Pendaftaran Perniagaan SSM Secara Online (Bahagian 2)

Dalam pos sebelum ni (Bahagian 1), kami dah kongsi tentang cara daftar perniagaan SSM secara online perlu bermula dengan pendaftaran akaun Ezbiz. Pendaftaran akaun Ezbiz ni percuma saja. Rugi andai anda tak ambil peluang.

Kalau anda belum pernah buat sebarang pendaftaran SSM sebelum ini, boleh baca dulu Bahagian 1.

Jika anda dah ada akaun Ezbiz, boleh lanjutkan pembacaan.

Pada Bahagian 2 ini juga, ada panduan tambahan untuk urusan pendaftaran perniagaan baharu dan juga urusan yang melibatkan rakan kongsi. Jom kita tengok dulu langkah demi langkah!

Cara Permohonan Pendaftaran Perniagaan Baru Melalui Portal Ezbiz Online

A. Cara Mengemukakan Permohonan Pendaftaran Perniagaan Baru

  1. Layari portal ezbiz.ssm.com.my
    1. Masukkan “USERNAME”.
    2. Masukkan “PASSWORD” – boleh klik ikon mata jika ingin lihat kata laluan yang telah ditaip.
    3. Masukkan “VERIFICATION CODE” dan,
    4. Klik “Sign In”
  1. Pergi ke menu dan klik “My Business Services”
    • Klik “New Business”.
  1. “Main Information”.
    • Sila pilih “Name Type” sama ada;
      • “Trade Name” – Menggunakan Nama Tred. 
      • “Personal Name” – Menggunakan nama sendiri seperti dalam Kad Pengenalan (MyKad/MyPR) 
    • Masukkan “Business Start Date”.
    • Masukkan “Partnership Agreement Date” (jika ada).
    • Sila pilih “Incentive” (jika berkaitan). 
    • Sila pilih “Registration Period” dengan membuat pilihan bermula 1 tahun hingga 5 tahun. 
    • Pada bahagian “Business Info”, sila pilih samada “Yes” jika setuju untuk beli info perniagaan, atau “No” jika tidak setuju untuk beli info perniagaan. 
    • Status akan menunjukkan “DATA ENTRY”.
  1. Sila pilih:
    • “Has Branch(es)?” – Pilih klik “YES” jika ada cawangan. Klik “NO” jika tiada cawangan. 
    • “Is Online Seller?” – Pilih klik “YES” jika perniagaan secara atas talian. Pilih klik “NO” jika tidak berkenaan.
  1. “Main Address” dan “Mailing Address”.
    • Masukkan semua ruangan yang bertanda (*) 
    • Masukkan POSKOD terlebih dahulu, dan senarai “TOWN” akan keluar.
    • Jika “Mailing Address” sama dengan “Main Address” tekan “Copy From Main Address”.
    • Tekan butang “Next”.
  1. “Branches Information” (hanya terpapar jika klik “YES”)
    • Masukkan semua ruangan yang bertanda (*).
    • Klik “Add/Update Branch”
    • Sebarang pertambahan cawangan akan dikenakan bayaran RM5.00 untuk setahun bagi pendaftaran setiap satu cawangan. 
    • Tekan butang “Next”.
  1. “Business Information”.
    • Nyatakan jenis perniagaan di ruangan “Business Description”.
    • Klik “Add Business Code”.
  • Isikan jenis perniagaan dalam kotak “Keyword” dan klik “Search”.
  • Pilih “Business Code” yang berkaitan sekurang-kurangnya 1 pilihan dan klik “Add Selected Code”.
  • Setelah selesai, Tekan butang “Next”.
  1. Owner Information”.
    •  Klik ikon di “Action” untuk menyemak atau mengemaskini maklumat pemilik.
  • Maklumat pemilik akan terpapar secara automatik kerana pemilik telah membuat verifikasi sebelum membuat permohonan.
  • Selepas kemaskini maklumat silih tekan “update” manakala jika tiada perubahan maklumat sila tekan “close”.
  • Tekan butang ‘Next’.
  1.  “Attachment” (jika berkenaan sahaja) – Sila lampirkan dokumen dalam format .pdf yang diperlukan mengikut kategori permohonan seperti berikut:

Skim Pendaftaran Perniagaan Perihatin (SPPP)

Usahawan Kumpulan B40:

  • Bukti pengesahan menerima Bantuan Prihatin Nasional (BPN 2.0) bagi golongan B40 atau Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) atas nama sendiri atau No. Mykad/MyPR pemohon.

Pelajar IPT:

  • Salinan surat perakuan pelajar dari pihak IPTA/IPTS/Politeknik/Kolej/Institut Kemahiran/Pusat Kemahiran.

Klik “Choose File” & pilih dokumen yang perlu diupload. Kemudian, klik butang “Upload”.

Contoh yang memerlukan “Attachment”.

  1. “Fee & Declaration”
    • Semak bahagian bayaran dan tandakan di bahagian Deklarasi.
    •  Klik “Preview” untuk membuat semakan akhir.
  •  Setelah selesai membuat semakan, sila klik butang “Submit Payment” untuk proses pembayaran dan pilih mod pembayaran yang berkenaan.
  • Jika terdapat butiran untuk dikemaskini, sila klik butang “Edit Back”

B. Cara-Cara Menambah Rakan Kongsi

  1. Pada bahagian “Owner Information”.
    • Masukkan nombor MyKad/MyPR rakan kongsi dalam ruangan bertanda (*).
    • Klik “Add Partner”.
  1. Paparan maklumat rakan kongsi yang ditambah akan terpapar.
  2. Sila isi alamat rakan kongsi.
  1. Klik butang “Update”.
  • Maklumat rakan kongsi yang ditambah akan menjadi “PENDING VERIFICATION”.
  • Pemohon tidak boleh “Preview” jika rakan kongsi yang ditambah masih belum membuat verifikasi menggunakan akaun mereka.

C. Cara-cara Membuat Pengesahan Rakan Kongsi (“Partner Verification)

  1. Pergi ke menu dan klik “My Business Services”.
    • Klik “Form A Partner Verification”
  1. Maklumat perniagaan yang dimohon akan dipaparkan
    • Klik butang
  1. Rakan kongsi boleh membuat semakan pendaftaran perniagaan yang telah diisi sebelum membuat pengesahan. Untuk pengesahan rakan kongsi:
    • Klik ikon
  1. “Pop up” box akan keluar dan klik “OK”.
  1. Pemohon akan menerima emel notifikasi bahawa rakan kongsi yang hendak ditambah telah bersetuju untuk menjadi rakan kongsi perniagaan.
  2. Pemohon boleh menyemak semula dengan sign in ke portal EZBIZ Online.
    • Pergi ke Menu dan klik “My Business Services”.
    • Klik “List New Business Registration”.
    • Pada bahagian “Draft”, klik pada perniagaan yang ingin didaftarkan.
  • Rakan kongsi yang ditambah bertukar status “VERIFIED”.
  • Proses seterusnya adalah memilih mod pembayaran. SELESAI.

D. Cara Muat Turun Sijil dan Maklumat Perniagaan

  1. “Sign In”.
    • Masukkan “USERNAME”.\
    • Masukkan “PASSWORD” – boleh klik ikon mata jika ingin lihat kata laluan yang telah ditaip.
    • Masukkan “VERIFICATION CODE” dan,
    • Klik “Sign In”.
  1. Pergi ke menu dan klik “My Business Services”.
    • Klik “List New Business Registration”.
  1. Klik Tab “Approved/Reject” dan klik butang “Action” .
  1. Sistem akan memaparkan maklumat permohonan yang telah diluluskan. Klik “Download Certificate” dan “Download Business Info”.

Nota:

  • Sijil dan Maklumat Perniagaan perlu dimuat turun dalam tempoh 14 hari dari tarikh permohonan diluluskan. Tarikh akhir dan masa yang boleh dimuat turun ada dinyatakan.
  • Butang “Download Business Info” hanya akan ada jika pembelian maklumat dibuat sewaktu membuat permohonan.

E. Cara “Discard” Transaksi Sebelum Buat Bayaran

  1. Pergi ke menu dan klik “My Business Services”.
    •  Klik “List New Business Registration”.
  1. Pergi ke menu “Draft”.
    • Pilih transaksi dan klik butang “Action” .
  1. Jika status “Pending Payment”.
    • Klik “Edit Back”.
    • Skrol ke bawah, klik “Discard Application”.
  1. Jika status “Data Entry”.
    • Skrol ke bawah, klik “Discard Application”

Kesimpulan – Mudah Je Daftar SSM Online

Mudah kan, daftar SSM secara online? Kalau dah tau langkah-langkah ni ajak sekali kenalan yang ada perniagaan tu untuk daftar SSM secara online juga!

Awalnya memang nampak remeh, tapi keperluan undang-undang ini tanggungjawab pemilik perniagaan. Mendaftarlah agar perniagaan anda sah di sisi undang-undang dan memudahkan apa-apa urusan rasmi yang melibatkan perniagaan anda.

Pendaftaran perniagaan ini juga satu cara anda melindungi perniagaan anda. Sebarang urusan yang berkaitan hak cipta atau paten bawah Perbadanan Harta Intelek (MyIPO) juga perlukan salinan pendaftaran SSM.

Semoga artikel ini membantu anda supaya lebih faham tentang cara pendaftaran SSM secara online. Kongsikan dengan kami, persoalan/pengalaman anda tentang pendaftaran SSM secara online di ruang komen.

Jika sukakan artikel seperti ini, boleh baca lebih banyak lagi artikel tentang eCommerce di blog Kartel Digital

Share this!

Ainul Tajul

Ainul Tajul

Penulis kandungan sepenuh masa di Kartel Digital Sdn. Bhd. Berpengalaman sebagai pemasar digital, editor, pencipta kandungan, penulis iklan, pengurus acara, tutor, dan konsultan/auditor. Minat sains & teknologi, media sosial dan penulisan sastera kreatif.

PANDUAN PERCUMA

6 Figure Blogging Gameplan eCover

KETAHUI GAMEPLAN SAYA BUAT INCOME 6-ANGKA DARI BLOG!

Dapatkan eBook eksklusif yang mengandungi ‘failed-proof’ gameplan untuk anda mula bisnes online from scratch, dan direka khusus untuk anda yang busy tapi nak buat side income online.

Ia adalah hasil dari pengalaman, pembelajaran, dan eksperimen bertahun, sehingga saya boleh buat income dengan konsisten, 100 peratus online, secara seorang diri.

CASE STUDY EKSKLUSIF (FREE)

Rahsia Bagaimana En. Amir Hasilkan RM250k Dari Dropship Dalam Masa Sebulan!

Isi nama dan email untuk saya hantar ebook ini.
CASE STUDY EKSKLUSIF (FREE)

Rahsia Bagaimana En. Amir Hasilkan RM250k Dari Dropship Dalam Masa Sebulan!

Isi nama dan email untuk saya hantar ebook ini.