9 Cara Simple Buat Logo Bisnes Cantik

Cara Buat Logo Cantik untuk Bisnes

Logo bisnes merupakan satu lambang yang boleh menggambarkan identiti jenama anda.

Pemilihan logo bisnes ini sangat penting untuk pemasaran jangka panjang. 

Logo bisnes cantik dalam konteks yang kami nak kongsi kali ni bukan saja cantik dari sisi aesthetic, tapi cantik dengan pelbagai fungsi dan beri kesan terhadap bisnes.

Benda nak pakai lama, tak boleh la sekadar ada saja.

Sebelum buat logo bisnes cantik, kena tau dulu apa yang buat logo bisnes tu nampak cantik.

1. Menggambarkan Identiti Jenama (Brand Identity)

Selain nama jenama (baca di sini cara cari nama terbaik), logo ialah visual paling bernilai untuk sebuah bisnes.

Rekaan logo bisnes  anda perlu meliputi butiran yang terperinci yang beri pengaruh kepada pertimbangan untuk beli dan persepsi jenama.

Sasaran anda seharusnya buat logo yang boleh digunakan rentas pelbagai saluran dan mudah untuk dibezakan, dan berkesan tak kira apa jua saiznya.

Setiap elemen, termasuk bentuk, warna (baca sini untuk cara pemilihan warna), dan font (yang patut digabungkan dengan tepat) untuk memberi mesej tentang bisnes anda.

Contohnya logo Nestlé, sebuah syarikat pelbagai jenis makanan. Logo Nestlé dah alami beberapa perubahan sejak tahun 1868 lagi!

Dalam satu logo ada jenama, warna, simbol dalam bentuk visual tentang perjalanan jenama ini.

Untuk mudahkan kerja mereka logo, anda boleh juga gunakan Looka atau mana-mana penjana logo yang lain untuk jana rekaan logo anda sendiri.

Pilih yang paling ngam dengan jenama, bisnes dan mampu tonjolkan bisnes anda berbanding pesaing yang lain.

Logo anda akan muncul pada apa-apa saja yang berkaitan dengan jenama untuk ceritakan kepada pelanggan yang berpotensi tentang siapa anda, jenis produk/servis yang anda tawarkan dan manfaatnya kepada pelanggan.

Selain menggambarkan jenama anda, logo anda juga menghubungkan sisi pemilikan anda terhap jenama anda.

2. Cipta Pandangan Pertama yang Hebat

Logo bisnes anda ialah benda pertama yang pelanggan akan nampak.

Memandangkan logo bisnes bertindak sebagai wajah bisnes, ia mesti dicipta dengan pandangan pertama yang mantap.

Jika tidak, pelanggan akan lari dan cari produk/servis pesaing pula.

Sesebuah logo bisnes yang mampu tonjolkan bisnes anda, sepatutnya ringkas, padat, unik  dan serba boleh.

Ia sepatutnya relevan dengan nilai, objektif dan niche bisnes anda.

Cari rekaan kreatif yang dapat hubungkan dengan audiens sasaran dan buat ia mudah diingati.

Cuba tengok gambar di bawah ni. Masih kenal kan logo bisnes walaupun tanpa perlu disertakan dengan nama jenamanya?

3. Meningkatkan Pengiktirafan Jenama

Logo bisnes cantik yang berkesan, ia patut mudah dikenali pada mana-mana paparan, sama ada kecil mahupun besar.

Hal ni penting supaya pelanggan boleh kenal pasti jenama anda dengan mudah.

Sekilas pandang pun dah nampak sama ada terpapar pada cetakan fizikal atau terpapar pada skrin digital (jadi penting sangat untuk fokuskan dalam tip no. 2).

Pilih logo bisnes yang tak bercanggah dengan mana-mana logo bisnes lain yang dah ada trademark, agar logo anda lebih mudah dikenali.

Hal ni untuk pastikan pelanggan betul-betul kenal logo bisnes anda dan tak tertukar dengan logo bisnes pesaing.

Bukan saja jenama dan logo saja yang didaftarkan sebagai harta intelek malah ada beberapa jenis warna juga tidak boleh dipakai tanpa izin pemegang hak cipta warna tersebut.

Misalnya, 7 warna di bawah ni. Tak boleh sesuka hati pakai tau! Nanti kena saman.

Jika anda mampu tonjolkan sisi seperti ini pada logo bisnes anda, tentunya logo anda mampu kekal unik berbanding pesaing.

 4. Memupuk Kepercayaan dan Kredibiliti Jenama

Tidak kira jenis bisnes yang anda jalankan, kemungkinan besar anda akan ada pesaing yang sasarkan pelanggan yang sama yang anda mahu tarik. 

Kepercayaan mainkan peranan penting dalam penubuhan bisnes yang berjaya. 

Logo bisnes cantik bantu anda bina kepercayaan di kalangan bakal pelanggan anda. 

Contohnya, jika anda ingin sasarkan golongan muda, logo bisnes anda harus tarik minat mereka dan beri mesej yang ingin anda sampaikan.

Selain gambarkan syarikat sebagai berpengetahuan dan cekap, logo bisnes cantik harus beritahu prospek bahawa perniagaan anda boleh dipercayai. 

Contohnya macam logo Tenaga Nasional Berhad (TNB). Dari logo dah gambarkan servis yang ditawarkan.

Penggunaan warna yang betul juga boleh sampaikan kepercayaan dan kredibiliti.

Adalah penting untuk faham tentang psikologi warna untuk buat reka bentuk logo bisnes yang bangkitkan respons emosi yang betul daripada prospek dan pelanggan anda.

Boleh baca artikel tentang pemilihan warna di sini

 5. Tingkatkan Kesetiaan Jenama

Logo bisnes buat bakal pelanggan kenal jenama anda.

Itulah sebabnya jika reka bentuk logo anda unik, orang ramai akan bercakap tentangnya dalam satu tempoh, dan anda mungkin tarik lebih ramai pelanggan. 

Walau bagaimanapun, untuk mencapai kesetiaan jenama, anda perlu sediakan produk/servis berkualiti secara konsisten.

Jika reka bentuk logo bisnes anda diperibadikan dengan cara yang paparkan idea jenama anda, pengguna akan senang fahamkan idea (tentang perkara yang diharapkan daripada) jenama anda. 

Macam logo FedEx, sebuah syarikat penghantaran yang gunakan logo dalam bentuk teks tapi ada anak panah yang tersembunyi antara huruf ‘E’ dengan ‘x’.

Secara tak langsung imej anak panah ini beri gambaran tentang pergerakan, arah dan kesinambungan dengan identiti bisnes.

Apabila jenama anda terus tawarkan produk/perkhidmatan berkualiti dan kekal di pasaran untuk seketika, ia akan:

  • pupuk kesetiaan pelanggan
  • buat jenama anda lebih mudah dilihat.

 6. Wujudkan Hubungan Emosi

Logo bisnes seperti Nike sangat berkuasa sehingga melangkaui sempadan budaya. 

Dalam mitologi Yunani, Nike ialah Dewi Kemenangan Bersayap. Logo itu berasal daripada sayap dewi, ‘swoosh’, yang melambangkan bunyi kelajuan, pergerakan, kuasa dan motivasi.

Mereka guna kuasa emosi logo untuk iklankan bisnes mereka.

Mereka secara kreatif gunakan warna untuk memberi kesan yang meluas kepada penonton mereka dan gunakan bentuk yang betul sambil beri perhatian kepada satu emosi pada satu masa.

Dengan slogan ‘Just Do It’, logo Nike memberi galakan untuk berani mencuba dan tambah keyakinan.

Mesejnya jelas: Buat saja dan gunakan produk Nike.

Untuk ambil kesempatan daripada emosi prospek anda, bezakan logo anda daripada yang lain dan fokus pada pasaran sasaran anda. 

Pilihan simbol yang tepat juga berkesan dalam bangkitkan emosi.

Manfaatkan reka bentuk logo bisnes yang cetuskan perasaan boleh bantu jenama anda pupuk hubungan emosi dengan bakal pelanggan.

7. Wujudkan Konsistensi Jenama

Bangunkan logo bisnes cantik yang nampak profesional dan hebat.

Tahap yang boleh anda gunakan dalam pelbagai tujuan.

Maksudnya, logo bisnes anda sesuai digunakan pada halaman media sosial, website, produk dan bahan pemasaran anda bantu dalam wujudkan konsistensi jenama.

Logo bisnes anda ialah perkara yang orang kaitkan dengan jenama anda, dan apabila ia menonjol, jenama anda kelihatan lebih profesional. 

Apabila anda gunakan logo bisnes anda dalam talian dan luar talian, jenama anda akan kelihatan ada identiti yang teguh dan konsisten.

Konsistensi pastikan bahawa jenama anda diwakili dengan baik tidak kira di mana ia muncul.

logo bisnes pada bahan bercetak yang akan diterima pengguna akhir

Ia juga wujudkan reputasi jenama, pastikan perniagaan anda relevan dan kekalkan mesej jenama anda.

Seperti jenama rangkaian makanan segera terkenal, KFC yang konsisten dengan penggunaan logo Kolonel Sanders dan font KFC pada web, pembungkus makanan dan bahan komersial yang lain.

8. Tarik Pelanggan Baru

Dengan logo bisnes cantik dan profesional, bakal pelanggan akan cepat kenal pasti dan kenali jenama anda. 

Inilah sebabnya mengapa anda harus jadikannya lebih tarik untuk tarik minat bakal pelanggan. 

Ketahui audiens anda dan pilihan mereka akan bantu anda cipta logo yang sesuai dengan perkara yang mereka suka.

Cari inspirasi supaya anda boleh membina logo yang unik.

Pastikan ia ringkas kerana logo ringkas pastikan mesej itu mudah difahami.

Gunakan beberapa warna yang digabungkan dengan betul untuk tarik dan kekalkan perhatian. 

Minta maklum balas daripada keluarga, rakan atau pelanggan untuk ketahui perasaan mereka mengenainya. 

Ini akan bantu anda menarik pelanggan baharu untuk kembangkan bisnes.

Memperbaharui logo bukan benda yang asing dalam dunia pemasaran. Logo jenama minuman ringvan Pepsi pun sudah banyak kali bertukar mengikut zaman.

9. Jadi yang Paling Juara

Logo bisnes cantik mudah tarik perhatian orang ramai, bantu anda meraih bahagian pasaran yang besar dalam jangka panjang. 

Ini kerana pelanggan kaitkan reka bentuk logo berkualiti dengan produk/servis berkualiti, berikan anda kelebihan daya saing terhadap pesaing anda.

Cara yang ke-9 ni menggabungkan keseluruhan 8 cara di atas. Macam susah, kan?

Memang susah pun, jadi jangan buat sendirian. Bekerjalah dengan pakar.

Pertimbangkan untuk berunding dengan pereka logo yang berpengalaman dan boleh dipercayai untuk reka bentuk logo bisnes cantik yang akan bantu jenama anda menonjol.

Tengok portfolio designer dan testimoni pelanggan terdahulu. Freelance designer boleh cari di Fiverr.

Kesimpulan – Logo Bisnes Cantik Sangat Penting

Logo bisnes anda bukan sekadar imej; ia merupakan titik pengiktirafan untuk pelanggan dan audiens serta bertindak sebagai asas untuk penjenamaan anda.

Sama seperti nama bisnes dan jenama, logo satu simbol identiti yang sarat dengan objektif bisnes anda.

Orang nampak logo bisnes anda, orang akan terus teringat apa yang anda tawarkan.

Dah dapat idea cara nak buat logo bisnes?

Atau anda ada cara lain buat logo bisnes?

Kongsikan dengan kami.

Share this!

Picture of Ainul Tajul

Ainul Tajul

Penulis kandungan sepenuh masa di Kartel Digital Sdn. Bhd. Berpengalaman sebagai pemasar digital, editor, pencipta kandungan, penulis iklan, pengurus acara, tutor, dan konsultan/auditor. Minat sains & teknologi, media sosial dan penulisan sastera kreatif.

PANDUAN PERCUMA

6 Figure Blogging Gameplan eCover

KETAHUI GAMEPLAN SAYA BUAT INCOME 6-ANGKA DARI BLOG!

Dapatkan eBook eksklusif yang mengandungi ‘failed-proof’ gameplan untuk anda mula bisnes online from scratch, dan direka khusus untuk anda yang busy tapi nak buat side income online.

Ia adalah hasil dari pengalaman, pembelajaran, dan eksperimen bertahun, sehingga saya boleh buat income dengan konsisten, 100 peratus online, secara seorang diri.