Cara Buat Dropship Shopee Malaysia Tanpa Modal & Proven (Edisi 2022)

cara buat dropship shopee

Tahu tak sebenarnya anda boleh buat duit yang banyak secara dropship?

Ya, macam seller yang dah untung empat ke lima angka di Shopee tu.

Sebenarnya anda pun boleh buat. Serius.

Jadi atas permintaan ramai, kali ini saya nak kongsikan satu lagi cara untuk buat bisnes tanpa modal iaitu dengan menjadi seller Dropship Shopee di Malaysia.

Minat?

Jom baca sharing saya.

Apa Itu Dropship Shopee?

Dropship Shopee ni, sama saja macam konsep dropship lain.

Yang berbeza hanya kebanyakan aktiviti bisnes seperti mencari pembekal, produk, dan pelanggan, semuanya berlaku di Shopee.

Saya kongsi semula definisi dropship, untuk yang belum tahu.

Dropshipping adalah suatu model bisnes yang melibatkan kita menjual produk tanpa menyimpan stok atau membuat penghantaran barang.

Semua ini dilakukan oleh pembekal. Anda hanya perlu menjual.

dropshipping business model

Dropship di Shopee pula, kerja utamanya ialah mempromosi dan mendapatkan pelanggan yang berbelanja di kedai Shopee anda.

Kemudian membuat pesanan daripada pembekal untuk dihantar kepada pembeli berkenaan. Saya akan cerita lanjut pasal ini nanti.

Kelebihan buat Dropshipping di Shopee Malaysia

Tahukah anda, Shopee benarkan seller memasukkan sehingga 5,000 produk dalam kedai mereka? Banyak!

Dan, untungnya dropshipper kerana buat masa ini anda tidak perlu mendaftar perniagaan untuk menjadi seller di Shopee.

Paling kena ada akaun Shopee (akaun customer biasa).

1. Percuma

Benda tak payah keluar belanja, siapa yang tak suka kan?

Beruntunglah sesiapa yang take action dan mula buat dropship tanpa modal ni.

Bila buat bisnes dropshipping Shopee Malaysia ini, modal yang anda perlu laburkan ialah masa.

Masa untuk belajar pasal sistem Shopee dan cari produk untuk dimasukkan dalam kedai kita.

Tak perlu keluarkan modal duit sangat.

2. Sistem Online Mudah

Bagi yang mudah pening apabila menghadap benda berkaitan teknikal melibatkan teknologi digital atau lain-lain benda yang susah nak faham, anda gerenti akan suka dengan Shopee.

Sebabnya, sistem Shopee ini mesra pengguna.

Anda hanya perlu klik start selling, setup maklumat kedai (nama, deskripsi, gambar, dan logo kedai), tambah produk, set kaedah penghantaran dan sudah boleh menjual.

Setiap langkah jelas dan mudah untuk diikuti.

3. Tumpuan Pengguna Untuk Berbelanja

Sebagai tempat berbelanja, pengguna yang berkumpul di sini tentulah mahu membeli.

Berbanding apabila anda gunakan Facebook atau Instagram, bukan semua yang datang ada niat mahu berbelanja.

Media sosial, ada yang datang sebab mencari hiburan, bersosial, mencari kenalan baru dan lama atau menghilangkan kebosanan.

Yang mencari produk di situ, tidak banyak.

Selain itu, apabila berniaga menggunakan media sosial, anda perlu ambil banyak masa pula untuk melayan kehendak dan soalan pelanggan di WhatsApp.

4. Mesra Pengguna

Bukan sahaja memudahkan seller, app Shopee juga menyenangkan atau mesra pengguna.

Interface yang menarik, selain flow sistem yang mudah difahami menyebabkan pembeli suka.

Sekali dah datang, jarang pengguna yang pergi dan mencari ruang pembelian lain.

Dengan pelbagai promosi setiap bulan, juga manfaat yang ditawarkan seperti baucar diskaun, baucar Free Shipping, tawaran Cashback Coins dan sebagainya, pelanggan seronok membeli belah di Shopee.

5. Cara Pembayaran Mudah

Kaedah pembayaran yang disediakan juga membantu pengguna mengelakkan scammer.

Selain dihubungkan dengan sistem perbankan online bank-bank utama dalam negara, kaedah pembayaran menggunakan ShopeePay dan SPay Later juga tersedia.

Buat pengguna yang selesa menggunakan kaedah tunai, pembayaran boleh dibuat melalui kedai runcit seperti 7-Eleven dan KK Mart, atau COD (Cash on Delivery).

payment method shopee

Proses transaksi begini memberi keselesaan, rasa selamat dan percaya yang tinggi kepada pengguna, menyebabkan mereka mahu membeli lagi dan lagi.

6. Customer Bayar On Time

Bayaran yang dibuat juga akan dikreditkan ke akaun seller pada masanya, ikut jadual (setiap Rabu).

Seller juga boleh mengeluarkan wang pada bila-bila yang dimahukan melalui Shopee wallet.

Dengan cara ini, seller turut mendapat jaminan daripada backout buyer ataupun non-serious buyer.

Tak ada lagi situasi layan segala soalan selama tiga hari, hanya untuk dapat jawapan, “Saya tak jadi nak beli,” atau, “Nanti saya order dengan anak saudara saya.”

7. Jimatkan Masa Seller & Buyer

Disebabkan sistem Shopee ini yang akan menguruskan segala hal semasa proses jual beli, seller akan mempunyai lebih masa untuk hal-hal lain seperti menguruskan rumah tangga.

Ataupun, seller boleh gunakan masa untuk menambah follower di kedai masing-masing dan merangka sesi promosi seperti mengadakan sesi Shopee Live.

Buyer pun tidak perlu menunggu seller menghantar maklumat produk, maklumat pembayaran dan sebagainya.

Sebaliknya, jika mahu seller berkualiti, buyer boleh terus mencari seller yang diberi gelaran “Preferred Seller”.

Juga, membaca testimoni pembeli lain yang pernah membeli daripada seller berkenaan sebelumnya.

8. Tiada Tawar-Menawar

Saya percaya, ini hal yang sangat melegakan para seller. Tiada lagi tawarmenawar.

Apabila pelanggan mahu beli, klik sahaja produk, checkout dan bayar pada harga yang tertulis.

Tidak ada ruang untuk meminta pengurangan harga, kecuali apabila seller memberikan baucar diskaun atau promosi khusus.

Jika mahu pengurangan juga, buyer boleh tebus coins jika mahu mengurangkan jumlah yang perlu dibayar.

Menang-menang.

Langkah Buat Dropshipping Shopee Malaysia

Okey, dah nampak kelebihan menjadi seller di Shopee? Sekarang, saya nak kongsikan cara buat dropship Shopee.

a) Cari produk dalam kategori ramai buyer

Langkah pertama, cari produk dalam kategori yang ramai buyer.

Maksudnya, tengah ada demand.

Saya sertakan petikan daripada artikel Berita Harian pada September 2018.

“Di Malaysia, Shopee 9.9 Super Shopping Day mendapat sambutan yang amat menggalakkan dengan segmen Kesihatan dan Kecantikan; Kediaman dan Gaya hidup; Aksesori dan Mudah alih; Bayi dan Permainan serta Fesyen Wanita muncul sebagai kategori yang mencatatkan jualan tertinggi.”

Berita Harian
dropshipping shopee malaysia

Lihat sendiri, produk yang mencatatkan carian tertinggi masih berada dalam kategori yang sama.

b) Jualan produk melebihi 100 unit

Selepas pilih kategori, fokuskan pencarian kepada produk yang jualannya melebihi 100 unit.

Logiknya mudah, iaitu produk ini ada banyak permintaan.

c) Rating seller melebihi 4 star.

Rating yang baik memberi maksud seller bukan scammer dan boleh dipercayai.

Lebih mudah, cari sahaja seller yang ada gelaran Preferred Seller.

Sebagai contoh, kita lihat produk ini:

contoh produk di shopee

Rating seller, 5 bintang (ngam)

Produk terjual 1,000 unit (ngam)

Jadi, kita boleh masukkan seller dan produk ni dalam senarai.

d) Set harga jual

Kita masih gunakan contoh produk tadi.

Tengok harganya, RM10.99. Sebagai dropship Shopee, perkara seterusnya yang kita perlu buat ialah letakkan harga jual.

Untuk produk ni, katalah saya nak naikkan harga jual kepada RM13.69. Anda rasa, ada tak orang nak beli?

Jika anda tanya saya, ya saya akan beli sebab harga itu masih dalam kategori mampu milik.

e) Hubungi seller

Dah pilih produk, hubungi seller dan beritahu yang kita nak jadi dropship produk dia.

Biasanya, kebanyakan penjual akan terima dropship. Jangan susah hati. Tanya seller dan dapatkan jawapan anda.

Once seller dah setuju, kita up produk dalam kedai Shopee.

Apabila ada pembelian, buat pesanan kepada seller (beli daripada seller) dengan menukarkan alamat pengeposan kepada pembeli tadi.

Sebab buyer beli produk tersebut daripada dropshipper, seller tidak akan letakkan invoice dalam parcel yang dihantar.

Jadi, pembeli pun tak akan tahu harga dropship yang kita dah letakkan tadi.

Dah nampak cara-caranya?

Nampak, memanglah nampak. Tapi, sekarang datang pula soalan baru.

Macam mana nak ada banyak jualan di Shopee?

Kalau ikut produk contoh tadi, untung hanya RM2.70 daripada setiap jualan.

Sikitnya? Bila nak kaya kalau macam ni?

Rilek, guys. Sebab itulah kena banyakkan jualan. Teruskan membaca untuk tahu.

Tips Dapat Jualan Banyak Di Shopee

Okey, tak dinafikan salah satu cara untuk naikkan jualan ialah dengan tingkatkan jumlah follower di Shopee.

Sebagai seller, anda boleh tekan butang untuk boost produk.

Nanti Shopee akan paparkan iklan kepada prospek atau buyer yang berminat, termasuklah follower kedai kita. Untuk banyakkan follower, ada dua cara yang boleh dibuat.

i. Followers Price

Cara follow price ini, kita sediakan baucar diskaun siap-siap untuk sesiapa yang follow.

Jika kita dah set ada baucar untuk follower baru macam kedai Shopee Skuad Misi ini, pop up macam dalam gambar akan muncul apabila mereka “datang” kedai kita.

kupon followers kedai shopee

Apabila buyer dah claim, sistem akan tolak RM1 daripada harga jualan produk apabila pembelian dilakukan.

Contohnya, harga jual yang kita letakkan ialah RM19.90.

Apabila buyer claim baucar diskaun ini, mereka hanya perlu membayar RM18.90 untuk produk tersebut.

Untuk set baucar diskaun ini, anda boleh ke Seller centre > Marketing centre > Marketing tools > Follow price.

Anda boleh set tempoh aktif atau tempoh untuk claim baucar diskaun ini.

Ia akan memberi rasa urgency kepada prospek untuk membuat pembelian.

ii. Manual Following

Sekiranya anda menggunakan kaedah ini, anda kena follow user secara manual.

Jika perasan, kadang-kadang ada yang follow akaun kita tiba-tiba, walaupun kita ni bukan seller. Ha, itu maknanya seller sedang guna teknik manual follow.

Nama pun cara manual, akan ambil masa dan sedikit leceh.

Untuk yang belum tahu, Shopee membenarkan seller untuk follow 100 pengguna dalam masa 24 jam.

Ya, memang leceh sebab kena bertabah klik satu demi satu untuk menyediakan ruang mengutip hasil yang lebih tinggi.

Buat sekerap mungkin.

Semakin ramai yang anda follow, makin ramai yang akan follow anda semula. Biasanya daripada 10 yang anda follow, 4 user akan follow balik.

Saya nak kongsi satu cara mudah. Anda boleh gunakan cara ini untuk cari prospek berkualiti (targeted buyer).

Mudah sahaja. Lihat kedai pesaing anda, yang mempunyai jumlah jualan yang tinggi. Kaji produk yang dijual di kedainya. 

view kedai Shopee orang lain

Seterusnya gantikan search kepada followers.

Hasilnya. Kerja anda sekarang, klik follow satu per satu. Cukup 100, berhenti. Esok, ulang lagi. Cari pesaing lain pula.

Dapat?

Untuk yang masih tak faham dan tak tahu macam mana nak cari produk best untuk dropship Shopee Malaysia, saya cadangkan untuk anda dapatkan ebook Panduan Rahsia Bisnes Shopee.

Panduan Rahsia Bisnes Shopee

Kenapa saya cadangkan ebook ini?

panduan bisnes shopee malaysia

Sebabnya, ebook ini menyediakan panduan yang jelas untuk newbie yang baru nak mula menjadi dropship Shopee Malaysia.

Untuk yang nak tahu lebih pasal ebook ini, saya kongsikan review ringkas di sini.

Siapa Penulis eBook Bisnes Shopee?

eBook ini ditulis oleh John Jenin, antara orang terawal yang ditawarkan mencuba Shopee ketika ia baru masuk ke Malaysia.

Beliau ada pengalaman lebih 10 tahun berniaga di platform marketplace lain seperti Amazon, eBay, Lazada dan sebagainya.  Bukan calang-calang orang.

Jadi, beruntunglah kita apabila ilmunya dibukukan untuk kita baca.

eBook Bisnes Shopee Ini Tentang Apa?

eBook Bisnes Shopee dengan 197 muka surat ini akan membantu anda belajar cara untuk  jana pendapatan lumayan melalui Shopee.

Yang best-nya, eBook ini padat dengan gambar how-to dan penerangan yang detail dengan bahasa yang mudah faham.

Panduan bermula dari cara nak buat akaun, cari produk, kenal sistem pos di Shopee, cara uruskan pesanan, sampailah cara keluarkan duit jualan dari Shopee.

Dalam eBook ini juga ada ceritakan beberapa hal yang sering jadi masalah untuk peniaga Shopee yang baru bermula seperti tak faham sistem pengeposan barang.

Semuanya diterangkan dengan panjang lebar dan secara tersusun. Memang lengkap! Padat!

Bonus Untuk Pembeli

Tak cukup dengan itu, penulis turut kongsikan cara buat marketing di Shopee dan langkah-langkah untuk kutip followers dengan cepat.

Juga, sesiapa yang beli eBook ini akan dapat lagi tiga eBook bonus!

  • Bonus 1 : Jual Produk Tanpa Pesaing
  • Bonus 2 : Cara Promosi Secara Percuma
  • Bonus 3 : Study Case Jana 10k Tanpa Modal

Ketiga-tiga eBook ini bagi saya, menghuraikan apa yang dah ada dalam eBook utama.

Mungkin sebab eBook utama pun dah hampir 200 muka surat, jadi penulis pecahkan kepada tiga eBook kecil untuk lebih mudah dibaca dengan contoh yang lebih jelas.

Dari segi kandungan pula, ketiga-tiga eBook ini praktikal dan boleh diguna pakai untuk semua bisnes online.

Ia tidak terhad kepada Shopee sahaja.

Macam dalam eBook 1 contohnya, anda diajar untuk guna Google Trend dan Google Keyword External Tools untuk scan produk yang bakal laris.

Dalam eBook 2, penulis terangkan cara untuk setup bisnes di platform lain dan link-kan dengan Shopee.

Bagi eBook 3, ada stepbystep untuk jual produk dropship dan barangan preloved.

Kalau dah baca eBook pun masih ada hal yang tak faham, anda boleh shoot soalan di group support di Facebook.

Setakat artikel ini ditulis, angka ahli group dah mencecah 6,000 orang!

Jadi, jangan risau, setiap soalan yang ditanya memang akan berbalas. Akan ada ahli group lain bantu jawab pertanyaan anda.

Dengan harga hanya RM100, ia akan jadi pelaburan yang berbaloi.

Anda dapat empat buah eBook yang ajar dari setup akaun Shopee sampailah cara jadikan produk laris.

Saya berani jamin, kalau anda ikut rapat segala panduan yang John berikan ini, anda akan jimat banyak masa berbanding godek sendiri sistem di Shopee.

Proses kenal Shopee akan mengambil masa yang lebih singkat dengan baca eBook ni.

Kesimpulan – Cara Buat Dropship Shopee Malaysia Tanpa Modal (Edisi 2022)

Memandangkan pengguna Shopee semakin ramai, tidak salah jika anda memanfaatkan platform ini dengan bermula sebagai dropshipper.

Memandangkan sudah ada guru yang sudi berkongsi ilmu, kita sekali lagi menjadi orang yang beruntung apabila mendapatkannya.

Macam dapat jalan shortcut untuk praktik dan kejar kejayaan.

Semoga perkongsian hari ini membantu, khususnya kepada rakan-rakan yang mencari ruang untuk menambah pendapatan pada musim-musim sesak ini.

Cara dah dikongsi, semoga berfungsi.

Jadi, bila anda nak mula buat bisnes dropship Shopee?

Selalunya lepas dah buat baru nampak bahagian yang tak faham. Kepada yang sudah buat, tahniah saya ucapkan.

Ada part yang tak faham, atau perlukan penjelasan lanjut, tanya sahaja di ruang komen.

Akhir kata, selamat ‘menyopee’!

Share this!

Picture of HAFIZ AZMAN

HAFIZ AZMAN

Blogpreneur at Dropship Kartel & Kartel Digital. Sometimes jadi consultant dan coach untuk bidang Digital Marketing, Online Business, dan eCommerce.

PANDUAN PERCUMA

6 Figure Blogging Gameplan eCover

KETAHUI GAMEPLAN SAYA BUAT INCOME 6-ANGKA DARI BLOG!

Dapatkan eBook eksklusif yang mengandungi ‘failed-proof’ gameplan untuk anda mula bisnes online from scratch, dan direka khusus untuk anda yang busy tapi nak buat side income online.

Ia adalah hasil dari pengalaman, pembelajaran, dan eksperimen bertahun, sehingga saya boleh buat income dengan konsisten, 100 peratus online, secara seorang diri.

CASE STUDY EKSKLUSIF (FREE)

Rahsia Bagaimana En. Amir Hasilkan RM250k Dari Dropship Dalam Masa Sebulan!

Isi nama dan email untuk saya hantar ebook ini.
CASE STUDY EKSKLUSIF (FREE)

Rahsia Bagaimana En. Amir Hasilkan RM250k Dari Dropship Dalam Masa Sebulan!

Isi nama dan email untuk saya hantar ebook ini.