Cara Ambil Gambar Flat Lay Sendiri Macam Pro

Kepentingan Visual Dalam Pemasaran

Selain edit gambar produk dalam perisian digital, gambar produk ada baiknya diambil dengan kamera dengan sentuhan editing secara minimal.

Seni fotografi ini satu kemahiran untuk tonjolkan produk anda dalam bentuk visual. 

Antara gaya popular untuk produk ialah dari pandangan dari sudut atas atau lebih dikenali sebagai gambar flat lay.

Produk dibaringkan pada suatu permukaan dan dihiasi dengan props yang berkaitan.

Kalau produk makanan yang dipek, mungkin boleh dihias dengan bahan-bahan ramuan di sekelilingnya. Contohnya gambar produk Sambal Nyet ini, dibaringkan bersama cili merah di sekitarnya.

Nampak ringkas saja, tapi susunan cili itu secara melengkung yang menaikkan seri gambar ini, seolah-olah botol Sambal Nyet ada dalam bingkai gambar berbentuk bulat.

Peralatan yang Diperlukan

Sebagai permulaan, berikut ialah peralatan yang boleh membantu anda sepanjang sesi penggambaran.

Kamera

Mana-mana teknik fotografi pun memerlukan kamera. Untuk permulaan, gunakan kamera pada telefon anda pun dah memadai.

Gunakan mode HD (high definition)atau resolusi tertinggi supaya hasil gambar yang anda dapat dalam kualiti yang baik untuk siaran media.

Jika anda ada compact camera atau DSLR, itu lebih baik. Lagi tinggi kualiti raw footage anda, lebih mudah dan banyak variasi editing yang anda boleh cuba.

Flat Lay Camera Holder

Ada beberapa jenis camera holder yang bersesuaian untuk jenis kamera dan bajet anda.

Portable Camera Holder

Anda boleh saja pegang kamera menggunakan tangan, tapi susah nak biarkan tangan dalam posisi pegun sepanjang masa.

Lama-lama tangan akan penat dan menggeletar, dan hal ni beri kesan gegaran kepada gambar yang di tangkap.

Elok gunakan camera holder, tangan boleh rileks dan mudahkan kerja.

Compact Phone Holder

Phone holder jenis compact macam ni senang nak di bawa ke mana-mana. Tapi terhad untuk pegang handphone saja.

Harganya murah, bawah RM30 pun boleh dapat dari kedai gadget atau Shopee.

Kalau ada bajet lebih boleh beli yang mahal sikit, senang nak bawa ke mana-mana.

Yang jenis portable macam ni harga sekitar RM100.

Flat Lay Tripod

Kalau anda pakai compact camera atau DSLR, anda perlu gunakan tripod yang lebih kukuh yang boleh tampung berat kamera anda.

Kalau tripod jenis studio macam ni, perlukan modal sekitar RM200. Tapi dijamin teguh dan boleh tampung DSL dan kanta yang berat tu.

Lampu

Cahaya yang paling cantik tentunya cahaya semula jadi yakni caya matahari.

Kalau anda nak shoot gambar guna cahaya matahari, boleh manfaatkan cahaya sekitar 9.00 pagi – 12.00 tengah hari atau 4.00 petang – 5.30 petang. Pada masa ini cuaca tak terlalu terik dan tak juga terlalu redup.

Mungkin boleh ambil gambar di luar atau manfaatkan sumber cahaya cahaya matahari di tepi tingkap, beranda, sliding door atau mana-mana bukaan yang ada cahaya matahari masuk.

Kalau bangunan yang anda diami ada tingkap besar, itu satu bonus boleh ambil gambar dan kekal di dalam bangunan seperti ini.

Contoh gambar dari beranda atau rooftop.

Namun cahaya semula jadi ini ada hadnya, terpaksa bergantung kepada cuaca.

Maka disebabkan hal ini, sediakan lampu 

Kalau anda ada bajet seperti lampu studio, gunakan dua lampu studio di kiri dan kanan seperti ini. Tundukkan lampu pada sudut 45 darjah menghadap ke produk.

Tindakan ini akan beri pencahayaan yang cukup baik untuk ambil gambar dari sisi atas.

Boleh elakkan bayang-bayang supaya gambar nampak jelas.

Backdrop

Pilih latar yang kosong dan elakkan corak. Kita perlu tonjolkan gambar produk berbanding item-item lain.

Ada banyak jenis backdrop yang anda boleh beli di pasaran.

Pemilihan backdrop perlu ambil kira pencahayaan, saiz, jenis material dan sifat produk.

Kad Manila

Boleh beli paling murah kad manila macam ni. Harga serendah RM0.70. 

Kekurangannya kurang sesuai kalau ada produk atau prop hiasan yang jenis cecair sebab boleh buat kertas nampak bertompok jika ada tumpahan. 

Selain tu, jangka hayat kertas amat pendek. Mudah rosak dan susah nak disimpan lepas pakai.

Vinyl Backdrop

Yang lebih ideal, gunakan jenis vinyl ni. Kalis air, murah, senang nak simpan dan ada banyak sangat corak menarik.

Corak kayu, marmar, papan dan juga lantai simen. Harga baru RM10.

Permukaan backdrop pun tak pantul cahaya, jadi boleh elak silau masa ambil gambar.

Fabrik

Kalau anda pilih jenis fabrik, yang jadi tren masa sekarang ialah fabrik jenis karpet berbulu.

Karpet macam ni tonjolkan volume produk sebab tekstur gebu karpet akan beri kesan produk tenggelam.

Kebiasaannya produk penjagaan diri, barang kemas, kecantikan, pakaian wanita dan barangan kraf akan cenderung gunakan fabrik karpet; atas dasar nilai estetika.

Harga karpet begini mengikut saiz, bermula sekitar RM20.

Fabrik yang seterusnya paling senang nak dapat. Pakai je shawl yang ada stok kat rumah.

Nak nampak eksklusif, pakai fabrik satin. Setiap lipatan dan kedutan kain tu beri tekstur tersendiri.

Fabrik satin juga beri sejumlah pantulan cahaya yang menaikkan sisi estetik dalam gambar.

Prop

Prop sebagai hiasan ni boleh letakkan aksesori yang difikirkan sepadan dengan subjek (produk yang ingin diberi perhatian) dalam gambar.

Kalau anda tengok gambar ni, produk apa yang anda rasa yang dijual? Dan barang apa yang sekadar prop sahaja?

Kalau anda jawab baju bayi sebagai produk jualan dan selebihnya cuma props saja, maksudnya susunan barangan dalam gambar dah beri fungsi yang betul.

Jika sebaliknya, maka susunan barangan dalam gambar ini belum cukup baik lagi. Mungkin perlu diedit supaya produk dapat lebih banyak perhatian.

Hati-hati pilih prop, sebab kadangkala prop boleh jadi lebih menonjol berbanding produk yang kita nak jual.

Nak jual buku tapi lagi ramai komen tanya pasal penanda buku. Nak jual pinggan tapi orang lagi sibuk nak beli kuih atas pinggan tu. 

Kita nak elak perkara ni berlaku, boleh dibaiki dengan susunannya (composition).

Kesimpulan – Gambar Flat Lay Aset Bernilai Dalam Pemasaran

Kenangan masa PKP tahun 2021, tak boleh keluar shooting di luar, dalam rumah pun boleh je kita set up home studio

Alas backdrop pakai shawl. Kejar matahari pagi waktu dhuha demi pencahayaan mantap dalam gambar. Prop pun pakai apa yang ada dalam rumah.

Gambar di bawah ni diambil dengan hanya menggunakan telefon android berharga RM600 dan shoot dalam rumah dengan bantuan cahaya matahari sebagai pencahayaan.

Edit sedikit sharpness supaya produk lagi menonjol berbanding prop. Itu saja. Tak perlu gunakan barang canggih pun kalau anda tahu caranya.

Kami berharap anda yang baru bermula ada gambaran untuk ambil gambar flat lay ni.

Memang lagi mudah kalau kita upah jurufoto untuk selesaikan, tapi kalau bajet belum ada kita buat sendiri dulu. Rasakan pengalamannya.

Kemudian bila bisnes anda makin berkembang, boleh upah jurufoto. 

Harapnya masa tu  anda lagi banyak pengetahuan tentang perkara yang perlu diberi perhatian untuk gambar produk anda.

Nak kami sambung dengan cara susun gambar flat lay tak? Kalau nak tulis komen untuk kami sambung beri tip.

Share this!

Picture of Ainul Tajul

Ainul Tajul

Penulis kandungan sepenuh masa di Kartel Digital Sdn. Bhd. Berpengalaman sebagai pemasar digital, editor, pencipta kandungan, penulis iklan, pengurus acara, tutor, dan konsultan/auditor. Minat sains & teknologi, media sosial dan penulisan sastera kreatif.

PANDUAN PERCUMA

6 Figure Blogging Gameplan eCover

KETAHUI GAMEPLAN SAYA BUAT INCOME 6-ANGKA DARI BLOG!

Dapatkan eBook eksklusif yang mengandungi ‘failed-proof’ gameplan untuk anda mula bisnes online from scratch, dan direka khusus untuk anda yang busy tapi nak buat side income online.

Ia adalah hasil dari pengalaman, pembelajaran, dan eksperimen bertahun, sehingga saya boleh buat income dengan konsisten, 100 peratus online, secara seorang diri.

CASE STUDY EKSKLUSIF (FREE)

Rahsia Bagaimana En. Amir Hasilkan RM250k Dari Dropship Dalam Masa Sebulan!

Isi nama dan email untuk saya hantar ebook ini.
CASE STUDY EKSKLUSIF (FREE)

Rahsia Bagaimana En. Amir Hasilkan RM250k Dari Dropship Dalam Masa Sebulan!

Isi nama dan email untuk saya hantar ebook ini.