Teknik pemasaran menggunakan video atau ‘video marketing’ semakin digemari oleh para usahawan dan pemilik jenama sebagai salah satu strategi untuk menarik pelanggan.
Para ‘marketers’ telah menggunakan teknik ini dan melihat peningkatan yang sangat drastik dalam kadar tukaran atau ‘conversion rate’.
Mengikut statistik, video yang diletakkan di ‘main page’ sesebuah website akan menunjukkan kadar tukaran pelawat kepada pembeli (customer conversion rate) sebanyak 86%.
Banyak tu!
So macam mana nak buat?
Teruskan baca artikel ini.
Isi Kandungan
Kepentingan Membuat Intro Video Yang Menarik.
Pada kebiasaannya, seseorang itu akan mengambil masa hanya beberapa saat sahaja memutuskan untuk terus menonton video tersebut atau ‘skip’ ke video seterusnya.
Ini menunjukkan betapa pentingnya untuk sesuatu video itu mempunyai intro atau pengenalan yang menarik perhatian mata yang memandang.
Jika intro video anda menarik, maka penonton akan terus ‘melekat’ dan menonton video anda sehingga tamat!
Sebaliknya jika intro video anda tiada ‘wow effect’ dan membosankan, laju sahaja jari mereka untuk scroll ke page seterusnya.
Bagaimana Cara Membuat Intro Video Dengan Mudah & Berkualiti?
Saya cadangkan untuk anda gunakan ‘intro maker’ untuk mencipta pengenalan yang menarik bagi video marketing anda.
Anda perlu mempunyai intro video yang padu supaya anda boleh ‘connect’ dengan penonton anda pada kadar yang pantas.
Ingat… jangan berikan mereka peluang untuk skip video anda.
Apa Perlu Ada Dalam Intro Video Yang Menarik?
Bukan anda dan saya sahaja, malah ramai ‘video marketer’ yang garu kepala ketika memutuskan apa isi kandungan yang perlu ada untuk menghasilkan intro video yang mantap.
Ini perkara biasa….
Jika mereka yang profesional pun garu kepala, inikan pula kita yang biasa-biasa ni kan?
Tapi jangan risau kerana saya akan kongsikan beberapa perkara penting yang perlu ada dalam intro video yang padu.
Pertama sekali, anda perlu kenal pasti apakah content dalam intro video tersebut yang akan menarik perhatian viewer.
Keyword di sini ialah content yang menarik perhatian.
Di bawah, saya berikan beberapa contoh content seperti:
- Tujuan Video
- Intro video perlu menunjukkan dengan jelas apakah tujuan atau ‘purpose’ video tersebut. Penonton perlu mempunyai gambaran apakah maklumat yang akan mereka dapat pada akhir video. Sebagai contoh, anda ingin membuat satu video ‘unboxing’. Penonton perlu mempunyai idea apakah produk yang akan dibuka kotaknya (unboxing) seawal beberapa saat pertama setelah butang ‘play’ ditekan.
- Branding / Nama Bisnes
- Tekankan mengenai jenama atau bisnes anda dalam bahagian pengenalan video. Lebih kurang macam pengarah meletakkan nama sebelum filem yang diarahnya bermula. Sama juga dengan video marketing, hebahkan kepada penonton siapa yang menerbitkan video tersebut.
- Warna dan teknik transition
- Gunakan warna yang terang dan teknik transition yang menarik untuk ‘menangkap’ perhatian penonton. Sekiranya anda menggunakan kombinasi warna pastel atau warna lembut, anda dinasihatkan untuk ‘menyelitkan’ sedikit warna terang yang bersesuaian. Yang penting, sedap mata memandang!
- Durasi video
- Anda juga boleh memaparkan durasi video atau panjang video anda pada segmen pengenalan. Sebagai contoh, “10 minit – unboxing Iphone 13 pro” untuk memaklumkan kepada penonton bahawa video itu berdurasi 10 minit dan anda akan ‘unboxing’ produk Iphone 13.
- Tanya soalan
- Ini ialah satu teknik mudah dan berkesan untuk menarik perhatian viewer. Sebagai contoh, anda ingin membuat video review mengenai produk Apple yang terbaru di pasaran iaitu Iphone 13 dan anda boleh gunakan teknik bertanya soalan general dalam niche tersebut seperti “Adakah anda berpuas hati dengan prestasi telefon pintar anda?” untuk menarik perhatian mereka.
15 saat ialah tempoh durasi yang ngam untuk intro sesuatu video.
Macam orang putih selalu kata, make it short and sweet.
Video marketing yang berkesan tidak perlu intro yang panjang dan meleret.
Anda tidak mahu penonton berasa bosan dan skip video anda.
Ramai marketer yang membuat intro video berdurasi lebih 15 saat dan mereka gagal untuk menarik perhatian penonton.
Sebaik sahaja anda dapat menangkap perhatian penonton, teruslah beralih ke bahagian utama isi kandungan video.
Ingat, jangan meleret!
Kenapa Perlu Guna Software Video Editor?
Kebanyakan ‘marketer’ membuat video promosi sebelum ‘launch’ bisnes online mereka.
Video promosi perlu mempunyai elemen menarik untuk meningkatkan ‘brand awareness’ bisnes online tersebut.
Untuk membuat intro yang menarik bagi sesuatu video promosi, anda perlu menggunakan software video editor profesional.
“Tapi dalam handphone saya dah ada apps video editor dah…..”
Ya, memang betul. Telefon pintar sekarang sangat canggih dan sudah ada aplikasi video editing tetapi aplikasi di telefon pintar atau software di laptop/pc tidak mampu untuk menghasilkan intro video promosi yang berkualiti seperti hasil tangan profesional.
Kalau nak buat intro yang biasa-biasa tu boleh la…
Anda perlu mencipta intro video yang padu dan berkualiti tinggi untuk membuatkan penonton terus melekat sehingga ke hujung video tersebut.
Dengan menggunakan video editor profesional, misi untuk menarik perhatian penonton sudah tidak mustahil lagi.
Anda tidak perlu risau kerana sekarang sudah ada banyak video editor di pasaran yang ‘newbie friendly’ dan juga sesuai untuk mereka yang baru memulakan bisnes online.
Anda tidak perlu mengambil masa yang lama untuk belajar menggunakan video editor ini. Mudah sahaja.
Drag, drop, klik sini, klik sana, siap!
Dengan adanya online video editor, pemilik bisnes tidak perlu lagi mengupah pembuat video.
Jimat kos di situ ya kawan-kawan….
Terdapat banyak online video editor yang menawarkan versi percuma kepada pengguna, sebagai contoh InVideo.
Jangan risau, InVideo ada versi percuma dan yang bestnya features yang ditawarkan setanding dengan video editor berbayar yang lain sebagai contoh anda boleh menggunakan transitions dan filters dalam intro video anda.
Dengan sedikit kreativiti, confirm intro video anda nampak macam profesional!
Cara Buat Intro Video Menggunakan Video Editor
Saya cadangkan untuk anda menggunakan video editor yang mempunyai ‘user interface’ (UI) yang intuitif.
Senang cerita, cari video editor yang mudah nak guna dan tidak complicated.
Video editor yang menawarkan ciri-ciri drag & drop adalah perfect untuk beginners.
Ini ialah langkah-langkah untuk membuat intro video dengan menggunakan video editor :
- Dimensi video
- Mula dengan menetapkan dimensi intro video anda. Antara dimensi yang popular ialah 16:9, 1:1, and 9:16.
- Template sedia ada
- Kerja anda akan jadi lebih mudah jika video editor yang anda gunakan sudah menyediakan template sedia ada (pre-made template).
InVideo ialah platform editing yang menawarkan lebih 5000 template menarik yang boleh digunakan untuk menghasilkan intro video yang catchy.
Jika anda sukakan cabaran, anda boleh mencipta intro video sendiri.
Start from scratch!
- Muatnaik media
- Muatnaik fail media yang mahu dijadikan content dalam intro video anda. Trim dan join fail media tersebut untuk menghasilkan satu intro video yang lengkap, cantik dan menarik.
- Editing
- Anda boleh menggunakan fungsi transition, filter dan masukkan juga muzik dalam video anda. Anda disarankan untuk menggunakan video editor yang mempunyai music library yang kaya dengan audio track. Anda juga boleh memasukkan emoji, animation, sarikata dan banyak lagi dalam intro video tersebut. Yang penting, kreatif!
- Semak preview
- Setelah selesai, semak semula video anda. Periksa dengan teliti jika terdapat editing yang tidak sesuai atau audio yang tidak jelas pada video tersebut. Proses ini mungkin mengambil masa sedikit lama, sabar ya….
- Eksport video
- Touch up video (jika perlu) sampai anda berpuas hati. Kemudian, eksport video tersebut dalam kualiti tinggi. Kebanyakan video editor mempunyai fungsi kongsi ke platform media sosial dengan hanya menekan satu butang sahaja. Kongsi sekarang!
Kini, terdapat banyak produk digital di pasaran.
Anda hanya perlu memilih produk digital yang sesuai untuk membuat intro video anda.
Anda boleh menambahkan personalization, audio bebas royalti, jenama dan banyak lagi pada video pengenalan anda dengan video editor.
Dengan hanya beberapa klik, anda boleh membuat video pengenalan dalam masa 10 minit sahaja dengan menggunakan platform video editor.
Mudah kan?
Intro Video Dah Siap. Kat Mana Nak Share?
Intro video dah siap.
Yay!
Kini anda satu misi penting untuk memastikan video anda dilihat oleh seramai penonton yang boleh.
Ye lah, dah penat-penat buat video, takkan kita nak tengok sorang kan?
Media sosial adalah cara terbaik untuk menghebahkan video promosi anda contohnya seperti platform Youtube, Facebook dan Instagram.
Kongsikan video anda di semua platform media sosial yang anda fikir sesuai dengan niche bisnes online anda.
Bisnes online ada website sendiri? Lagi bagus.
Publish video anda di ‘main page’ untuk meningkatkan conversion rate.
Mempunyai video pengenalan yang berkualiti adalah satu plus point untuk menarik penonton untuk menonton video penuh.
Jangan lupa untuk selitkan ayat call-to-action (CTA) pada bahagian penutup video anda ya.
Kesimpulan – Cara Mudah Buat Intro Video Yang Menarik Dalam Masa 10 Minit
Intro video untuk video marketing boleh dihasilkan dalam masa beberapa minit sahaja jika anda menggunakan editor video yang betul.
Anda digalakkan untuk menambahkan penjenamaan dan sentuhan profesional untuk menjadikan video pengenalan berkesan.
Jangan tunggu lagi. Try buat intro video hari ini juga!