Cara Tulis Blog : Formula Proven Menulis Blog Dengan Berkesan (Terkini 2021)

CARA TULIS BLOG

SHARE & Simpan Artikel ini utk rujukan.

Sejak saya ajar orang macam mana nak buat blog, ramai pula bertanya,

“Macam mana nak tulis blog?”
“Apa cara tulis blog dengan berkesan?”

Soalan tu valid.

Yelah, apa gunanya ada blog jika tak diisi dengan konten yang best dan bermanfaat. Kan?

Pada saya, semua orang boleh menulis.

Cuma, kita tak tahu nak tulis apa.

Tak tahu macam mana nak cari idea dan pecahkan idea tersebut jadi sesuatu yang menarik untuk dibaca.

Dalam artikel kali ini, saya akan kongsikan pada anda step-by-step cara tulis blog dengan berkesan.

Ready?

Apa itu blog?

Blog ialah laman web di mana seseorang menulis tentang pendapat, aktiviti atau pun pengalaman peribadi.

Ia biasanya disertakan dengan video, gambar dan info grafik supaya tulisan teks tidak bosan dan lebih mudah difahami.

Kartel Digital dan Dropship Kartel adalah sebuah blog.

Adakah blog masih relevan untuk bisnes sekarang?

Blogging sebenarnya bermula seawal 1994 dan sampai sekarang masih digunakan secara meluas oleh marketer seluruh dunia.

Kenapa?

Sebab kita boleh bina trafik dan tarik prospek secara konsisten dan percuma dari Google.

kenapa blogging penting untuk bisnes

Selain itu, konten di blog ialah aset kita. Semua konten adalah hak milik kita.

Tak sama seperti di Facebook dan media sosial lain yang mana kita hanya menumpang dan perlu mengikut peraturan.

Sebab itu, banyak konten yang kena banned atau delete oleh Facebook.

Nak menjual pun kita kena berhati-hati sebab Facebook tak izin!

Saya rasa yang paling best bila tulis blog ni, kita ada banyak peluang untuk buat duit.

Neil Patel misalnya, dia menjana $381,772 sebulan hanya dengan blogging!

neil patel income from blogging

Macam mana Neil Patel boleh buat duit hanya dengan menulis blog?

Sebab, orang percaya kepada dia.

Dia tunjuk kredibiliti sebagai seorang digital marketer dan bina audiens sendiri.

Tak mustahil, suatu hari nanti peluang kita pula buat duit juta-juta setahun, hanya dari blog!

Ciri-ciri artikel blog yang menarik untuk dibaca

Konten blog yang baik adalah konten yang dapat tangani dan selesaikan masalah pembaca.

Dengan kata lain, sesuatu tulisan itu mesti berikan maklumat yang berguna kepada pembaca.

Antara ciri penulisan blog yang baik dapat diringkaskan seperti berikut:

1) Personalized

Konten ditulis dengan gaya bahasa yang tersendiri.

Maksudnya, pembaca akan rasa seolah-olah penulis berhubung dengan mereka secara personal.

Macam bila kita baca sharing di Facebook.

Belum pun tengok nama pada profil, kita dah boleh teka siapa penulisnya berdasarkan teks yang dibaca.

2) Menggalakkan discussion

Konten yang baik akan mendorong pembaca untuk bertindak.

Sama ada berkongsi cerita dalam ruangan komen, ataupun berbincang tentang topik yang dikongsikan dalam konten.

3) Mudah difahami

Konten yang baik adalah yang mudah difahami.

Sekali baca pun, orang dah boleh tangkap isu utama yang dibangkitkan dalam tulisan.

Walaupun topik itu mungkin berat, penulis dapat sampaikan idea dengan cara yang padat, ringkas dan mudah difahami oleh orang awam.

Formula step-by-step untuk menulis blog dengan berkesan

Sekarang kita dah tahu betapa bernilainya konten blog. Tulis blog boleh jana income! Boleh buat sales!

Seterusnya, saya akan tunjukkan formula step-by-step untuk menulis konten blog yang baik dan berkesan.

a. Tentukan topik yang ingin ditulis

Sebelum tulis konten blog, tentukan dahulu topik apa yang berpotensi.

Proses ini dapat mengelakkan anda menulis konten yang sia-sia.

Sia-sia ini maksudnya konten yang tak dicari oleh sesiapa.

Walaupun konten kita bermanfaat tapi jika tak diperlukan oleh orang lain, rugilah masa yang kita laburkan untuk menulisnya.

Bagi saya, fokus saya menulis di blog ialah supaya ia akan dibaca, pembaca dapat ilmu dan bertindak menggunakan ilmu!

Dan topik yang biasanya saya pilih adalah topik yang mempunyai potential audience, profitability, dan passion.

Matrix Untuk Pilih Topik Blog

Untuk cari topik yang melengkapi ketiga-tiga kriteria, saya biasanya melakukan keywords research dahulu.

Keywords ini maksudnya perkataan yang paling sering dicari orang di Google.

Antara laman yang sering digunakan blogger ialah KWFinder, Ahrefs, Ubersuggest, dan SEMRush.

Cuma, kebanyakan laman carian ini berbayar.

Kalau yang free adalah Google Keyword Planner dan Google Trends.

guna google trends untuk cari topik blog

Cuma datanya tidaklah berapa komprehensif seperti tool berbayar, tapi masih boleh digunakan.

Kalau betul nak subscribe yang berbayar, baca dulu kelebihan dan kekurangan setiap satu tool ini supaya anda tak buang duit.

Kalau fokus kita ialah orang Malaysia dan kita nak buat secara free, saya rasa Twitter ialah laman yang paling mudah untuk cari idea.

Sebabnya, orang suka berkongsi di thread Twitter.

Sifu bisnes, sifu saham dan orang biasa sekali pun suka buat thread untuk ceritakan apa yang mereka tahu.

Dan daripada thread ini, akan ada yang reply. Tanya soalan.

Dari sini, anda boleh tahu apa yang orang TAK TAHU dan NAK AMBIL TAHU.

contoh thread dalam twitter

Jadi, kita sebagai penulis konten boleh ambil peluang itu untuk fill the gaps.

Nak lebih mudah, boleh sahaja anda search di Google dan on suggestion.

Daripada suggestion, kita boleh tahu apa yang orang selalu cari.

Contohnya saya nak tulis pasal ‘blog’ tapi tak tahu nak tulis dari sudut apa.

Jadi saya taip ‘tulis blog’ di search box.

Kemudian keluarlah bermacam jenis soalan di suggestion box di bahagian bawah laman carian tersebut.

contoh topic research guna google search

Dari sini, saya dapat idea nak tulis tentang cara tulis blog yang dapat duit.

b. Cipta tajuk blog yang menarik perhatian audiens sasaran

Sebelum tulis konten, benda paling utama anda kena buat ialah tulis tajuk!

Ramai blogger siapkan konten dahulu, kemudian baru cari tajuk.

Tapi, kaedah ini kurang efektif sebenarnya. Sebab ia buatkan kita tak fokus.

Tulisan yang tak ada fokus dan meleret akan buatkan pembaca mudah keliru. Dan bila keliru, jangan harap mereka akan baca!

Menulis tajuk blog yang sesuai juga akan bantu audien kita buat pilihan dan klik untuk baca.

statistik tajuk blog

Saya sentiasa siapkan tajuk artikel dahulu sebelum menulis.

Sebagai contoh, artikel kali ini tajuknya ‘Cara Tulis Blog: Formula Proven Menulis Blog dengan Berkesan.’

Ketika kembangkan tulisan, saya ingatkan diri supaya tidak tersasar daripada tajuk utama.

Saya ingatkan diri supaya fokuskan isi artikel kepada tips berkaitan cara tulis blog yang patut dimasukkan.

Bukan hal-hal tentang copywriting padu dan e-mel walaupun ketiga-tiga ini mempunyai persamaan yang besar dari segi formula.

Okey, macam mana nak tulis tajuk?

Mudah sahaja.

formula mudah tulis tajuk blog

Saya dah tulis panjang lebar tentang hal ini dalam artikel sebelum ini.

Apa pun habiskan artikel cara tulis blog yang sekarang ini.

Kemudian baru baca cara nak tulis headline dalam artikel Copywriting 2021 : Cara Buat Ayat Iklan Power Untuk Tarik Pelanggan Online.

Di sini, saya ada kongsikan step-by-step macam mana nak buat headline yang best.

c. Susun rangka penulisan

Lepas dah siap tulis tajuk, buat rangka penulisan.

Rangka penulisan ini biasanya kita lagi senang sebut sebagai outline.

Di sekolah dahulu pun ada cikgu ajar untuk buat rangka karangan dahulu sebelum menulis.

Ada pendahuluan yang dimulakan dengan definisi atau pengenalan istilah.

Kemudian, isi-isi penting iaitu apa yang nak dibahas dan difokuskan dalam karangan kita.

Boleh jadi cara-cara, kesan atau pun faedah.

Selepas itu, barulah kita tutup dengan kesimpulan yang meringkaskan seluruh karangan kita.

Dibawah adalah contoh klasik untuk tulis rangka penulisan jenis ‘list post’.

List Post adalah common dan mudah untuk newbie bermula melatih menulis blog.

contoh structure list blog post

To be honest, tak ada beza pun sebenarnya proses membuat rangka untuk blog. Malah kita lebih bebas.

Rangka penulisan membantu kita untuk menulis dengan lebih tersusun.

Dan anda perasan tak, dalam setiap artikel, saya sediakan rangka penulisan atau Isi Kandungan buat pembaca?

Ini bukan sahaja mempercepat proses menulis, tetapi turut memudahkan pembaca untuk faham apa yang saya nak sampaikan.

d. Buat draf kasar

Selepas siap buat rangka penulisan, langkah seterusnya kita tulis draf kasar.

Jangan risau, tulis draf pertama tidaklah sesukar yang anda fikirkan.

Caranya, gunakan tajuk pada setiap rangka penulisan tadi untuk memandu kita ketika menulis.

Ini adalah proses mengembangkan idea awal.

Tipnya, guna formula 5W+1H.

What, when, where, why, who, dan how

Tulis semua yang terlintas dalam fikiran dan elakkan diri daripada menekan butang ‘backspace’ terlalu kerap.

Kalau tidak, konten kita memang takkan siap!

Dari satu tajuk rangka, kita berpindah ke tajuk rangka yang lain.

Pada tahap ini, anda tidak perlu fikir sama ada isi bagi setiap tajuk rangka ada kesinambungan atau tidak.

Ataupun, struktur ayat betul atau tidak. Draf kasar tujuannya untuk kembangkan idea.

Then once anda dah siap draf kasar, lihat balik kesemua point dan susun ikut formula dibawah.

formula cara tulis blog

Masukkan saja. Kita akan trim di bahagian editing nanti.

So, just write!

e. Sunting penulisan

Congrats! Anda dah siap tulis draf pertama.

Sekarang, tutup laptop dan pergi minum kopi. Rehat. Tenangkan diri. Selesaikan kerja-kerja lain dahulu.

Dah rehat, barulah buka semula draf anda.

Baca baris demi baris dan semak kesinambungan isi. Potong mana yang tidak berkenaan.

Kemudian, barulah semak tatabahasa dan sebagainya.

suntingan blog post

Proses suntingan atau editing ni penting supaya boleh memastikan penulisan kita sentiasa relevan dan menarik untuk dibaca audien sasaran.

Di sini, saya buat senarai semak untuk mudahkan proses menyunting tulisan sendiri.

a) Buang perkataan yang tidak perlu.

Potong ayat yang panjang menjadi pendek supaya lebih mudah dibaca.

b) Buat perenggan.

Tulisan di blog akan dibaca di skrin. Jadi, penting untuk jadikan artikel kita screen-friendly.

Caranya, hadkan maksimum lima ayat sahaja bagi satu perenggan.

c) Guna bahasa yang mudah difahami.

Contohnya macam dalam blog Kartel Digital ini. Saya gunakan bahasa yang santai.

Sebab saya tahu, orang tak nak baca tulisan yang terlalu ‘buku teks’ bagi topik internet marketing ni.

d) Betulkan ejaan, tatabahasa dan struktur ayat.

Tak perlu pening kepala bab tatabahasa dan struktur ayat.

Cukup anda baca kuat-kuat dan betulkan ayat yang berbunyi pelik.

f. Buat SEO

Langkah terakhir sebelum terbitkan tulisan anda ke blog ialah optimumkan SEO.

SEO akan membantu anda untuk berada pada muka hadapan hasil carian dalam search engine seperti Google.

Dan apabila ranking blog tinggi, lebih mudah untuk tarik trafik ke blog anda.

kepentingan seo dalam menulis blog

Antara tip untuk optimumkan SEO ialah gunakan gambar bersaiz kecil.

Maksudnya gambar yang dah di-compressed.

Logiknya, gambar bersaiz kecil lebih mudah untuk dimuat naik pada halaman.

Kalau blog anda run guna WordPress, anda boleh install plugin WP Rocket untuk bantu compress dan optimize gambar supaya size jadi kecil, tanpa mengurangkan kualiti gambar.

wp rocket image optimization

Tip lain ialah tambah meta description pada artikel anda.

Meta description ialah teks yang akan muncul pada halaman carian. Ia menerangkan tentang artikel secara ringkas.

Meta description ialah teks yang berwarna kelabu.

contoh meta description untuk sei

Selain itu, masukkan keterangan bagi setiap gambar yang kita guna di ruangan ‘Alt Text’ dalam media section di WordPress.

Gambar dengan keterangan akan membantu enjin carian tahu konteks gambar.

contoh gambar alt

Ada banyak lagi sebenarnya kalau nak cerita tentang SEO, tapi ini adalah Do’s and Dont’s dalam anda buat SEO untuk blog post nanti.

buat dan tak buat untuk seo

Anda boleh rujuk artikel tentang SEO yang saya dah tulis sebelum ini : SEO Malaysia : Cara Simple Buat SEO Untuk Blog (Updated 2021).

Teknik buatkan penulisan blog lebih menarik

Artikel yang ditulis dengan baik belum cukup untuk tarik pelawat datang membaca.

Dan kalau pelawat dah mula baca, belum tentu dia akan habiskan bacaan.

Jadi, penting untuk kita pastikan blog post kita menarik.

Macam mana nak buat? Ikuti tip-tip di bawah.

a. Gunakan ayat yang ringkas dan pendek

Ayat yang ringkas dan pendek lebih mudah dibaca dan difahami.

Untuk menulis ayat yang pendek, mudah sahaja. Pastikan ayat anda dapat dihabiskan dalam satu nafas.

Tip untuk menulis ayat yang ringkas, buat ayat seperti kita bercakap.

Guna ayat aktif, iaitu ayat dengan subjek di hadapan.

Subjek: Hafiz

Predikat: ialah penulis blog.

Ayat ringkas: Hafiz ialah penulis blog.

b. Gunakan gambar, video, dan aset kreatif

Penggunaan gambar, video dan aset kreatif akan buatkan artikel anda lebih menarik.

Ia seperti memberi tempoh rehat untuk mata. Tapi, janganlah guna gambar yang tidak berkaitan.

Gambar dan video sebenarnya akan membantu pembaca untuk lebih cepat faham apa yang kita nak sampaikan.

Macam dalam blog Kartel Digital ini, saya suka gunakan screenshots untuk terangkan isi artikel saya.

Ada kala, saya gunakan video.

Video yang berbentuk tutorial step-by-step lebih mudah diikuti berbanding artikel yang panjang mengajar how-to.

contoh video dalam artikel

Contoh macam dalam artikel Cara Buat Blog : Panduan Complete Step-By-Step Untuk Newbie (Latest 2021), saya masukkan video cara untuk install plug-ins penting untuk blog.

c. Gunakan font dan saiz font yang sesuai

Ingat… tulisan kita akan dibaca di skrin. Sama ada di skrin komputer ataupun telefon.

Jadi, gunakan font yang mesra mata.

Elakkan guna font yang terlalu berangkai sehingga susah untuk dibaca bagi main text.

Antara font yang bagus untuk main text ialah Roboto, Merriweather dan Open Sans.

roboto
Roboto
merriweather
Merriweather
open sans
Open Sans

Nak guna font berangkai boleh. Tapi lebih sesuai untuk quotes atau penulisan yang pendek.

Bukan untuk artikel 2,000 patah perkataan macam di Kartel Digital ni.

Untuk saiz font pula, laman Problogger menyarankan untuk guna saiz 16pt dan ke atas.

Saiz ini paling ideal untuk skrin.

d. Gunakan header dan sub-header (H1, H2, H3) dengan betul

Tujuan menggunakan header dan sub-header yang betul adalah untuk mudahkan pembaca faham apa yang ingin disampaikan.

Artikel yang terlalu panjang tanpa header dan subheader akan membuatkan pembaca tercari-cari objektif tulisan.

Dan kemungkinan besar, mereka akan lost di tengah jalan dan tekan pangkah pada tab artikel kita.

Nak buat header dan subheader tak susah. Kan kita dah ada rangka penulisan? Inilah header dan subheader kita.

Ini contoh draf artikel yang ada header dan subheader.

ExamplePostWithHeadings

e. Tulis seperti anda sedang bercakap

Cara yang paling mudah untuk menyunting tulisan sendiri ialah dengan membaca kuat.

Buang ayat-ayat yang panjang dan susah difahami. Gunakan perkataan yang lebih kerap kita guna.

Contoh:

1. Suka

2. Gemar

Antara suka dan gemar, kita lebih kerap menggunakan perkataan ‘suka’. Jadi, kita gunakan perkataan ini.

‘Saya suka baca blog Kartel Digital.”

Mudah, kan?

Ingat, tujuan kita ialah nak sampaikan info.

Guna perkataan yang mudah untuk orang faham.

Elakkan perkataan-perkataan bombastik yang orang jarang guna.

Cara tulis blog pantas dengan hanya 10 minit sehari!

Kalau anda seorang yang terlalu busy, anda boleh bahagikan kerja menulis ni kepada kerja yang lebih kecil.

Ini supaya anda boleh hasilkan satu artikel blog yang berkualiti sekurang-kurangnya satu buah artikel seminggu.

Saya tunjukkan cara tulis blog dengan berkesan dan pantas melalui diagram dibawah.

cara tulis blog pantas

Saya pun follow proses yang lebih kurang sama.

Cuma saya ambil masa 7 hari sebab saya masukkan proses Research dan SEO.

Mudahkan?

Kesimpulan – Cara Tulis Blog : Formula Proven Menulis Blog Dengan Berkesan

Kita dah sampai ke penghujung artikel berkenaan cara tulis blog dengan berkesan.

Saya harap, anda belajar sesuatu.

Tapi, belajar sahaja tak cukup. Anda perlu buat!

Hari ini, cuba praktikkan apa yang saya kongsikan ini.

Dah siap, jangan lupa kongsi link blog anda di ruang komen.

Kalau anda masih kurang jelas dengan mana-mana bahagian dalam artikel ini pun, tinggalkan komen.

Saya akan bantu sampai anda mampu tulis blog post sendiri.

Okey, selamat menulis!


Share on facebook
Share on twitter
Share on linkedin
Share on pinterest
HAFIZ AZMAN

HAFIZ AZMAN

Blogpreneur at Dropship Kartel & Kartel Digital. Sometimes jadi consultant dan coach untuk bidang Digital Marketing, Online Business, dan eCommerce.
Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

nak buat side income online tapi terlalu busy?

2hours method gameplan ecover

Dapatkan eBook eksklusif yang mengandungi ‘failed-proof’ gameplan untuk anda mula bisnes online from scratch, dan sesuai untuk yang sibuk bekerja mahupun student.

Isi nama dan email anda yang aktif, dan terus klik butang join.

2hours method gameplan ecover

© All Rights Reserved by Kartel Digital Marketing.