Relevan Lagi Ke Blogging Untuk Bisnes?

Relevan Ke Blogging?

Blogging ni medium komunikasi cara lama. Dari zaman 1990-an lagi. Adakah ia masih relevan dengan peredaran masa?

Sekarang, boleh ke kita buat duit daripada blogging lagi?

Terutama perniagaan online, perlu ke ada blog syarikat?

Soalan ni kalau tanya kawan-kawan yang bukan dalam bidang sama, mereka mungkin jawab dunia blog dah mati. Tak boleh buat duit dah.

Semua orang pun dah ada media sosial macam Facebook, Twitter, Instagram untuk dapatkan followers.

Jadi, perlu ke tak perlu?

Jom, kita kupas lanjut topik ini.

Blogging Untuk Bisnes Masih Relevan?

Bagi marketer online, blogging masih penting untuk trafik, menukar prospek daripada trafik kepada prospek, kemudian kepada pembeli.

Target akhir, menjana sales dan menambah pendapatan syarikat. 

Statistik blog pada awal tahun 2021 oleh optinmonster.com, setiap bulan dianggarkan 409 juta orang melayari lebih 20 bilion blog di internet.

Nah, nampak tak kepentingan blog?

Blog mudah dicari dalam enjin carian di Google.

Berbanding posting dari Facebook dan media sosial lain, halaman pertama Google selalunya daripada laman web atau blog berkualiti dan berautoriti. 

Contoh, kalau Google ‘beauty and health tips’, blog dan website bisnes berada pada first page hasil carian. 

Kalau nak tahu cara tulis blog, saya ada kongsikan di sini. 

Apa Beza Blogging Dahulu Dengan Sekarang?

Ada juga pemilik bisnes bertanya,

“Kenapa saya perlukan blog dalam website, jika saya hanya perlu promosikan website saya di media sosial?” 

Poin yang baik. Ada valid reason untuk bertanya. 

Soalan saya pula, adakah anda akan melawati website, jika anda tahu konten di website anda tidak berubah?

Carta firstsiteguide.com ni pun dah menunjukkan blog bisnes penting. 

Maklumat dalam laman web perniagaan pada umumnya tidak dikemas kini secara kerap.

Ini kerana  maklumat yang ada tidak dinamik seperti sejarah syarikat, produk sedia ada, alamat berhubung dan sebagainya.  

Namun dengan blog, pelawat akan kembali jika konten yang disediakan dikemas kini secara konsisten.

Bermakna, anda beri mereka sebab untuk kembali.  

Lagi lama mereka melayari web anda, potensi mereka untuk menjadi pembeli atau pengguna produk dan servis anda akan meningkat.

Sebab itu. pemilik bisnes perlu konsisten untuk memupuk minat pembaca setia dan menarik pelawat baru.

Kalau kita ingat dulu-dulu, blog ialah perkongsian apa yang blogger itu suka, hobi, pendapat, luahan dan pengalaman diri blogger itu sendiri.

Blog personal tumbuh seperti cendawan. 

Cuba lihat blog sekarang?

Blogger semakin bijak menggunakan peluang untuk menjana pendapatan.

Tidak kira pendapatan secara sambilan atau pemilik bisnes yang lebih serius, blogging masih in trend sebagai salah satu content marketing

Blogging kini lebih kepada kepada reader-focused.

Neil Patel juga setuju.

Beliau ialah digital marketer, juga terkenal dalam content marketing.

Apa Perlu Ada Dalam Blog Bisnes?

Nak create blog itu mudah. Tapi bagaimana mahu buat blog anda kekal relevan dengan target audiens?

a. Blog Lebih Personalized

Konten yang dikongsi selalunya menyelesaikan masalah pembaca dan menyediakan solusi. Perkongsian informasi dibuat dengan lebih terperinci dan teratur.

Seperti di Kartel Digital, saya himpunkan koleksi konten mengikut kategori.

Jika di Facebook atau Instagram, anda tak boleh tulis terlalu panjang, sebabnya orang di media sosial suka info yang pendek dan pantas. Mereka jenis scroll laju-laju.

Jadi jika anda hendak mengupas isu, memberikan cadangan, pros and cons, blogging ialah medium terbaik untuk huraikan dan kongsikan dengan target audiens.

Mereka memang nak tahu dan mahu membaca perkongsian yang panjang lebar untuk mencari jawapan dan maklumat tambahan kepada pertanyaan masing-masing.

Maka, mereka search dan jumpa blog anda yang menyediakan jawapan berkenaan.

Neal Schaffer, seorang social media marketer dan speaker terkenal dalam konten digital pernah mengatakan bahawa blog ini umpama ‘suara sosial’ anda.

Blog bisnes yang relevan membincangkan tentang bidang kemahiran atau kepakaran.

blogging untuk bisnes

Jadi, tulislah topik kepakaran anda supaya ada personal touch kepada pembaca.

Sebagai contoh anda adalah jurukamera, fokuslah blog tentang tip dan panduan berkaitan fotografi.

Barulah nampak anda sebagai subject matter expert.

b. Kualiti VS Kuantiti

Sekarang kita beralih tentang posting blog, mahu fokus kualiti atau kuantiti?

Kalau ada blog yang banyak kuantiti post tetapi konten tidak berkualiti, boleh jadi anda akan hilang prospek daripada menambah pembaca.

Membina kredibiliti.

Apabila kita kerap menyiarkan konten berkualiti, pembaca baru boleh bertukar menjadi pembaca setia.

Sebab apa?

Sebab mereka nampak kualiti konten yang anda kongsi.

Mereka yakin ada nilai atau extra value selepas membaca blog anda.

Ada sesuatu dalam konten anda yang berjaya memberi jawapan, manfaat atau solusi yang mereka mahukan.

Mengikut carian Google, ini blog niche yang menguntungkan bagi tahun 2021.

Tidak dinafikan, masa dan tenaga untuk membina konten berkualiti diperlukan dalam usaha untuk menambah trafik.

Jadi, rancang kalendar konten anda sebaik-baiknya kerana ini kerja berterusan.

Bukan buat satu malam dan tunggu hasil.

c. Blogging adalah strategi bisnes

Blogging bukan sekadar perkongsian tetapi kena ada sound business model yang betul dengan perniagaan anda.

Contohnya blog syarikat mengenai kecantikan dan kesihatan, posting yang disiarkan mesti berkaitan kecantikan dan kesihatan.

Jika mengenai pelaburan, maka sediakan konten berkaitan jenis pelaburan seperti saham, emas dan sebagainya.

Nampak sahaja blogging ini seperti medium perkongsian konten yang biasa tetapi di sebalik perkongsian itu, ada target yang dikejar untuk perkembangan bisnes.

Sebab itu, konten anda perlu relevan dengan bisnes dan target pasaran.

Saya kongsikan statistik daripada DemandMetric yang menunjukkan 67% leads iaitu prospek datang dari blog setiap bulan.

Inilah sasaran yang perlu dikejar oleh pemilik bisnes, melalui strategi konten.

Anda boleh tanya diri, “Bagaimana saya boleh membantu pembaca blog saya menyelesaikan masalah?”

Jika audiens berasa blog post anda memberi manfaat, mereka akan kembali untuk post yang akan datang.

Apabila blog dah ramai pengunjung, dah boleh buat affiliate marketing pula. Dapat side income.

Affiliate ni apa pula? Tu topik lain dah.

Ada masa baca di sini.

d. Search Engine Optimization (SEO) 

Dalam blogging, keyword atau kata kunci SEO penting untuk menaikkan ranking di Google search.

Saya pernah ulas pasal artikel SEO. Boleh baca nanti.

Secara asasnya, SEO ni melibatkan penggunaan kata kunci yang berkaitan dengan niche anda dan boleh diletakkan dalam tajuk dan konten.

Perlu tahu, nak buat SEO ni memakan masa. Anda tidak boleh melihat kesan SEO serta-merta.

Sebab itu, perlu rajin menulis dengan konsisten.

Apabila ramai pelawat masuk ke blog anda melalui Google search, maka ranking anda akan naik secara organik.

Google melihat artikel anda ada ‘harga’.

Jadi, perlahan-lahan ranking blog anda dalam search engine akan meningkat.

Dari halaman lime ke halaman empat, tiga, dua dan seterusnya, halaman pertama.

Bagaimana Blog Bisnes Mengikut Perubahan Masa?

Memandangkan blog ni masih in, apa yang perlu kita buat supaya relevan dengan perubahan masa, sesuai dengan pembaca sekarang?

a. Perlu Bijak Guna Pengaruh Media Sosial

Jika anda pemilik bisnes, kemungkinan besar anda mempunyai website bisnes yang memaparkan produk dan servis perniagaan anda.

Nasihat saya, tambahlah lagi satu tab dalam web iaitu blog untuk berkongsi pendapat, memberikan khidmat nasihat, tip dan panduan serta ruang untuk membincangkan produk baru atau upgrade produk sedia ada.

Jika anda sudah mempunyai blog bisnes yang reliable, tidak salah menggunakan pengaruh media sosial lain seperti Facebook, Instagram, Linkedin atau Twitter untuk beritahu mengenai entri terbaru atau sedia ada.

Ajak follower membaca posting di blog yang ada kupasan terperinci mengenai subjek kepakaran anda.

Pengaruh media sosial sangat kuat dan rugi jika tidak pelbagaikan platform untuk engagement dan trafik ke blog bisnes.

Di era digital, anda perlu bijak dan cekap untuk menarik audiens baru dengan memberi input relevan kepada pelawat blog, supaya mereka sanggup jadi pelawat setia blog anda.

 b. Manfaatkan Penggunaan Gambar, Infografik, Video

Sepeti yang kita tahu, blogging pada asalnya ialah seperti diari, dipenuhi dengan teks.

Namun bersesuaian dengan peredaran masa, pembaca juga sukakan penulisan yang diselitkan dengan bahan multimedia lain seperti gambar, infografik dan video.

Saya kongsikan dapatan daripada venngage.com ni.

Sebanyak 48.2% marketer guna visual. Maksudnya blog mereka ada gambar, video dan sebagainya.

Nak create visual dekat mana?

Anda boleh gunakan Canva untuk reka bentuk grafik secara online.

Jika suka perisian, anda bolehlah cuba alternatif lain seperti Adobe Spark dan Visme.

c. Jadi Copywriter Atau Upah Copywriter

Bukan semua pemilik web pandai menulis dengan baik.

Jika ya pun, mereka tiada masa untuk menulis kerana mahu fokus kepada operasi dan strategi perniagaan.

Copywriter yang bagus, mahir menyusun kata dan masih menjaga ‘suara’ anda dalam penulisan blog.

Satu kelebihan jika dia tahu tentang SEO.  

Kalau nak tahu pasal copywriting, saya ada kongsi disini.

d. Gunakan Data Pelanggan Anda Dengan Lebih Baik

Untuk suatu jangka masa, apabila sudah ‘mengenali’ pembaca anda, gunakanlah data yang ada untuk buat kempen pemasaran yang lebih spesifik.

Bagaimana?

Kalau sudah ada listing follower, boleh mula buat email marketing untuk mereka.

Lebih khusus dan customised.

Secara am, email marketing boleh bertujuan untuk buat pemasaran, jualan, pengumuman, newsletter atau perkongsian tip dan manfaaat servis atau produk kepada pembaca.

Banyak analisis yang bisnes owner boleh dapat daripada menghantar email seperti data open rate,  CTA (click to action), dan CTR (click to rate).

Metriks ini penting untuk menilai kempen anda berjaya atau tidak.

Boleh jenguk entri ni kalau nak tahu lebih tentang email marketing.

Evolusi Blogging Di Era Digital

Seperti yang kita tahu, blog dah lama ada dan seiring dengan masa, ia turut berevolusi.

Maka, kita yang menyediakan konten juga perlu buat perubahan dengan cara kita menulis posting blog, tak boleh samakan cara dahulu dan sekarang. Perlu improvise.

Jadi, di sini saya kongsikan juga cara untuk sediakan konten supaya blog anda kekal relevan.

a. Elak Guna Tajuk Clickbait Yang Terlalu Mengelirukan

Tajuk sangat-sangat penting untuk memikat pembaca dalam saat-saat pertama.

Jika tajuk tidak memukau, anda boleh hilang prospek. Silap-silap orang imbas 5 saat pertama je.

Pembaca sekarang tidak suka tajuk yang mengelirukan, atau terlebih sensasi daripada konten sebenar.

Pembaca lebih berminat kepada tajuk realistik yang betul-betul memberi konten yang jujur dan headline tidak melebih-lebih tetapi catchy dan sesuai dengan kualiti posting itu.

b. Blogging Topik Niche

Seperti saya mention tadi, blogger dahulu bercerita tentang macam-macam topik, kerana trend dahulu banyak kepada pengalaman dan pendapat peribadi blogger.

Tulis je apa nak tulis.

Berbeza dengan blogger sekarang, topik mesti ditulis ikut niche untuk menarik pembaca setia.

Secara sedar atau tidak, prospek ini akan bertukar menjadi loyal customer.

Jika nak baca lanjut, saya ada kongsi juga cara buat duit dengan blog di sini.

c. Tiada Lagi Blogging Tentang Kehidupan Harian Anda

Perubahan paling besar dalam perkembangan blogging ialah entri tentang kehidupan peribadi tidak lagi popular kerana media sosial telah mengambil peranan tersebut.

Seperti yang kita lihat, ramai bercerita kehidupan mereka di Facebook, Twitter dan Instagram hari-hari.

Jadi, elakkan berbuat hal yang sama di blog bisnes.

Saya ulang, tumpukan pada niche.

Cerita peribadi, anda boleh alihkan ke media sosial.

Dekati followers anda melalui cerita harian dan sesekali, beritahulah pasal blog anda yang banyak konten berfokus itu.

d. Tiada Lagi Posting Yang Terlalu Kerap Untuk Dapatkan Trafik

Ini juga perubahan yang perlu anda ambil tahu.

Ingat, kuantiti over kualiti.

Trafik akan meningkat bersama masa jika konten anda berkualiti.

Konten berkualiti pasti akan dikongsi oleh pembaca.

Ia jadi rujukan pelawat dan akhirnya menaikkan ranking organik anda di Google.

e. Blogging Dengan Tambahan Bahan Visual

Gunakan bahan multimedia yang ada seperti gambar, infografik dan video dalam posting.

Terbukti dengan kajian, pembaca senang tertarik dan absorb dengan penggunaan visual daripada penyampaian yang 100 peratus penulisan sahaja.

Selain konten berkualiti, konten yang disokong dengan visual juga boleh menambah engagement.

Contohnya, konten blogger terkenal Alex dan Lauren.

Blog mereka ialah Avocadu yang memfokuskan kepada gaya hidup sihat dan createandgo yang fokusnya membantu blog bisnes.

Blog ini ada visual menarik untuk pembaca.

Kesimpulan – Relevan Lagi Ke Blogging Untuk Bisnes?

Sekarang, anda tak perlu ragu-ragu lagi tentang blogging.

Ya, blogging masih relevan dan boleh menjana keuntungan lumayan.

Blogging adalah pelaburan jangka panjang.

Bukan senang mahu mempunyai pembaca setia. Jadi, rancanglah hala tuju blog dengan strategi yang betul.

Suka saya mahu ingatkan, blogging bukan tempat hard selling, tetapi menggunakan storytelling melalui perkongsian artikel yang dekat dengan minat pembaca.

Jika mereka percayakan konten anda, potensi produk dan servis yang anda sediakan menjadi pilihan akan semakin tinggi.

Sedar atau tidak, customer anda meletakkan keutamaan kepada produk anda.

Saya harap sharing artikel blogging ini memberi jawapan yang anda cari.

Boleh tulis di ruangan komen kalau ada soalan nak tanya ya. Nanti saya reply.

Stay in touch!

Share this!

HAFIZ AZMAN

HAFIZ AZMAN

Blogpreneur at Dropship Kartel & Kartel Digital. Sometimes jadi consultant dan coach untuk bidang Digital Marketing, Online Business, dan eCommerce.

PANDUAN PERCUMA

6 Figure Blogging Gameplan eCover

KETAHUI GAMEPLAN SAYA BUAT INCOME 6-ANGKA DARI BLOG!

Dapatkan eBook eksklusif yang mengandungi ‘failed-proof’ gameplan untuk anda mula bisnes online from scratch, dan direka khusus untuk anda yang busy tapi nak buat side income online.

Ia adalah hasil dari pengalaman, pembelajaran, dan eksperimen bertahun, sehingga saya boleh buat income dengan konsisten, 100 peratus online, secara seorang diri.

CASE STUDY EKSKLUSIF (FREE)

Rahsia Bagaimana En. Amir Hasilkan RM250k Dari Dropship Dalam Masa Sebulan!

Isi nama dan email untuk saya hantar ebook ini.
CASE STUDY EKSKLUSIF (FREE)

Rahsia Bagaimana En. Amir Hasilkan RM250k Dari Dropship Dalam Masa Sebulan!

Isi nama dan email untuk saya hantar ebook ini.