12 Tips Buat Konten Email Untuk Pemasaran & Jualan

Tips Content Email Marketing

Konten email sangat penting kalau anda serius untuk buat email marketing dengan berkesan.

Hampir 27 peratus responden yang menerima email dari bisnes, menunjukkan mereka tak suka dengan email yang ditulis ‘cincai’ dan meleret.

Dan hampir 31 peratus marketer dan bisnes setuju email adalah channel paling menguntungkan. 

Hal ini sudah jelas bahawa email marketing sangat memberi impak pada sesebuah bisnes.

Jadi bagaimana boleh anda buat konten email yang orang suka, dan memberikan pulangan lumayan?

Dalam artikel ini saya kongsikan tips untuk anda follow.

Jom!

Kepentingan Buat Konten Email Yang Bagus Untuk Bisnes.

Sebelum anda belajar macam mana nak tulis konten email, anda perlu tahu kenapa anda perlu jadikan konten tersebut bagus dan efektif.

Saya dah hantar beribu email pada subscribers saya. Jadi saya tahu apa impak yang mampu diperoleh oleh sesebuah bisnes.

Melalui penghasilan konten email yang baik anda boleh :

  • Sampaikan mesej dengan lebih jelas
  • Membina kepercayaan dan kredibiliti
  • Membentuk hubungan dan kesetiaan
  • Mendapatkan jualan
  • Memberi potensi untuk pertumbuhan bisnes

Untuk dapatkan semua itu, mahu atau tidak, penghasilan konten email yang bagus adalah satu kemahiran yang perlu dikuasai oleh semua orang yang berbisnes.

Sekarang jom kita lihat tips dan ‘best practices’ dalam menghasilkan konten email berkualiti.

Tips 1 : Tajuk Email Mesti Menarik

Anda perlu aware yang email inbox audien anda berkemungkinan besar penuh dengan email.

Baik email berkaitan kerja, shopping ataupun bisnes.

Mana taknya, jumlah email yang dihantar seluruh dunia adalah 319 Bilion sehari.

Kalau seminggu saja dah berapa? Banyak tu.

Tak hairanlah banyak email yang masuk tidak dibuka atau terlepas pandang.

Sebab itu dalam menulis konten email, anda perlu mahir menulis tajuknya dahulu.

Supaya email yang anda hantar menarik perhatian dan dibuka oleh audiens.

So macam mana nak tulis tajuk email?

Ada lima best practices yang anda boleh follow :

  • Tulis tajuk pendek. 6 patah perkataan paling ideal.
  • Jelas dan straight to the point
  • Elakkan hardsell
  • Make it fun and informative
  • Guna emoji

Ini contoh :

Tips 2 : Beri Perhatian Pada Preview Text

Preview text adalah text yang dipaparkan sebelah tajuk email.

Ia umpama sub-headline yang bertujuan menyokong tajuk email anda.

Ia penting kerana data menunjukkan 24 peratus responden akan melihat preview text sebelum buat keputusan untuk buka email anda.

Dekat sini anda boleh letak additional details yang bersifat sebagai ‘teaser’ untuk tambahkan minat audiens anda untuk buka email.

Best practices untuk buat preview text yang bagus adalah :

  • Guna personalization
  • Rumuskan konten email anda tentang apa
  • Letak call to action 
  • Jangan tipu. Pastikan ia selari dengan mesej konten email anda.

Tips 3 : Guna Bullet Point & Ayat Pendek

Elakkan konten email anda terlalu panjang dan meleret.

Sekarang audiens buka email melalui phone, dan mereka biasanya nak cepat.

Dan audiens secara puratanya ambil masa 15 ke 20 saat sahaja untuk baca satu email

Jadi, terus saja beritahu apa yang anda nak mereka tahu.

Kalau anda nak bagi tips atau apa-apa yang perlukan penerangan lebih, just beri mereka link pada tempat yang sesuai. 

Contoh : Blog Post, Landing Page etc.

Kalau anda ada banyak benda nak beritahu, boleh guna bullet point untuk pecahkan point-point anda.

Ini contoh :

Tips 4 : Elakkan Guna Semua HURUF BESAR

Ini sesuatu yang sepatutnya ramai orang faham. Ia berkaitan dengan etika dalam talian.

Walaupun dulu di universiti saya belajar tentang subjek Cyber Ethics, tapi benda ni adalah common sense.

Perasan tak, setiap kali anda nampak orang tulis guna semua huruf besar dalam dunia online, seolah-olah macam menjerit atau menengking?

Sama juga bila anda menulis konten email. 

Ada certain people dia akan rasa kita ni takde adab dalam berkomunikasi. Macam kurang ajar.

SO, ELAKKAN HURUF BESAR MACAM NI. FAHAM?

Tips 5 : Elakkan Guna Tanda Seru Berlebihan!

Ini juga sama macam penggunaan huruf besar atau ‘capslock’ tadi.

Kurangkan guna tanda seru. Nampak macam desperate sangat.

Bila anda pakai exclamation mark (tanda seru) dengan kerap, itu menandakan sebenarnya copy anda tak strong dan offer little to no value to your audience.

Tips 6 : Pastikan Konten Relevan

Ini benda yang selalu anda perlu ingat bila buat email marketing.

Sebab jika anda beri konten yang tak relevan dengan keperluan mereka, anda akan dapati audiens tak akan respon pada email yang dihantar.

Contoh, audiens saya subscribe mailing list untuk terima info tentang digital marketing.

Tapi tah macam mana saya selalu email dan promote tentang produk kereta pada mereka.

Kan tak relevan.

Make sure jangan buat macam tu.

Kalau anda buat, kemungkinan tinggi mereka menyampah dan buat keputusan untuk unsubscribe.

Paling teruk, mereka report as spam.

Kalau ramai report, habislah. Domain reputation anda akan tercalar dan anda susah untuk reach sesiapa lagi.

Bila dah jadi macam tu, cara terbaik adalah buat alamat domain email baru.

Macam mana nak buat? Itu topik lain.

Buat masa sekarang, pastikan konten anda relevan saja.

Tips 7 : Nampak Mesra dan Personal

Email ni sebenarnya sama saja macam surat yang anda hantar pakai setem tu.

Dan surat menyurat ini sepatutnya sifatnya personal dan mesra, sebab ia ditulis khusus untuk satu orang sahaja.

Bezanya surat yang anda hantar nanti adalah dalam bentuk elektronik.

Konsepnya sama.

Anda perlu tampil mesra dan seolah-olah ditulis khas untuk satu orang.

Ini meningkatkan kepercayaan dan loyalty subscribers anda.

Bagaimana nak buat?

Senang je.

Sekali sekala sebut nama mereka dalam email.

Guna tag first name supaya sistem email anda isikan nama mereka secara automatik.

Dan satu lagi, tulis dalam ganti nama diri kedua.

Maksudnya gunakan perkataan seperti sedang bercakap dengan seseorang.

Contohnya:

  • Aku
  • Kau
  • Saya
  • Awak
  • You
  • I

Tips 8 : Jangan Spam Email.

Sebaiknya jangan hantar email terlalu banyak dan terlalu kerap.

Saya juga masa awal-awal dulu buat silap kat sini.

Main blast saja email pada semua orang. 

Sometimes orang yang sama dapat email yang sama berulang-kali.

Ini sangat tak sihat untuk kempen pemasaran email anda nanti.

In fact, kajian dari Hubspot menunjukkan 17 percent unsubscribe berlaku disebabkan ‘spammy content’.

Anda perlu layan subscribers anda dengan penuh respect dan beretika.

Kalau anda pun asyik kena approach dengan member ajak join MLM setiap masa, pasti akan rasa menyampah. Betul?

So macam itulah perasaan subscribers anda. Jangan spam.

Tips 9 : Arahan Bertindak Jelas

Bila kita hasilkan konten email, semestinya kita perlukan sesuatu dari mereka untuk bertindak.

Mungkin anda nak mereka tengok video, baca artikel atau grab offer anda.

Untuk itu, anda perlu nyatakan arahan bertindak (call to action) yang jelas untuk mereka.

Paling mudah, gunakan button dalam email dan linkkan ke tempat yang anda nak mereka tuju.

Ini contoh call to action dalam email yang bagus dari Netflix.

Dan pastikan juga dalam satu email, hanya ada satu sahaja tindakan yang mereka perlu buat.

Jangan beri pilihan banyak sangat nanti mereka akan keliru untuk buat keputusan klik link-link anda.

Tips 10 : Buat Tagging

Untuk tingkatkan kemungkinan audien anda buka dan klik link email, anda perlu buat tagging.

Maksudnya anda perlu ada kaedah untuk asingkan subscribers anda ikut kategori.

Macam saya, dalam ConvertKit, saya dah assign siap-siap setiap orang duduk dalam kategori mana.

Kalau dia grab offer eBook 2 Hours Method, saya letak tag 2 Hours Method pada profile mereka.

Ini supaya saya tahu apa yang mereka nak, dan dari situ saya tahu konten apa yang saya akan beri pada mereka melalui email.

So setiap konten saya yang dihantar akan kekal relevan untuk satu-satu subscriber.

Tips 11 : Guna Urgency & Scarcity

Untuk buatkan audien anda bertindak mengikut CTA yang ditentukan, anda perlu ada sesuatu untuk push mereka.

Manusia memang terkenal dengan sifat bertangguh. 

Untuk itu, anda perlu masukkan elemen ‘urgency’ dan ‘scarcity’ dalam konten email.

Tanpa dua elemen ini, percayalah cakap saya, mereka akan bertangguh. Lepas tu lupa.

Bila mereka tak ambil tindakan, susah untuk anda gerakkan mereka menuju ke fasa seterusnya dan buat jualan.

Cara paling mudah untuk masukkan dua elemen ini adalah :

  • Letak tempoh tamat (expiry date)
  • Kuota terhad (limited stocks, quota etc)
  • Guna countdown timer.

Ini contoh email yang bagus menggunakan elemen urgency dan scarcity.

Ada urgency dan scarcity, anda akan lihat CTR (Click-Through-Rate) akan naik mencanak.

Tak percaya cuba try. 🙂

Tips 12 : Masukkan Social Proof

Email ini sebenarnya macam brochure atau phamplet bisnes juga.

Anda perlu pujuk mereka untuk buat sesuatu.

Dan cara paling efektif untuk pujuk orang lain adalah dengan menggunakan pihak ketiga.

Maksudnya, kita gunakan orang lain untuk tolong ‘pujuk’ bagi pihak anda.

Contoh orang ketiga adalah Influencer. Sebab tu kempen menggunakan influencer sangat efektif sekarang.

Cuma anda tak perlulah bayar influencer untuk review.

Cukup sekadar review dan bukti dari orang yang pernah ambil offer dari anda pun, sudah mencukupi.

Tak perlu social proof dari orang terkenal pun boleh.

Ini contoh email dari Freshbook untuk pujuk orang dapatkan eBook percuma mereka.

Tips 13 : Mesti Ada Objektif Jelas

Setiap email yang dihantar mestilah jelas tujuannya.

Kalau anda sendiri tak tahu apa anda nak dari subscribers, saya yakin anda susah nak buat konten email yang bagus.

Nak suruh mereka membeli?
Nak bagi info?
Nak beritahu update?
Nak beri diskaun?

Ini adalah sesuatu yang perlu dirancang terlebih awal sebelum sesuatu kempen email marketing dijalankan.

Bila jelas objektif, baru mudah untuk hasilkan konten email yang berkualiti.

Tips 14 : Direka untuk mesra mobile

Macam saya katakan dalam point sebelum ini, kebanyakan orang menggunakan internet melalui mobile device.

Ini termasuklah dengan menerima dan membaca email.

Ramai orang tak aware dan buat mistake ini.

Iaitu tak peka dengan pengalaman audiens dalam membuka dan membaca email.

So make sure konten anda, especially tulisan anda, mudah untuk dibaca melalui mobile device.

Kalau guna button atau link, make sure juga ia mudah untuk di klik.

Cuba bayangkan kalau button anda terlalu kecil, dan jadi audien anda montel-montel, pasti mereka frust sebab susah nak tekan.

Bila susah nak klik, susahlah dapat conversion.

Kasihanilah mereka dan diri anda sendiri.

Kesimpulan – 12 Tips Buat Konten Email Untuk Pemasaran & Jualan

Email adalah satu medium pemasaran yang menguntungkan dan evergreen berbanding platform media sosial.

Dan hampir semua orang didunia ini mempunyai akaun email.

Tapi untuk jadikan ia ‘mesin duit’, anda perlu tahu bagaimana untuk hasilkan konten email yang menarik, relevan dan meyakinkan.

Tulis saja, dan perlahan-lahan semak semula ikut tips yang saya berikan tadi.

Lama-lama anda akan biasa dan boleh hasilkan konten email dengan lebih cepat.

Boleh?

Mana satu tips yang anda nak gunakan hari ini? Share dengan saya di ruangan komen.

Share this!

HAFIZ AZMAN

HAFIZ AZMAN

Blogpreneur at Dropship Kartel & Kartel Digital. Sometimes jadi consultant dan coach untuk bidang Digital Marketing, Online Business, dan eCommerce.

PANDUAN PERCUMA

6 Figure Blogging Gameplan eCover

KETAHUI GAMEPLAN SAYA BUAT INCOME 6-ANGKA DARI BLOG!

Dapatkan eBook eksklusif yang mengandungi ‘failed-proof’ gameplan untuk anda mula bisnes online from scratch, dan direka khusus untuk anda yang busy tapi nak buat side income online.

Ia adalah hasil dari pengalaman, pembelajaran, dan eksperimen bertahun, sehingga saya boleh buat income dengan konsisten, 100 peratus online, secara seorang diri.

CASE STUDY EKSKLUSIF (FREE)

Rahsia Bagaimana En. Amir Hasilkan RM250k Dari Dropship Dalam Masa Sebulan!

Isi nama dan email untuk saya hantar ebook ini.
CASE STUDY EKSKLUSIF (FREE)

Rahsia Bagaimana En. Amir Hasilkan RM250k Dari Dropship Dalam Masa Sebulan!

Isi nama dan email untuk saya hantar ebook ini.