Tengah cari idea bisnes online untuk tahun 2022?
Tahniah!
Sebabnya anda ada keinginan dan kesedaran untuk buat sesuatu yang hebat dalam hidup.
Tak dinafikan, zaman sekarang ramai orang yang cari peluang perniagaan sebab kos sara hidup yang makin tinggi.
Senang cakap kalau saya baling batu, mesti jatuh atas kepala orang yang buat bisnes.
Termasuk la yang buat bisnes online.
Actually, ada banyak je bisnes yang anda boleh buat dari rumah.
Tapi bukan semua jenis bisnes sesuai untuk semua.
Ada yang kurang sesuai untuk newbie.
Dan ada juga tak sesuai sebab perlukan modal yang agak tinggi.
So dalam artikel ni saya akan share 10 idea bisnes, khas untuk golongan berikut:
- Zero pengalaman dalam bisnes online.
- Kurang mahir tentang IT dan pengetahuan digital.
- Terlalu sibuk tapi nak buat bisnes online secara part time.
If anda termasuk dalam salah satu golongan tadi, then this article is for you.
Excited?
Jom kita mula!
Isi Kandungan
Cabaran & Kelebihan Buat Bisnes Online Dari Rumah
To be honest, memang best tengok orang lain buat bisnes online.
Tak perlu hadap trafik jem, tak perlu hadap bos dan rakan sekerja toksik etc.
Lepak je kat rumah. Duit berkepuk masuk setiap hari.
Yang diperlukan hanyalah laptop dan internet sahaja.
Dengar macam too good to be true.
But…
Yes. Benda ni possible.
In fact saya buat benda ni since 2014 lagi.
Dan perniagaan macam ni memang best, cuma bukan semuanya indah belaka.
Banyak juga cabaran. Tapi banyak juga kelebihan dia.
So, saya rasa penting untuk anda tahu semua cabaran dan kelebihan sebelum anda decide untuk buat perniagaan atau bisnes online dari rumah macam saya.
Cabaran 1 : Gangguan dari keluarga.
Ini antara masalah terbesar saya setakat ni.
Walaupun dah set satu home office dalam bilik, still anak saya sibuk kacau saya. Haha.
So anda kena figure out untuk avoid distraction macam ni. Lebih lagi kalau ada anak kecil.
Cabaran 2 : Feeling buat kerja tu takde.
Sometimes bila semua benda kita buat dekat rumah, feeling kerja tu susah nak dapat.
Macam saya dalam seminggu, ada la dalam 3 hari rasa macam betul mood kerja.
Lain semua malas rasa.
Yela kita bos, kita kuli. Macam ni la jadinya.
Cabaran 3 : Duit bisnes dan duit personal bercampur.
Masa mula-mula saya berbisnes, memang saya pakai je duit bisnes macam duit personal.
Duit sales pun memang masuk akaun bank personal.
Selalu tengok rekod sales macam banyak, tapi duitnya tak tahu pergi mana.
Nasihat saya, belajar urus kewangan diri dan bisnes kalau nak pergi jauh.
Cabaran 4 : Staff takde depan mata.
Bila kita buat bisnes dari rumah sendiri, memang tak sesuai la ada staff.
Kalau staff tu ahli keluarga sendiri takpe lagi.
Kalau orang luar, memang tak sesuai.
Solution?
Hire virtual atau remote staff je.
That’s the best yang boleh buat if nak ada staff.
Other than that, anda boleh outsource.
Cabaran 5 : Rasa terasing (isolated)
Ada masa bila terlalu lama dok rumah buat kerja, anda akan rasa isolated.
Kalau kerja biasa, anda akan keluar jumpa orang lain.
Contoh macam saya, sometimes berbulan tak jumpa sesiapa selain anak bini.
Then mula la rasa stress sebab isolated.
Ini normal.
Kelebihan 1 : Kos rendah.
Benda paling best buat bisnes online dari rumah adalah kos rendah.
Tak perlu modal banyak.
Ada student saya laptop takde. Internet pun pakai free wifi dekat tempat awam.
But dia boleh buat 5 angka sebulan.
Bisnes lain kos sampai 4 angka sebulan pun susah nak buat sales.
Kelebihan 2 : Tak terikat pada satu-satu lokasi.
Ada laptop, ada phone dan ada internet. Cukup.
Itu je diperlukan untuk mula bisnes online.
Nak sewa kedai ke apa tak perlu.
Sebab tu omputeh suka lifestyle bisnes yang diorang panggil Digital Nomad.
Duduk dekat Bali, tapi bisnes serata dunia. Buat duit USD.
Masyuk beb.
Kelebihan 3 : Boleh buat secara part time.
Bagi yang bekerja, student atau sibuk menguruskan anak kecil kat rumah pun boleh buat.
Ada keazaman dan usaha pasti boleh.
Saya pun mula buat part time juga tahun 2015.
Student saya pun ramai yang buat 6 angka sebulan tapi masih bekerja dan student.
Sempoi.
Kelebihan 4 : Potensi untuk dapatkan customer serata dunia.
Dengan capaian internet yang super laju sekarang, rugi kalau anda tak bina satu bisnes yang boleh dipasarkan satu dunia.
Semuanya dibuat online.
Kelebihan 5 : Boleh run banyak jenis bisnes dalam satu masa.
Ramai usahawan internet ada more than satu bisnes online.
Ini strategi untuk mempelbagaikan sumber income.
Dengan bisnes online, anda boleh buat. Boleh sangat.
Terlalu banyak tools yang boleh bantu anda buat pelbagai kerja dengan sistematik dan automatik.
Itu antara pros and cons yang saya sendiri hadapi.
Lain usahawan maybe akan mengalami benda yang berbeza.
But kalau anda rasa anda boleh hadapi semua ni, then anda boleh proceed.
If not, then boleh tutup artikel ni dan sambung buat kerja anda yang lain.
Maybe bisnes online dari rumah bukan untuk anda.
Pengalaman Sendiri Sepanjang Bergelar Usahawan Bisnes Online
Sejak dari 2014, saya dah cuba macam-macam jenis bisnes online.
So saya tahu mana yang sesuai untuk orang macam kita (orang bukan teknikal) dan mudah untuk mula.
Sebab to be honest, banyak jugak jenis bisnes online yang perlukan pengetahuan dan skill teknikal untuk anda buat.
Contoh macam servis buat website, buat software etc.
Ni semua tak sesuai untuk jika baru nak berjinak-jinak.
Unless anda sanggup belajar semua dari bawah dan boleh bersabar sehingga bisnes tersebut bagi hasil pada anda.
With that said, idea bisnes yang saya nak share sini secara umumnya sangat sesuai untuk semua jenis level manusia.
10 Idea Bisnes Online Dari Rumah & Modal Rendah (Sesuai Untuk Newbie)
Ada beratus sebenarnya idea buat bisnes online.
Cuma dalam artikel ini saya lebih pilih yang terbaik dan paling mudah mula untuk newbie.
Most idea yang saya beri ni saya dah try. So saya tahu benda ni semua orang boleh buat.
Jom kita tengok sama-sama apa idea bisnes online yang saya pilih dan rekomen.
Idea 1 : Blogging.
Blogging ni nampak macam idea bisnes lapuk sebab ramai orang dah ada blog.
Persaingan pun boleh tahan.
Setakat tahun 2020, ada lebih dari 500 juta blog yang wujud satu dunia!
Banyak tu!
But its okay. Itu menunjukkan blogging memang valid untuk dijadikan sebagai bisnes.
Kalau anda suka menulis atau ada sesuatu yang penting untuk dikongsikan, then saya rekomen untuk anda buat blog.
Untuk mula jadikan blog sebagai bisnes actually simple je.
Anda boleh gunakan website builder macam Wix, atau Weebly.
Tapi saya pakai WordPress.
Ramai yang pakai WordPress untuk bina website dan blog diorang.
Sebab ia flexible, powerful dan free.
Saya ada share dalam artikel lain tentang step by step cara buat blog. Boleh mula dari situ.
Untuk anda berjaya dalam blogging, anda perlu sentiasa keluarkan konten baru dan berkualtiti.
Paling penting konten tersebut ada nilai pada audien sasaran anda.
Bila anda dah terer tulis konten blog, anda boleh buat duit banyak. Serius.
Blogging ni perlukan masa dan usaha untuk sampai tahap anda boleh dapat income yang bagus.
But satu benda yang best, once nanti anda dah ada followers dan pelawat yang konsisten, hasil yang anda bakal dapat adalah lumayan.
Idea 2 : Ecommerce Dropshipping.
Bagi anda yang run bisnes secara solo, dan tak suka fikir pasal produk dan inventori, then anda boleh consider buat ecommerce dropshipping.
Bisnes ni simple je.
Anda hanya perlu cari produk, dan jual melalui website ecommerce anda sendiri.
Contoh website yang saya tunjuk bawah ni.
Ini adalah contoh website ecommerce yang jual barang secara dropship.
Tak tahu buat website ecommerce?
Dont worry.
Banyak solution ada sekarang. Paling best adalah Shopify.
Dalam masa kurang dari sejam dah boleh ada fully function website ecommerce sendiri.
Boleh tengok artikel saya cara buat bisnes ecommerce dropship dari A sampai Z di Malaysia.
Kalau teringin nak buat income USD secara dropship, boleh tengok panduan dari Herman Shaq. Padu.
Idea 3 : Affiliate Marketing.
Satu lagi cara mudah untuk buat duit online adalah melalui Affiliate Marketing.
Affiliate marketing ni simple jugak.
Anda sebagai affiliate, akan promote produk atau servis orang lain.
Then once orang yang anda refer or promote tu buat pembelian, anda akan dapat komisyen.
Saya suka affiliate.
Sebab mudah gila nak start.
Idea 4 : Online Course.
Pandai berkebun?
Pandai menjahit?
Pandai jaga anak?
Pandai main bola?
Pandai main gitar?
Semua ni anda boleh pakejkan dalam satu bentuk panduan atau course online.
Macam saya rajin juga buat online course ajar orang pasal ecommerce dropshipping dekat Dropship Kartel.
Anda pun boleh buat dalam bentuk ebook, audio atau video.
Then upload dan jual guna sistem online course macam Thinkific.
Bisnes ni seriously best.
Buat sekali, tapi boleh jual banyak kali dan pada ramai orang.
Saya ada buat artikel panjang lebar tentang bisnes produk digital. Boleh tengok nanti.
Idea 5 : Youtube Channel
Ini pun boleh buat duit.
Tahu tak Youtuber paling tinggi income sekarang ni adalah budak umur 8 tahun?
Ini budak dia. Nama die Ryan.
Ikut laporan terkini, income dia dalam USD 26 juta setahun.
Itu bersamaan RM 106 juta setahun!
Kita kalau dapat sejuta setahun pun dah bersyukur sangat.
Die buat channel sembang pasal mainan je pun.
Actually, anda pun boleh buat. Tak susah.
Upload je video tentang topik yang anda pilih dekat Youtube.
Tak kesah topik apa. Asalkan spesifik.
Cuma mula-mula ni anda perlu sabar skit.
Sebab untuk mula jana income, anda perlukan minimum 1000 subscribers dan 4000 watch time untuk channel anda.
Channel Dropship Kartel saya pun belum layak lagi untuk monetize. 😛
Tapi takpe, sebab saya baru je mula cuba-cuba.
Lambat laun saya layak jugak.
Anda cuba la buat satu. Free je pun buat Youtube Channel.
Lagi awal anda start, lagi cepat anda boleh buat duit.
Kalau tak tahu camne nak start boleh tengok video bawah ni:
Idea 6 : Virtual Assistant.
Hampir semua bisnes perlukan someone untuk handle kerja administrative.
But bukan semua ada kemampuan dan sumber untuk hire kerani secara full time.
So sebab tu demand untuk virtual assistant ni wujud.
Which is, bisnes owner boleh hire sesiapa untuk buat kerja perkeranian secara part time dan online.
Ini definisi Virtual Assistant dari The Balance SMB:
A virtual assistant is a person who provides support services to a business from a remote location. Administrative tasks are most common for virtual assistants, but they may also assist with any other elements required by the business.
The Balance SMB
Basically, kita tak perlu jumpa or kenal pun dia. Yang penting kerja saya nak siap.
So kalau anda terer bab-bab kerja admin then anda boleh cuba buat benda ni.
Virtual assistant biasanya kerja dari rumah atau mana-mana tempat yang ada internet.
So berapa banyak duit boleh dapat dari benda ni?
Depends pada kepakaran dan pengalaman anda.
Biasanya anda boleh charge RM 30 per jam atau lebih.
Sebulan tu nak dapat RM 1000 ke atas tu memang boleh sangat.
Kalau nak belajar saya suggest belajar dengan blog bawah ni.
Idea 7 : Ghostwriter.
Kalau anda rasa ada asas menulis yang baik, anda boleh cuba jadi Ghostwriter.
Definisi Ghostwriter ni lebih kurang macam Elna Cain cakap…
A ghostwriter is someone that writes copy like articles, speeches, books, blog posts, email newsletters, web copy, etc. and isn’t credited for that work.
Elna Cain
Anda boleh je ambil upah menulis blog, artikel, novel, kertas kerja dan macam-macam benda yang memerlukan penulis.
Kerja macam ni memang boleh hidup, dan demand sentiasa ada.
Cuma kalau nak masyuk, memang kena buat team.
Sebab income anda memang bergantung tinggi pada masa yang anda ada.
Apa pun buat sorang dulu. Dapatkan feel dan income dulu.
Nanti anda sendiri tahu macam mana nak besarkan bisnes ni.
Boleh start terus hari ni dan register sebagai freelancer dekat Fiverr.
Dan lepas tu boleh belajar dari panduan dari Aqif Azizan dan Hamid Addin
Idea 8 : Online Coaching.
If anda ada spesifik skills yang boleh bagi value pada orang lain, apa kata anda buat online coaching.
Online coaching ni beza dari online course.
Coaching lebih kepada 1-to-1 training.
Bisnes ni best dan boleh buat duit banyak kalau anda tahu caranya.
But kalau anda tanya saya kenapa online?
Simple reason adalah anda boleh buat dekat mana-mana.
Asalkan ada internet, dan laptop.
Saya yakin anda mesti ada satu ilmu yang boleh dikongsikan, dan beri nilai pada kehidupan orang lain.
So why not cuba buat duit dari benda ni kan?
After all, anda akan rasa puas bila ilmu yang anda kongsi beri impak positif pada mereka.
Cuba dulu baru tahu.
Boleh la mula follow dan belajar dari orang atau tempat yang proven macam Evercoach.
Ada yang berbayar, ada yang free jugak.
Rajin-rajin la explore.
Idea 9 : Handmade/ Custom-made Items Seller.
Tak tahu anda perasan ke tak sekarang ramai betul orang meniaga online.
Tapi pusing-pusing tengok produk lebih kurang sama je.
Boring dan too noisy.
Cadangan saya, if anda ada skill untuk buat produk custom-made atau hand-made, cuba try promote.
Baru lah stand out.
Lain dari yang lain.
Dekat market luar, barang-barang macam ni memang laku habis.
Tak caya tengok report market dari imarcgroup.com ni.
Untuk permulaan, jangan buat banyak-banyak.
Just ambil order dan payment dulu.
Ada order baru buat.
Baru la risiko tak terjual tu kurang.
Kalau nak tengok-tengok barang custom made, dan handmade ni boleh tengok dekat Etsy.
Idea 10 : Marketplace Seller.
Ini yang paling ramai orang buat sekarang.
Sebab mudah dan banyak sumber untuk belajar.
But apa tu Marketplace Seller?
Senang citer, marketplace ni macam Shopee, Lazada, etc.
Try la belajar dan cuba jadi seller dalam marketplace ni.
Saya tak biasa menjual dalam ni, tapi saya kenal ramai yang buit dan berjaya dalam bisnes dekat marketplace ni.
Ini salah income salah sorang seller yang jual dekat Shopee.
Kalau anda nak belajar, anda boleh tengok 2 panduan popular bawah ni.
Idea 11 : Terbit Buku di Amazon
Dekat Malaysia ramai tak tahu cara buat duit yang ini.
Iaitu dengan menerbitkan buku di marketplace popular dunia, Amazon.
Industri terbit sendiri, atau biasa dipanggil ‘self-publishing’ sedang meningkat naik.
Dan ramai kat luar sana yang asalnya bukan seorang penulis, tapi mempunyai beberapa buah buku yang dijual di Amazon.
Yang bestnya buat bisnes ni, kita boleh jana ‘passive income’ dalam mata wang USD.
Ini result yang sahabat saya, Faqimi Fauzi kongsikan dari bisnes ini.
Best kan?
Bisnes ni tak susah mana pun.
Buat research sikit apa topik orang suka, then mula buat.
Sometimes, kalau korang ada modal dan malas untuk tulis, bolehlah upah orang lain buatkan.
Ramai orang boleh buatkan. Janji ada duit untuk bayar. Hehe,
Maybe korang yang minat untuk buat pasif income dan bergelar ‘Best Selling Author’ satu hari nanti, boleh la belajar dengan Faqimi dari course beliau.
Semua dah disediakan, siap template apa semua. Tinggal study dan buat saja.
Boleh la cuba nanti jenguk info lanjut pasal course Amazpreneur kalau minat.
FAQ : Soalan Lazim Berkenaan Buat Bisnes Online Dari Rumah.
FAQ 1 : Berapa modal untuk mula?
Bergantung pada bisnes mana anda nak cuba.
Kebanyakan bisnes yang saya cadangkan dalam ni tak pakai modal duit yang banyak pun.
Modal masa dan tenaga je.
Paling tinggi pun dalam RM 100 untuk mula.
Saya ada buat artikel khusus tentang mula bisnes online.
FAQ 2 : Berapa income boleh buat?
Soalan ni seolah macam anda tanya saya, “berapa panjang tali”. Haha.
Of course, it depends.
But apa yang saya boleh cakap, once u get a grip on it, sky is the limit. Serious.
Ramai yang saya kenal berjaya dari bisnes-bisnes yang saya senaraikan ni.
Benda ni tak susah mana pun, once anda belajar, dan buat.
FAQ 3 : Apa bisnes online yang paling okay untuk mula?
Semua okay. Sebab semua saya dah try.
But kalau nak saya bagi advice, personally, saya cadang mula dengan buat blog sendiri dulu.
Dari situ anda boleh kumpul audience dan followers anda.
Then bila sampai masa, anda boleh mula menjual apa-apa yang anda nak jual dengan mudah.
Sebab orang dah kenal dan trust anda.
FAQ 4 : Orang tak pandai IT boleh berjaya ke buat bisnes online?
Anda pandai pakai smartphone? Tahu cara nak cari info dekat Google?
Kalau tahu then semua bisnes ni anda boleh buat.
Jangan bagi alasan tak pandai IT.
Tu alasan orang malas.
FAQ 5 : Saya takde kepakaran atau minat yang boleh dijadikan bisnes. Boleh ke?
Minat boleh dipupuk.
Dont worry buat je dulu mana-mana bisnes yang saya suggest ni.
Nanti bila duit masuk, automatik anda akan ada minat dengan bisnes anda buat.
FAQ 6 : Saya takde produk nak jual atau buat bisnes.
Nak mula buat bisnes tak perlu risau pasal produk pun awal-awal ni.
Produk dan servis ni banyak.
Kalau takde pun, kita boleh ‘ada’ kan.
Yang penting bagi saya tengok demand.
Research apa yang orang perlukan.
Cuba buka mata dan lihat sekeliling anda setiap hari.
Mesti anda akan nampak masalah yang perlu penyelesaian.
Itu lah yang dipanggil peluang!
Peluang yang boleh dijadikan duit.
Kesimpulan – 11 Idea Bisnes Online Yang Best Dari Rumah (Modal Rendah & Lumayan)
Semua idea yang saya share kat atas tadi boleh bantu anda buat income lumayan walaupun anda mula dengan modal yang rendah dan secara kecil-kecilan.
Toksah pikir banyak dan lama.
Just pilih je salah satu yang paling anda berkenan, dan belajar berbisnes dari situ.
Dan satu lagi elakkan terikut-ikut orang lain punya bisnes.
Percaya dengan pilihan dan kemampuan sendiri.
Baru lah boleh jadi usahawan berjaya.
Anda ada idea-idea bisnes yang best selain dari diatas?
Kongsikan dengan saya dan rakan lain diruangan komen.