Asas Copywriting Usahawan Wajib Tahu

Apa Itu Copywriting?

Apa Itu Copywriting?

Copywriting ialah ayat yang mengandungi unsur pengiklanan. Bahasa mudahnya, ayat untuk pembaca supaya dapatkan apa yang ditawarkan.

Macam slanga sekarang, ‘racun’. ‘Meracun’, ‘menghasut’ untuk menarik perhatian pembaca terpujuk dan tertarik kemudiannya membeli.

Dalam artikel ni kami gunakan istilah ‘pembaca’. ‘Pembaca’ boleh jadi ‘pendengar’ atau ‘penonton’. Sebab dalam penulisan copywriting, selain dibaca dalam caption gambar, e-mel,  pamplet, blog; boleh juga digunakan sebagai skrip jualan untuk video atau voice over.

Pernah tak anda tengok gambar produk lalu dekat media sosial, tapi anda tak rasa nak beli pun. Sampai la terbaca caption yang mengiringi gambar tu.

Dalam fikiran, ‘Eh, macam perlu je benda ni. Kena beli ni.’

Haa! Dah ‘teracun’ dengan copywriting. Dengar macam rumit, tapi kalau anda dah tau formula, senang je nak susun ayat copywriting.

Tarik perhatian pembaca, pastikan pembaca beri perhatian dan pastikan pembaca bertindak sebelum perhatian dia berlalu pergi

Kali ni kami kongsikan formula asas copywriting yang telah dipakai sekian lama. Ada banyak jenis copywriting yang lebih kompleks dan rumit. Jadi untuk permulaan kita belajar yang asas dulu.

Cuba amalkan formula ni dulu dan perhatikan hasilnya.

Formula AIDA dalam Copywriting

A: Attention (Perhatian)

Tarik perhatian pembaca supaya mereka sedar keberadaan produk/servis yang anda tawarkan.

Macam nak beri pick up line yang menarik, kandungan copywriting perlu dimulakan dengan ayat yang boleh buat pembaca ‘tersangkut’.

Kalau dalam caption, e-mel atau blog, tajuk atau headline yang digunakan mestilah boleh menarik perhatian. Benda ni mustahak sebab dalam sehari ada banyak iklan lain muncul.

Kita kena berebut untuk tarik perhatian supaya orang beri perhatian dekat apa yang kita sampaikan.

Untuk capai tujuan tu, mulakan dengan fikirkan apa yang bakal pelanggan akan peduli. Ambil tahu tentang mereka; latar belakang, industri, cabaran, dan galakan yang buat mereka tertarik apabila mendengar maklumat daripada anda.

Buat

  • Gunakan ayat yang mudah dan memberi tindakan
  • Bangkitkan emosi dalam copywriting
  • Tanya soalan untuk galakkan maklum balas
  • Ubahsuai copywriting mengikut pembaca sasaran

Jangan buat

  • Ayat clickbait macam ‘penting’, ‘percuma’
  • Ayat klise macam ‘Boleh beri masa sekejap?’

I: Interest (Minat)

Tarik perhatian satu perkara. Pegang perhatian pembaca tu pun satu perkara yang lain.

Nak pastikan iklan atau aktiviti pemasaran anda berjaya buat pembaca teruskan beri perhatian, anda patut beri mereka sebab.

Tindakan yang ada boleh buat contohnya terangkan kepada pembaca, masalah yang mereka hadapi akn beri kesan negatif terhadap hidup mereka.

Cara lain, anda buat jalan cerita yang membuatkan seseorang itu ‘rasa’ isu yang kita tonjolkan, dan kemudiannya bawa mereka untuk cari jalan penyelesaian yang sewajarnya.

Kunci untuk langkah Interest (Minat) dalam formula AIDA ini akan menjadikan masalah itu seolah-olah masalah peribadi pembacanya, jadi anda akan dapat tarik perhatian pembaca sasaran dan bukannya pembaca yang tak berkaitan.

D: Desire (Keinginan)

Apabila pembaca anda dah tersangkut dan berminat, teruskan dengan beritahu apa yang anda tawarkan.

Kuatkan lagi tawaran anda dengan kelebihan yang meyakinkan untuk tukarkan minat kepada keinginan. Bagaimana tawaran anda dapat buat hidup mereka lebih mudah atau lebih baik.

Untuk tingkatkan lagi kredibiliti, selitkan contoh, kajian kes atau testimoni untuk bantu pujuk mereka ke langkah seterusnya.

Buat:

  • Tonjolkan keunikan anda
  • Tunjukkan kelebihan yang memfokuskan pembaca
  • Demonstrasi kepakaran/kredibiliti dengan contoh 

Jangan Buat:

  • Melebih-lebih dalam promosi
  • Terlalu banyak tawaran sehingga hilang fokus asal

A: Action (Tindakan)

Tutup tawaran anda dengan call-to-action (CTA) yang jelas dan padat.

Terus terang tentang langkah yang bakal pelanggan anda perlu ambil.

Adakah mereka patut isi borang untuk dihubungi atau balas e-mel anda?

Jangan kelirukan mereka dengan banyak pilihan atau permintaan yang tak jelas seperti `Beritahu kami tentang apa yang anda fikirʼ.

Tip tambahan, kurangkan gangguan agar dapat mudahkan tindakan dengan beri link boleh diklik. Link macam ni boleh bawa pembaca terus kepada aktiviti jualan.

Semakin kurang gangguan, semakin tinggi kemungkinan pembaca akan membeli. 

Buat:

  • Arahan yang jelas untuk tindakan selanjutnya

Jangan buat:

  • Ayat yang tak jelas tentang apa yang mereka patut buat
  • Sumbat call-to-action kepada pilihan yang berbeza

Kesimpulan – Formula AIDA Asas Copywriting

Formula AIDA ini asas kepada copywriting. Anda cuba kuasai dulu empat langkah asas ini dulu. Formula-formula lain adalah lanjutan daripada formula AIDA.

Ada yang boleh dikembangkan formula copywriting dengan gunakan A-I-D-A. Nak kami kongsikan?

Cuba komen, nak tengok berapa ramai yang nak tu.

Share this!

Ainul Tajul

Ainul Tajul

Penulis kandungan sepenuh masa di Kartel Digital Sdn. Bhd. Berpengalaman sebagai pemasar digital, editor, pencipta kandungan, penulis iklan, pengurus acara, tutor, dan konsultan/auditor. Minat sains & teknologi, media sosial dan penulisan sastera kreatif.

PANDUAN PERCUMA

6 Figure Blogging Gameplan eCover

KETAHUI GAMEPLAN SAYA BUAT INCOME 6-ANGKA DARI BLOG!

Dapatkan eBook eksklusif yang mengandungi ‘failed-proof’ gameplan untuk anda mula bisnes online from scratch, dan direka khusus untuk anda yang busy tapi nak buat side income online.

Ia adalah hasil dari pengalaman, pembelajaran, dan eksperimen bertahun, sehingga saya boleh buat income dengan konsisten, 100 peratus online, secara seorang diri.

CASE STUDY EKSKLUSIF (FREE)

Rahsia Bagaimana En. Amir Hasilkan RM250k Dari Dropship Dalam Masa Sebulan!

Isi nama dan email untuk saya hantar ebook ini.
CASE STUDY EKSKLUSIF (FREE)

Rahsia Bagaimana En. Amir Hasilkan RM250k Dari Dropship Dalam Masa Sebulan!

Isi nama dan email untuk saya hantar ebook ini.