Masa Depan Blogging : 2022 Dan Akan Datang

Masa Depan Blogging

Kalau perasan, dunia blogging dah tak serancak dulu. 

Di Malaysia, saya fikir sekitar tahun 2008 sehingga 2012 adalah kemuncak dunia blogging.

Hampir semua orang ada blog dengan domain percuma blogspot dan dari sini, kita berkenalan dengan ramai blogger yang banyak berkongsi kehidupan seharian mereka.

Antara blogger yang cukup popular ketika itu ialah Hanis Zalikha, Ben Ashaari dan Maria Elena.

Kalau tak kenal nama-nama ini, berkemungkinan besar anda tak minat baca blog.

Tapi menjelang zaman telefon pintar, blog semacam makin kurang diminati. Nama-nama yang saya sebutkan tadi pun dah beralih platform.

Mereka dah tak menulis di blog, sebaliknya berkongsi hal-hal kehidupan mereka di media sosial seperti Instagram dan Facebook.

Ini cerita lebih kurang berbelas tahun lepas. Macam mana pula dengan masa depan dunia blogging pada dekad 2021 dan seterusnya?

Makin layu atau berkembang?

Haaa, dalam artikel kali ini saya akan kongsikan apa yang dijangkakan akan berlaku.

Nak tahu? Baca sampai habis!

Blog akan lebih berfokus pada kepakaran masing-masing

Pada awal kemunculan blog, kebanyakannya tertumpu kepada lifestyle atau konsep diari. Apa yang terjadi pada hari atau minggu tersebut, semuanya diceritakan.

Tapi zaman itu dah berakhir.

Sesiapa yang masih menulis dengan style diari kehidupan pun dah kurang digemari. Sebabnya, kita dah ada media sosial yang menjadi pengganti.

Kita ambil Hanis Zalikha sebagai contoh.

Dahulu, Hanis banyak berkongsi kisah-kisah kehidupannya dengan pembaca di blog.

Kemudian setelah Instagram datang, beliau dan rakan-rakan blogger yang lain berpindah medium.

Mereka masih berkongsi, cuma di medium yang lain. Dulu mereka terkenal di blog, sekarang terkenal di Instagram pula.

Dari sini, kita boleh jangkakan yang pada masa akan datang, hanya web atau laman blog yang bercerita tentang hal-hal yang lebih bermanfaat akan kekal relevan.

Bermanfaat maksudnya blog tersebut dapat beri input kepada pembaca.

Penulisan yang berbentuk diari pula dah tak sesuai dikongsikan di blog.

Penulisan di blog akan tertumpu kepada perkongsian dari pakar yang mempunyai autoriti dalam bidang yang ditulis.

Neil Patel yang pakar dalam digital marketing misalnya. Beliau hanya menulis tentang hal-hal yang berkaitan pemasaran internet.

Dari cara buat blog sampailah memahamkan kita tentang algorthm Google, dia ajarkan. Semua tulisannya ditulis untuk ‘internet marketer’.

Dengan konsisten menulis topik yang sama bertahun-tahun, blog-nya dah jadi semacam tempat rujukan untuk sesiapa yang mahu berkecimpung dalam dunia digital marketing.

Neil Patel ini pun salah seorang tok guru saya tau. Hehe.

Jika di Malaysia, blogger yang pada saya menunjukkan autoriti dalam bidangnya ialah Suraya melalui laman blog RinggitOhRinggit.

Sejak dari tahun 2015 lagi, Suraya konsisten menulis tentang kewangan peribadi. Menariknya blog Suraya ni pada saya, kontennya lain daripada blogger lain di Malaysia.

Setiap bulan, beliau akan berkongsi tentang kewangan peribadinya dan buat refleksi.

Beliau juga tak segan nak berkongsi kisah-kisah pelik seperti gagal dalam pelaburan dan boros dalam berbelanja.

Saya rasa dalam Malaysia, hanya Suraya yang menulis perihal kewangan peribadi secara open begini.

Kebanyakan blog kewangan yang lain, mereka menulis dari sudut pandang orang ketiga. Kesilapan orang lain dalam mengurus kewangan mereka jadikan contoh.

Tapi Suraya, penulisannya lebih kepada pengalamannya sendiri.

Antara Neil Patel dan Suraya, anda nampak apa persamaan mereka?

Kalau tak nampak, meh saya beritahu.

Mereka bukan sekadar menulis kepada golongan sasaran. Mereka juga menulis atas sebab passion.

Kalau tak ada passion dengan apa yang dibuat, memang susah nak konsisten menulis topik yang sama.

Dan ingat… Neil Patel dan Suraya dah lakukan hal ini bertahun-tahun lamanya.

Dari pengunjung blog sekitar 100 orang sebulan sampailah sekarang ini puluh dan ratus ribu.

Ini statistik trafik bulanan yang Suraya kongsikan. 50 ke 75,000 sebulan!

Sekiranya anda nak kekal relevan dalam dunia blogging, jadilah pakar dalam sesuatu bidang, have passion in it and keep on posting.

Content Is Everything!

Dalam dunia blogging, konten adalah segala-galanya. Anda perlu beri konten yang berbeza, beri manfaat dan semestinya, dalam kadar yang kerap.

Kita lihat blog soscili dengan trademark “Sos cili tambah pedas.”

Konten mereka walaupun ada yang berbaur gosip, tetapi masih memberi value kepada pembaca.

Artikel di bawah ini diterbitkan pada 11 Ogos 2021, iaitu kira-kira sebulan dari tarikh saya tulis artikel ni. Lihat jumlah pembaca, 40.7k!

Tahu kenapa konten mereka sangat disukai pembaca?

Jawapannya, ia ditulis pada masa yang tepat.

Artikel ini terbit ketika protes perhimpunan #Lawan, masih hangat dibincang.

Selain itu, penulis juga bijak selitkan info-info menarik berkaitan tajuk yang dibincangkan.

Protes yang diceritakan dalam artikel ialah protes Malayan Union, protes pelajar ITM untuk naikkan taraf jadi universiti, Bersih dan protes pemilihan presiden UMNO.

Artikel sebegini memberi value kepada pembaca.

Pembaca bukan setakat tahu tentang isu hangat, malah isu seputar topik yang pernah terjadi.

Saya yakin, pada masa akan datang kita lebih suka untuk baca “gosip” berbaur ilmiah seperti ini.

Kita akan jadi lebih selektif dengan bahan bacaan. Sebabnya, kita ada banyak pilihan.

Nak baca daripada mana, pastilah yang kita rasa best, macam blog soscili ni.

Teknik SEO ‘Keyword Stuffing’ Sudah Tidak Relevan

Search Engine Optimization atau SEO ialah taktik di mana kita merancang strategi dan taktik supaya laman web kita berada pada muka depan halaman enjin carian seperti Google, Yahoo, Bing dan sebagainya.

Antara taktik SEO ialah buat kajian keywords, letakkan pautan yang relevan dalam post dan buat caption yang betul pada gambar.

Kalau dulu, cukup kita letakkan kata kunci yang tepat dengan kerap pada sesebuah artikel, itu dah cukup untuk naikkan ranking.

Misalkan anda buat artikel topik “Cara Buat Blog.”

Ikutkan SEO, dengan ulang perkataan ini berulang kali dalam artikel dah boleh naikkan ranking. Tapi sekarang tak lagi.

Keyword stuffing iaitu pengulangan perkataan yang sama berulang kali akan makin tak relevan. Google makin bijak.

Bermula Oktober 2015, Google perkenalkan Rankbrain iaitu algorithm yang menggunakan sistem pembelajaran Artifial Intelligence bagi menentukan kedudukan hasil carian Google.

Rankbrain ini memiliki kemampuan untuk memahami isi dan menilai konten yang berkualiti.

Sebagai contoh, katakan kita masukkan operasi matematik.

Dengan Artificial Intellgence-nya, Google dah tahu yang kita sebenarnya perlukan kalkulator.

Atau, selalu kan, sebelum sempat kita taip habis apa yang nak dicari, terus Google bagi cadangan pada kotak carian.

Menurut Search Engine Journal, Rankbrain ialah faktor ketiga terpenting dalam menyusun ranking teratas di Google.

Kemudian pada tahun 2019, Google perkenalkan pula BERT (Bidirectional Encoder Representations from Transformers) bagi lengkapkan lagi sistem Rankbrain sedia ada.

Dengan BERT, Google makin bijak membaca bahasa manusia dan kenal apa yang pengguna nak cari.

Ini contoh bagaimana BERT berfungsi.

Katakan kita buat carian “2019 brazil traveler to usa need a visa”.

Perhatikan pada gambar sebelah kiri.

Sebelum adanya BERT, hasil carian akan tunjukkan bagaimana warga US dapat travel ke Brazil tanpa visa. Sedangkan, apa yang kita mahukan ialah bagaimana orang Brazil pergi ke US dengan visa.

Selepas BERT diperkenalkan, hasil carian jadi lebih relevan.

Google dah pandai memahami konsep kata hubung seperti to, for, until dan sebagainya.

Ini satu lagi contoh. Pada kotak carian, “Can you get medicine for someone pharmacy”.

Dalam gambar di atas, sangat jelas bagaimana hasil carian lebih relevan kepada soalan yang ditanya.

Jadi, dah nampak bagaimana teknik SEO ‘keyword stuffing’ sudah tidak relevan?

Google makin bijak membaca bahasa manusia.

Jadi, fokus kita apabila buat konten bukanlah SEO semata-mata.

Sebaliknya buat konten yang berkualiti, yang ditulis untuk manusia. Bukan robot enjin carian.

Dengan kepandaian AI Google ni, kita letak banyak keyword dalam post pun belum tentu dapat duduk pada muka hadapan hasil carian kalau isi kandungannya tak relevan.

Lebih Mudah Buat Duit Dengan Blogging

Berkali-kali saya ceritakan di blog ini dan juga laman sosial yang anda boleh buat duit dengan menulis di blog.

Ada banyak kaedah buat duit kalaupun sebagai blogger picisan.

Anda boleh buat affiliate marketing, paid review, Google Adsense, sewakan tapak iklan, jual e-book atau tawarkan perkhidmatan berbayar.

Saya sendiri jana income 5 angka sebulan dengan blog ni. Cuba bayangkan berapa pula income bagi blogblog terkemuka.

Lihat data pendapatan blog-blog terkemuka dari Forbes ini.

masa depan blogging

Anggaran yang dinyatakan di atas hanya idea umum mengenai jumlah pendapatan mereka mengikut trend.

Tapi, ia masih dapat menjadi petunjuk bahawa pendapatan yang dapat diperoleh dari blog akan jadi lebih lumayan.

Anggaran pendapatan bagi 10 blog terkaya pada tahun 2021 ialah $739.3 juta berbanding $266.5 juta pada tahun 2017.

Setiap blog yang tersenarai mempunyai kekuatan dan strategi masing-masing. Endgadget misalnya, banyak menjana pendapatan melalui affiliate marketing.

Manakala bagi EnvatoTuts+ pula menjana wang melalui langganan berbayar.

Bagi kejayaan Huffpost berada di tangga pertama, hasil sumbangan daripada strategi mereka yang memfokuskan kepada kuantiti post pada setiap hari.

Dengan buat artikel hampir 1,000 setiap hari dengan jumlah viral yang boleh tahan tinggi, tak hairanlah HuffPost dianggar mampu menjana wang sebanyak $500 juta setahun.

Kalau anda nak terlibat dalam blogging, carilah kekuatan dan strategi sendiri untuk jana income.

Saya sendiri, kekuatan saya adalah dalam dunia digital marketing.

Strategi yang saya gunakan pelbagai. Saya ada jual e-book, buat kelas, join affiliate dan sebagainya.

Email Marketing Semaking Penting

Kebanyakan blogger di Malaysia, bermula dengan blogspot atau wordpress.com yang menawarkan tapak percuma.

Dah percuma, fungsinya memang terbatas.

Salah satu kekurangan ialah kita tak dapat nak track audiens yang sebenar.

Ini contoh jumlah pengikut yang ada dalam blog popular Malaysia suatu masa dahulu.

Ada 40,965 pengikut! Tapi yang betul-betul consume konten bukanlah seramai ini. Ia sekadar “badge” untuk tunjukkan kita popular.

Hakikatnya, ini bukanlah jumlah pengikut yang sebenar.

Nak tahu jumlah pengikut yang sebenar dan interaksi dengan mereka selalu, caranya adalah dengan buat e-mail list.

Bagi saya, siapa yang ada blog, wajib untuk kumpul e-mel pelawat.

Pelawat yang datang hari ni, belum tentu akan datang lagi minggu depan.

Cara nak pastikan mereka datang lagi, ingatkan mereka melalui e-mel.

E-mel ni bagus sebab kita boleh berinteraksi secara direct. Mesej yang kita nak sampaikan terus masuk dalam peti mel mereka.

Bandingkan pula kalau kita sekadar Tweet atau tulis di Facebook bahawa kita nak share benda best. Kadang-kadang, orang tak nampak pun post kita.

E-mel ialah aset.

Dan dengan asset ini, kita tak perlu risau jika blog kita kena hack dan semua post terpadam.

Sebab walaupun konten dah tak ada, kita masih ada alamat e-mel subscriber yang suka baca tulisan kita.

Nak buat blog baru pun tak ada masalah bila dah ada pembaca.

Ingat… dunia blogging ialah dunia buat duit.

Nak buat duit kena ada pelanggan.

Tapi nak cari pelanggan dengan murah dan mudah? Kumpullah e-mel!

E-mail list akan kekal relevan bagi tahun-tahun mendatang. Ia aset kita sebagai blogger.

Siapa yang belum buat e-mail list, boleh rujuk artikel saya yang lepas.

Kesimpulan – Masa Depan Blogging : 2022 Dan Akan Datang

Blog akan kekal relevan sebagai salah satu medium buat duit untuk tahun-tahun mendatang. Jadi, persaingan akan semakin sengit.

Kalau sekarang pun kita lihat ramai golongan profesional dah mula buat blog sendiri untuk berkongsi ilmu, pada masa akan datang lebih-lebih lagi. Hal ini semestinya bagus.

Namun sekiranya anda mahu terlibat dalam dunia blogging, fokus kepada hasilkan konten yang berkualiti tinggi.

Tonjolkan anda seorang yang berautoriti atau pakar dalam bidang yang anda tulis. Barulah tulisan-tulisan anda akan dibaca.

Selain itu, konten yang berkualiti tinggi juga akan lebih disukai enjin carian.

Nak berada pada muka hadapan hasil carian bukan lagi dengan SEO semata-mata.

SEO masih penting, namun menghasilkan konten yang relevan dengan carian lebih diutamakan.

Baik, apa pula pendapat anda tentang dunia blogging pada masa hadapan?

Kongsikan di ruang komen untuk kita sembang lanjut pasal ni.

Share this!

Picture of HAFIZ AZMAN

HAFIZ AZMAN

Blogpreneur at Dropship Kartel & Kartel Digital. Sometimes jadi consultant dan coach untuk bidang Digital Marketing, Online Business, dan eCommerce.

PANDUAN PERCUMA

6 Figure Blogging Gameplan eCover

KETAHUI GAMEPLAN SAYA BUAT INCOME 6-ANGKA DARI BLOG!

Dapatkan eBook eksklusif yang mengandungi ‘failed-proof’ gameplan untuk anda mula bisnes online from scratch, dan direka khusus untuk anda yang busy tapi nak buat side income online.

Ia adalah hasil dari pengalaman, pembelajaran, dan eksperimen bertahun, sehingga saya boleh buat income dengan konsisten, 100 peratus online, secara seorang diri.

CASE STUDY EKSKLUSIF (FREE)

Rahsia Bagaimana En. Amir Hasilkan RM250k Dari Dropship Dalam Masa Sebulan!

Isi nama dan email untuk saya hantar ebook ini.
CASE STUDY EKSKLUSIF (FREE)

Rahsia Bagaimana En. Amir Hasilkan RM250k Dari Dropship Dalam Masa Sebulan!

Isi nama dan email untuk saya hantar ebook ini.