5 Langkah Buat Blog Percuma Guna WordPress

Baru Je Nak Mula Tulis Blog

Nak mula buat blog tapi risau kena keluar modal besar? Jangan risau, anda boleh buat percuma saja dengan WordPress.

Dalam beberapa langkah mudah, anda dah boleh mukan aktiviti membina blog anda.

Boleh baca artikel ini kalau nak tau lebih lanjut tentang apa itu blog.

Langkah Demi Langkah Mulakan Blog di WordPress

1. Pergi ke wordpress.com

Taip saja https://wordpress.com/ di pelayar dan halaman utama (seperti dalam gambar di atas) akan terpapar.

2. Klik “Start your website”

Klik pada butang berwarna biru (dalam bulatan merah) ini.

3. Cipta akaun WordPress

Anda boleh teruskan dengan menggunakan akaun Google anda atau akaun Apple bagi pengguna iOS.

4. Letak nama domain

Pastikan nama yang anda pilih itu tidak dijarakkan. Rapatkan sahaja walau berapa patah perkataan yang anda gunakan.

Setelah anda masukkan nama domain, ada beberapa pilihan akan terpapar seperti di bawah.

Pilihlah yang percuma (Free).

Untuk akaun versi percuma ini, terdapat bahagian.wordpress.com pada akhir domain anda (yang bermaksud blog anda merupakan sub-domain kepada wordpress.com)

Klik domain percuma itu dan pilihan seterusnya akan dipaparkan

5. Pilih Versi Percuma

Klik pada “Start with a free site” untuk teruskan.

6. Dah Siap Dah!

Sekarang ni anda boleh tengok dashboard untuk blog anda.

Jadi, anda dah berjaya buat blog percuma dengan wordpress.com.

Apa lagi yang anda boleh buat?

Anda boleh klik “Start learning” ikut panduan yang diberikan.

Kesimpulan – Gunakan Blog Percuma

Walaupun anda guna versi percuma, tapi fungsi asas sebuah blog tetap berpadanan. Baru-baru nak bertatih ni, pakai dulu apa yang ada.

Kalau bisnes makin rancak, barulah anda fikir semula sama ada berbaloi atau tak kalau anda langgan versi berbayar yang ada ciri-ciri premium.

Baca lebih banyak artikel tentang blog di sini.

Share this!

Ainul Tajul

Ainul Tajul

Penulis kandungan sepenuh masa di Kartel Digital Sdn. Bhd. Berpengalaman sebagai pemasar digital, editor, pencipta kandungan, penulis iklan, pengurus acara, tutor, dan konsultan/auditor. Minat sains & teknologi, media sosial dan penulisan sastera kreatif.

PANDUAN PERCUMA

6 Figure Blogging Gameplan eCover

KETAHUI GAMEPLAN SAYA BUAT INCOME 6-ANGKA DARI BLOG!

Dapatkan eBook eksklusif yang mengandungi ‘failed-proof’ gameplan untuk anda mula bisnes online from scratch, dan direka khusus untuk anda yang busy tapi nak buat side income online.

Ia adalah hasil dari pengalaman, pembelajaran, dan eksperimen bertahun, sehingga saya boleh buat income dengan konsisten, 100 peratus online, secara seorang diri.

CASE STUDY EKSKLUSIF (FREE)

Rahsia Bagaimana En. Amir Hasilkan RM250k Dari Dropship Dalam Masa Sebulan!

Isi nama dan email untuk saya hantar ebook ini.
CASE STUDY EKSKLUSIF (FREE)

Rahsia Bagaimana En. Amir Hasilkan RM250k Dari Dropship Dalam Masa Sebulan!

Isi nama dan email untuk saya hantar ebook ini.