Cara Buat Website eCommerce Paling Mudah & Profesional (Edisi 2022)

cara buat website ecommerce

Sepuluh tahun lepas, nak beli apa-apa pun kita kena pergi ke kedai. Sekarang, semuanya di hujung jari.

Daripada ayam, ikan sampailah ke peti sejuk, semuanya kita boleh dapatkan secara online.

Tinggal klik, klik, klik… esoknya barang dah sampai.

Teknologi memang sangat memudahkan kehidupan seharian kita untuk membeli. Tengah berbaring pun boleh shopping.

Tahu tak, hal kedai online ni juga mudah dari sisi seorang penjual?

Sebagaimana proses membeli disistemkan dan diautomasikan, proses menjual juga begitu.

Kita tak perlu lagi ambil order, tulis invois, salin alamat customer satu per satu dan risau tak ada masa buat marketing.

Macam mana nak buat?

Dalam artikel kali ini, saya akan kongsikan cara buat website eCommerce paling mudah, bersistem dan professional, khas untuk anda yang berbisnes online.

Jom!

Apa itu eCommerce?

ECommerce atau e-dagang ialah suatu bentuk urus niaga yang dilakukan dalam talian (online).

Urusan niaga di sini termasuklah hal-hal membeli, menjual dan melakukan transaksi wang dilakukan melalui internet, secara maya.

apa itu website ecommerce

Saya yakin, anda pasti sedang terbayangkan platform beli-belah seperti Shopee, Lazada, Zalora dan Mudah.my, kan?

ECommerce sebenarnya tidak terhad kepada platform online shopping ini sahaja.

Mana-mana website yang membolehkan kita melakukan urusan jual beli, ia dipanggil eCommerce.

Kenapa Perlu Ada Website eCommerce?

Ada pelbagai sebab yang relevan untuk anda berniaga online menggunakan website eCommerce.

Ini antara sebab yang buatkan saya sendiri terjebak menjual guna website eCommerce sendiri.

1. Orang membelanjakan wang dalam talian

Analisis oleh Global Data, mencatatkan anggaran pertumbuhan untuk pasaran eCommerce Malaysia sebanyak 24.7% pada tahun 2020.

statistik ecommerce malaysia

Pasaran ini dijangka akan mengalami pertumbuhan sebanyak 14.3% dalam tiga tahun mendatang (2024).

Data ini menunjukkan rakyat Malaysia semakin cenderung untuk membeli-belah secara online.

Menariknya, kerajaan juga telah memperuntukkan RM300 juta untuk merancakkan lagi ekonomi dalam talian melalui kempen “Shop Malaysia Online.

kempen ecommerce malaysia dari kerajaan

Pembeli sudah beralih tempat shopping. Dari kedai kepada website!

Nampak tak betapa untungnya kalau kita mula buat eCommerce dari sekarang?  

2. Kos untuk set-up laman web eCommerce lebih murah daripada perniagaan tradisional

Kos untuk set-up eCommerce tak sebesar macam set-up kedai fizikal.

Kalau kedai fizikal misalnya, kita perlu bayar sewa tapak, menggaji pekerja, menyelesaikan bil-bil utiliti, menyelenggara kedai dan kos-kos lain seperti membeli perabot dan hiasan kedai.

Apabila buat website eCommerce, semua kos ini tidak perlu. Kita hanya perlu sediakan bajet untuk bina website ecommerce dan marketing.

3. Barang jualan anda lebih mudah dicari secara online

Apabila kita nak cari barang tertentu di kedai, kita biasanya akan terus tanya pada cashier, sama ada sekian, sekian barang ada dijual atau tidak.

“Bateri 3A ada jual, dik?”

Kalau dia jawab tak ada, kita terus angkat kaki.

Tapi, apabila barang dijual secara online, bakal pelanggan tinggal taip dan search di Google untuk cari di mana ada jual bateri 3A.

Barangan di kedai anda lebih mudah dicari.

Mudah cari = Lebih jualan!

Persediaan sebelum buat website eCommerce.

Ramai orang ingat nak buat website eCommerce ni sama macam nak buat blog. Bagi saya, ia HAMPIR SAMA.

Cuma, ada extra step yang kita wajib buat supaya transaksi jual beli boleh dijalankan dengan selamat dan meyakinkan bakal pelanggan.

Anda juga perlu sediakan bajet dan uruskan perkara berikut :

  • Nama domain
  • Webhosting
  • Perkhidmatan pembayaran (Payment Getaway)
  • Platform untuk bina kedai anda

Make sure masukkan kos-kos yang saya sebutkan ni apabila dah ready nak buat website eCommerce.

7 Langkah Buat Website eCommerce

Kalau dulu, nak buat website eCommerce memang susah. Tapi sekarang kita dah ada platform yang sangat memudahkan kerja iaitu Shopify.

shopify-malaysia

Dengan hanya ‘pilih dan letak’ dan isi beberapa patah perkataan, kita dah boleh hasilkan website eCommerce sendiri. Tak sampai sejam pun dah boleh siap!

Dah ready? Jom!

a. Daftar Shopify

Langkah pertama untuk guna Shopify ialah daftar akaun.

Klik pada butang Start Free Trial dibawah.

Shopify akan bagi kita daftar untuk percubaan secara percuma selama 14 hari.

Jadi, bolehlah cuba dahulu.

Kalau ngam, baru terus subscribe supaya team Shopify uruskan semua hal teknikal berkaitan website eCommerce anda. Tak payah pening kepala.

Anda akan diminta untuk isi alamat e-mel, kata laluan dan nama kedai.

Letak je nama apa-apa. Nanti boleh edit dan pasangkan nama domain sebenar pada website eCommerce anda.

Selepas klik Next, jawab soalan yang disediakan dengan memilih respons yang sesuai.

Klik butang Next apabila dah siap.

Page seterusnya, anda akan diminta untuk memasukkan alamat bisnes.

Kalau belum ada alamat bisnes dan nak look around, boleh je masukkan alamat rumah dulu.

Lepas tu, klik Enter my store.

b. Masukkan Produk

Setelah mendaftar dengan betul di Shopify, anda akan dibawa ke page admin.

Kat sini, anda boleh customize kedai online dan upload produk yang nak dijual.

Ikuti langkah yang Shopify cadangkan ini.

Klik butang Add Product dan isi maklumat produk.

Kalau tak tahu nak tulis description produk yang menarik dan mudah untuk orang faham, anda boleh rujuk website eCommerce lain.

Tengok macam mana mereka describe produk.

Tapi, make sure tulis benda yang betul pasal produk, bukan sekadar tiru.

Lepas dah siap, tekan butang Save.

Anda juga dikehendaki untuk upload gambar.

Pilih gambar-gambar produk yang jelas dan menarik.

Sebab untuk buat website eCommerce, semuanya tentang first look. Gambar yang menarik akan bantu anda untuk buat sales.

Yang bestnya pakai Shopify ni, anda boleh set-up collection untuk produk.

Katakan anda jual pakaian, anda boleh group-kan pakaian mengikut jenis seperti baju, seluar dan aksesori.

Lebih tersusun dan mudah untuk customer pilih produk.

c. Kemaskan susun atur dan penampilan (Customize appearance)

Dah siap isi barang dalam kedai, tekan butang Home dan klik Customize theme.

Saya recommend untuk guna Shopify ni sebab senang gila nak jadikan website eCommerce nampak profesional.

Ada banyak theme yang kita boleh pilih. Untuk trial ni, guna dulu theme yang free. Mudah dan tak sakit kepala.

Kalau anda ada bajet, bolehlah consider untuk beli theme premium. Macam-macam boleh customize.

Mudah, kan? Klik, klik, dah siap.

d. Pasangkan domain

Lepas dah pilih template dan siap design website, anda boleh pasang domain. Klik butang Home dan pilih Add domain.

Domain ni macam alamat rumah kita.

Misalnya domain saya, karteldigital.com.my. Ada satu je dalam dunia ni.

Anda boleh gunakan domain sedia ada atau daftar yang baru melalui Namecheap.

Boleh nak daftar melalui Shopify. Cuma mahal sikit.

Dan kalau suatu hari nanti anda dah tak nak pakai Shopify, anda boleh gunakan domain yang dah dibeli tadi pada platform ecommerce lain.

Untuk step pasang domain yang didaftar melalui Namecheap ke Shopify, anda boleh follow tutorial rasmi mereka disini.

Lepas dah siap, anda boleh view website eCommerce anda dan test order system.

Klik pada Setting > Payment.

Kemudian, pilih Choose third party provider > Bogus Gateway.

Bogus Gateway membolehkan kita experience dan test macam mana orang membeli di website kita.

Menarik, kan?

e. Integrasi Perkhidmatan Pembayaran Malaysia (Payment Gateway Malaysia)

Di tab Payment juga, kita boleh set-up Payment Gateway untuk membolehkan customer bayar melalui online banking.

Sebab tadi kita dah set country dari awal, Shopify akan automatik beri pilihan Payment Gateway yang ada di Malaysia.

Untuk guna Payment Gateway di Malaysia, anda kena ada akaun bank bisnes terlebih dahulu.

Kalau belum ada, elok buat sebab kita nak buat bisnes secara serius. Bukan seronok-seronok atau saja-saja.

Kalau perasan, dalam senarai di atas ada beberapa Payment Gateway yang kita cukup familiar. Contohnya IPay88 dan MOLPay.

Kebanyakan website eCommerce Malaysia guna dua sistem ni.

Jika anda keliru nak pilih yang mana, saya nasihatkan ambil platform yang tawar transaction fee rendah.

Saya personally guna Billplz sebab memang boleh integrate dengan Shopify, dan transaction fees mereka berpatutan.

Shopify ni sebenarnya untuk pasaran seluruh dunia.

Boleh pasarkan di US, China, Korea dan mana-mana sahaja.

Untuk pasaran luar negara, seeloknya research dulu getaway mana yang bagus untuk negara tersebut.

Pasaran US misalnya, mereka lebih suka untuk guna PayPal dan Stripe.

Jadi aktifkanlah akaun PayPal dan Stripe. Mostly semua negara boleh guna dua payment gateway ini. Malaysia pun ada Stripe.

Kalau anda ada apa-apa tak jelas pasal Payment Getaway ni, boleh shoot di ruang komen.

f. Setup kadar penghantaran (Shipping Rate)

Jika anda jual barang fizikal macam kasut, beg dan baju jangan lupa set shipping rate.

Klik pada Setting > Shipping and Delivery.

Kemudian, klik Manage Rate.

Kemudian, anda boleh masukkan kadar penghantaran dan set nama kurier yang anda bakal gunakan nanti.

Pastikan buat kiraan dengan betul supaya ia tidak membebankan pembeli dan juga urusan anda sebagai penjual.

Antara sebab orang suka guna Shopify ialah semua benda diautomasikan.

Setiap kali pembeli order barang, kita tinggal print sahaja semua maklumat dan pos.

Tak perlu install plug-ins lain untuk buat resit atau tulis sendiri alamat customer.

g. Go Live!

Okey, dah siap! Anda boleh mula menjual dan bagitau semua orang tentang website ecommerce anda.

Ini contoh salah satu website eCommerce saya.

Cara buat marketing untuk website eCommerce

Dah buat website eCommerce, kenalah buat marketing untuk tarik trafik.

Memang agak leceh jika dibandingkan apabila kita ‘menumpang’ di marketplace macam Shopee.

Tapi, kelebihan ada website eCommerce sendiri ialah database customer sepenuhnya milik kita.

Kat sini, saya kongsikan enam cara yang biasa orang guna untuk buat marketing website eCommerce.

a. Content Marketing

Content marketing ialah salah satu kaedah marketing yang fokus dalam memberi nilai kepada golongan sasaran. Ini definisi oleh Content Marketing Institute:

Kunci kepada content marketing ialah NILAI.

Apa medium penyampaian yang terbaik, bagi saya terpulang kepada anda. Ikut kemahiran diri dan lebihkan bahagian tersebut.

Berani Buat misalnya, dia pilih YouTube sebab pandai bercakap dan buat video.

Konten yang dihasilkan menarik sebab relatable dengan kita. Dan cara dia buat review buatkan orang percaya, sebab dia sentiasa memberi nilai (value).

Teknikal, tapi masih menggunakan bahasa yang orang awam boleh faham.

Kalau macam saya, saya kurang gunakan YouTube.

Saya fokus kepada penulisan blog sebab lebih suka menulis.

Lagipun, golongan sasaran saya lebih suka membaca berbanding tengok video.

Tapi, taklah saya tinggalkan terus YouTube. Saya ada up beberapa video juga untuk tarik trafik ke blog ni.

Jadi, pilih medium yang anda mahir dan buat betul-betul. Medium yang anda kurang mahir,mjangan tinggalkan terus.

Belajar buat untuk salurkan trafik kepada medium utama.

b. Social Media Marketing (Facebook Ads, Instagram, TikTok, Twitter, etc)

Setiap orang pasti akan ada sekurang-kurangnya satu media sosial.

Jadi, marketing melalui media sosial ialah jalan yang tepat untuk tarik trafik ke website eCommerce.

Nak guna medium yang mana, bergantung kepada golongan sasaran anda. Kaji di platform mana mereka suka berkumpul.

Sebagai contoh, kalau anda nak jual baju perempuan dan golongan yang disasarkan ialah pelajar universiti, saya rasa lebih sesuai untuk gunakan IG.

Sebab IG bersifat visual dan kebiasaan orang muda akan prefer cari baju di IG. Dari IG, anda bawa mereka ke website eCommerce untuk membeli.

Selain IG, boleh juga gunakan Twitter untuk golongan sasaran yang masih muda.

Twitter ialah cara yang agak cepat untuk naikkan trafik.

Buat thread yang menarik berkaitan produk dan kalau kena cara, boleh viral dengan cepat!

Macam mana nak buat konten yang boleh viral, buatlah konten yang beri NILAI.

Kalau tak nak menjual di sosial media sebab tak dapat nak update selalu, buatlah paid ads.

Ia cara yang mudah untuk dapatkan impression.

Dari Facebook Ads, Instagram Ads dan sebagainya ini, anda tarik pelanggan ke website untuk dapatkan maklumat lanjut.

c. Influencer Marketing

Satu lagi cara untuk dapatkan prospek baru, anda boleh gunakan influencer marketing.

Cari influencer yang mempunyai niche yang sama dengan produk anda dan minta mereka buat review.

Selain review, boleh juga siapkan konten seperti video pendek untuk mereka dan minta mereka post.

Marketing cara ini memang akan keluarkan sedikit kos, tapi berbaloi.

Mesej sampai direct sampai kepada orang ramai. Dan kebanyakan orang cenderung untuk percaya review daripada orang yang mereka kenal dan ikut.

d. Search Engine Optimization

SEO atau Search Engine Optimization ialah cara untuk memastikan website eCommerce anda dapat berada di ranking atas apabila orang Google.

Apabila duduk atas ni, senanglah orang nak jumpa dan klik masuk ke kedai kita. Secara tak langsung, ia juga meningkatkan kredibiliti brand.

Ini contoh apabila saya cuba cari “Kasut Malaysia”.

Dua website eCommerce teratas ialah Zalora dan Bata.

Kedua-dua brand ini kita kenal dan percaya. Orang akan terus klik tanpa ragu-ragu sebab dah ada kredibiliti.

Menjual di internet, memang kena pandai bermain dengan SEO untuk mudahkan orang jumpa kedai kita.

Benda ni free dan rugi kalau tak explore.

Untuk faham lebih lanjut bagaimana SEO berfungsi, anda boleh rujuk artikel ini.

e. Email Marketing

Orang biasanya melawat website eCommerce sekali sahaja.

Dan jarang-jarang pula masuk sekali terus nak membeli. Jadi, kita kena buat mereka datang lagi.

Caranya, gunakan email marketing.

Bina email list dan broadcast emel yang memberi yang beri ‘keistimewaan’ kepada subscribers.

Contohnya beri diskaun untuk belian kali pertama di website.

Untuk pengguna Shopify, saya cadangkan guna Omnisend untuk buat email marketing. Boleh hantar e-mel dan SMS.

Mudah guna Omnisend ni sebab dah integrated seamlessly dengan Shopify.

Nak install, anda boleh klik pada button dibawah.

Anda juga boleh gunakan SMS dengan Omnisend.

Kenapa kena guna medium ni?

Kebaikan apabila guna SMS, orang tak boleh blok kita.

Kalau e-mel, orang senang untuk opt-out daripada email list.

Jadi, gunakan Omisend untuk gunakan features e-mail dan SMS supaya marketing lebih berkesan.

f. Pay-per-click Advertising

Pay-per-click (PPC) advertising ialah kita bayar kepada enjin carian bagi setiap klik yang kita dapat.

Contohnya Google Ads. Kita bid untuk berada di muka depan carian.

Ni contoh website eCommerce yang buat PPC melalui Google Ads untuk keyword ‘Shoes Online Malaysia’.

Saya taip ‘Shoes Online Malaysia’ dan ini hasilnya.

Kedua-dua website ini bayar kepada Google setiap kali orang klik link.

Rasa macam merugikan, tapi bagi saya ia sangat powerful. Orang mudah untuk jumpa kedai kita.

So, sebelum buat PPC, study dulu apa keyword yang orang selalu guna apabila nak cari produk anda.

Barulah PPC tak bertukar menjadi tempat bakar duit.

Kesimpulan – Cara Buat Website eCommerce Paling Mudah & Profesional (Edisi 2022)

Ecommerce ialah kedai online kita sendiri. Mudah untuk kita menjual secara online apabila semuanya dah diautomasikan dan disistemkan.

So, bila nak ada website eCommerce sendiri?

Tak ada produk nak jual?

Jangan risau, boleh je guna Shopify untuk dropshipping.

Dalam artikel kali ini, fokus saya hanyalah untuk produk fizikal yang anda sendiri pegang stok.

Untuk tahu macam mana nak buat duit dengan dropshipping melalui Shopify, anda boleh ke artikel yang dah ditulis sebelum ini.

Jika ada mana-mana bahagian yang tak jelas, tinggalkan soalan di ruang komen. Nanti saya balas.

Okey, jumpa lagi!

Share this!

HAFIZ AZMAN

HAFIZ AZMAN

Blogpreneur at Dropship Kartel & Kartel Digital. Sometimes jadi consultant dan coach untuk bidang Digital Marketing, Online Business, dan eCommerce.

PANDUAN PERCUMA

6 Figure Blogging Gameplan eCover

KETAHUI GAMEPLAN SAYA BUAT INCOME 6-ANGKA DARI BLOG!

Dapatkan eBook eksklusif yang mengandungi ‘failed-proof’ gameplan untuk anda mula bisnes online from scratch, dan direka khusus untuk anda yang busy tapi nak buat side income online.

Ia adalah hasil dari pengalaman, pembelajaran, dan eksperimen bertahun, sehingga saya boleh buat income dengan konsisten, 100 peratus online, secara seorang diri.

CASE STUDY EKSKLUSIF (FREE)

Rahsia Bagaimana En. Amir Hasilkan RM250k Dari Dropship Dalam Masa Sebulan!

Isi nama dan email untuk saya hantar ebook ini.
CASE STUDY EKSKLUSIF (FREE)

Rahsia Bagaimana En. Amir Hasilkan RM250k Dari Dropship Dalam Masa Sebulan!

Isi nama dan email untuk saya hantar ebook ini.