

Baca Sini : Cara Buat Blog Untuk Newbie

Step 2 : Tentukan niche.

Zaman sekarang, makin ramai yang ada blog sendiri.

So untuk anda stand out, anda perlu spesifik dalam pemilihan niche atau bidang.

Menurut Digital Hill, dengan niche yang spesifik, anda lebih mudah untuk provide value pada target audience anda.

Which in turn, will lead to more sales.

kenapa niche penting dalam affiliate marketing

Sebagai contoh, kalau anda nak buat blog tentang kesihatan, saya tak galakkan.

Sebab ia terlalu besar dan general.

Saya cadangkan anda go deep dan spesifik.

Contohnya, blog tentang kurus khas untuk ibu dirumah.

Atau blog tentang fitness for entrepreneur.

Bila anda go deep macam ni, audience anda akan lebih fokus dan akan bantu anda untuk tingkatkan visibility dekat search engine macam Google.

Sebab tu jugak, blog saya Dropship Kartel tu is a very spesific niche.

Saya boleh je buat blog khas untuk bisnes online. Tapi saya tak buat.

Instead, saya fokus pada topik eCommerce Dropship.

So kalau apa-apa topik berkenaan dropship ecommerce, memang akan nampak la blog saya tu.

Its a very very specific niche. Baru lah saya boleh stand out dan ‘nampak pakar’.

‘Nampak pakar’ ni la yang orang panggil sebagai kredibiliti dan autoriti.

Melalui kredibiliti, anda akan lebih dikenali, disukai, dan dipercayai.

And one more thing, saya cadangkan anda pilih niche yang anda suka dan selesa.

Sebab nanti konten anda dalam blog akan nampak lebih genuine dan original.

Other than that, dengan pilih niche yang anda suka, anda akan mudah untuk hadapi cabaran yang mendatang macam ‘burn out’ etc.

Step 3 : Cari program Affiliate Marketing Malaysia (atau International)

Untuk promote, anda perlukan produk untuk dijual.

Basically, ada 2 jenis kategori tempat cari produk affiliate.

Kategori 1 : Affiliate Marketplace / Network

Affiliate Marketplace (atau network) ni ada banyak kat dunia.
Contoh kalau international market macam :

Dan banyak lagi lah.

Basically yang jenis macam ni, anda perlu apply. Sometimes siap kena interview.

Then bila dah approved, baru boleh pilih produk mana dalam network yang anda nak promote.

Kalau untuk market Malaysia, ada beberapa :

Dan banyak lagi. Tak larat nak listkan. Hehe.

Kategori 2 : Independent Affiliate Program

Independent Affiliate Program biasanya merchant atau owner produk tu sendiri ada buka program affiliate.

Sama juga, anda perlu apply dan mintak izin untuk join program affiliate diorang.

Ada banyak gila company dan merchant yang buat program affiliate ni.

Kalau rajin boleh Google je ‘Affiliate Marketing Programs’ atau ‘Affiliate Marketing Programs Malaysia’.

Nanti berlambak keluar.

But make sure, pilih produk yang sesuai untuk niche dan bermanfaat untuk audience anda.

Nak lagi better, kalau boleh beli dan cuba sendiri produk tersebut before promote.

Bukan apa, takut kita terpromote produk ‘sampah’.

Nanti effect kredibiliti kita dan orang tak caya dah lepas ni apa yang anda promote.

Faham kan setakat ni?

Step 4 : Buat konten berkuatliti.

Most blogger yang buat duit banyak dengan Affiliate Marketing akan produce high quality konten secara konsisten.

Then dari situ, diorang akan secara ‘halus’ promote produk sebagai affiliate.

Contoh macam saya dalam artikel pasal ‘cara buat dropship’, saya promote platform eCommerce iaitu Shopify.

Saya ajar diorang buat bisnes tapi guna platform Shopify.

Dan kebiasaannya, diorang akan klik dan daftar.

Dari situ saya akan dapat prospek dan eventually, some of them akan jadi customer.

Kat situ la saya akan dapat komisyen bagi setiap referral (jualan) yang berlaku.

Macam saya dalam niche ‘Buat Duit Online’ atau ‘Making Money Online’.

What if anda dalam niche, let say weight loss?

Atau anda nak jual produk fizikal?

No problem. Boleh je.

Kan tadi saya ada cakap yang Shopee, Lazada, Amazon ada program affiliate mereka sendiri.

Anda boleh je promote produk yang ada dekat sana.

Buat konten pasal weight loss, tips kurus, diet etc.

Then suggest la few products yang berguna.

Dari situ sales akan mudah terbentuk.

Because anda give value first (through content), then baru anda suggest produk.

Soft selling gitu.

Step 5 : Dapatkan traffik untuk blog anda.

Lepas anda dah buat konten yang berkualiti, langkah seterusnya adalah untuk dapatkan trafik.

Trafik disini bermaksud pelawat.

Anda perlukan trafik supaya some of them akan klik link affiliate anda.

Ada beberapa cara untuk dapatkan trafik.

Cara 1 : Trafik berbayar.

Ini cara paling cepat tapi perlukan duit untuk guna.

Banyak sebenarnya platform yang anda boleh bayar untuk dapatkan trafik.

Contoh popular yang orang suka guna adalah Facebook Ads dan Google Ads.

Best pakai platform berbayar ni.

Tabur duit then masuk la trafik berduyun-duyun.

Cuma tak bestnya adalah bila ada guna teknik marketing berbayar macam ni, profit anda akan berkurang.

Dan sometimes kalau tak pandai guna, boleh rugi. Sebab kos iklan lebih tinggi dari untung jualan.

Kalau profit yang anda bakal dapat dari setiap jualan tu besar, then boleh consider lagi.

Tapi kalau anda punya profit sikit macam affiliate dari Shopee atau Amazon, memang tak berbaloi.

Cara 2 : Search Engine Optimization (SEO)

SEO ni satu skill di mana anda cuba rank blog anda dalam search engine macam Google.

Lagi tinggi ranking anda, lagi bagus sebab trafik akan dapat dengan banyak dengan percuma.

Saya ada tulis artikel buat SEO untuk blog sebelum ni.

Anda boleh follow ikut step yang saya dah kongsikan disitu.

Cara 3 : Email Marketing.

Kalau anda dari awal aktif dalam collect email untuk blog anda, then anda boleh gunakan untuk promote link affiliate anda.

Saya suka cara kumpul list email, sebab saya boleh hantar email dan inform diorang tentang any update dan promotion pada bila-bila masa.

Untuk anda collect email dengan berkesan, anda perlu ada strategi.

Biasanya blogger akan offer something, sebagai umpan untuk diorang tinggalkan email melalui borang (opt-in form)

Umpan ni kebiasaannya dipanggil Lead Magnet.

Sebagai contoh dalam blog Dropship Kartel, saya offer diorang belajar pasal eCommerce Dropship.

Dan untuk akses konten tersebut, mereka perlu tinggalkan email.

Camtu je.

As of right now, ada almost 15K email list yang dalam database saya.

Bila-bila saya ada benda nak bagitahu atau ada offer, saya akan blast dekat email list saya.

Dan biasanya akan masuk sales lepas saya blast.

Untuk blast dan kumpul email ni anda perlu guna Email Marketing Provider.

Saya guna ConvertKit untuk semua kempen email marketing saya.

convertkit home

User friendly dan banyak fungsi best.

Anda boleh cuba ConvertKit secara percuma untuk 1000 subscribers.

Saya ada buat artikel pasal email marketing. Boleh jenguk nanti.

Step 6 : Dapatkan klik.

Okay sekarang masalah untuk dapatkan trafik dah selesai.

Now cabaran seterusnya adalah nak dapatkan klik untuk link affiliate anda seramai mungkin.

Untuk dapatkan klik dengan efektif, ada few tactics anda perlu consider.

Tempat dimana anda letak link pun main peranan.

Letak di tempat yang orang mudah nampak, dan mudah untuk klik.

Saya suggest link anda letak di bahagian atas blog post atau page anda.

Sebab kalau anda letak bahagian bawah, kebiasaanya jumlah klik akan kurang.

Boleh juga gunakan gambar, dan link kan gambar tersebut dengan link affiliate anda.

Taktik 2 : Konteks ayat

Satu lagi cara untuk dapatkan klik adalah dengan meletakkan link dalam konteks yang betul.

Jangan letak link pada ayat yang random.

Tapi letak dengan kemas dan pada ayat yang yang betul.

Jangan buat macam ni :

Ini adalah beg komputer terbaik di pasaran.

Nampak macam spam kalau buat macam ni.

Suggestion saya buat macam ni:

Ada 3 beg komputer yang bagus dekat pasaran, iaitu Beg 1, Beg 2, dan Beg 3.

Macam ni baru betul.

Taktik 3 : Gunakan Button, Box and Table

Anda boleh juga letak link affiliate guna button.

Contoh macam button bawah ni.

Boleh juga gunakan box atau table supaya ia lebih menyerlah.

Contoh box :

Contoh table :

Step 7 : Dapatkan jualan.

Untuk dapatkan trafik dan klik memang no problem. Sebab itu anda yang kawal.

Tapi untuk dapatkan jualan ni tricky skit.

Tricky sebab anda takde control sangat.

Once pelawat dah klik dan masuk dalam website jualan produk, then semuanya bergantung pada keberkesanan website dan offer produk tersebut.

Sebab tu saya suggest, anda jual produk yang popular dan ramai affiliate promote.

Anda boleh follow blog-blog yang buat affiliate dan tengok apa yang mereka promote.

Atau anda boleh Google dan cari artikel tentang ‘Income Report Affiliate Programs’.

Kita nak cari blog yang publish artikel tentang income report affiliate diorang.

Dari situ kita boleh nampak apa yang diorang jual dan performance produk tersebut.

Once anda dah tahu apa produk yang perform diorang jual, then saya suggest anda pun jual produk sama.

But make sure produk anda tu sesuai untuk audience dan niche anda okay.

FAQ : Soalan Lazim Berkenaan Topik Buat Duit Dengan Affiliate Marketing Malaysia

FAQ 1 : Affiliate Marketing ni apa benda?

Macam yang saya explain diawal artikel ni, affiliate marketing is simply just promoting other people’s product.

Macam promoter atau sales person la kiranya.

Cuma ni anda promote produk melalui Affiliate Link.

Link ni ada ID anda.

So if sesiapa klik dan buat pembelian dari link anda, anda akan dapat komisyen.

Senang kan?

Tak perlu ada produk sendiri pun boleh je buat duit online.

FAQ 2 : Berapa banyak boleh buat duit dengan Affiliate Marketing?

Berapa banyak ni subjektif.

Ramai yang buat duit, dan ramai yang tak buat duit.

Macam student coaching saya buat 5 angka sebulan dari Affiliate Marketing.

Not bad la kan?

Dan yang otai-otai pulak, kalau buat 6 ke 7 angka sebulan ni benda normal.

Cuma untuk first 3 months jangan expect banyak income dari Affiliate Marketing.

Ia perlukan masa untuk bina skills dan grow.

FAQ 3 : Apa produk yang saya boleh jual sebagai Affiliate?

Almost everything in every niche ada produk yang anda boleh jual sebagai Affiliate.

Kalau anda nak jual produk fizikal macam periuk ke, buku ke, baju pun boleh.

Macam produk fizikal anda boleh sign up Affiliate dengan Amazon, Shopee, Lazada etc.

Kalau produk digital macam software, ebook, online course, anda boleh buat affiliate dekat KlikJer, Commision Junction, JV Zoo, Clickbank etc.

FAQ 4 : Affiliate Marketing ni macam Dropshipping ke?

Hampir sama tapi tak serupa.

Basically dua-dua pun promote produk orang dan tak simpan stok.

Cuma bila anda buat affiliate marketing, anda tak perlu nak buat customer support, nak pos barang, return, refund etc.

Semuanya merchant atau owner produk yang uruskan.

Tugas anda 100 peratus hanya promote sahaja.

FAQ 5 : Affiliate Marketing ni sama macam Skim Piramid ke?

Tak sama. Sebab bila anda jadi affiliate biasanya anda promote untuk orang beli produk.

Bukan promote untuk orang join program affiliate tu sendiri.

Kalau ada program yang suruh anda cari orang untuk join affiliate program tu sendiri, dan anda dapat komisyen jugak, then itu kemungkinan besar skim piramind, MLM, atau Ponzi.

FAQ 6 : Buat Affiliate Marketing kena daftar SSM & Bayar Tax ke?

Apa-apa aktiviti yang mendatangkan duit dikira sebagai bisnes. So saya galakkan anda daftar dan submit borang deklarasi income di LHDN.

Kalau tak daftar boleh kena denda dan penjara.

So, biasakan diri buat bisnes dengan proper. Berdaftar, dan ada akaun bank bisnes.

Bila buat macam ni anda akan lebih bersemangat untuk buat bisnes, dan kemungkinan besar berjaya satu hari nanti.

Kesimpulan – Cara Buat Duit Dengan Affiliate Marketing.

Apa yang saya share ni adalah langkah asas untuk mulakan perjalanan anda dalam Affiliate Marketing.

Kalau anda follow dan apply, kemungkinan besar anda akan berjaya.

Sebab method yang sama saya ajar dengan semua student coaching Program Affiliate Marketing saya.

Dan macam saya cakap. Benda ni perlukan masa untuk grow.

Fokus dapatkan satu sales dulu.

Dan nanti bila blog anda makin grow, anda boleh try macam-macam teknik dan strategi yang more advance.

Yang penting kena konsisten dan keep learning.

Ada soalan?

Boleh tanya saya diruangan komen. Saya jawab.

Share this!

HAFIZ AZMAN

HAFIZ AZMAN

Blogpreneur at Dropship Kartel & Kartel Digital. Sometimes jadi consultant dan coach untuk bidang Digital Marketing, Online Business, dan eCommerce.

PANDUAN PERCUMA

6 Figure Blogging Gameplan eCover

KETAHUI GAMEPLAN SAYA BUAT INCOME 6-ANGKA DARI BLOG!

Dapatkan eBook eksklusif yang mengandungi ‘failed-proof’ gameplan untuk anda mula bisnes online from scratch, dan direka khusus untuk anda yang busy tapi nak buat side income online.

Ia adalah hasil dari pengalaman, pembelajaran, dan eksperimen bertahun, sehingga saya boleh buat income dengan konsisten, 100 peratus online, secara seorang diri.

CASE STUDY EKSKLUSIF (FREE)

Rahsia Bagaimana En. Amir Hasilkan RM250k Dari Dropship Dalam Masa Sebulan!

Isi nama dan email untuk saya hantar ebook ini.
CASE STUDY EKSKLUSIF (FREE)

Rahsia Bagaimana En. Amir Hasilkan RM250k Dari Dropship Dalam Masa Sebulan!

Isi nama dan email untuk saya hantar ebook ini.