Stress Kerja Pejabat? Kami Tunjuk Solusi Kerja Online Fulltime Dari Rumah!

Dah stres sangat untuk terus masuk pejabat? Nak berhenti kerja tapi masih perlukan pendapatan tetap? 

Siapa kata duduk rumah nanti goyang kaki je.

Jom jana pendapatan dari rumah. Tahun 2022 ni majikan pun dah flexible sebab banyak kelebihan kalau benarkan staf bekerja dari rumah.

Kami kongsikan dengan anda 17 kerja yang boleh buat online & full time dari rumah. 

Asalkan anda ada peralatan yang sesuai, sambungan Internet yang stabil dan kemahiran tertentu, anda boleh mula jadikan rumah anda sebagai tempat kerja.

1. Penterjemah

Sebagai penterjemah amateur mahupun profesional, anda perlukan kemahiran bahasa dan peralatan seperti laptop untuk menaip semula dalam bahasa sasaran.

Ada banyak peluang menjadi penterjemah walaupun anda bukan seorang penterjemah profesional. Boleh saja terjemahkan sesuatu yang dekat dengan pengalaman dan kemahiran sedia ada.

Pengurus Besar Institut Buku dan Terjemahan Malaysia (ITBM) Sakri Abdullah berkata, pengalaman dan kemahiran seseorang di dalam bidang yang pernah dan sedang ceburi boleh membantu mereka membina kerjaya sebagai penterjemah yang baik.

Ada banyak kursus penterjemah yang boleh diikuti secara online juga.

Anda boleh mendaftar dengan agensi penterjemah atau tawarkan khidmat ini melalui syarikat sendiri. 

Sumber: https://www.protranslate.net/ms/ 

2. Copywriter

Mana-mana syarikat yang pasarkan produk mereka perlukan copywriting.

Copywriting ini ayat yang ditulis untuk pujuk pembaca supaya ambil tahu tentang suatu produk/servis.

Seterusnya pembaca ini akan tertarik dengan tawaran dan bayar untuk dapatkan apa yang ditawarkan. Dari pembaca kepada pelanggan.

Senang cerita, copywriting ni penulisan iklan la. Copywriter pula penulis iklan.

Ceritakan kelebihan produk/servis. Tarik perhatian pembaca. Tulis juga cara pembaca boleh dapatkan tawaran, yang ni kita panggil call-to-action (CTA).

Kalau anda ada pengetahuan dalam search engine optimization (SEO), ini kelebihan untuk seorang copywriter.

 Jadilah copywriter dan mulakan kerjaya ini dari rumah sepenuh masa.

Sumber: https://www.flexjobs.com/jobs/telecommuting-Copywriter-jobs 

3. Editor

Kerja sebagai editor memerlukan anda untuk semak teks dan betulkan semula ejaan, tatabahasa dan tanda baca.

Kalau penguasaan ketiga-tiga kemahiran ini bagus, anda ada pakej sebagai seorang editor.

Kemahiran yang diperlukan ialah kemahiran bahasa. Bahan rujukan seperti kamus dan perisian penyemak ejaan amat membantu tugas seorang editor.

Keperluan lain ialah laptop dan sambungan Internet yang stabil.

Sumber: https://www.careerjet.com.my/ 

4. Blogger

Kerja ini sudah popular sejak awal 2000-an. Kebanyakan blogger kerja dari rumah. Mereka tulis, buat content dan publish blog post ikut kesesuaian niche masing-masing.

Pilih tajuk yang diminati, nak uruskan blog perlukan usaha yang berterusan dan komitmen yang tinggi untuk konsisten menulis.

Pembaca juga boleh bezakan kalau penulis terlalu try hard menjual sesuatu dalam blog. Tulislah sesuatu yang beri nilai tinggi kepada pembaca untuk kekal membaca blog anda.

Kenali siapa pembaca tulisan anda. Ambil tahu minat dan kecenderungan mereka.

Misalnya, topik popular dalam kalangan suri rumah ialah gaya hidup, barangan bayi, barangan rumah, fesyen dan juga kecantikan.

Sumber: https://www.mommywawa.com/ 

Sesetengah blogger juga bekerjasama dengan jenama-jenama lain (paid review) dan terlibat dalam kempen jualan.

Walaupun tahun 2022 ini, kita nampak macaml lagi ramai orang pakai social media, tapi blog masih ada impak untuk jana pendapatan dari rumah.

Nak mula buat blog, boleh cuba baca cara mudah buat blog ni.

5. Ghostwriter

Penulis upahan juga boleh buat dari rumah. Ramai selebriti, ahli akademik dan orang kenamaan yang nak buat buku tapi tak ada masa untuk tulis.

Jadi, ghostwriter inilah diperlukan untuk bantu mereka yang sibuk.

Ghostwriter tak terhad kepada tulis buku saja. Ada macam-macam jenis penulisan yang perlukan khidmat ghostwriter.

Ucapan perasmian, kenyataan media, artikel, surat rasmi dan jangan terkejut ucapan hari jadi pun orang upah ghostwriter. Cari kekuatan gaya penulisan anda.

Upah seorang ghostwriter boleh mencecah sehingga lebih RM80k setahun, lumayan kan?

Sumber: https://www.salaryexpert.com/salary/job/ghost-writer/malaysia 

6. Virtual Assistant

Sumber: https://www.upwork.com/hire/virtual-assistants/my/ 

Tugas seorang virtual assistant meliputi pelbagai skop kerja.

Kebiasaannya kerja-kerja pengurusan. Masukkan data (data entry), siapkan laporan, susun fail syarikat, dan sebagainya.

7. Content Creator

Content creator menghasilkan content untuk siaran pelbagai media. Kebiasaannya media sosial. Content writer akan tulis rangka content dan Content creator akan siapkan bahan-bahan seperti poster dan video.

Anda perlukan kemahiran mengedit poster dan video serta kreativiti untuk hasilkan content yang menarik dan menghiburkan.

Contoh content creator sepenuh masa dalam niche special effects sofyank96, niche masakan Khairul Aming dan Che Nom dan niche gaya hidup Hanis Zalikha.

Sumber: https://www.instagram.com/khairulaming 

Kebanyakan jenama/perniagaan kini ada in-house content creator untuk mencipta content. Biasanya untuk aktiviti pemasaran digital.

Sumber: https://www.zippia.com/content-creator-jobs/remote-jobs/ 

8. Social Media Manager

Berbeza dengan content creator, social media manager ialah orang yang menguruskan segalanya tentang content di social media

Antara tanggungjawab seorang social media manager mengatur jadual siaran content. Menjawab komen dan soalan para pengikut.

Rata-rata platform social media dah boleh dijadualkan mengikut tarikh dan masa yang kita nak.

9. Graphic Designer

Zaman yang serba digital ini, tentunya permintaan terhadap rekaan grafik amat diperlukan. 

Pelbagai jenis rekaan diperlukan oleh perniagaan (poster, pamphlet, katalog dan label), institusi (buku dan laman web)  mahupun untuk kegunaan peribadi (kad kahwin dan kad ucapan).

Jika anda menguasai perisian seperti Adobe photoshop, Illustrator atau InDesign anda boleh mulakan kerjaya sebagai seorang graphic designer dari rumah.

Sumber: https://www.flexjobs.com/remote-jobs/graphic-design 

Tapi sekarang ni pakai perisian Canva pun boleh buat design juga. Ramai juga graphic designer otai pakai Canva untuk jimat masa ketika siapkan rekaan yang mudah.

Perisian Canva amat berpatutan, langganan setahun cuma RM250 untuk 5 pengguna berlainan. Boleh kongsi dengan kawan-kawan, dah jimat banyak.

Sumber: https://www.canva.com/pricing/ 

10. Video Editor

Video editor antara kerja kreatif yang sesuai bertapak dari rumah.

Kemahiran yang diperlukan untuk edit video antaranya, mahir guna perisian Adobe After Effects, Adobe Premiere, Sony Vegas, PowerDirector dan Apple iMovie.

Video editor akan terima raw footage (video asal tanpa sebarang editing) dan akan edit seperti permintaan pelanggan.

Sumber: https://www.glassdoor.com/Job/remote-video-editor-jobs 

11. Animator

Antara perisian yang perlu dikuasai oleh seorang animator Blender, Visme, Adobe Animate, Adobe Spark dan Crello.

Ketua Pegawai Kandungan Monsta, Anas Abdul Aziz berkata, industri animasi tempatan kekal berdaya saing dengan sihat dan berada pada posisi terbaik untuk terus ‘mencuri’ perhatian dunia.

Selain menjadi satu produk bagi sebuah production house, animasi juga digunakan dalam kempen pemasaran. Terutamanya untuk produk yang menarik perhatian kanak-kanak.

Mungkin pasaran tempatan kurang tawarkan kerja animator, anda boleh cuba pasaran antarabangsa sebab kerja ini tak perlukan anda berada di pejabat.

Sumber: https://www.flexjobs.com/jobs/telecommuting-animation-jobs 

12. Voice Actor

Pada zaman penggunaan video amat penting , boleh juga anda tawarkan khidmat sebagai voice actor bagi video-video yang memerlukan voice actor.

Khidmat voice actor diperlukan dalam animasi dan juga video iklan (lebih dikenali sebagai voice over actor).

Untuk kerja ni, anda perlukan mikrofon yang berkualiti untuk rakam suara yang jelas tanpa noise.

Contoh voice actor yang buat kerja ini sepenuh masa ialah Al Fahim Mokhtar dari KAio Academy.

Sumber: https://kaioacademy.com/order/form/suaraduit 

13. Data Entry Specialist

Kerja ini telah lama wujud di pasaran dan sememangnya tak memerlukan anda hadir ke pejabat.

Antara hot job zaman sekarang sebab siapa yang menguasai data, seolah-olah dia menguasai dunia.

Data macam dah jadi satu matawang. Mana-mana syarikat pun perlu simpan dan kendalikan data dengan baik untuk kekal relevan dalam industri.

Data entry specialist diperlukan di serata dunia. Carilah tawaran yang setimpal dengan kemahiran anda.

Sumber: https://www.indeed.com/jobs 

14. Programmer

Pengaturcara komputer sesuai dari rumah. Kemahiran paling penting untuk kerja ini tentunya anda perlu mahir dengan bahasa komputer dan menulis coding.

Ada banyak industri perlukan khidmat programmer. Menariknya kerja ini bergantung kepada kemahiran menyelesaikan masalah, tiada waktu bekerja yang spesifik.

Kalau anda bijak selesaikan isu coding dalam masa yang singkat, orang akan nampak macam anda banyak masa lapang.

Sumber: https://www.ziprecruiter.com/Jobs/Remote-Programmer 

15. Web Developer

Sebagai seorang programmer juga, anda boleh masuk dalam bidang kerja yang lebih spesifik iaitu membangunkan laman web.

Web developer perlu tahu user experience (UX) dan user interface (UI) barulah dapat buat laman web yang mesra pengguna.

Pengguna seronok datang laman web, akan tingkatkan kepercayaan terhadap produk/servis dan keselesaan.

Selain tu, web developer juga patut kuasai bahasa komputer macam HTML, CSS, JavaScript, dan Ajax.

Boleh jadi web developer dari mana saja, nature of work memang flexible.

Sumber: https://www.flexjobs.com/remote-jobs/web-developer 

16. Customer Service Representative

Anda perlu layan soalan dan aduan pelanggan dari rumah. Headset diperlukan untuk dengar audio dengan jelas dan mikrofon untuk bercakap dengan pelanggan.

Asalkan anda ada ruang kerja yang tiada gangguan bunyi, laptop dan headset; dah boleh mula.

Ada pelbagai industri tawarkan kerja customer service representative ni. Satu bonus kalau anda kuasai bidang tertentu, mudah nak layan pertanyaan dan aduan pelanggan.

Kena sabar banyak sebab pelanggan akan tanya macam-macam benda termasuk benda yang kita anggap remeh. Tapi tu la fungsi customer service representative, wakilkan syarikat untuk layan pelanggan.

Sumber: https://www.flexjobs.com/remote-jobs/customer-service-call-center 

17. Usahawan E-Commerce 

Asalkan anda ada laptop dan sambungan internet; boleh saja buat e-store sendiri.

Buat kedai digital. Tak perlu sewa tapak, tak perlu pergi ke kedai. Duduk rumah dan menjual dari depan skrin komputer.

Ikon usahawan e-commerce tempatan yang kini bergelar jutawan, Irfan Khairi pun pernah bekerja sepenuh masa dari rumah.

Sumber: https://www.linkedin.com/in/irfan-khairi 

Nak mula langkah pertama sebagai usahawan e-commerce? Boleh baca panduan PERCUMA Kartel Digital pernah kongsikan untuk mula laman e-commerce sendiri.

Antara platform yang boleh dicuba, Shopify. Dalam artikel lain Kartel Digital pun kami dah banyak kongsi cara guna Shopify ni. Mudah dan senang faham. Shopify ada banyak kelebihan. Kalau nak serius belajar pasal Shopify, kami alu-alukan.

Nak buat laman web sendiri tapi tak tau nak mula dari mana? Biar Kartel Digital bantu!

Kami berpengalaman membantu lebih daripada 1000 orang usahawan sejak tahun 2019.

Sumber: https://karteldigital.my/blog/ 

Kesimpulan – Stress Kerja Pejabat? Kami Tunjuk Solusi Kerja Online Fulltime Dari Rumah!

Antara 17 kerja yang kami senaraikan ni, mana satu yang rasanya sesuai untuk anda? 

Komen dan kongsikan dengan kami.

Boleh jadi ilham untuk kami juga sebab semua staf Kartel Digital pun bekerja sepenuh masa dari rumah.

Share this!

Picture of Ainul Tajul

Ainul Tajul

Penulis kandungan sepenuh masa di Kartel Digital Sdn. Bhd. Berpengalaman sebagai pemasar digital, editor, pencipta kandungan, penulis iklan, pengurus acara, tutor, dan konsultan/auditor. Minat sains & teknologi, media sosial dan penulisan sastera kreatif.

PANDUAN PERCUMA

6 Figure Blogging Gameplan eCover

KETAHUI GAMEPLAN SAYA BUAT INCOME 6-ANGKA DARI BLOG!

Dapatkan eBook eksklusif yang mengandungi ‘failed-proof’ gameplan untuk anda mula bisnes online from scratch, dan direka khusus untuk anda yang busy tapi nak buat side income online.

Ia adalah hasil dari pengalaman, pembelajaran, dan eksperimen bertahun, sehingga saya boleh buat income dengan konsisten, 100 peratus online, secara seorang diri.