Senarai Kerja Part Time Dari Rumah Dan Platform Kerja Boleh Percaya di Malaysia 2022

 Senarai Kerja Part Time Dari Rumah

Struktur pekerjaan kini dah banyak berubah dan banyak pekerjaan telah dianggap normal untuk dilakukan dari rumah saja. 

Satu tinjauan oleh Microsoft, data menunjukkan rakyat Malaysia menyambut baik norma baharu ini. Lebih dua per tiga pekerja di Malaysia suka bekerja dari rumah.

Untuk yang nak tambah pendapatan, boleh cari kerja part time yang boleh dibuat dari rumah. Selesaikan kerja dan dapat bayaran.

Kami senaraikan kerja part time yang sesuai buat dari rumah. Secara amnya, kerja yang kami senaraikan ini memerlukan kelengkapan komputer dan sambungan Internet. 

Yang membezakan, anda perlu ada  kemahiran tertentu yang menambah kredibiliti anda untuk yakinkan pihak yang akan mengupah anda.

1. Pereka grafik

Kerja kreatif sebagai seorang pereka grafik antara tugas popular yang boleh dilakukan dari rumah.

Seorang pereka grafik diupah untuk edit gambar, bahan pemasaran (poster), susun atur laman web dan juga label.

Kadar upah bergantung kepada kerumitan rekaan dan ada caj tambahan sekiranya pelanggan kerap minta graphic designer edit semula hasil rekaannya.

Pastikan pelanggan berikan butiran terperinci hasil rekaan yang mereka inginkan.

Kemahiran yang diperlukan:

  • Perisian Adobe: Photoshop, InDesign, Illustrator, Lightroom
  • Bergantung kepada kerumitan rekaan, boleh juga gunakan Canva
  • Kreatif menyampaikan mesej dalam bentuk grafik

2. Ilustrator


Beza seorang ilustrator dengan pereka grafik ialah, ilustrator menggunakan karya seni mereka untuk sampaikan cerita

Pereka grafik pula fokuskan kepada hasil keseluruhan termasuk warna, font dan reka letak.

Illustrator bertanggungjawab untuk cipta imej secara terperinci.

Contohnya ada pihak yang mengupah ilustrator untuk cipta karakter dalam video game, maskot untuk suatu jenama atau logo jenama/syarikat.

Kadar upah bergantung kepada tempoh deadline, kerumitan ilustrasi, dan kepakaran illustrator.

Kemahiran yang diperlukan:

  • Perisian Adobe: Photoshop, InDesign, Illustrator, Lightroom
  • Melukis secara manual atau digital

3. Video editor

Video editor terlibat dalam penghasilan video promosi (iklan), vlog, tutorial, dan sebagainya.

Kadar upah bergantung kepada kualiti video, kerumitan video dan durasi video.

Kemahiran yang diperlukan:

  • Perisian video editing seperti PowerDirector, Sony Vegas, dan Adobe Premiere
  • Peka dengan peralihan babak (transition) dengan bunyi atau muzik

4. Ghostwriter

Penulis upahan atau ghostwriter ialah seseorang yang akan menulis untuk anda dan anda boleh gunakan hasil tulisan berkenaan sebagai hasil tulisan anda.

Terdapat bermacam-macam jenis ghostwriter. Ada yang menulis buku, artikel, cerita, teks ucapan dan lirik lagu.

Kemahiran yang diperlukan:

  • Microsoft Word, Google Doc
  • Cekap buat kajian berkaitan dengan kehendak pelanggan
  • Menguasai penggunaan tatabahasa, tanda baca dan luas kosa kata

5. Editor & proofreader

Editor dan proofreader bertindak sebagai penyemak teks supaya teks nampak kemas dan bersesuaian dengan genre penulisan, menggunakan fakta yang tepat dan membetulkan kesalahan tatabahasa dan tanda baca.

Kadar upah bergantung kepada kepanjangan teks, tempoh deadline dan kerumitan teks.

Kemahiran yang diperlukan:

  • Microsoft Word, Google Doc
  • Cekap buat kajian berkaitan dengan teks yang diterima
  • Menguasai penggunaan tatabahasa, tanda baca dan luas kosa kata

6. Tutor

Jika anda ada apa-apa ilmu, kemahiran atau kepakaran, boleh cuba jadi tutor. Bimbing anak murid dalam subjek yang anda kuasai.

Tak terhad kepada tahap pendidikan sekolah sahaja, sesetengah tutor turut tawarkan khidmat mereka untuk ajar pelajar di peringkat pengajian tinggi.

Para pelajar sekarang pun dah lebih dua tahun belajar secara online, tentunya sebagai tutor ini satu kelebihan untuk bekerja dari rumah sahaja.

Kadar upah biasanya dikenakan mengikut tempoh kelas berlangsung.

Kemahiran yang diperlukan:

  • Penguasaan subjek yang ingin diajar
  • Cara menyampaikan maklumat
  • Cara memahami masalah pelajar

7. Digital Strategist 

Tugas seorang digital strategist ada banyak. Mengatur dan jalankan kempen pemasaran. Analisa data dan jalankan pengiklanan di platform digital. Menulis iklan dan gabungan kesemua skop kerja yang disebutkan tadi.

Kadar upah bergantung kepada skop kerja yang diperlukan.

Kemahiran yang diperlukan:

  • Analisis data
  • Faham fungsi SEO
  • Arif dengan media sosial dan ads
  • E-mail marketing
  • Copywriting

8. Data Entry Administrator 

Kerja ni masukkan data dalam format yang diperlukan oleh pelanggan. 

Pelanggan boleh beri maklumat dalam bentuk gambar dan minta data entry administrator untuk taip semula dalam format yang dikehendaki..

Contohnya resit-resit daripada kedai yang berbeza, dimasukkan dalam data sheet dalam forfat Microsoft Excel.

Kerja ini antara yang termudah, pelajar pun boleh tawarkan khidmat ini.

Kemahiran yang diperlukan:

  • Perisian Microsoft Excel, Word dan lain-lain
  • Mampu menaip dengan cepat dan tepat

Banyak, kan? Macam-macam jenis kerja part time kita boleh buat dari rumah.

Dalam banyak-banyak kerja ni part time ni, mesti ada beberapa yang sesuai dengan kemahiran, minat dan kelengkapan/kemudahan yang anda ada.

Platform Kerja Boleh Percaya di Malaysia 2022

Namun ada beberapa kerisauan dialami pencari kerja part time ini.

“Nak cari kerja part time kat mana?”

“Boleh percaya ke platform ni?”

“Macam mana kalau tak dapat bayaran?”

Dalam sebuah tinjauan oleh Telenor Group, rakyat Malaysia merupakan antara mangsa yang mudah terpedaya dengan skim penipuan Internet.

Tinjauan itu meliputi rakyat rakyat dari Singapura, India, dan Thailand; rakyat Malaysia menduduki tempat pertama dengan hamper 46% responden mengaku telah menjadi mangsa.

3 skim penipuan yang telah memperdayakan ramai mangsa termasuklah:

  • Skim penipuan kerja dari rumah (30%)
  • Skim penipuan belian/lelongan barangan (22%)
  • Skim penipuan janji temu online (20%)

Hal macam ni amat merisau untuk para pencari kerja part time. Elok-elok boleh buat kerja part time untuk tambah duit tepi, tapi kalau kena tipu habis la masa dan tenaga. Lebih malang, duit simpanan sedia ada pun kena sapu.

Jadi kali ni kami senaraikan beberapa jenis kerja part time dari rumah dengan platform yang boleh dipercayai di Malaysia 2022.

1. Fiverr

Fiverr ialah online marketplace untuk khidmat sambilan dan separuh masa dengan kos rendah dari serata dunia. 

Fiverr memberi jaminan bahawa laman web mereka menggunakan teknologi terkini bagi mencegah penipuan dan jaminan data peribadi supaya transaksi dan juga data anda kekal selamat.

2. Jobstreet

Jobstreet merupakan portal carian kerja yang tak asing dalam kalangan pencari kerja di Malaysia.

Majikan yang mengiklankan peluang pekerjaan kesemuanya berdaftar dan disahkan oleh pihak Jobstreet.

Peluang anda ditipu hampir tiada, dan jika penipuan masih berlaku; ada pasukan dalam Jobstreet yang akan bantu dan selesaikan isu ini untuk anda.

Kami boleh katakan platform Jobstreet ini antara saluran yang selamat untuk anda cari kerja part time.

3. LinkedIn

Rangkai professional terbesar dunia dengan lebih 830 juta pengguna di 200 negara dan wilayah.

Misi LinkedIn adalah untuk menghubungkan para profesional dunia bagi menjadikan mereka lebih produktif dan cemerlang.

Perkhidmatan LinkedIn direka bentuk untuk menggalakkan peluang ekonomi kepada pengguna LinkedIn dengan membolehkan anda dan jutaan profesional lain bertemu, bertukar-tukar idea, belajar dan mencari peluang atau pekerja, bekerja dan membuat keputusan dalam rangkaian yang terdiri daripada perhubungan yang dipercayai.

Kesimpulan: Hati-hati dan Selamat Mencari Kerja Part Time dari Rumah

Semoga info yang kami kongsikan ini membantu anda memilih kerja part time yang bersesuaian dan selamat daripada unsur penipuan. 

Scammer berada di mana-mana, kitalah perlu lebih bijak bertindak.

Anda tahu kerja part time dan platform lain yang boleh dipercayai? Kongsikan dengan kami.

Share this!

Ainul Tajul

Ainul Tajul

Penulis kandungan sepenuh masa di Kartel Digital Sdn. Bhd. Berpengalaman sebagai pemasar digital, editor, pencipta kandungan, penulis iklan, pengurus acara, tutor, dan konsultan/auditor. Minat sains & teknologi, media sosial dan penulisan sastera kreatif.

PANDUAN PERCUMA

6 Figure Blogging Gameplan eCover

KETAHUI GAMEPLAN SAYA BUAT INCOME 6-ANGKA DARI BLOG!

Dapatkan eBook eksklusif yang mengandungi ‘failed-proof’ gameplan untuk anda mula bisnes online from scratch, dan direka khusus untuk anda yang busy tapi nak buat side income online.

Ia adalah hasil dari pengalaman, pembelajaran, dan eksperimen bertahun, sehingga saya boleh buat income dengan konsisten, 100 peratus online, secara seorang diri.

CASE STUDY EKSKLUSIF (FREE)

Rahsia Bagaimana En. Amir Hasilkan RM250k Dari Dropship Dalam Masa Sebulan!

Isi nama dan email untuk saya hantar ebook ini.
CASE STUDY EKSKLUSIF (FREE)

Rahsia Bagaimana En. Amir Hasilkan RM250k Dari Dropship Dalam Masa Sebulan!

Isi nama dan email untuk saya hantar ebook ini.