hello! assalamualaikum!

unnamed 1

Hai. Saya Hafiz Azman. Saya adalah Blogger, Content Creator, Digital Marketer dan Founder kepada Kartel Digital.

Sejak dari 2014 saya dah mula buat bisnes secara online. Dan kebanyakannya gagal. Haha.

Memang ada bisnes yang berjaya tapi gagalnya lagi banyak.

Saya juga sedang recovering from Depression, dan seorang yang mempunyai ADHD.

Sejak mula bisnes dan gagal banyak kali, entah macam mana saya dapat ‘breakthrough moment’ melalui eCommerce, Blogging dan Affiliate Marketing.

Berapa income saya buat tu saya tak nak cerita, tapi saya bangga jugak sebab boleh buat despite all the challenges, physically and mentally.

Pada tahun 2019, saya launch my first ever blog. The name is Dropship Kartel.

Mostly konten dalam blog tersebut adalah tentang eCommerce & Dropshipping.

Ketika ini, Dropship Kartel mempunyai 1000++ student dan klien berbayar, 15,000 subscribers email, dan dilawati sebanyak 30,000 kali setiap bulan.

Kebanyakkan income saya buat semua dari rumah.

Dan saya buat duit dari Online Courses, Iklan, dan juga Affiliate Marketing.

Reason utama saya buat Kartel Digital adalah sebab saya nak expand topik perkongsian tentang buat duit online, beyond eCommerce & Dropshipping.

Dekat Dropship Kartel saya tak boleh cerita banyak benda sebab its very specialized niche.

Banyak bisnes saya buat. Hahaha. 

Dan saya memang busy sangat sebab saya buat semua ni sorang. Solopreneur la kononnya.

But anyway, saya harap setiap cebis konten yang saya kongsikan pada anda, boleh ubah dan beri impak positif dalam hidup anda.

Stay tuned okay!

 

Certified Practitioner

Misi Kartel Digital adalah untuk bantu orang yang masih bekerja, student, atau suri rumah, buat duit Online dengan cara paling cepat, mudah faham dan berkesan.

Bagaimana Saya Buat Konten?

How We Create Content Profit Wires

Semua konten yang anda jumpa dalam blog ini telah disemak dengan teliti oleh saya. 

Ini adalah untuk memastikan semua konten yang dikeluarkan memenuhi standard kualiti yang ditetapkan, dan dibuat dengan jujur.

80 peratus konten dalam blog ini dibuat oleh saya sendiri. Lagi 20 peratus adalah konten yang datang dari penulis atau content creator jemputan.

But, apa yang saya boleh gerenti adalah semua konten yang dikongsikan adalah apa yang saya sendiri praktis dan buat pada bisnes saya setiap hari.

Ini adalah demi untuk memastikan semua konten adalah tepat dan valid pada waktu anda lawat.

Ada beberapa ketika, saya akan promote beberapa produk untuk bantu anda berjaya dalam bisnes online.

Dan kebanyakan produk yang saya mention adalah produk yang saya sendiri cuba dan pakai.

Tapi jujur cakap, mustahil saya boleh cuba semua produk yang ada dalam dunia ni.

So, sometimes saya akan bergantung pada research yang teliti dari sumber-sumber lain.

Apa pun, saya nak jadikan blog ini adalah tempat yang anda trust dan reliable, dalam membantu anda berjaya buat duit di Internet.


Apa Yang Anda Boleh Dapat Disini?

unnamed

Kenapa anda perlu consume konten dari Kartel Digital?

Saya tahu anda singgah sini sebab anda nak cari jalan untuk buat side income dari internet dengan cepat, mudah, dan pantas.

So, ini beberapa reason lain yang saya rasa boleh relate dengan anda. 

  • Anda sentiasa cari cara buat side income, tanpa perlu berhenti dari kerja hakiki anda yang sekarang.
  • Anda frust, letih dan hilang minat dengan rutin kerja 9 pagi sampai 5 petang, dan anda sedia untuk belajar macam mana untuk buat sumber income baru, supaya anda boleh berhenti kerja dengan tenang.
  • Anda seorang suri rumah, yang sibuk dengan urusan keluarga dan anak-anak. Tapi dalam masa sama nak juga merasa duit sendiri tanpa perlu harapkan ihsan suami semata-mata.
  • Anda confuse tak tahu nak mula dari mana sebab terlalu banyak konten yang boleh bantu anda buat duit di Internet.
  • Anda seorang student, tapi nak belajar macam mana untuk tambah duit poket dari bisnes online.
 

Kalau anda rasa anda duduk dalam kategori diatas, then you will enjoy at Kartel Digital.

With that, saya ucapkan selamat datang ke Kartel Digital!

Hafiz Azman

nak buat side income online tapi terlalu busy?

2hours method gameplan ecover

Dapatkan eBook eksklusif yang mengandungi ‘failed-proof’ gameplan untuk anda mula bisnes online from scratch, dan direka khusus untuk anda yang busy tapi nak buat side income online.

Isi nama dan email anda yang aktif, dan terus klik butang join.

2hours method gameplan ecover

As Featured In

as featured in transparent cropped

As Featured In

kartel digital featured in horizontal

© All Rights Reserved by Kartel Digital Marketing.