Cara Buat Duit Dengan Blog : Proven Tips & Strategi (Edisi 2022)

cara buat duit dengan blog

Saya ada buat carian dekat Google tentang cara buat duit dengan blog, tapi tak banyak yang ada dalam Bahasa Malaysia.

Kalau ada pun sangat general dan bukan actionable tips yang saya cari.

Sedih.

Oleh sebab itu, saya andaikan mesti ramai yang masih tak tahu exactly cara buat duit dengan blog.

To be honest, memang ramai je orang buat duit dengan blog. Cuma mungkin diorang tak share exactly cara macam mana.

Yela kira macam ‘trade secret’ la.

Most blogger yang saya kenal buat duit lebih dari 5 angka sebulan, hanya dengan share info tentang topik yang mereka suka.

Actually tak susah pun.

Cuma perlu take serious, ada strategi, dan sedikit masa untuk bina skills.

Dalam artikel kali ni saya share se-detail mungkin cara buat duit dengan blog, khas untuk anda yang masih baru.

Jom!

Persediaan Asas Sebelum Mula Buat Duit Dari Blog

Sebelum apa pun, anda perlu belajar macam mana nak bina blog anda sendiri.

Langkah pertama adalah daftar domain dan hosting blog anda.

Untuk domain saya rekomen Namecheap.

Sebab diorang punya servis memang tip top, dan mudah untuk newbie guna.

Find a domain starting at $0.88

powered by Namecheap

Lepas tu daftar hosting dari ServerFreak.

Follow step terperinci yang saya dah buat dalam artikel cara buat blog sebelum ini.

Then lepas dah setel, saya akan share apa option atau cara buat duit dengan blog yang ada.

Bukan itu saja. Saya juga akan share cara untuk grow blog anda sehingga menjadi ‘Authority Blog’ yang berjaya.

Anda boleh start dengan buat blog anda sendiri. Then we move to the next topic.

Pilih Niche Yang Ada Potensi

Ramai yang buat duit dari blog. Tapi sebenarnya lagi ramai yang gagal.

In fact, 95 peratus blog gagal dalam tahun pertama.

Faktor utama bukan sebab blogger tersebut tak cukup minat (passion) pada topik yang dikongsikan.

Actually kurang tepat bagi saya.

Reason utama ramai blogger gagal adalah sama dengan reason kenapa bisnes gagal.

TAK UNTUNG.

Simple as that.

Saya jadikan diri saya sebagai contoh.

Saya minat banyak benda – Bola Sepak, Buat Lagu, Menyanyi, Musik, Shisha, Gym, Personal Development etc.

Tapi kalau saya tulis artikel pasal topik-topik tersebut, dan tak buat cukup duit, confirm saya akan burn out.

Ada sesetengah blogger cakap, “Oh takpe, ni hobi je memang bukan untuk buat duit”.

Blogger macam ni actually blogger baru yang belum tahu cara buat duit dengan blog. Sebab tu diorang cakap macam tu.

Cuba nanti dah tahu cara buat duit dengan blog, mesti menyesal tak monetize awal. Contoh macam saya la. Hehe.

So kalau anda blogging semata-mata sebab minat, lambat laun anda akan termasuk dalam kalangan 95 peratus yang gagal tu.

Blogger gagal sebab diorang tak anggap blogging as a business.

That’s why sometimes blogger macam ni akan pilih niche yang ‘takde duit’ atau low value.

Syok sendiri ni buang masa.

So, sebelum anda nak launch blog anda, sangat penting anda decide niche bukan sebab passion semata-mata, tapi sebab faktor bisnes berikut.

  • Market demand
  • Audience berduit
  • Own professional network.

Bisnes apa pun kalau takde permintaan (market demand), anda susah nak dapat momentum.

Even kalau ada demand pun, anda perlu tengok orang yang dalam market tu orang yang berduit dan sanggup berbelanja untuk solve their problems (audience berduit)

Last but not least, kalau anda ada experience profesional, pernah buat kerja best-best, boleh tak anda leverage knowledge tersebut dalam blog anda?

Dan boleh tak anda take advantage dari circle sedia ada untuk naikkan blog anda?

Ini semua soalan yang anda perlu consider before deciding on a niche.

It takes time, but berbaloi untuk research faktor-faktor ni dulu.

Perancangan Dalam Proses Buat Duit Dari Blog

Ada macam-macam cara buat duit dengan blog.

Blogger yang berjaya buat around 6 ke 7 angka setahun.

But sometimes ada yang buat few hundreds or takde langsung income dari blog.

So penting untuk anda tahu dari awal apa yang anda strategi dan plan untuk 3 bulan pertama.

Ia akan jadi batu asas (foundation) sebelum anda boleh monetize blog dengan jayanya.

Option untuk monetize saya akan cerita lepas ni.

So apa yang anda perlu readykan for the first 3 months?

Month 1 :

  • Blog WordPress – Daftar dan setup dekat Namecheap.
  • 10 ‘pillar posts’ untuk anda promote
  • Setup semua page utama dalam blog (About, Home, Contact, Resource, Opt-in page etc) – Guna Page Builder Elementor untuk design.
  • Sistem pemasaran email – Guna ConvertKit
  • Setup akaun media sosial utama : Facebook, Twitter etc.

Dah ready semua ni, then kita move to next step untuk month 2.

Month 2 :

  • Start buat Lead Magnet : Ebooks, Mini Course, Freebies etc.
  • Buat Squeeze page untuk collect email list.
  • Setup welcome email untuk subscribers.
  • Promote squeeze page.
  • Post pillar post dekat semua social media yang ada.

Bulan kedua ni anda perlu setup asas untuk kumpul audience anda sendiri.

Nanti senang anda nak jual apa-apa bila anda ada followers database sendiri.

Month 3 :

  • Buat list blog yang top-top dalam niche anda. Buat dalam 100 minimum.
  • Cari email dan contact information.
  • Send outreach message dan email.
  • Dapatkan at least 5 blog yang setuju untuk kita tulis sebagai ‘guest post’.
  • Start tulis untuk ‘guest post’.
  • Join komuniti blogging.
  • Join komuniti niche anda.
  • Be active in the communities
  • Komen dekat blog orang. Kenalkan diri.

Bulan ketiga mostly anda buat kerja-kerja outreach dan PR

Objektif utama adalah untuk anda dapatkan ‘backlink’ dari blog yang top top.

Contoh backlink : anda letak link blog anda pada blog atau website orang lain.

apa itu backlink

Reason utama buat backlink adalah untuk naikkan ranking blog kita dalam Search Engine Google.

Ini adalah salah satu teknik dan strategi dalam topik Search Engine Optimization (SEO).

So, senang cakap, lagi banyak ‘backlink’ anda dapat, lagi power blog anda.

Sebab backlink adalah salah satu ranking signal yang Google tengok untuk tentukan sama ada blog anda ni blog berpengaruh ataupun tidak.

Lagi berpengaruh, lagi banyak trafik masuk.

Saya pun tengah usahakan strategi ni. Susah dan leceh tapi berbaloi.

Actually kalau anda dah masuk bidang blogging macam saya ni, banyak nanti anda jumpa cara buat duit dengan blog.

Ada yang susah nak buat, tapi lumayan.

Dan ada yang senang buat, tapi tak seberapa income (at least masa awal-awal blogging).

So untuk jimatkan masa anda, saya listkan dan explain tujuh cara popular blogger buat duit dengan blog mereka.

Nanti anda decide nak buat yang mana dulu.

Orait? Jom!

Cara 1 : Online Courses

Masa saya awal-awal buat Dropship Kartel, saya monetize blog saya dengan buat online courses.

Kebanyakan income still dari situ sampai sekarang.

Online course memang cara paling best dan lumayan buat.

Cuma nak develop course tu, dan preparation untuk jual memang mencabar. But berbaloi.

Contoh macam Pat Flynn, buat almost 7-8 angka setahun (in USD) dengan hanya jual online courses.

So kalau anda ada knowledge, and experience yang boleh bantu orang selesaikan masalah yang spesifik, anda boleh buat.

Penat sekali je, tapi bertahun-tahun boleh jual.

Untung pun besar sebab tak banyak kos involved compare dengan jual produk fizikal.

Cara 2 : Buku & Ebook

Ebook pun saya pernah buat. Lumayan jugak.

Ini salah satu ebook terawal saya buat.

Ebook ni sama je macam online course cuma dalam bentuk tulisan. Biasanya dalam format PDF dan ePub.

Boleh jual dekat mana-mana.

Kalau anda buat ebook in english, boleh jual dekat Amazon.

Kalau anda buat ebook dalam Bahasa Melayu, boleh jual dekat KlikJer atau eSentral.

Atau jual je sendiri guna platform macam OnPay dan OrderSini.

Strategi dan cara untuk buat eBook ni anda boleh belajar dengan Cikgu Hafis.

Saya pun belajar dengan dia.

Ramai dah student dia buat 6 angka setahun jual eBook je.

Selain dari ebook, anda juga boleh buat buku fizikal.

Contoh macam penulis blog terkenal, Mark Manson, dapat deal dengan publisher untuk tulis buku.

Peluang ni datang bila artikel yang beliau post dalam blog, dapat jutaan pembaca.

Sekarang beliau punya buku, The Subtle Art of Not Giving A F*ck, adalah antara buku best selling dunia.

mark manson books

Actually kalau anda tak dapat perhatian dari publisher terkenal pun takpe.

Anda boleh self-publish sendiri.

Ada banyak platform dan printing company yang boleh bantu anda print buku anda sendiri.

Kat Malaysia pun ada.

Saya pun satu hari nanti macam nak buat satu. Hehe.

Cara 3 : Affiliate Marketing.

Bukan semua orang ada masa buat produk sendiri (ebook atau online courses).

So untuk orang macam ni, saya suggest buat affiliate marketing.

Affiliate ni simple je.

apa itu affiliate marketing

Kita promote produk orang, then kita dapat komisyen kalau ada orang beli dari kita.

As simple as that.

Bila anda jadi affiliate, biasa anda akan diberi link khas.

Link ini ada ID anda untuk sistem affiliate track trafik dan sales datang dari siapa.

Dekat Malaysia, anda boleh jadi affiliate di KlikJer.

Ada banyak ebook bagus yang anda boleh promote. Dan komisyen pun lumayan. More than 50 percent.

Saya pun ada join affiliate KlikJer.

Ini result yang saya dapat dalam satu bulan tu.

Result affiliate Malaysia

Selain dari KlikJer, anda juga boleh promote produk international.

Ada banyak sangat. Just Google – ‘Affiliate Marketing Programs’, atau ‘Affiliate Marketing Programs Malaysia’

Saya pun ada few product international yang saya promote.

result affiliate USD

Ini result lama. Sekarang dah makin naik. Tak banyak lagi tapi boleh la buat 2 ke 3k sebulan.

Bukan buat apa pun. Kira macam pasif income jugak ni.

Affiliate ni bukan terhad dekat produk digital macam ebook, online course, atau software sahaja.

Produk fizikal pun boleh.

Amazon, Shopee, even Lazada ada buat program affiliate.

Boleh la join nanti. Jual produk ikut niche anda.

Untuk explaination lanjut tentang Affiliate Marketing boleh belajar dekat artikel satu lagi. Saya dah huraikan panjang lebar kat situ.

Cara 4 : Advertising Network

Advertising ni iklan.

Yup. Anda boleh letak iklan orang lain dalam blog anda, dan dapatkan income dari situ. 

Ini cara buat duit dengan blog yang paling senang, tapi paling kurang income masuk, especially kalau blog anda masih baru. 

contoh iklan dari google adsense
Ini contoh dari website saya, Dropship Kartel.

Kalau blog anda jenis niche atau untuk spesifik market, saya tak sarankan la cara ni. 

Better monetize guna cara lain. 

But kalau anda punya blog jenis general, macam the vocket, the patriots, atau siakap keli, boleh la nak buat duit cara ni. 

Sebab untuk buat duit banyak, anda perlukan jutaan trafik sebulan. 

Even mcm blog saya sebulan dapat 30 ribu trafik pun, hanya buat lebih kurang 150 USD je sebulan. Dalam RM 500++ sebulan.

Itu pun nak dapat trafik macam tu lepas setahun buat konten. 

Untuk buat duit dengan iklan, anda perlu daftar dengan advertising network macam Google Adsense, Propeller Ads, Mediavine etc. 

Google Adsense

Then anda akan terima skrip atau kod untuk letak dalam website anda. 

Kod ni akan generate iklan-iklan untuk display dalam blog anda. 

Untuk awal-awal ni tak payah la saya rasa. 

Nanti dah lepas setahun baru apply. Sebab kalau blog baru sangat susah nak approve masuk program advertising macam ni. 

But it still an option. Cuma buat later. Not now. 

Cara 5 : Consulting/ Coaching

Selain dari buat ebook dan online course, consulting dan coaching pun boleh jadi salah satu cara buat duit dengan blog anda. 

Macam saya pun every month saya akan ambil dalam 2 ke 3 klien untuk saya guide mereka dalam bidang ecommerce dan digital marketing. 

Contoh macam blog Entrepreneur Campfire.

Salah satu cara buat duit dengan blog beliau adalah melalui consultation dan coaching.

Untuk orang yang baru dalam blogging, ini salah satu cara yang viable sbb ia tak perlukan trafik yang banyak untuk buat duit. 

Anda hanya perlu sediakan satu page untuk anda explain offer anda. 

Dan sedikit trafik yang targetted. 

Then, make sure semua blog post yang awal ni anda masukkan offer untuk audience anda grab pakej consulting dan coaching. 

Masa awal-awal saya blogging, saya buat ni dulu untuk bagi saya income. 

Lumayan sebenarnya coaching dan consulting ni. 

Cuma tak best, anda susah nak scale besarkan sebab ia terikat pada masa anda. 

But saya still rekomen buat benda ni untuk anda yang masih baru. 

Cara 6 : Services

Salah satu cara buat duit dengan blog adalah dengan menawarkan service. Contoh macam blog Elna Cain.

Dia menawarkan service penulisan untuk sesiapa yang nak konten tapi takde masa atau tak pandai tulis.

Macam saya, saya offer service buatkan website ecommerce. 

Letih skit tapi lumayan.

Sama juga macam consulting, anda trade masa dan tenaga untuk buat duit. 

So agak limited, unless anda ada team untuk buatkan. 

Silap haribulan boleh buat agency. Masyukk. 

Servis macam ni anda boleh offer diawal fasa blogging. 

Tak perlu tunggu popular atau trafik banyak pun. 

Bila-bila boleh buat. 

As long as anda boleh selesaikan masalah orang, then you will be fine. 

Cara 7 : Speaking

Ini satu-satunya cara buat duit dengan blog yang saya belum cuba lagi. 

Ada dapat few offers tapi masih belum berani. 

But speaking gigs memang boleh buat duit. 

Nanti bila anda dah popular skit, anda mesti akan dapat jemputan. 

Masa tu anda boleh la caj. 

Caj tu terpulang. 

Saya caj RM 300 untuk sejam punya sharing. 

Ada yang saya kenal buat sampai RM 2000 untuk 1 jam bagi talk. 

Jual air liur la orang kata. Haha. 

Cuna air liur ni bukan beshe-beshe. Air liur emas. 

Sebab boleh buat duit. Hehe. 

Cadangan saya sebelum anda nak biasa dengan bagi talk, anda boleh biasakan sharing thru live video macam Facebook Live. 

facebook live dropship kartel

Facebook Live bagi saya adalah training ground terbaik untuk latih cara penyampaian. 

Other than that, Facebook Live also bantu anda dari segi exposure. 

Lagi banyak exposure, lebih tinggi trafik. 

Lebih tinggi trafik, lebih tinggi peluang buat duit. 

Simple.

Strategi ‘Kalis Gagal’ Buat Duit Dengan Blog

Nak buat apa pun kena ada strategi dan plan.

Untuk section ini saya share strategi yang kalau anda buat, Insyallah anda takkan gagal dalam blogging.

Jom!

Strategi 1 : Bina hubungan

Nak jadi blogger yang berjaya, anda bukan sahaja perlu menulis konten, tapi anda juga perlu buat ‘kawan’ dengan blogger, autoriti, influencer dalam niche anda.

Untuk cari kawan macam tu, ada satu rule yang anda perlu sematkan dalam kepala.

Which is, untuk dapatkan kawan, anda mestilah boleh bagi value pada mereka.

Jangan buat perangai macam orang lain. Belum ada apa-apa dah mintak macam-macam dengan diorang.

Bukan sebab diorang sombong tapi sebab mereka masih belum kenal dan percaya anda lagi.

Dalam mana-mana bidang pun sama.

Cuba tanya diri sendiri : apa benda yang anda boleh beri pada diorang?

  • Anda ada konten yang superb untuk mereka share pada audience mereka?
  • Boleh tak anda bantu mereka buat konten?
  • Adakah mereka perlukan more exposure?
  • Atau mereka perlukan backlink?

Bila anda boleh jawab soalan-soalan seperti ini, mudah untuk anda buat kawan dan ambil hati mereka.

Bila dah ada kawan nanti senang anda nak leverage mintak diorang promote anda pula.

Gitu la adat berkawan.

Strategi 2 : Tulis artikel dekat blog lain (guest posting)

Bila anda dah ada good relationship dengan blogger atau influencer lain, anda boleh mula pitching untuk cuba dapatkan ruang menulis dalam blog mereka.

Tujuan anda buat macam ni adalah:

  • Beri value pada audience blogger tersebut.
  • Dapatkan exposure dan backlink untuk blog anda.

Anda boleh tanya mereka melalui email untuk build relationship dan pitching dalam masa sama.

Then once mereka dah respond, anda perlu pitch mereka tajuk yang anda bakal tulis nanti.

Saya cadangkan anda tulis konten yang :

  • Mereka belum ada.
  • Sesuai dengan niche mereka
  • Sesuai dengan kepakaran anda.
  • Sesuai dengan keyword niche blog tersebut.

Satu benda anda perlu ingat. Bukan semua orang anda approach akan respond.

Dalam 100 orang anda contact mungkin ada 2 ke 3 orang akan respond.

It’s the number game dalam Pareto’s Principle.

So, list dan reach out pada seramai mungkin supaya peluang anda untuk dapat tu lebih tinggi.

Strategi 3 : Mahirkan sales’s funnel

Sebagai blogger yang nak buat duit, anda kena bina sales funnel atau proses jualan.

Tujuan utama adalah untuk ‘hasut’ orang yang masuk dalam funnel tersebut, untuk sign up apa-apa benda yang anda nak offer.

contoh sales funnel dalam buat duit dengan blog

But as a starting point, saya cadangkan anda bina sales funnel untuk galakkan orang sign up program consulting, service atau coaching.

Nanti bila trafik anda dah makin banyak, anda boleh offer benda yang murah-murah macam online course, ebook, affiliate etc.

Kenapa anda perlu offer program consulting, coaching, atau service?

Sebab benda ni semua anda boleh caj mahal.

Let’s say anda nak buat RM 6000 sebulan.

Dan anda caj program tersebut satu kepala Rm 3000 (saya caj banyak ni untuk semua program high end)

So kalau anda nak RM 6000 sebulan income, anda hanya perlu dapatkan 2 orang customer.

Untuk dapatkan 2 orang customer, anda tak perlu trafik yang banyak.

Compare dengan anda jual benda murah macam ebook.

Let’s say RM 50 satu ebook.

Untuk buat RM 6000, anda perlu jual kepada seramai 120 orang!

Dan untuk dapat 120 orang yang beli, most probably anda perlukan ribuan trafik sebulan.

Bagi saya yang dah jual macam-macam jenis produk, saya tengok kerja yang perlu dibuat lebih kurang sama.

So better jual produk mahal terus.

Berbaloi dengan masa.

Dan bila ada duit, baru la seronok blogging.

Strategi 4 : Bina subscriber list.

Saya dari awal buat Dropship Kartel, memang saya fokus pada dapatkan subscriber sebanyak mungkin. Sama la macam Kartel Digital ni.

Ini aset beb. Macam mesin ATM. Haha.

Sekarang Dropship Kartel ada almost 15 ribu subscriber.

So bila saya ada apa-apa nak promote, saya akan blast je dekat subscriber saya.

Senang.

Untuk buat benda ni anda perlu guna sistem email marketing. 

Saya rekomen pakai ConvertKit, dan combine dengan page builder Elementor.

convertkit home

Mudah nak guna dan powerful.

Untuk dapatkan orang sign up jadi subscriber, anda perlu ada something valuable untuk offer pada mereka.

Kalau tak, audience anda tak kan tiba-tiba nak serah tengkuk masuk dalam lubuk email anda.

Macam saya, saya bagi free course atau free ebook kalau diorang sign up.

Benda umpan macam ni orang puteh panggil Lead Magnet.

Lead Magnet mesti padu. Kalau tak orang tak nak ambil.

Faham kan?

Strategi 5 : Mantapkan penulisan konten anda.

Ini benda asas.

After all semua benda kat atas ni tak akan jadi kalau anda tak practice buat konten yang berpengaruh.

Konten berpengaruh ni mestilah, of course, mampu pengaruh orang.

Kalau tak mampu pengaruh orang memang susah skit la nak buat duit.

Konten berpengaruh biasanya :

  • Berstruktur.
  • Jelas.
  • Tak meleret-leret.
  • Menghiburkan, menarik dan bermanfaat.
  • Senang baca.
  • Konten spesifik untuk target audience.
  • Ada supporting element macam fakta, statistik, gambar, video etc.
  • Ada Call to action yang jelas.

Kalau anda masih diawal blogging, memang berterabur skit. Itu normal.

But anda perlu praktis dan belajar formula yang betul.

Gunakan panduan cara tulis blog yang saya dah sediakan untuk mula praktis.

FAQ : Cara Buat Duit Dengan Blog Untuk Beginner

Ini adalah kompilasi soalan yang biasa orang tanya dekat saya berkenaan cara buat duit dengan blog.

So ada baiknya saya share siap-siap kat sini. Kurang skit orang tanya. Hehe.

FAQ 1 : Boleh buat duit ke dengan blogging?

Memang boleh. In fact, blogging ni boleh jadi satu sumber income yang lumayan.

Cuma, tak ramai yang tahu cara buat duit dengan blog. Almost 95 percent blogger gagal.

Punca gagal mainly sebab tak treat blogging as a real business.

Blog saya satu lagi, Dropship Kartel adalah blog yang mendatangkan income konsisten pada saya.

Blog Kartel Digital pun saya plan untuk monetize lebih banyak dari Dropship Kartel. Insyallah.

FAQ 2 : Macam mana newbie blogger boleh buat duit?

Untuk anda yang baru mula, nak merasa income yang berbaloi perlukan masa.

So untuk 3 bulan pertama anda blogging, anda boleh offer consulting, coaching atau buat servis untuk buat income.

Sebab semua tu tak perlukan trafik yang banyak untuk anda dapatkan klien.

Once trafik anda dah banyak nanti, anda boleh offer low to medium tier product macam ebook, online courses, affiliate dan advertising.

FAQ 3 : Berapa banyak income blogger?

Susah nak jawab soalan ni, tapi kalau ikut ProBlogger punya report, lebih kurang macam ni taburan income blogger untuk sebulan :

  • 38% buat kurang dari USD 10
  • 10% buat kurang dari USD 99
  • 17% buat kurang dari USD 499
  • 7% buat kurang dari USD 999
  • 9% buat kurang dari USD 9999
  • 4% buat lebih dari USD 10,000

FAQ 4 : Blogging perlu daftar SSM ke?

Kalau anda buat duit dari blog, then yes. Sebab itu adalah income dan consider sebagai bisnes.

Ikut undang-undang, semua income producing activities atau bisnes perlu berdaftar.

Kalau tak daftar dan kena tangkap, boleh kena denda dan penjara.

FAQ 5 : Blogger perlu bayar tax?

Macam saya cakap tadi, kalau anda buat duit dari blog, means anda ada bisnes. Paling kurang pun mereka assume anda ada income.

So bila ada income, anda perlu declare. Berapa perlu bayar tu cerita lain. Yang penting declare dulu dengan LHDN.

FAQ 6 : Siapa blogger paling kaya dalam dunia?

Setakat ni blogger paling kaya adalah Arianna Huffington. Blog beliau start pada tahun 2005, dan sekarang buat almost USD 2 juta sebulan.

Power kan?

Kesimpulan – Cara Buat Duit Dengan Blog : Complete Tips & Strategi

Buat duit dengan blog memang possible.

Lagi-lagi kat Malaysia. Memang senang sebab tak ramai blog dalam Bahasa Melayu, atau yang serve market Malaysia.

Tapi anda perlu urus blog anda macam bisnes. In fact, it is a business.

And then anda perlu letak usaha, dan master skill yang diperlukan.

Semua benda yang best, memang kena usaha keras.

Saya start Dropship Kartel pun, lepas setahun baru merasa trafik dan konsisten income.

Boleh ke tahan 12 bulan takde income dari blog?

Itu anda perlu tanya diri sendiri.

Sediakan plan dan mulakan hari ni.

Saya suka kerja-kerja blogging ni. Rasa puas.

Bukan sebab duit semata-mata, tapi sebab dapat bantu orang dan bina legasi.

So far this is the best job ever I had.

Saya harap artikel buka mata anda pada potensi bisnes pada blogging.

Anyway, kalau nak konten best dan keep in touch dengan saya, anda boleh subscribe mailing list saya dekat bawah konten ni.

Amacam?
Rasa excited nak mula buat duit dengan blog?

Share sikit apa anda belajar dari artikel saya.

Share this!

Picture of HAFIZ AZMAN

HAFIZ AZMAN

Blogpreneur at Dropship Kartel & Kartel Digital. Sometimes jadi consultant dan coach untuk bidang Digital Marketing, Online Business, dan eCommerce.

PANDUAN PERCUMA

6 Figure Blogging Gameplan eCover

KETAHUI GAMEPLAN SAYA BUAT INCOME 6-ANGKA DARI BLOG!

Dapatkan eBook eksklusif yang mengandungi ‘failed-proof’ gameplan untuk anda mula bisnes online from scratch, dan direka khusus untuk anda yang busy tapi nak buat side income online.

Ia adalah hasil dari pengalaman, pembelajaran, dan eksperimen bertahun, sehingga saya boleh buat income dengan konsisten, 100 peratus online, secara seorang diri.