Memulakan bisnes dropship adalah gig yang sukar.
Amat sukar jika anda terlibat dengannya atas sebab emosi, seperti dengar bahawa ia jadikan orang di seluruh dunia sebagai jutawan.
Lagipun, kekurangan pengalaman menjadikan segala-galanya lebih rumit.
Dengan mengambil kira perkara ini, berikut adalah beberapa fakta menarik untuk anda.
Dianggarkan 9 daripada setiap 10 dropshipper gagal dalam bisnes, dalam tempoh empat bulan pertama mereka.
Mereka yang berjaya belanjakan sebahagian besar sumber mereka untuk pengiklanan kerana pemasaran berbayar adalah cara terbaik untuk menolak produk dropshipper.
Selain itu, terdapat beberapa halangan yang berpotensi memusnahkan, seperti tuntutan bayaran balik (refund), yang tidak pernah dilihat oleh mereka yang tidak berpengalaman.
Jadi, adakah ini bermakna model bisnes dropship tak berfungsi?
Data yang direkodkan Statista pada tahun 2020, anggaran nilai pasaran untuk dropship dalam e-commerce ialah 128.6 bilion dolar A.S. di seluruh dunia.
Sepanjang tempoh enam tahun antara 2021 dan 2026, nilai saiz pasaran diramalkan meningkat kepada 476.1 bilion dolar AS.
Adakah bisnes dropship ini berbaloi?
Jawapan untuk soalan ini tergantung kepada risiko yang anda ingin ambil ketika memulakan model bisnes dropship.
Boleh pertimbangkan kelebihan dan kekurangan dropship.
Baca selanjutnya untuk ketahui 6 punca dropshipper gagal dalam bisnes.
Isi Kandungan
1. Pemasaran yang Lemah
Terdapat dua aspek untuk pemasaran: penyelidikan pasaran dan berkomunikasi dengan pembeli anda.
Sebelum anda mulakan bisnes anda, anda harus jalankan penyelidikan pasaran.
Melalui penyelidikan ini anda akan tahu apa yang orang sanggup bayar sesebuah produk.
Sebaik sahaja anda bermula, pemasaran berfungsi bukan sahaja untuk tonjolkan kehebatan produk anda.
Pemasaran juga untuk tetapkan jangkaan tentang perkara yang pembeli anda akan kira sebagai sesuatu yang memuaskan.
Ada dropshipper gagal untuk bina atau laksana pelan pemasaran mereka, seterusnya gagal dalam bisnes ini.
Tanpa pelan pemasaran yang secukupnya, macam mana orang di luar nak sedar kewujudan produk anda?
Dengan menyelaraskan pengalaman hujung ke hujung pengguna, syarikat boleh menikmati hasil
meningkat 10 hingga 20 peratus.
Ini antara langkah pemasaran yang anda boleh gunakan ketika jalankan bisnes dropship:
- Bina kepercayaan dengan tambahkan ulasan, penilaian dan testimoni pelanggan pada website anda
- Jalankan iklan Facebook/iklan TikTok untuk penuhi matlamat dan bajet pemasaran anda
- Kongsi video sosial untuk galakkan trafik dan penglibatan
- Jangan kehilangan bakal pelanggan, gunakan teknik sasaran semula (retargeting)
- Mulakan blog yang bawa trafik organik ke bisnes dropship anda
- Kenal pasti tempat niche anda berada dalam platform online dan kemudian sertai kumpulan mereka
- Tarik pelawat menjadi pelanggan dengan pop up e-mel yang menarik
- Galakkan pembeli membeli lebih banyak dengan pemasaran upsell dan cross-sell
2. Sasarkan Niche yang Salah
Pilih niche yang betul adalah salah satu masalah terbesar yang dihadapi oleh dropshipper yang tidak berpengalaman.
Pilih yang salah, dan anda mungkin tidak akan dapat meski satu pesanan pun. Bisnes anda akan merudum sebelum ia sempat bermula.
Terdapat banyak cara anda boleh buat silap. Anda mungkin tawarkan produk yang betul tetapi di tempat yang salah.
Sebagai contoh, sesetengah produk mungkin tidak pernah dijual di Malaysia tetapi akan jadi seperti pisang goreng panas di negara lain.
Atau mungkin anda pakar dalam produk yang ramai orang lain sudah jual.
Di sini, bukan kekurangan minat yang buat dropshipper gagal; tapi ia adalah sebab persaingan yang sengit.
Dalam bisnes dropship, anda bukan sahaja bersaing dengan dropshipper lain, anda juga cuba untuk bersaing dengan gergasi seperti Amazon, eBay dan Alibaba.
Jadi, bagaimana anda pilih niche yang betul?
Jawapannya ialah: dengan banyak penyelidikan dan ujian.
Anda perlu kaji trend semasa dan trend terdahulu sebelum cuba produk yang kelihatan seperti sesuai.
Walaupun begitu, kemungkinan besar anda akan terlepas peluang pada kali pertama, jadi anda perlu bersedia untuk beralih kepada produk lain dengan cepat.
Memilih niche dan melancarkan website tidak akan lengkap tanpa memilih produk yang sesuai untuk peranan itu.
Jenis produk yang dipilih juga perlu disesuaikan dengan jenis barang dagangan yang mungkin dituntut oleh pasaran sasaran yang berpotensi.
Langkah-langkah di bawah pasti akan membantu untuk mencapainya:
Langkah 1: Buat profil pelanggan yang berkaitan
Buat profil pelanggan yang berkaitan. Ini pada asasnya adalah penerangan kasar tentang demografi orang yang disasarkan dan kemungkinan besar disasarkan.
Profil tersebut menggabungkan butiran seperti umur, jantina, tahap pendapatan, status perkahwinan, industri, kerjaya atau pekerjaan dan sejarah keluarga.
Langkah 2: Menilai semula tawaran
Dengan profil pelanggan yang komprehensif telah ditetapkan, penilaian barangan dan perkhidmatan yang ditawarkan kini perlu dilakukan dengan sewajarnya.
Ini mungkin memerlukan bertanya soalan berikut:
- Spesifikasi dan ciri yang manakah kebanyakannya akan mengujakan pelanggan?
- Apakah produk yang kurang menarik minat bakal pelanggan atau malah tidak galakkan mereka sama sekali?
- Apakah bidang yang perlu dititikberatkan semasa memasarkan dan mengiklankan barangan anda?
- Pelanggan, imej dan hak cipta yang manakah yang patut bentuk usaha pemasaran?
Baca artikel ini untuk dapatkan idea untuk cari niche bisnes dropship.
3. Kurang Sabar
Memulakan syarikat dropship perlukan banyak kesabaran.
Anda perlu bersedia untuk bereksperimen dan gagal berkali-kali semasa jalankan bisnes dropship.
Masalahnya ialah, kebanyakan pemula remehkan betapa banyak kesabaran yang mereka perlukan.
Untuk beri anda idea, anda perlu uji, secara purata, sekitar 20 produk sebelum cari produk yang terjual.
Sebaik sahaja anda menemui produk yang berpotensi itu, anda masih perlu pasarkannya dengan banyak dan keluarkan wang untuk iklan.
Jadi bekalkan diri anda dengan ketekunan, dan jangan patah semangat!
Untuk bisnes yang berjaya dalam jangka panjang, ia mesti menguntungkan.
Bisnes menguntungkan apabila ia mengambil lebih banyak hasil daripada bayar semua perbelanjaannya, seperti sewa, pekerja, kos pengeluaran, cukai dan insurans.
Jika syarikat tidak untung dan pemilik keluarkan wang sebagai gaji, ia kehilangan wang dari semasa ke semasa dan mungkin kumpul hutang.
Peraturan praktikal untuk seorang usahawan mengatakan bahawa pada tahun pertama jalankan bisnes anda sendiri dengan jayanya, anda akan ambil kurang daripada gaji sebelumnya, dan labur semula sebahagian besar hasil bersih anda dalam bisnes.
Pada tahun kedua, jika semuanya berjalan lancar, anda boleh ambil kembali gaji lama anda yang sepatutnya.
Dalam tahun ketiga dan seterusnya, anda boleh dapat gaji yang lebih besar – ditambah dengan sebarang hasil daripada pemilikan syarikat jika jual saham atau pemilikan langsung.
Jangka masa sebenar kepada keuntungan syarikat bergantung sepenuhnya pada jumlah modal permulaan yang diperlukan untuk cipta produk dan perkhidmatan, dan jumlah wang yang diperoleh daripada syarikat untuk pampasan dan khidmat pelabur.
Kitaran hayat bisnes ialah perkembangan bisnes secara berperingkat dari semasa ke semasa dan lazimnya dibahagikan kepada lima peringkat: pelancaran, pertumbuhan, goncangan, kematangan dan penurunan.
4. Pengoptimuman Kadar Penukaran yang Lemah
Pengiklanan anda perlu yakinkan untuk tarik orang ramai datang ke kedai online anda.
Dan jika anda tidak tahu apa yang anda lakukan, anda mungkin akan bazirkan wang pemasaran anda sama ada pada iklan yang ditulis dengan buruk atau yang diletakkan dengan buruk.
Katakan anda telah berjaya bawa orang masuk ke website anda.
Lepas tu nak buat apa? Jika reka bentuk laman web anda tidak menarik, ia akan jejaskan bakal pelanggan. Boleh tengok inspirasi kedai online untuk rekaan e-commerce pilihan dropshipper.
Pengalaman pengguna yang buruk adalah satu lagi kesilapan pemula biasa.
Perlu diingat bahawa rupa dan rasa website anda akan tentukan sejauh mana orang boleh letak kepercayaan kepada anda.
Setelah anda rapikan website anda, anda perlu pastikan bahawa penyenaraian produk cukup menarik untuk tukar bakal pelanggan anda kepada pelanggan kali pertama.
Jangan lupa untuk berusaha ke dalam penyenaraian dan penerangan produk.
Untuk kenal pasti masalah dengan lebih terperinci, fahami perjalanan pelanggan buat keputusan dulu.
Sebelum prospek putuskan untuk beli produk anda, ada pelbagai pertimbangan yang dilakukan. Mungkinkah ada faktor tertentu yang buat prosek menolak produk anda? Kaji dan selesaikan halangan itu.
5. Pilih Pembekal yang Bermasalah
Seperti yang kita lihat, kebanyakan dropshipper gagal bersaing dengan gergasi industri seperti Amazon.
Syarikat itu tawarkan penghantaran pada hari yang sama, jadi sesiapa yang pesan sesuatu daripada mereka hari ini boleh mengharapkan untuk terimanya pada hari yang sama.
Malangnya, anda tidak boleh buat jaminan yang sama.
Anda mungkin perlu bekerjasama dengan syarikat dari China, dan purata masa penghantaran anda adalah sekitar 20 hari.
Ini bermakna bahawa tempoh menunggu anda akan menjadi 20 kali lebih lama daripada Amazon – lebih-lebih lagi sebab untuk orang ramai datang kepadanya. Itulah sebabnya penting untuk bekerjasama dengan syarikat yang betul.
Sudah cukup teruk anda terpaksa buat pelanggan anda tunggu selama 20 hari, tetapi lebih teruk lagi jika anda paksa mereka tunggu lebih lama kerana pembekal anda cuai atau lambat.
Inilah sebabnya kenapa majoriti peruncit e-Commerce tegaskan bahawa halangan terbesar mereka ialah mencari pembekal yang baik.
Selain itu, anda mahukan pembekal yang boleh memberi anda nombor penjejakan atau pautan supaya pelanggan anda boleh jejak keberadaan produk mereka.
Perlu diingat bahawa tidak setiap pembekal di China buat macam ini.
Jika anda mahukan pertimbangkan pembekal tempatan untuk bisnes dropship dalam negara, kami senaraikan 9 lubuk supplier dropship terbaik di Malaysia.
6. Operasi Perniagaan yang Lemah
Walaupun dengan rakan kongsi yang sangat baik dan pemasaran teratas, anda masih boleh lakukan kesilapan dengan operasi anda.
Sebagai contoh, perkhidmatan pelanggan yang teruk boleh jadi pembunuh. Lagipun, masa penghantaran anda sudah jauh lebih lama daripada apa yang gergasi industri ini sanggup tawarkan.
Faktor ketepatan masa dalam penghantaran ini sangat memberi kesan kepada kepuasa pelanggan.
Dalam satu tinjauan dijalankan oleh Parcel Perform dalam kalangan 80,000 pengguna e-Commerce di seluruh Malaysia, Singapura, Vietnam, Thailand dan Indonesia, platform penjejakan bungkusan e-Commerce bebas pembawa yang melayani lebih 600 pembawa logistik.
Tinjauan menunjukkan bahawa 34% pengguna Asia Tenggara terus melihat penghantaran bungkusan sebagai kekecewaan terbesar dalam e-Commerce.
Anda mungkin akan jumpa dengan beberapa pelanggan yang marah sekali-sekala, dan sesetengah daripada mereka akan tuntut bayaran balik.
Perkhidmatan pelanggan yang baik akan jadi penting untuk pengalaman pengguna mereka.
Walaupun selepas pelanggan terima pakej mereka, adalah menjadi tanggungjawab anda untuk terus berhubung dengan mereka sehingga anda pasti mereka berpuas hati dengan pembelian mereka.
Tiada satu pun daripada ini adalah untuk menyebut masalah yang timbul dengan dropship, termasuk menghantar produk yang salah, produk tiba rosak, atau tak penuhi spesifikasi yang diperincikan dalam kedai online anda.
Satu lagi masalah utama yang dihadapi oleh bisnes dropship ialah penangguhan masa yang tak perlu.
Sebagai contoh, jika bencana berlaku, seluruh pangkalan data syarikat mungkin berada dalam bahaya.
Tanpa pelan pemulihan data yang kukuh, syarikat akan tergelincir dan buang masa cuba bangkit semula dan fikirkan siapa yang pesan apa.
Kesimpulan – Kurang Kemahiran Punca Dropshipper Gagal dalam Bisnes
Kenal pasti masalah anda dan tanganinya secara tersusun.
Setiap rantaian bisnes, bermula dengan pencarian dan pembangunan produk, penjenamaan, pemasaran, logistik, khidmat pelanggan dan seterusnya; ia kerja keras yang tak boleh diselesaikan dengan singkat.
Ada banyak strategi dalam bisnes dan tak dinafikan untuk cari paling yang sesuai ia proses yang memerlukan masa untuk buat pemerhatian secukupnya dan buat analisis dan buat tindakan susulan.
Nampak rumit, kan?
Jadi, kami sediakan panduan lengkap bisnes dropship untuk anda.
Ikuti Kartel Digital agar anda tak tertinggal info bisnes dan berita e-commerce terkini.