Isi Kandungan
Sejarah Kemunculan Blog
Blog biasanya dijalankan secara individu atau kumpulan kecil untuk sampaikan maklumat dalam gaya perbualan. Namun, kini terdapat banyak blog korporat yang hasilkan pelbagai kandungan yang berunsur informasi dan falsafah mereka sendiri.
Blog berkembang daripada diari dan jurnal online pada pertengahan tahun 90-an. Ketika itu, pengguna Internet menulis laman web peribadi di mana mereka bercerita tentang kehidupan seharian, tanggapan dan ulasan isu sosial.
Istilah web log pertama kali digunakan pada hujung 90-an, kemudiannya menjadi weblog dan akhirnya hanya disebut sebagai blog.
Disebabkan laman web tumbuh dengan begitu pesat, beberapa tool mula muncul, di mana ia memudahkan pengguna untuk buat jurnal online dan blog peribadi.
Tool ini mempopularkan aktiviti blogging dan menjadikan teknologi lebih mudah digunakan buat pengguna yang bukan teknikal.
Pada 1999, laman blog yang terkenal blogger.com telah dilancarkan dan kemudiannya dimiliki oleh Google pada Februari 2003.
Pada tahun yang sama juga, May 2003; WordPress telah melancarkan versi pertama platform blognya.
Kini, WordPress telah menjadi antara platform blog paling popular.
Beza Antara Blog dengan Laman Web
Blog ialah salah satu jenis laman web. Perbezaan yang ketara antara blog dengan laman web yang lain ialah blog dikemas kini secara berkala dengan kandungan terbaru, yang mana ia disusun mengikut kronologi terbalik (pos yang terbaru akan dilihat dulu).
Laman web tipikal biasanya lebih statik, yang mana kandungannya disusun dalam halaman-halaman, dan kesemuanya tidak dikemas kini secara kerap (berbanding blog).
Manakala blog pula lebih dinamik (sentiasa berkembang) dan biasanya kerap kali dikemas kini. Sesetengah blogger juga siarkan beberapa artikel dalam sehari.
Blog boleh jadi sebahagian daripada laman web yang besar. Kebanyakan perniagaan sediakan seksyen blog; tempat mereka buat kandungan untuk sampaikan maklumat dan mendidik pelanggan mereka.
Anda boleh gunakan WebPress untuk buat kedua-dua laman web dan blog. Atas sebab ini juga, banyak perniagaan gunakan WordPress untuk membina laman web perniagaan kecil mereka.
Dalam bahasa mudahnya, semua blog boleh jadi laman web atau sebahagian daripada laman web. Namun, tidak semua laman web boleh dipanggil sebagai blog.
Contohnya, Kartel Digital ialah sebuah laman web dan juga sebuah blog. Laman web kami juga siarkan format bukan-blog seperti tentang kami, hubungi kami, dan servis.
Sekarang cuba lihat contoh lain. Kali ini laman web bernama Kartel Digital Academy. Ia sebuah laman web perniagaan dan dimiliki oleh pengurusan syarikat Kartel Digital.
Ia tak mengandungi blog atau kandungan yang disusun dalam apa-apa susunan yang melibatkan tarikh/masa siaran.
Ia gunakan halaman untuk menyusun dan menyampaikan maklumat tentang kursus yang ditawarkan di Kartel Digital dan mengumpulkan maklum balas pelanggan kami.
Selain itu, blog ada artikel yang disusun mengikut kategori dan tag. Manakala laman web gunakan halaman-halaman untuk susun dan siar kandungannya.
Jelas tak bezanya? Cuba teruskan membaca, mungkin akan lebih nampak perbezaan antara kedua-duanya.
Blog atau Laman Web – Mana Satu Lagi Bagus?
Sebagai seorang pemula, anda mungkin tertanya-tanya sama ada anda patut mulakan blog atau terus buat laman web; mana satu yang lebih bagus?
Jujurnya, jawapannya bergantung kepada matlamat anda.
Banyak perniagaan kecil seluruh dunia ada laman web tradisional yang dibina dengan hanya halaman-halaman dan tiada blog.
Laman web kecil sebegini selalunya dibuat sebagai laman informasi untuk tampilkan kewujudan perniagaan, organisasi atau individu.
Sebaliknya, makin banyak perniagaan yang menyedari potensi sesebuah blog dalam strategi pemasaran (secara menyeluruh) mereka. Tentunya mereka gunakan blog untuk dapatkan lebih banyak trafik daripada enjin carian.
Nak tau kenapa? Sebab penggunaan blog terbukti dapat tambah baik search engine optimization (SEO). Maksudnya, dengan adanya blog, entiti perniagaan, organisasi atau individu akan lebih mudah dicari apabila seseorang buat carian di enjin carian.
Baca artikel ni kalau nak tau lanjut pasal SEO.
Blog juga datang bersama RSS feed feature yang memberi maklumat terkini tentang post terbaru kepada pengguna. Apabila pos terbaru disiarkan di blog, pengguna akan terima notifikasi melalui RSS feed feature yang mengemas kini secara automatik.
Seorang pemasar yang bijak akan hubungkan RSS feed feature dengan e-mel atau web push notification untuk hantar maklumat terkini (tentang pos terbaru, hebahan produk dan sebagainya) kepada pengguna.
Sama ada anda seorang ahli perniagaan, NGO atau seorang profesional; dengan adanya blog dalam laman web anda, ia akan banyak membantu untuk menarik audiens sasaran, kembangkan senarai e-mel dan seterusnya memudahkan tawaran produk/khidmat.
Kenapa Orang Buat Blog? Apa Kelebihannya?
Setiap individu yang buat blog ada matlamat dan motivasi masing-masing untuk terus menulis blog. Kebanyakannya gunakan blog sebagai satu alternatif untuk tulis diari atau jurnal.
Blog menyediakan mereka satu tempat untuk berkongsi kreativiti mereka kepada lebih ramai audiens.
Jenama dan perniagaan terkenal buat blog untuk mendidik pelanggan, kongsi berita dan capai lebih ramai audiens. Blogging dah jadi satu bahagian yang mustahak dalam strategi pemasaran untuk banyak perniagaan.
Berikut ialah kelebihannya:
- Sediakan ruang untuk susun serta kumpulkan pendapat dan idea.
- Membenarkan anda tunjukkan kemahiran, kreativiti dan bakat.
- Bantu individu untuk menjadi seseorang yang berautoriti dalam industri.
- Bantu anda bergaul dengan orang yang mempunyai minat yang sama secara online.
- Ramai blogger jana pendapatan dengan gunakan pelbagai cara.
- Perniagaan yang gunakan blog untuk tarik lebih ramai pelanggan yang berpotensi, ke laman web mereka.
- Badan kebajikan boleh guna blog untuk jalankan kempen media sosial dan mempengaruhi pendapat orang awam.
Apa Contoh Blog yang Baik?
Ada banyak! Jutaan individu dan perniagaan seluruh dunia ada blog. Maknanya, macam-macam blog yang ada untuk bincang apa-apa topik yang anda boleh fikirkan.
Di sini kami kongsikan tentang beberapa blog yang anda boleh rujuk sebagai contoh.
Kami pilih beberapa blog untuk beri anda idea betapa banyaknya variasi blog yang ada. Sebahagiannya telah bermula lebih 10 tahun dalam dunia blog.
Iman Abdul Rahim seorang blogger yang memfokuskan niche kecantikan, gaya hidup dan kekeluargaan.
Walaupun Iman kini lebih aktif di media sosial, namun kewujudan blognya masih penting kerana artikel dan ulasan yang pernah ditulis sentiasa jadi rujukan jika ada soalan daripada pengikutnya.
Azie’s Kitchen seorang blogger masakan dan makanan. Terdapat banyak menu yang pernah dikongsikan sejak tahun 2011 sehingga kini.
Selain menulis tentang masakan, ada juga diselitkan elemen kekeluargaan dan gaya hidup.
Langkah demi langkah masakan juga disertakan dengan gambar yang jelas.
Bantuan visual ini antara sebab blog ini ramai pengunjung, dan jika anda buat carian tentang suatu resipi; hasil carian akan mencadangkan blog Azie’s Kitchen.
Jutawan tempatan yang terkenal kerana telah bergelar jutawan seawal usia 25 tahun.
Irfan Khairi yang kini menjalankan perniagaan di Dubai; antara pelopor usahawan online ini, aktif di blog dan berpengalaman menjalankan banyak perniagaan serta melatih usahawan.
Blog kendaliannya banyak siarkan artikel bertemakan perniagaan, kewangan dan motivasi.
Amanz Media memfokuskan kepada penghasilan kandungan yang lebih mengkhususkan dunia IT.
Amanz Media membangunkan dan mengeluarkan artikel mengenai perkembangan dunia IT dalam dan luar negara, selain pada masa yang sama mengeluarkan ulasan mengenai peranti dan gajet semasa.
Pelaburan boleh menjadi sesuatu yang membingungkan termasuklah bagi golongan profesional yang paling berpengalaman.
Pengendali blog Labur Santai, Adib dan Kauthar; telah menyusun asas-asas pelaburan secara realistik dan mudah difahami, menggunakan bahasa harian.
Kesimpulan – Bolehkah Sesiapa Sahaja Mulakan Blog?
Jawapannya, tentulah boleh! Sesiapa sahaja boleh mula buat blog dengan mudah.
Kalau dulu nak buat blog kena kuasai kemahiran tulis coding HTML dan PHP, walau nak kemas kini blog.
Tapi sekarang ni semuanya dah lebih mudah. Ada banyak platform dan tool untuk anda mulakan blog seperti WordPress, Blogger, Wix dan macam-macam lagi. Kesemua ini akan bantu anda untuk buat blog pertama anda tanpa perlu menulis coding.
Secara asasnya, kalau anda boleh point-and-click maka anda dah boleh mulakan blog dalam beberapa minit saja!
Jom belajar buat blog dengan Kartel Digital, baca artikel Cara Buat Blog ada langkah demi langkah.