16 Tips Tingkatkan Jualan di Website E-Commerce

Anda dah buat satu website e-commerce yang gempak. Anda dah pilih item yang tengah trending, buat design lawa-lawa untuk website, dan sekarang ni tengah bersedia untuk buat jualan kaw-kaw.

Sayangnya, setakat ni, hasil yang anda dapat tak seperti yang diharapkan.

Buat website e-commerce dan jalankannya, hanya langkah pertama untuk lancarkan sebuah bisnes online yang berjaya —sekarang anda perlu untuk wujudkan satu strategi yang mampan untuk meningkatkan jualan e-commerce.

Tingkatkan jualan e-commerce tidak sesukar yang anda fikirkan! 

Anda tak perlu seksa diri dalam proses ni.

Secara umum, inilah beberapa tips kecil (yang boleh juga dijalankan secara serentak) untuk bantu anda capai matlamat hasil anda.

Berikut ialah 16 tips untuk meningkatkan jualan di website e-commerce. Jom mula!

1. Bina Senarai E-mel

Perkara yang pertama ini memang hal yang besar!

Semestinya pada peringkat awal anda akan rasa leceh, tetapi ada banyak cara bina senarai e-mel untuk bisnes online tanpa buang masa.

Apabila anda bina kelompok pelanggan setia, anda sedang semak beberapa tugas penting untuk jalankan bisnes online:

  • Sasarkan semula orang yang sudah berminat dengan produk anda.
  • Dapat kebenaran untuk hantar promosi tanpa perlu bayar iklan di media sosial.
  • Cipta peluang untuk bina komuniti.

E-mel berfungsi dengan baik kerana pelanggan anda sendiri buat keputusan untuk ikut serta; ketahui lebih banyak info daripada anda, dan bukannya disasarkan oleh promosi berbayar. 

Selain itu, anda ada kawalan penuh ke atas senarai e-mel anda, manakala anda tidak tak ada kuasa nak kawal platform media sosial.

Ingat tak Instagram dan Facebook pernah down hampir sehari? Bukan saja anda rugi dari segi masa, malah hal ni buat urusan lain tertangguh.

Pop-up

Jika anda tertanya tentang strategi untuk bina senarai e-mel paling bagus, pop-up sangat berkesan untukwebsite e-commerce.

Untuk pastikan pelawat tak rasa terlalu terganggu, anda boleh letak pop-up apabila pelawat:

  • luangkan masa selama tempoh tertentu di website kedai anda
  • atau apabila mereka scroll ke bawah halaman ke titik tertentu.

Perkara yang kita tak nak ialah buat pelawat rasa tak selesa, seterusnya secara tak langsung halau mereka keluar dari website. Kemudian, mereka pun terlepas untuk dapatkan info yang menarik di kedai anda!

Sebagai contoh, pop-up ini muncul apabila pelawat scroll ke bawah lebih daripada 50% laman web itu.

Atau floating bar yang yang hanya muncul pada bahagian bawah laman web.

Anda boleh juga cipta semula slide-in atau floating bar dalam dua contoh di atas dengan gunakan Getsitecontrol, sejenis e-mail subscription popup builder.

Opt-in checkbox ketika checkout

Satu lagi taktik berkesan untuk bina senarai e-mel ialah tambah opt-in checkbox semasa proses pembayaran. Ini adalah lebih kurang mengganggu daripada pop-up.

Bukan itu saja , malah pelanggan yang check out dah berkira-kira akan beli daripada anda. 

Mereka sudah pun isikan alamat e-mel mereka untuk buat pesanan, jadi anda juga boleh tambah checkbox itu untuk dapatkan kebenaran mereka untuk menambahkannya ke senarai anda! 

Menambah insentif ikut serta, seperti diskaun 50%, akan beri mereka dorongan tambahan untuk selesaikan pembelian sambil dapatkan pelanggan baharu kepada anda.

Butang CTA nampak macam butiran kecil, tetapi ia sangat berkuasa apabila digunakan dengan potensi maksimumnya!

2. Laksanakan Strategi Pemasaran E-Mel Yang Mantap

Langkah seterusnya yang jelas untuk bina senarai e-mel adalah jadikannya sebahagian daripada strategi pemasaran anda.

Anda boleh pilih untuk hantar newsletter mingguan yang sama kepada setiap pelanggan, tetapi itu bukan cara terbaik untuk manfaatkan senarai anda, kerana maklumat itu tidak akan relevan kepada semua khalayak anda.

Sebaliknya, bahagikan khalayak anda ikut tindakan mereka — apakah jenis produk yang telah mereka beli daripada anda? Apakah keutamaan mereka apabila terima promosi e-mel daripada anda?

Anda boleh laksanakan personalization   ini dan banyak lagi dengan pembekal senarai e-mel anda. Sebagai contoh, apabila minta pelawat sahkan langganan mereka, anda boleh tambah pilihan checkbox untuk dapatkan idea tentang:

  • Kategori produk yang mereka minati
  • Jenis promosi yang mereka ingin dengar
  • Bagaimana mereka tahu tentang kedai anda

Apabila anda bahagikan senarai pelanggan anda, anda boleh hantar newsletter dan promosi yang lebih berkaitan dengan setiap kumpulan. Dengan personalization, khalayak anda akan rasa lebih berkait dengan jenama anda dan kekal langgan newsletter.

3. Gunakan Taktik Scarcity

Tiada apa-apa yang membuat darah berderau lebih daripada scarcity.

Dalam bahasa Inggeris scarcity bermaksud the state of being scarce or in short supply; shortage.

Cipta ketakutan dan kerisauan stok barang yang ditawarkan akan habis. Atau tawaran harga istimewa hanya sah pada tempoh masa tertentu saja.

Contohnya website yang letak timer untuk maklumkan tawaran hanya sah dalam masa terhad saja.

Jika produk anda nampaknya tersedia dalam bekalan terhad — atau jika jualan hanya tersedia untuk masa yang singkat — pelawat anda akan lebih cenderung beli daripada anda dengan segera. 

Sebab mereka tak pasti sama ada dapat beli barang anda pada harga istimewa (atau barang yang ditawarkan tu akan habis stok) kemudian hari.

Berikut ialah beberapa cara gunakan scarcity untuk tingkatkan jualan website e-commerce anda:

  • Jualan kilat
  • Tambahkan timer di website e-commerce semasa jualan
  • Paparkan ‘hanya x yang tinggal’ pada item anda
  • Tawarkan penghantaran percuma untuk masa yang terhad

Gabungkan scarcity dalam strategi pemasaran anda boleh tingkatkan kadar klik anda sebanyak 14% dan gandakan jualan anda, dan ia sangat mudah untuk dibuat! 

Cuma tambah pop-up pada halaman terpilih dengan mesej ringkas dan/atau kod kupon untuk pelawat manfaatkan tawaran itu.

4. Upsell kepada pelanggan anda

Apabila pelawat tambahkan item pada troli mereka, anda boleh gembira…

… Atau anda boleh upsell pelawat anda untuk tingkatkan jualan di website e-commerce anda.

Kedai online yang tawarkan upsell dapat purata 70-95% daripada hasil mereka daripada upsell dan renewal— itu jumlah besar hasil yang anda terlepas (jika anda tidak buat taktik ini).

Bukan itu sahaja, malah ia juga 5x lebih mudah untuk jual kepada pelanggan sedia ada daripada tarik pelanggan baharu.

Upsells ialah kaedah yang mudah untuk manfaatkan pelanggan sedia ada anda sepenuhnya.

Salah satu cara paling mudah untuk tambah jualan adalah dengan masukkan pop-up untuk tawarkan item yang lebih baik dan lebih mahal (atau item yang berkaitan) kepada pelawat anda apabila mereka tambahkan item yang berkaitan pada troli mereka.

5. Optimumkan Website E-commerce Anda Untuk Paparan Peranti Mudah Alih

Orang ramai suka membeli-belah menggunakan telefon mereka, dan trend itu semakin meningkat. 

Business Insider, yang memetik data daripada laporan eMarketer, menjangkakan 40.1% jualan website e-commerce akan berlaku pada peranti mudah alih di AS pada 2022, berbanding hanya 36.9% pada 2019.

Jadi, mempunyai website e-commerce yang direka bentuk dengan baik (yang dioptimumkan untuk penukaran) dan juga mesra mudah alih kini menjadi keutamaan utama bagi website e-commerce.

Dan website e-commerce mudah alih sememangnya sesuai untuk tingkatkan jualan. 

Menurut Statista, kadar penukaran untuk pembeli mudah alih semakin meningkat: baru-baru ini telah mencapai 3.5%, benar-benar hampir kepada 3.9% untuk pembeli melalui desktop.

Ini bermakna persaingan semakin sengit, dan website e-commerce yang tidak beri pengalaman mudah alih tanpa gangguan akhirnya kehilangan banyak peluang (termasuk wang).

Jika anda mahukan lebih banyak jualan, jadikan website e-commerce anda mesra pengguna untuk semua platform. Jangan lupa untuk optimumkan pop-up anda untuk mudah alih juga!

6. Gunakan Plug-in SEO

Dengan optimumkan website e-commerce anda untuk enjin carian (SEO), ia akan tingkatkan trafik organik anda. 

Terutamanya jika anda berjaya dapat kedudukan di halaman pertama Google untuk kata kunci tertentu.

Dan siapa yang tidak suka trafik percuma?

Kami faham kalau SEO buat anda rasa pening – SEO adalah kesulitan yang perlu ditangani dengan sendirinya.

Tetapi SEO untuk website e-commerce tak makan masa sangat, dan anda boleh pilih antara beberapa plug-in yang hebat untuk mudahkan proses.

Contohnya, Rank Math. Boleh tengok cadangan Kartel Digital untuk plug-in lain di sini.

Ada yang berbayar dan ada yang percuma, tetapi akhirnya, pemalam ini kebanyakannya berpatutan dan akan berikan pulangan (ROI) yang hebat apabila digunakan dengan potensi maksimumnya.

Fikirkan dengan cara ini — setiap kali seseorang masuk ke website e-commerce anda melalui carian organik, anda akan jimatkan kos iklan (promosi berbayar).

Jika anda seorang pemula dan perlukan bimbingan, berikut ialah artikel terperinci untuk membantu anda optimumkan SEO.

7. Kurangkan Pengabaian Troli

Perkara berikut akan sedarkan setiap pengendali website e-commerce: anda dapat notifikasi bahawa seseorang telah mengisi troli dengan barang dari website e-commerce anda.

Anda semua teruja dengan jualan besar yang akan masuk dan mula berfikir bahawa keadaan akhirnya berubah menjadi lebih baik.

Tetapi kemudian, pelawat anda tiba-tiba tinggalkan troli mereka tanpa lengkapkan pembelian. Alamak!

Ini mungkin berlaku lebih kerap daripada yang anda mahukan, dan mungkin buat anda rasa tak berdaya. 

Tapi, jangan takut, ada cara mudah untuk kurangkan pengabaian troli.

Contohnya, exit-intent pop-up boleh buatkan pelawat anda fikir dua kali sebelum klik butang ‘x’ pada tab website e-commerce anda.

Jenis pop-up ini secara automatik kesan apabila pengguna anda mengalihkan tetikus mereka dari website e-commerce dan beri mereka peluang terakhir untuk tebus tawaran menarik jika mereka menyelesaikan jualan mereka.

8. Pamerkan Barang Terlaris Anda

Apakah rupa landing page website e-commerce anda sekarang?

Landing page website e-commerce anda patut tunjuk produk terlaris di kedai anda.

Ini perkara pertama yang akan dilihat oleh pelawat anda — ini adalah satu-satunya peluang anda untuk mendapat kesan pertama.

Dengan pamerkan item terlaris anda di muka depan anda:

  • anda akan beri pandangan pertama yang hebat
  • anda akan cetuskan keseronokan membeli-belah pelawat anda, bukannya bebankan mereka dengan semua pilihan produk yang ada dalam katalog.

Selain itu, produk ini terlaris atas sebab tertentu. Biar rasa ingin tahu pelawat (website e-commerce anda) dijawab dengan senarai produk yang dapat permintaan tinggi.

Manfaatkan kuasa mereka untuk menarik semua pendatang baru ke website e-commerce anda.

9. Sepadukan Instagram

Adakah anda tahu Instagram mempunyai shoppable post

Jika perniagaan anda tergolong dalam salah satu pasaran yang disokong Instagram dan patuh dasar perdagangan mereka, anda boleh gunakan Instagram Business profile untuk hubungkan terus ke website e-commerce anda.

Dengan pangkalan pengguna aktif bulanan sebanyak 1 bilion orang (dan 500 juta pengguna harian, apakah??), Instagram beri peluang jualan yang terbuka luas.

Ini benar terutamanya jika penjenamaan visual bisnes anda tepat. Baca artikel ini untuk pilih padanan warna yang sesuai untuk bisnes online.

Anda boleh gunakan imej menarik produk anda, untuk pancing perhatian pengikut Instagram anda, dan kemudian hubungkan kembali ke website e-commerce.

Satu lagi cara untuk sepadukan Instagram ialah, menambah suapan anda ke website e-commerce anda secara langsung.

Ini akan galakkan penglibatan sosial daripada pelawat anda. 

Dan pelawat yang terlibat lebih berpotensi untuk beli lagi daripada anda pada masa akan datang.

10. Paparkan Ulasan & Testimoni

Adakah anda tahu 70% pelanggan menggunakan ulasan dalam talian untuk maklumkan pembelian mereka?

Jika anda tidak gunakan ulasan, anda akan kehilangan sebahagian besar potensi pendapatan.

Satu cara mudah untuk manfaatkan ulasan ialah tambah rating pada produk anda.

Pastikan untuk gesa pembeli untuk tinggalkan ulasan, atau mereka mungkin tidak terfikir untuk lakukannya sendiri.

Satu lagi cara untuk tingkatkan ulasan anda ialah dengan hubungi beberapa pelanggan anda yang paling setia — mereka yang telah berulang kali beli dari kedai anda — untuk minta testimoni. 

Testimoni berbeza daripada ulasan kerana ia tidak semestinya berkaitan dengan produk tertentu — ia boleh bina kepercayaan pada jenama anda secara keseluruhan dan syorkan pengalaman keseluruhan membeli-belah di website e-commerce.

Gunakan senarai e-mel anda untuk dapatkan testimoni, kerana di sinilah anda akan jumpa pelanggan anda yang paling setia.

Sebaik sahaja anda ada testimoni ini, pamerkannya di landing page anda. Anda boleh dapatkan kepercayaan pelawat baharu dengan segera . 

Testimoni berfungsi lebih baik apabila anda gunakan nama dan foto sebenar, kerana pelawat anda boleh kenal pasti pelanggan sebagai orang sebenar.

Berikut ialah contoh hebat daripada Dr. KO, di mana mereka menampilkan ulasan di sebelah foto orang sebenar yang menggunakan produk mereka:

11. Jalankan Live Chat

Live chat ialah satu lagi tool di website e-commerce yang kelihatan sukar untuk dilaksanakan, tetapi itu lebih mudah daripada yang anda fikirkan.

Tambah pilihan live chat pada website e-commerce anda membolehkan anda — atau wakil perkhidmatan pelanggan anda — bercakap terus dengan pelawat sekiranya mereka mempunyai soalan.

Kadang-kadang, pelawat ingin beli sesuatu daripada anda, tetapi mereka mempunyai soalan penting yang perlu dijawab terlebih dahulu.

Dan jika anda mudahkan urusan bakal pelanggan hubungi anda, mereka lebih cenderung untuk klik dan beli.

Sebagai contoh, bayangkan ini:

Pelawat anda perlu tahu sama ada pakaian anda sesuai dengan saiz sebelum pilih saiz yang mereka ingin beli. 

Untuk hubungi anda, mereka perlu klik halaman ‘hubungi kami’, salin e-mel anda, buka e-mel mereka dan taip soalan mereka dalam e-mel.

Banyak betul benda kena buat — dan hal ni buat pelawat keluar dari website e-commerce, yang mungkin akan korbankan jualan anda.

Dan ini bukan sekadar spekulasi — 79% pemilik bisnes online setuju jualan di website e-commerce lebih bagus jika sediakan pilihan live chat.

Sebaliknya, jika anda sediakan live chat di website e-commerce, pelawat anda boleh kekal di halaman tersebut dan berinteraksi dengan wakil khidmat pelanggan anda, tanpa gangguan tambahan. 

Sila lihat di website Siti Khadijah sebagai contoh:

Ini adalah cara yang mudah untuk wujudkan hubungan antara bakal pembeli dan jenama anda.

Live chat box bukan saja satu tool yang tak ganggu website e-commerce anda, tapi boleh juga boleh digunakan untuk gesa pelawat berinteraksi.

12. Gunakan A/B Test

Macam mana anda tahu sama ada sesebuah perkara itu berkesan atau tak; apabila libatkan pengoptimuman penukaran kedai anda?

Jawapan ringkasnya ialah anda tak akan tahu. 

Satu-satunya cara sebenar untuk kenal pasti perkara yang berkesan, adalah dengan uji pilihan anda.

A/B test ialah kaedah yang berkesan.

Ia letakkan dua (atau lebih) tajuk yang berbeza, butiran produk, atau reka letak halaman untuk tengok yang mana satu ada prestasi lebih baik.

Kebanyakan tool untuk A/B test tawarkan metrik utama untuk dapatkan data terperinci tentang prestasi perkara yang anda uji. 

Apabila anda faham perkara yang berfungsi dengan lebih baik, anda boleh ulang penambahbaikan website e-commerce dan terus uji pelbagai pilihan terhadap satu sama lain.

Setiap pengulangan baru akan bantu tingkatkan jualan di website e-commerce kerana anda bergantung pada data tulen untuk optimumkan penukaran (conversion).

A/B test akhirnya bantu anda cipta pengalaman yang semakin baik untuk pelanggan anda. 

Lebih baik pengalamannya, lebih besar potensi pelanggan anda akan datang kembali untuk beli daripada anda lagi.

Sudah tentu, A/B test bukanlah 100% mudah. 

Ia perlukan anda untuk sentiasa tambah baik kedai anda. 

Walau bagaimanapun, dengan tool yang betul, anda tidak perlu melawan teknologi untuk jalankan ujian ini — apa yang anda perlu lakukan ialah buat konten yang hebat untuk dicuba.

Boleh baca cara buat A/B test di Facebook.

13. Sasar Semula Pelawat Anda Di Media Sosial

Lazimnya, pelawat kali pertama akan tengok-tengok website e-commerce dulu, kemudian keluar tanpa membuat pembelian.

Walaupun itu sebahagian daripada realiti di website e-commerce, ini tak bermakna anda tak boleh melakukan apa-apa untuk tawan kembali pelawat yang keluar.

Di situlah sasaran semula pelawat masuk. Menggunakan Facebook pixel, anda boleh kesan siapa yang telah melawat website e-commerce anda dan sama ada mereka membuat pembelian. 

Dari situ, anda boleh sasarkan iklan media sosial berbayar anda kepada orang ini.

Terdapat banyak cara anda boleh gunakan untuk sasaran semula. 

Sebagai contoh, jika pelawat tinggalkan website e-commerce, tetapi sempat klik pada produk tertentu; maka anda boleh promosikan produk ini kepada mereka di media sosial dan tawarkan masa terhad atau diskaun kuantiti terhad (scarcity).

Sebaliknya, jika seseorang isi troli mereka dan pergi, anda boleh hubungi pelawat ini secara khusus dan tawarkan bonus kepada mereka jika mereka buat pembelian mereka.

Inilah tawarannya — pelanggan mungkin tak beli daripada anda pada kali pertama mereka berinteraksi dengan jenama anda. Mereka mungkin tak beli pada kali kedua juga.

Tetapi semakin banyak pendedahan yang mereka dapat di website e-commerce, semakin besar kemungkinan mereka akhirnya membeli sesuatu daripada anda.

Dan membuat pembelian pertama itu adalah langkah pertama untuk menjadi pelanggan berulang. 

Hal ini penting kerana, ingat: adalah lebih mudah untuk mengekalkan pelanggan sedia ada daripada memperoleh pelanggan baharu.

14. Tambahkan Tinjauan Selepas Pembelian Ke Website E-commerce

Anda boleh belajar banyak tentang pengalaman pelanggan anda dengan tinjauan selepas pembelian.

Anda boleh tanya tentang:

  • hal yang yakinkan mereka untuk beli daripada anda
  • hal yang boleh menjadi sebab mereka tak beli item lain
  • hal yang boleh tingkatkan pengalaman mereka.

Dengan kata lain, anda belajar tentang kekuatan dan kelemahan anda melalui mata pelanggan anda. 

Disebabkan anda perlu buat pelanggan kagumkan anda, maka pendapat mereka adalah perkara yang paling anda perlu ambil berat.

Anda boleh buat tinjauan selepas pembelian dengan mudah seperti di bawah dan paparkannya di website e-commerce; pada halaman pengesahan pembelian.

Untuk tingkatkan bilangan respons, anda boleh beri ganjaran kepada pengambil tinjauan dengan kod kupon untuk pembelian seterusnya mereka. 

Sebut ganjaran sebelum tinjauan untuk beri insentif kepada pelanggan anda dan tampilkan pada halaman terakhir borang atau hantar melalui e-mel.

Jika anda berjaya buat perubahan berdasarkan maklum balas responden anda, anda boleh yakin jualan anda akan dapat manfaat daripadanya.

15. Sediakan Pelbagai Pilihan Pembayaran

Perkara terakhir yang anda mahukan ialah pelanggan anda putus asa dengan pembelian mereka; kerana pilihan pembayaran pilihan mereka tidak tersedia.

Sediakan pelbagai kaedah pembayaran sebahagian besarnya akan menghalang isu ini, terutamanya pada mudah alih.

Menurut statistik beli-belah dalam talian terkini, e-wallet seperti Apple Pay, Amazon Pay, Samsung Pay dan Google Pay dah jadi norma baharu.

Pastikan anda masukkan kaedah pembayaran yang paling meluas untuk website e-commerce dan sentiasa beri perhatian kepada permintaan dan aduan pelanggan anda tentang perkara ini.

Kami saran 5 payment gateway yang best di Malaysia.

16. Peribadikan Mesej Anda Kepada Pelawat Anda

Mesej yang diperibadikan (personalization) kelihatan lebih menyentuh hati. 

Mereka boleh membuat orang berasa istimewa, diperhatikan, dihargai. 

Itulah yang sepatutnya pelanggan rasakan.

Terdapat banyak cara untuk menambah pemperibadian pada tahap yang berbeza dalam kempen pemasaran anda, termasuk e-mel, iklan, keseluruhan landing page dan juga pop-up di website.

Contohnya, gunakan ciri penggantian teks dinamik, anda boleh paparkan lokasi pelawat, tarikh semasa atau nama:

Jangan memandang rendah kuasa mesej yang diperibadikan, ia boleh lakukan keajaiban untuk menjadikan bakal pelanggan anda lebih bersemangat untuk membeli daripada anda.

Tingkatkan Jualan Dengan Pantas

Itu dia — 16 taktik yang akan meningkatkan jualan di website e-commerce anda tanpa letihkan anda.

Setiap tips ini agak berkesan jika dijalankan secara sendiri. Walau bagaimanapun, apabila lebih daripada satu tips dilaksanakan bersama, ia adalah bahan api roket untuk jualan website e-commerce.

Cuba laksanakan hanya satu daripada tips ni — anda akan dapat rasakan perbezaan dalam jualan.

Ada sesiapa pernah cuba mana-mana tips ni? Cuba komen dan kongsikan dengan kami.

Share this!

Picture of Ainul Tajul

Ainul Tajul

Penulis kandungan sepenuh masa di Kartel Digital Sdn. Bhd. Berpengalaman sebagai pemasar digital, editor, pencipta kandungan, penulis iklan, pengurus acara, tutor, dan konsultan/auditor. Minat sains & teknologi, media sosial dan penulisan sastera kreatif.

PANDUAN PERCUMA

6 Figure Blogging Gameplan eCover

KETAHUI GAMEPLAN SAYA BUAT INCOME 6-ANGKA DARI BLOG!

Dapatkan eBook eksklusif yang mengandungi ‘failed-proof’ gameplan untuk anda mula bisnes online from scratch, dan direka khusus untuk anda yang busy tapi nak buat side income online.

Ia adalah hasil dari pengalaman, pembelajaran, dan eksperimen bertahun, sehingga saya boleh buat income dengan konsisten, 100 peratus online, secara seorang diri.