Pendaftaran Perniagaan SSM Secara Online (Bahagian 1)

Kalau anda menjalankan bisnes, banyak dokumen yang perlu disediakan agar bisnes anda beroperasi secara sah di sisi undang-undang.

Antaranya ialah pendaftaran dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM). Pendaftaran ini bukan saja wajib untuk bisnes konvensional yang buka kedai fizikal, malah peniaga online pun perlu daftar SSM ni!

Pendaftaran SSM ini bukan saja satu keperluan undang-undang malah dengan adanya dokumen pendaftaran SSM, anda lebih mudah meraih kepercayaan pelbagai pihak termasuk agensi kerajaan, pelabur, dan juga pelanggan.

Sekarang ni pendaftaran SSM dah makin mudah. Buat online dan tak perlu nak beratur panjang untuk berurusan di kaunter lagi!

Melalui EzBiz, kita dah boleh mula daftarkan perniagaan dengan SSM.

​Apaka​h EzBiz?

  • Sistem perkhidmatan bagi pendaftaran perniagaan dalam talian yang disediakan oleh SSM untuk membenarkan pengguna untuk melakukan pendaftaran perniagaan baru, pendaftaran perubahan maklumat perniagaan, pembaharuan perakuan pendaftaran dan penamatan perniagaan.
  • Perkhidmatan EzBiz adalah 24 jam sehari, 7 hari seminggu dengan mengakses laman web https://ezbiz.ssm.com.my/.

Apakah perkhidmatan yang Ezbiz tawarkan?

  1. Pendaftaran perniagaan baru:
    • Nama sendiri
    • Nama Tred
  2. Pendaftaran perubahan maklumat perniagaan:
    • Perubahan Alamat Perniagaan
    • Perubahan Jenis Perniagaan
    • Perubahan Maklumat Cawangan
    • Perubahan maklumat pemilik / rakan kongsi
  3. Pembaharuan perakuan pendaftaran.
    • Boleh dibuat sebelum tamat hingga dalam tempoh 12 bulan selepas tarikh tamat perakuan pendaftaran.
  4. Penamatan perniagaan.
    • Hanya untuk perniagaan aktif (sebelum tamat tempoh perakuan pendaftaran).
  5. Perkhidmatan kompaun.
    • Untuk menyemak kompaun tertunggak.
    • Melakukan pembayaran kompaun.

 Fi Pendaftaran dan Pembaharuan

  1. Pendaftaran Perniagaan baru:
    • Nama Sendiri = RM30.00 setahun
    • Nama ‘Tred’  = RM60.00 setahun
  2. Perubahan butir-butir perniagaan = RM20.00
  3. Cawangan = RM5 setahun bagi setiap cawangan
  4. Penamatan Perniagaan = Tiada bayaran diperlukan
  5. Pembaharuan Perniagaan
    • Nama Sendiri = RM30.00 setahun
    • Nama ‘Tred’ = RM60.00 setahun
    • Cawangan = RM5.00 setahun bagi setiap cawangan
  6. Cetakan Maklumat Perniagaan – RM10.00 

Apakah Cara Pembayaran?

Kad Kredit dan FPX (Financial Process Exchange – Perbankan Online)

Panduan Mendaftarkan Akaun Pengguna Melalui Portal Ezbiz

Syarat Mendaftarkan Akaun Pengguna Ezbiz

  1. Di bawah peruntukan seksyen 22A, Akta Pendaftaran Perniagaan (APP 1956) Pendaftar/SSM boleh memberi perkhidmatan bagi dokumen difailkan secara elektronik (Ezbiz).
  2. Pemohon yang ingin menggunakan perkhidmatan yang disediakan perlu berdaftar sebagai pengguna/subscriber perkhidmatan Ezbiz.
  3. Pemilik atau rakan kongsi merupakan warganegara (MyKad) atau penduduk tetap (MyPR) dan mestilah berumur lapan belas (18) tahun dan ke atas.

Prosedur Mendaftarkan Akaun Pengguna Ezbiz

  1. Pemohon boleh mengemukakan permohonan secara atas talian di https://ezbiz.ssm.com.my. Sila rujuk Tatacara Mendaftarkan Akaun Pengguna melalui Portal Ezbiz (lampiran di bawah).
  2. Pemohon perlu berdaftar sebagai pengguna Portal Ezbiz dan untuk pengaktifan Akaun Pengguna Ezbiz, pengguna perlu sign in Portal Ezbiz.
  3. Pemohon perlu bersedia untuk melampirkan dokumen-dokumen seperti berikut:
    • Salinan Kad Pengenalan depan dan belakang di ruangan upload mykad/MyPR;
    • Gambar yang jelas dengan pemohon memegang kad pengenalan di paras leher di ruangan upload selfie; dan
  1. Kemukakan salah satu dokumen rasmi seperti lesen memandu/Passport/ Sijil lahir/ bil. utiliti atau lain-lain dokumen rasmi atas nama sendiri di ruangan supporting document.

Fi Akaun Pengguna Ezbiz

  1. Pihak SSM telah mengecualikan Fi bagi menggalakkan lebih ramai pengguna Ezbiz menggunakan perkhidmatan ini.

Panduan Am

  1. Pastikan pengguna Ezbiz tidak berkongsi katalaluan/password kepada pihak ketiga bagi memastikan keselamatan maklumat perniagaan terjamin dan tidak ada salah guna akaun pengguna tersebut.
  2. Setiap pengguna Ezbiz perlu mematuhi terma dan syarat dan memastikan tiada salah guna perkhidmatan ezbiz. Pihak SSM akan mengambil tindakan mengantung atau membatalkan perkhidmatan pengguna jika terdapat salah guna atau aduan daripada orang awam.
  3. Sebarang pertanyaan lanjut boleh hubungi pusat panggilan SSM di talian 03-77214000 atau e-mel ke enquiry@ssm.com.my.

Tatacara Mendaftarkan Akaun Pengguna Melalui Portal Ezbiz

Permohonan Mendaftarkan Akaun Pengguna Portal Ezbiz

A. Daftar Sebagai Pengguna Portal Ezbiz

  • Tekan “Sign Up”.
  • Isikan semua maklumat yang bertanda (*).
  • Selepas selesai, tekan “Register”.
    • Isikan semua maklumat yang bertanda (*).
    • Tanda √ di bahagian “Declaration”.
    • Selepas selesai, tekan “Save”.

4. Pengguna akan menerima notifikasi emel untuk pengaktifan akaun pengguna Ezbiz.

B. Permohonan Pengaktifan Akaun Pengguna Melalui Portal Ezbiz

  1. Sign in semula portal Ezbiz.
  1. Klik “User Profile” dan pilih “User Verification Request”.
  1. Klik “Add New”; dan
  1. Lampirkan dokumen wajib seperti berikut; dan klik submit.
    • Salinan Kad Pengenalan depan dan belakang di ruangan upload Mykad/MyPR; (saiz dokumen tidak melebihi 3Mb, format: JPEG atau PDF);
    • Gambar yang jelas dengan pemohon memegang kad pengenalan di paras leher di ruangan Upload Selfie; (saiz dokumen tidak melebihi 3Mb, format: JPEG atau PDF); dan

    • Kemukakan salah satu dokumen rasmi seperti lesen memandu / Passport / Sijil lahir / bil. utiliti atau dokumen rasmi atas nama sendiri di ruangan Supporting Document. (saiz dokumen tidak melebihi 3Mb, format: JPEG atau PDF).
  1. Permohonan yang diterima akan diproses. Sila pastikan semua dokumen yang dilampirkan lengkap dan jelas untuk semakan dan kelulusan.
  2. Pelanggan akan menerima emel dari pihak SSM bahawa pengaktifan Akaun Pengguna Ezbiz telah berjaya dan pelanggan boleh meneruskan perkhidmatan yang ditawarkan di Ezbiz Online.
  3. Permohonan yang tidak lengkap, pelanggan akan menerima e-mel dari pihak SSM dan pelanggan dikehendaki mengemukakan permohonan semula seperti di Perkara 4.


Kesimpulan – Daftar SSM Tak Susah Pun!

Dah tahu cara daftar perniagaan dengan SSM kan? Apa tunggu lagi, cepat-cepat daftar. Nanti pada Bahagian 2 kami tunjukkan cara pemegang akaun Ezbiz sedia ada, untuk DAFTAR PERNIAGAAN BARU (tambah cawangan atau franchise).

Jualan online dah ada macam-macam penipuan sekarang. Pendaftaran SSM ni antara dokumen yang menggambarkan integriti perniagaan anda.

Baca lebih banyak lagi artikel tentang eCommerce di blog Kartel Digital.

Share this!

Ainul Tajul

Ainul Tajul

Penulis kandungan sepenuh masa di Kartel Digital Sdn. Bhd. Berpengalaman sebagai pemasar digital, editor, pencipta kandungan, penulis iklan, pengurus acara, tutor, dan konsultan/auditor. Minat sains & teknologi, media sosial dan penulisan sastera kreatif.

PANDUAN PERCUMA

6 Figure Blogging Gameplan eCover

KETAHUI GAMEPLAN SAYA BUAT INCOME 6-ANGKA DARI BLOG!

Dapatkan eBook eksklusif yang mengandungi ‘failed-proof’ gameplan untuk anda mula bisnes online from scratch, dan direka khusus untuk anda yang busy tapi nak buat side income online.

Ia adalah hasil dari pengalaman, pembelajaran, dan eksperimen bertahun, sehingga saya boleh buat income dengan konsisten, 100 peratus online, secara seorang diri.

CASE STUDY EKSKLUSIF (FREE)

Rahsia Bagaimana En. Amir Hasilkan RM250k Dari Dropship Dalam Masa Sebulan!

Isi nama dan email untuk saya hantar ebook ini.
CASE STUDY EKSKLUSIF (FREE)

Rahsia Bagaimana En. Amir Hasilkan RM250k Dari Dropship Dalam Masa Sebulan!

Isi nama dan email untuk saya hantar ebook ini.