Nak dapatkan prospek (leads) dengan konsisten dan banyak, anda perlu ada sesuatu yang digelar Lead Magnet.
In fact, hampir semua bisnes yang berjaya ada guna Lead Magnet.
Apa benda pulak tu?
Macam mana nak buat?
Dont worry saya akan explain satu-satu dalam artikel ini.
Jom!
Isi Kandungan
Apa Itu Lead Magnet?
Lead Magnet adalah sejenis ‘umpan’ atau ‘ethical bribe’ yang bernilai tinggi, dan ditawarkan kepada seseorang, sebagai tukaran kepada sesuatu maklumat.
Maklumat yang diterima boleh jadi dalam bentuk nama, email, nombor telefon dan lain-lain.
Dan melalui tawaran Lead Magnet tersebut, maklumat prospek akan digunakan bagi tujuan pemasaran dan jualan.
Sebagai contoh, saya pernah tawarkan Lead Magnet berupa senarai supplier dropship dalam blog Dropship Kartel.
But, in exchange, mereka perlu beri saya nama dan alamat email untuk terima senarai tersebut.
Maklumat tersebut akan digunakan oleh saya untuk follow up jika saya ada info penting dan promosi yang sedang dijalankan.
Boleh faham setakat ni?
Kenapa Perlu Buat Lead Magnet?
Takde siapa yang tiba-tiba nak serah tengkuk bagi information dan bagi permission untuk anda follow up mereka sebagai prospek.
Disebabkan itu, anda sebagai perlu sesuatu yang berharga untuk mereka, sebagai insentif untuk maklumat yang diberi.
Survey dari Content Marketing Institute juga membuktikan hampir 98 peratus setuju yang lead magnet membantu dalam kempen pemasaran mereka.
Dan sebagai orang bisnes, atau seseorang yang bertanggungjawab melakukan pemasaran, mahu atau tidak, anda perlu tahu juga apa sebab anda wajib buat Lead Magnet.
Ada tiga sebab utama kenapa anda perlu buat Lead Magnet :
a) Tarik minat orang untuk subscribe mailing list anda
Apabila anda dalam proses untuk bina mailing list atau kumpul database, anda perlukan buatkan mereka ada alasan kukuh untuk beri maklumat mereka pada anda.
b) Prospek berkualiti
Melalui lead magnet, anda boleh tapis dari awal siapa yang betul-betul perlukan penyelesaian dari anda.
Penyelesaian disini bermaksud produk atau servis yang anda tawarkan.
Contoh, kalau saya buat lead magnet untuk beri idea bisnes pada orang yang memerlukan, maka saya tahu orang tersebut dalam proses untuk mulakan bisnes.
Jadi dari situ, maybe saya boleh offer consultation, coaching, atau apa-apa yang boleh bantu mereka mulakan bisnes from scratch.
c) Kempen marketing lebih tepat
Lead magnet juga boleh bantu anda buat kempen marketing yang lebih targeted.
Contoh di setiap artikel dalam blog, saya ada tawarkan mereka untuk download eBook berkaitan topik artikel tersebut.
Katakan artikel tersebut bertajuk ‘cara tulis blog post dengan berkesan’.
Maka dalam artikel tersebut saya maybe boleh tawarkan template atau format penulisan artikel mengikut jenis artikel.
Ciri-ciri Lead Magnet Yang Bagus
Sebelum mula buat lead magnet anda yang pertama, anda perlu tahu apakah ciri-ciri lead magnet yang bagus dan berkesan untuk dapatkan prospek.
Ciri-ciri lead magnet yang bagus adalah seperti berikut :
a) Menyelesaikan masalah yang spesifik
Lead magnet yang anda bakal buat haruslah menyelesaikan masalah yang spesifik.
Dengan cara itu, lebih mudah untuk anda promote, dan lebih jelas untuk orang tahu apa manfaat yang mereka bakal dapat dari lead magnet yang ditawarkan.
Lagi spesifik, lagi bagus.
Dan lebih mudah untuk anda siapkan.
b) Bernilai tinggi bagi audience
Bernilai tinggi atau ‘valuable’ berkait rapat dengan keupayaan lead magnet untuk selesaikan masalah audien.
Kalau mereka percaya, lead magnet yang ditawarkan boleh selesaikan masalah mereka, maka ia dikira ‘berharga’. Walaupun ia hanyalah sehelai kertas satu muka surat!
Sebab untuk buatkan mereka susah-susah klik sana sini, dan beri info sensitif mereka pada anda, anda perlulah nyatakan dengan jelas ‘value’ lead magnet anda itu.
Ingat tu.
c) Mudah untuk diedarkan
Kebiasaannya, lead magnet mestilah sesuatu yang mudah untuk anda beri dan edarkan pada audien.
Dan lebih bagus kalau anda boleh edarkan secara automatik menggunakan sistem atau software, seperti ConvertKit
d) Tingkatkan trust dan authority
Kalau boleh, lead magnet anda sedikit sebanyak boleh bantu naikkan trust, kredibiliti, dan autoriti anda atau bisnes anda.
Macam saya, saya akan selit cerita dan latar belakang saya. Atau testimoni dari student saya.
Ini membantu untuk mereka percaya, especially bila tiba masa untuk menjual nanti.
e) Ringkas dan padat
Lead magnet yang anda buat nanti biarlah simple tapi padat dengan sesuatu yang memberi nilai pada audien.
Jangan buat eBook 300 muka surat. Takde siapa nak baca.
Bila mereka tak baca, masalah mereka tak selesai.
Ini akan datangkan impak negatif pada anda bila tiba masa untuk promosikan sesuatu.
Rule of thumb bila buat lead magnet adalah, pastikan audien boleh ‘consume’ dan habiskan dalam tempoh 5 ke 10 minit sahaja.
12 Idea Lead Magnet Yang Berkesan Untuk Tarik Banyak Leads
Ada banyak jenis lead magnet yang boleh anda buat.
Cuma disini saya hanya senaraikan jenis lead magnet yang popular, dan mudah untuk dihasilkan oleh kebanyakan orang, walaupun tiada pengalaman.
1) Case study
Case study pun laku dan orang suka.
Sebab kebanyakan orang suka nak tahu macam mana buat sesuatu untuk selesaikan masalah.
Contoh kalau anda jual rumah.
Boleh buat case study cerita bagaimana anda berjaya bantu pelanggan anda beli rumah lelong, dan bantu mereka flip rumah tersebut untuk profit.
But make sure case study anda perlu spesifik ya.
Ini juga contoh yang saya jumpa di internet.
2) Cheatsheet
Cheatsheet ni kalau dalam bahasa student orang panggil ‘toyol’. Haha.
Dalam cheatsheet biasanya orang akan kongsikan proses yang terlibat untuk buat sesuatu.
Saya paling suka cheat sheet sebab boleh letak dekat ‘note board’ workstation saya supaya saya tak lupa benda penting.
3) Checklist
Checklist sangat popular sebab ia mudah untuk dihasilkan dan juga ia mudah untuk digunakan oleh audien sasaran.
Biasanya checklist berupa siri tindakan yang perlu diambil oleh audien anda, dalam membantu menyelesaikan masalah.
Ini contoh checklist dari Hubspot.
4) Template
Template pun menarik untuk audien anda dapatkan.
Sebab boleh terus guna, tanpa perlu buat research yang banyak.
Contoh anda jual servis copywriting.
Anda boleh keluarkan template ‘10 template headline meleleh’ dan beri pada audien anda sebagai lead magnet.
Ini pula contoh template untuk buat resume dari Monster Jobs.
5) Printables
Jenis lead magnet ini pun popular, sebab orang boleh download dan print terus untuk digunakan.
Saya pernah tengok orang offer lead magnet jenis ini untuk bantu audien mereka buat business plan.
Cuma kalau saya malas nak print. Saya tulis je balik atas kertas kosong. Haha.
Ini contoh printables yang saya jumpa.
6) eBook
eBook ni memang sangat biasa bila kita sebut lead magnet ni.
Ada satu time bila orang nak buat lead magnet mesti dalam kepala hanya nampak eBook sahaja.
Apa pun, eBook masih relevan untuk digunakan dalam lead magnet.
Cuma make sure jangan panjang berjela. Pastikan padat dan ringkas.
Ini contoh eBook sebagai lead magnet. Simple, padat, dan menarik untuk dibaca.
7) Resources
Ini pun okay sebab orang boleh gunakan terus dan menjimatkan masa mereka untuk cari sendiri.
Cukup sekadar buat senarai perkara penting untuk bantu audien selesaikan masalah mereka.
Senarai link website ke, supplier ke, course ke atau apa sahaja senarai.
Macam dalam contoh yang saya bagi ni, ia sediakan resource untuk copywriting yang dipanggil swipe file.
So dalam tu ada banyak koleksi copywriting yang anda boleh ambil sebagai inspirasi.
8) Toolkit
Kalau anda seorang yang dikategorikan ‘professional’, anda boleh je offer senarai peralatan (tools) yang digunakan ketika bekerja (atau berbisnes).
Sometimes, newbie macam saya ni, suka nak tahu apa software, app, service yang orang hebat-hebat guna.
Dan paling best, kalau anda offer toolkit ni, anda boleh promote sekali produk tersebut sebagai affiliate.
Dapat leads, dan sambil-sambil tu buat sale.
Best kan?
9) Video Training
Video training adalah favorite saya kalau nak buat lead magnet.
Sebab approach saya lebih pada education.
So audien saya lebih suka kalau saya buat tutorial video untuk guide mereka buat sesuatu.
Lebih jelas dan menusuk kepala. Hehe.
Ini contoh lead magnet jenis video training dari Wistia.
10) Webinar
Webinar ni sama macam video training. Cuma bezanya ia dibuat dalam situasi ‘live’.
Tak boleh fast forward atau skip. Kalau 2 jam webinar tu, 2 jam la anda perlu mengadap.
Ia diambil dari konsep seminar dimana anda perlu hadir pada masa dan tarikh yang ditetapkan untuk dapat konten yang ditawarkan.
Sangat berkesan kalau anda nak buat jualan bila mereka hadir dalam webinar anda. (upsell)
Ini contoh webinar yang dibuat oleh Search Engine Journal untuk tarik leads.
11) Kupon
Kupon ni biasa digunakan sebagai lead magnet dalam website eCommerce.
Ia sesuatu yang ditawarkan untuk audien dapatkan diskaun, free shipping, atau apa-apa tawaran istimewa dari anda.
Apa yang best guna lead magnet jenis ini adalah, anda tahu yang ambil tawaran anda ini, adalah someone yang ada niat untuk membeli dari anda.
So mudah untuk anda follow up dan hardsell pada mereka selepas itu.
12) Sales Material
Sometimes audien anda mahukan maklumat tambahan dari produk atau servis yang anda tawarkan.
So anda boleh offer mereka lead magnet dalam bentuk sales material.
Sales material boleh jadi brochure, quotation atau discovery call.
Untuk yang menjalankan servis sebagai perunding seperti takaful, hartanah, dan yang seumpama dengannya, memang sesuai guna lead magnet jenis ini.
Ini pula contoh yang dibuat oleh Ikea.
5 Tools Bantu Saya Buat Lead Magnet Dengan Mudah & Cepat
Dulu masa saya mula nak belajar buat lead magnet, memang terkial-kial.
Dah la tak sure apa konten nak letak. Apatah lagi nak bagi dia nampak cantik dan berkualiti.
Tapi sekarang dah tak susah sangat.
Sebab ada banyak tools yang boleh bantu anda buat lead magnet dengan cepat.
Disini saya senaraikan pula tools yang saya guna untuk bantu saya buat lead magnet.
1) Beacon
Beacon ni software baru juga bagi saya yang saya guna.
Kalau nak buat lead magnet cantik-cantik, boleh guna ni.
Template pun banyak dan senang guna.
Kalau anda ada artikel atau blog post, anda boleh terus import dan convert ia menjadi Lead Magnet.
Lagi best guna Beacon sebab anda boleh terus boleh kumpul email guna sistem mereka, atau integrate seamlessly ke Email Marketing Provider macam ConvertKit.
Beacon pun free.
Dan ada option berbayar untuk lebih fungsi.
2) Attract
Attract ni sama macam Beacon. Tapi ia 100 peratus percuma.
Cuma dari segi features dan template agak limited sikit dari Beacon.
But still anda boleh guna untuk buat lead magnet yang berkualiti.
3) Canva
Dekat Canva anda boleh buat macam-macam kerja design.
Nak buat printables, eBook, presentation, checklist apa semua boleh.
Design pun mantap walaupun hanya guna akaun percuma.
4) Screencast-o-matic
Untuk kerja-kerja rakam video tutorial, saya akan guna Screencast-o-matic.
Boleh rekod skrin komputer, rekod webcam atau dua-dua sekali.
Dan lagi best, anda boleh terus lakukan editing dalam software ni.
Ia free selagi rakaman anda tak lebih dari 15 minit.
Kalau nak lebih fungsi dan ciri-ciri lain, kena bayarlah. Hehe.
6) Google Docs
Tools paling simple dan 100 peratus percuma.
Biasa saya guna Google Docs untuk buat lead magnet yang simple macam ebook, checklist, cheatsheets, atau case study.
Lepas dah siap saya akan save dan download as PDF.
Setel.
Kesimpulan – 12 Idea Lead Magnet Untuk Tarik Banyak Leads Berkualiti
Sekarang sedikit sebanyak tentang idea dan cara untuk buat lead magnet dengan mudah dan berkesan.
Buat Lead Magnet ni tak susah sangat pun. Biasalah tu kalau awal-awal ni blur. Benda tak biasa kan.
Tapi, selagi anda tahu dan jelas apa target audiens perlukan, pasti tak susah untuk dapatkan idea dan cari konten sebagai lead magnet.
Sentiasa ingat, Lead Magnet anda perlu :
- Selesaikan masalah
- Spesifik
- Ringkas dan padat
- Mudah untuk diedarkan
- Mempunyai nilai tinggi.
Apa pun, terus je mula buat dan test performance lead magnet anda.
Kalau sambutan kurang, just tukar dan atau adjust balik ‘angle’ lead magnet anda.
Dan sepatutnya, lead magnet tak perlu banyak masa untuk buat.
Kalau ambil masa lebih sehari, maknanya anda ‘overthinking’.
Kalau untuk yang dah biasa buat, lebih dari sejam masa anda buat, itu dah dikira ‘too much’.
Okay itu saja.
Harap artikel ini buka mata anda dan beri anda idea untuk tambah baik bisnes.
Saya juga ada sediakan artikel untuk anda belajar macam mana nak guna lead magnet dalam email marketing.
Ada soalan? Terus share dekat komen.