Cara Pilih Warna e-Store

 Whether it is a trader or a consumer, color psychology can greatly contribute to making the right decisions.

–Shaip Bytyçi, Marketing Expert

Pentingnya Warna dalam Bisnes

Warna mainkan peranan penting dalam hidup kita. Apa-apa yang memberi impak dalam kehidupan, akan memberi kesan yang sama dalam bisnes.

Jadi kali ini kami nak kongsi cara pilih warna yang melambangkan bisnes, seterusnya menjadi warna utama eStore anda.

Boleh baca artikel ini untuk kupasan lebih mendalam pasal pentingnya pengaruh warna dalam bisnes.

Warna & Makna

Setiap warna ada maknanya tersendiri. Makna yang tertentu ini boleh membina imej dan jenama bisnes anda.

Merah

Berani, semangat, keinginan dan keyakinan. Kebanyakan syarikat yang menjual makanan suka gunakan warna merah kerana merah mencetuskan isyarat lapar.

Kuning

Keceriaan, keseronokan, kegembiraan dan kemesraan. Warna kuning antara warna yang menarik perhatian. Kalau diperhatikan, emoji pun banyak gunakan warna kuning.

Jingga

Kembara, keriangan dan kemesraan. Sesuai untuk bisnes bercirikan pelancongan atau aktiviti yang menaikkan semangat.

Hijau

Menyembuhkan, ketenangan, alam sekitar, segar. Hijau lambang bertenaga, pembaharuan, mesra alam dan menenangkan.

Biru

Tenang, yakin, setia, bermaruah dan boleh dipercayai. Biru popular digunakan pihak kerajaan dan syarikat perubatan kerana daya tarikan dan keupayaannya yang berwibawa untuk membangkitkan kejayaan dan keselamatan.

Ungu

Mewahl, bangsawan, agung, canggih, dan rohani. Ungu ialah gabungan merah dan biru, dan dilihat mempunyai keyakinan dan kemesraan.

Merah Jambu

Feminin, polos, dan lembut. Merah jambu sering digunakan untuk menambah daya tarikan wanita, dan mewakili kepolosan dan kehalusan.

Putih

Keamanan, kesucian, dan kebersihan. Warna putih digunakan meluas dalam pelbagai bisnes untuk menggambarkan kelangsungan bisnes bertahan dalam industri.

Coklat

Semula jadi dan bersahaja, telus dan memudahkan. Warna coklat digunakan untuk syarikat yang gunakan sumber alam sebagai produk.

Hitam

Tersendiri, serius, dan berwibawa. Hitam adalah warna yang menyerlahkan sisi canggih dan klasik. Banyak jenama mewah gunakan warna hitam.

Roda Warna

Roda warna ialah susunan warna yang digunakan untuk membantu menjelaskan perhubungan antara warna primer (primary), warna sekunder (secondary) dan warna tertiari (tertiary). Perhubungan tersebut dapat dilihat dalam gambar di atas.

Rona (hue) warna ialah satu daripada warna-warna spektrum. Rona mempunyai satu susunan bulat seperti diilustrasi dalam roda warna.

Gabungan warna yang sesuai boleh rujuk dengan colour wheel di Canva!

Kalau dah ada warna utama untuk bisnes anda, Canva juga sediakan beberapa gabungan warna untuk mudahkan anda buat logo, susun atur web atau poster promosi di eStore.

Complementary

Gabungan ini melengkapkan warna utama yang anda pilih.

Kalau dalam roda warna, complementary colour ialah warna yang bertentangan. Sesuai untuk buat logo yang perlukan warna agak kontra.

Gabungan warna sebegini melengkapkan warna utama anda; imej yang terbina daripada gabungan complementary akan nampak lebih cerah dan menyerlah.

Monochromatic 

Tiga rona, ton dan tint satu warna asas. Menyediakan kombinasi warna yang halus dan konservatif.

Ini kombinasi warna pelbagai guna yang mudah digunakan dalam projek reka bentuk; untuk rupa yang harmoni.

Analogous

Tiga warna yang bersebelahan pada roda warna.

Gabungan warna ini boleh jadi pelbagai guna, tetapi anda perlu hati-hati kerana ia berpotensi untuk menenggelamkan satu sama lain.

Untuk mengimbangi skema warna yang serupa, pilih satu warna dominan (warna utama bisnes anda), dan gunakan yang lain sebagai penaik seri.

  1. Analogous 

Tetradic

Tiga warna yang dijarakkan sama rata pada roda warna.

Ini memberikan skema warna kontra yang tinggi, tetapi kurang daripada kombinasi warna pelengkap — menjadikannya lebih mudah dipadankan. 

Gabungan ini menghasilkan palet warna yang berani dan bersemangat.

Kesimpulan – Gabungan Warna Yang Tepat Menyerlahkan eStore

Pilihlah gabungan warna yang paling tepat untuk gambarkan imej eStore anda. Untuk pelan jangka masa panjang, warna dapat menyemat identiti dan keunikan eStore anda.

Biar sekali singgah, orang akan ingat eStore anda.

Semoga artikel ini dapat membantu anda pilih warna yang bersesuaian. Penggunaan warna utama juga memberi panduan kepada pereka untuk hasilkan label, laman web, poster mahupun kad bisnes.

Cuba komen warna utama yang anda pilih untuk bisnes dan jenis bisnes anda. Mana tau kami boleh bantu untuk serlahkan ciri eStore anda.

Share this!

Ainul Tajul

Ainul Tajul

Penulis kandungan sepenuh masa di Kartel Digital Sdn. Bhd. Berpengalaman sebagai pemasar digital, editor, pencipta kandungan, penulis iklan, pengurus acara, tutor, dan konsultan/auditor. Minat sains & teknologi, media sosial dan penulisan sastera kreatif.

PANDUAN PERCUMA

6 Figure Blogging Gameplan eCover

KETAHUI GAMEPLAN SAYA BUAT INCOME 6-ANGKA DARI BLOG!

Dapatkan eBook eksklusif yang mengandungi ‘failed-proof’ gameplan untuk anda mula bisnes online from scratch, dan direka khusus untuk anda yang busy tapi nak buat side income online.

Ia adalah hasil dari pengalaman, pembelajaran, dan eksperimen bertahun, sehingga saya boleh buat income dengan konsisten, 100 peratus online, secara seorang diri.

CASE STUDY EKSKLUSIF (FREE)

Rahsia Bagaimana En. Amir Hasilkan RM250k Dari Dropship Dalam Masa Sebulan!

Isi nama dan email untuk saya hantar ebook ini.
CASE STUDY EKSKLUSIF (FREE)

Rahsia Bagaimana En. Amir Hasilkan RM250k Dari Dropship Dalam Masa Sebulan!

Isi nama dan email untuk saya hantar ebook ini.