9 Lubuk Supplier Dropship Terbaik di Malaysia

Bila sebut pasal lubuk supplier dropship, ramai bayangkan tentang pembekal dari China dan luar negara.

Tapi tahukah anda kita ada juga lubuk supplier dropship di Malaysia. 

Kelebihan jika anda berurusan dengan lubuk supplier dropship di Malaysia ini, anda lebih mudah berkomunikasi serta boleh bereskan bahagian order fulfillment dengan lebih efisien.

Risiko kerosakan barang pun kurang sebab ready-stock dah ada dalam negara.

Mari tengok 9 lubuk supplier dropship terbaik di Malaysia.

1. Shopee

Walaupun rata-rata mengenali Shopee sebagai marketplace untuk menjual business-to-customer (B-2-C), tapi ada juga penjual yang tawarkan khidmat jualan secara business-to-business (B-2-B).

Boleh cari supplier dropship di Shopee.

Jom kami kongsikan cara cari barang yang ada untuk anda jadikan supplier dropship.

Anda hanya mesej si penjual untuk nyatakan bahawa anda berminat untuk jadi ejen dropship.

Bahkan ada juga penjual yang alu-alukan ejen dropship pada product description mereka.

Dekat search bar di Shopee tu, tulis saja kata kunci ‘dropship’.

Penjual yang bersedia bertindak sebagai supplier dropship ini akan hantarkan produk yang pelanggan anda pesan, tanpa invois atau apa-apa bahan yang mempamerkan jenama kedai mereka.

Cuma anda terpaksa dapatkan bekalan barang dengan harga yang ditetapkan.

Untuk elakkan bersaing dengan supplier dropship sendiri, lebih baik anda jual di marketplace atau platform yang lain.

Cuma kadang-kadang gambar yang penjual letak di kedai mereka kurang berkualiti dan nampak pixelated.

User experience akan terganggu kalau tak ambil berat tentang kualiti gambar produk.

Nak cara buat dropship di Shopee secara terperinci, boleh tengok cara buat dropship di Shopee.

2. Lazada

Sama seperti Shopee, anda juga boleh mencari supplier dropship di Lazada.

Nampaknya Lazada tengah bersaing dengan sengit dengan Shopee, Lazada ada lebih banyak kupon dan ganjaran buat penggunanya.

Manakala Shopee dilihat sedang kurangkan jumlah kupon dan mungkin ini masa yang baik untuk pilih Lazada sebagai supplier dropship anda.

Cuma bagi yang dah biasa dengan interface Shopee, Lazada nampak kurang mesra pengguna.

Mekanisme dan order fulfillment yang lain, lebih kurang macam  Shopee je.

3. PG Mall

PG Mall ini merupakan marketplace daripada Public Gold Marketing Sdn. Bhd..

PG Mall ialah pasaran online pertama di dunia yang bersemangat untuk membina dan mengembangkan industri tempatan Malaysia dan kraftangan kepada dunia.

Keistimewaan PG Mall ialah para penjual melalui piawaian yang ketat untuk terima penjual masukkan produk jualan mereka.

Produk perlu jalani tapisan PG Mall dan setelah produk disahkan layak, baru boleh jual.

Sebagai peniaga online, anda dapat produk berkualiti jika anda jadikan platform ini sebagai supplier dropship anda.

Gambar-gambar produk yang digunakan peniaga di PG Mall juga nampak komersial dan high resolution.

Bila banyak benda berkualiti ni, harga agak keras sikit berbanding supplier dropship yang lain.

Jangan pening-pening nak fikir, ada banyak lagi pilihan lain. Jom tengok supplier dropship yang seterusnya.

4. Mudah

Dah nama pun Mudah.My, platform yang tertubuh sejak 2007 ini memang mudahkan urusan penggunanya.

Pengguna boleh dapatkan atau tawarkan pelbagai khidmat/produk.

Berpangkalan di Kuala Lumpur, penjual bleh iklankan khidmat/produk secara classfied ads tanpa sebarang bayaran.

Boleh buat carian item yang anda mahu atau taip saja ‘dropship‘ di search bar.

Ada beberapa khidmat/produk yang dilarang di Mudah.my. Pastikan produk yang anda cari tiada dalam senarai ini.

5. Lelong

Lelong boleh dikatakan platform yang agak veteran; dah wujud sejak tahun 2007 lagi.

Ramai pengguna setia platform ini sedang melalui fasa pertengahan usia dan juga ‘orang lama’, memandangkan Lelong dah wujud sekian lama sebelum platform lain muncul.

Ada macam-macam pilihan barangan di Lelong yang meliputi pelbagai niche yang luas.

Barangan disusun ikut kategori untuk mudahkan carian.

6. Dropship Malaysia

Dropship Malaysia beroperasi di Malaysia dan tawarkan lebih 300 jenis produk dalam inventori mereka.

Mereka bukan saja supplier dropship, malah khidmat mereka dilengkapi juga dengan sistem order fulfillment.

Semuanya boleh automised dari marketplace pilihan anda.

Shop Sync Automated dropshipping menjimatkan masa anda untuk terima pesanan pelanggan anda dan seterusnya maklumat pesanan dihantar kepada supplier dropship ini.

7. Kumoten

Di Kumoten, ada lebih 50,000 produk yang melibatkan 470 kategori.

Banyak kelebihan jika anda jadikan Kumoten sebagai supplier dropship.

  • Rangkaian produk yang luas.
  • Kumoten sentiasa membawa masuk item yang bergerak pantas yang anda akan mempunyai akses penuh dan boleh menjual dengan mudah.
  • Maklumat eksklusif tentang trend yang akan datang.
  • Kumoten berurusan dengan pengeluar dan pembekal utama yang mempunyai maklumat terkini tentang arah aliran dan permintaan pasaran.
  • Anda memutuskan harga jualan kepada pengguna. Pengguna membayar kepada anda terlebih dahulu. Anda mendapat keuntungan anda serta-merta.
  • Anda tidak perlu menyimpan sebarang stok.
  • Anda hanya perlu membayar untuk item tersebut setelah pengguna mengesahkan dan membayarnya.
  • Komuten uruskan pembungkusan dan penghantaran barang.
  • Kumoten menghantar terus kepada pelanggan anda dan memastikan item sampai kepada pelanggan dalam masa 48 jam*
  • Tiada kuantiti pesanan minimum. Kumoten akan hantar walaupun satu barang.

Terbaik, kan? Tentunya esemua kemudahan yang ditawarkan ini datang dengan harganya.

Ada dua jenis pelan keahlian; Prime & Instant.

Kalau anda mahukan order fulfillment yang lancar, Kumoten memudahkan semuanya. hanya perlu cari pelanggan untuk membeli saja.

8. Savevalue2u

Savevalueu2u beroperasi di Selangor merupakan supplier dropship yang turut bereskan urusan order fullfilment.

Sistem di Savevalue2u juga turut boleh integrasi dengan marketplace seperti Shopee dan Lazada.

Kesemua ini anda boleh nikmati tanpa pembayaran yuran!

Malah tiada pesanan minimum untuk nikmati harga istimewa sebagai ejen dropship Savevalue2u.

9. Twenty3

Twenty3 beroperasi di Pulau Pinang.

Tak seperti 8 supplier dropship yang kami kongsi di atas, Twenty3  hanya fokuskan sebagai supplier dropship bagi  niche fesyen wanita dan kecantikan.

Jadi item yang available daripada supplier dropship ini terdiri daripada pakaian wanita untuk formal, kasual, sukan, pengantin, pakaian dalam dan juga pakaian Muslimah.

Namun hal ni tak jadi masalah kalau anda dari awal nak fokuskan niche pasaran yang sama dengan Twenty3.

Lagi senang kerja, anda boleh jual semua item yang dah ada dalam niche keperluan wanita ni.

Nak tau niche yang hot, boleh baca senarai 15 niche hot untuk bisnes online.

Yang bagusnya Twenty3 ni, barang yang ada memang trendy dan design pun cantik-cantik.

Kalau nak ceburi niche fesyen, kecantikan dan gaya hidup wanita; boleh la jadikan Twenty3 sebagai supplier dropship anda.

Kesimpulan: Banyak Lubuk Supplier Dropship yang Best kat Malaysia!

Tanpa ragu, pembeli di Malaysia dah rancak membeli di platform e-commerce.

Jadi manfaat peluang ni untuk mulakan bisnes online anda dengan dropship.

Supplier dropship dekat Malaysia pun banyak pilihan. 

Ada lagi lubuk supplier dropship di Malaysia yang anda tau? Kongsi dengan kami di ruang komen.

Share this!

Ainul Tajul

Ainul Tajul

Penulis kandungan sepenuh masa di Kartel Digital Sdn. Bhd. Berpengalaman sebagai pemasar digital, editor, pencipta kandungan, penulis iklan, pengurus acara, tutor, dan konsultan/auditor. Minat sains & teknologi, media sosial dan penulisan sastera kreatif.

PANDUAN PERCUMA

6 Figure Blogging Gameplan eCover

KETAHUI GAMEPLAN SAYA BUAT INCOME 6-ANGKA DARI BLOG!

Dapatkan eBook eksklusif yang mengandungi ‘failed-proof’ gameplan untuk anda mula bisnes online from scratch, dan direka khusus untuk anda yang busy tapi nak buat side income online.

Ia adalah hasil dari pengalaman, pembelajaran, dan eksperimen bertahun, sehingga saya boleh buat income dengan konsisten, 100 peratus online, secara seorang diri.

CASE STUDY EKSKLUSIF (FREE)

Rahsia Bagaimana En. Amir Hasilkan RM250k Dari Dropship Dalam Masa Sebulan!

Isi nama dan email untuk saya hantar ebook ini.
CASE STUDY EKSKLUSIF (FREE)

Rahsia Bagaimana En. Amir Hasilkan RM250k Dari Dropship Dalam Masa Sebulan!

Isi nama dan email untuk saya hantar ebook ini.