Dalam artikel kali ini saya nak share tentang bagaimana untuk cipta dan gunakan email sequence dengan efektif untuk bisnes.
Dengan cara ini anda boleh buat jalankan kempen email marketing dengan teratur, dan mudah, tanpa perlu banyak penglibatan dari anda.
Nak tahu?
Kalau nak, teruskan baca artikel ini sampai habis.
Isi Kandungan
Apa Itu Email Sequence?
Email Marketing Sequence adalah siri email yang dihantar kepada subscribers, secara automatik menggunakan Email Marketing System (EMS).
Setiap email yang diset, akan dihantar secara automatik berdasarkan ‘rule’ dan ‘triggers’ yang anda tentukan.
Satu lagi jangan keliru, kadangkala email sequence ini dikenali sebagai :
- Autoresponder
- Automated Email
- Triggered Email
- Email Series
- Drip Campaign
Email sequence boleh jadi sangat ringkas dan juga sangat complicated.
Bergantung pada orang yang mengendalikan dan untuk tujuan apa.
Teruskan membaca nanti anda akan lebih faham.
Kenapa Email Sequence Penting Untuk Marketing?
Ia sangat penting, lebih-lebih lagi jika anda memang dalam proses untuk grow dan tambah baik operasi bisnes.
Saya bagi contoh.
Bayangkan anda ada 1000 orang leads dalam satu masa, dan semua ini anda perlu ‘uruskan’ sampai la mereka jadi pelanggan.
Kalau 10,000 leads masuk?
Boleh ke uruskan?
Mustahil. Lagi-lagi kalau anda solopreneur macam saya.
Sebab tu automated email, atau email sequence ini penting.
Ia bertindak sebagai ‘leverage’ supaya bisnes anda berjalan dengan efektif dan efisien tanpa perlu banyak penglibatan dari anda.
Secara lazimnya, ia digunakan dalam bisnes untuk :
- Bina hubungan dengan subscribers email.
- Memujuk subscribers untuk membeli produk
- Bantu mudahkan kerja khidmat pelanggan
- Membina kesetiaan pelanggan
- Menarik potensi dan minat orang untuk berbisnes dengan anda.
Untuk ini anda perlukan tool atau software untuk bantu anda automasikan kempen email marketing nanti.
Tool Yang Digunakan Untuk Buat Email Sequence
Untuk gunakan teknologi ini dalam bisnes, anda perlukan khidmat penyedia servis pemasaran email seperti ConvertKit.
Saya guna ConvertKit sebab ciri-ciri automation mereka senang digunakan.
Ia servis berbayar. Tapi tak mahal pun. Bergantung pada jumlah subscribers yang anda ada.
Ia bermula hanya USD 29 (dalam RM 131)
Lagi banyak subscribers anda simpan, lebih banyak anda perlu bayar.
But dont worry. Ia berbaloi dengan pelaburan anda.
Sebab ikut kajian, email marketing adalah medium pemasaran paling berbaloi sejak dari dulu lagi.
So kalau anda tak buat, memang rugi besar.
9 Jenis Email Sequence Untuk Marketing
Basically anda boleh gunakan email sequence ni untuk pelbagai tujuan.
Ada yang buat untuk engagement, trafik website, customer support, menjual, dan macam-macam.
Tapi secara lazimnya, ada sembilan jenis email sequence yang boleh dikatakan wajib anda buat kalau anda nak all-out gunakan automation dalam email marketing.
Jom saya explain setiap jenis email sequence yang anda boleh apply nanti.
Welcome Sequence
Ini adalah email sequence yang anda wajib ada dalam email marketing.
Biasanya sequence ini akan dimulakan sejurus selepas seseorang subscribe mailing list anda, atau download Lead Magnet yang anda offer.
Dalam sequence ini saya tak galakkan anda terus hardselll. Belum tiba masanya lagi.
Sebaiknya gunakan sequence ini untuk bina asas dan hubungan baik diantara setiap subscribers dengan bisnes anda.
Misi utama adalah untuk buatkan mereka Kenal, Suka dan Percaya anda. (Know, Like, Trust)
So konten yang paling baik untuk anda beri dalam sequence ini adalah konten yang bernilai.
Tunjukkan pada mereka yang bisnes anda ambil berat dengan mereka.
Contoh anda boleh kongsikan mereka tips, nasihat atau apa saja konten yang memberi nilai dan mampu selesaikan masalah mereka.
Biasanya siri email ini akan berlangsung selama 3 ke 7 hari.
Lebih dari itu bagi saya dah terlalu banyak.
Optional : Anda boleh selitkan info tentang produk yang anda jual pada hari terakhir. Tapi ingat, jangan hardsell. Just inform dan biar mereka yang tentukan.
Training Sequence
Anda boleh juga gunakan training sequence ini untuk tunjukkan kualiti, ilmu atau bakat anda.
Contoh kalau anda offer kelas gitar, anda boleh gunakan sequence ini untuk ajarkan sikit ilmu-ilmu tentang main gitar.
Beri mereka rasa sikit dan tahu betapa berharganya ilmu anda.
Ini akan bantu tingkatkan trust mereka pada anda.
Nanti pada siri email yang terakhir anda boleh offer untuk mereka ambil kelas yang lebih ‘advanced’.
Dan biasanya memang akan ada orang yang ambil offer anda. Sebab mereka dah percaya dan experience belajar dari anda.
Email sequence ini tak terpakai untuk jual kelas sahaja.
Ia juga terpakai untuk bisnes yang menjual produk atau servis lain.
Purchase Reminders
Purchase reminders ini juga dikenali sebagai abandoned cart sequence.
Ia akan trigger biasanya apabila bakal pelanggan tak teruskan proses pembelian di platform anda.
Biasa tak dapat email macam ni dari website ecommerce?
Itu adalah email yang dihantar secara automatik melalui sequence ini yang bertujuan untuk follow up anda.
Bagi dunia ecommerce, disinilah banyak jualan berlaku.
Dan sini juga anda boleh pujuk mereka dengan agresif untuk beli produk atau servis anda.
Re-engagement Sequence
Kadang-kadang memang ada sejumlah subscribers yang lama dah tak buka dan engage dengan email anda.
So anda pun tak tahu mereka ini masih berminat dengan bisnes anda atau tidak.
Perlu ingat, anda bayar servis email marketing setiap bulan, dan ia pula bergantung pada jumlah subscribers.
Sebab kalau mereka tak berminat, better anda remove mereka dari mailing list. Buat semak je.
Tapi anda jangan buat assumption dulu.
Untuk pastikan mereka masih berminat, anda buat re-engagement sequence ini.
Just tanya mereka dan beri mereka something in return sebagai insentif untuk engage dengan anda.
So nanti anda boleh tengok siapa yang masih ‘hidup’ atau sudah ‘mati’.
Set siap-siap trigger untuk ini.
Yang mana tak engage, terus buang secara automatik. Senang.
Upsell Sequence
Anda tahu tak yang menjual pada pelanggan sedia ada lebih mudah dan mudah dari mencari pelanggan baru?
Sebab mereka dah percaya dan pakai produk, atau servis anda.
So anda tak perlu susah-susah untuk ulang proses ‘Know, Like, Trust’ yang saya terangkan tadi.
Biasanya dalam sequence ini, anda boleh offer something yang lebih bernilai (of course lebih mahal) pada mereka.
Disebabkan mereka dan ‘biasa’ dengan anda, kebarangkalian untuk mereka ambil offer adalah tinggi.
Anda boleh gunakan email sequence yang saya dah share ini untuk upsell, dan buat lebih banyak income untuk anda.
Lead Nurturing Sequence
Saya yakin bukan semua orang yang subscribe mailing list anda, end up jadi pelanggan.
Especially kalau mereka baru saja kenal anda.
Menurut Salesforce, biasanya seseorang prospek perlu engage dengan anda sebanyak 8 kali, sebelum mereka jadi dikategorikan sebagai ‘quality sales leads’.
So macam mana nak buat?
Anda perlu guna Lead Nurturing Sequence.
Sequence ini bertujuan untuk anda meyakinkan mereka bahawa bisnes anda layak, dan mampu untuk selesaikan masalah mereka.
Anda perlu buatkan mereka selesa sebelum mereka mampu buat keputusan berurus niaga dengan anda.
Tunjukkan mereka demo, video, atau apa-apa konten yang membuktikan bahawa anda adalah pakar.
Dan diakhir sequence, anda boleh hantar satu email mengandungi offer yang sesuai dengan mereka.
Onboarding Sequence
Tujuan anda perlu buat onboarding sequence adalah untuk bantu subscribers anda capai atau buat sesuatu.
Ia lebih kurang sama macam training sequence, cuma bezanya disini onboarding sequence ada matlamat yang lebih spesifik.
Contoh, lets say anda ada software urus akaun macam Niagawan, anda boleh gunakan onboarding sequence untuk guide dan ‘push’ mereka isikan rekod urusniaga pertama.
Point disini adalah, selagi subscribers anda tak buat tindakan tersebut, selagi itu mereka tak dapat rasa atau faham ‘nilai’ sebenar produk anda.
Untuk buat benda ni, anda perlu figure out apa hasil yang diinginkan oleh prospek, pelanggan atau audience.
Apa masalah yang mereka nak selesaikan?
Once anda dah tau apa jawapan, mudah untuk anda guide dan bina onboarding sequence.
Transactional Triggers
Biasa tak bila beli barang dekat website, anda akan dapat confirmation email tentang order anda?
Ataupun email tentang shipping?
Ini dipanggil Transactional Triggers Email
Ia bertujuan untuk :
- meyakinkan pelanggan anda tentang pembelian tadi.
- membantu untuk mengurangkan beban kerja bahagian customer service,
- membantu meningkatkan lagi tahap kepercayaan mereka pada anda.
Ia juga bukan semata-mata dihantar pada pelanggan, ia melibatkan semua proses urusniaga yang berlaku diantara satu pihak dengan bisnes anda.
Anda boleh set sebanyak mungkin trigger yang anda mahukan.
Contoh :
Kalau someone cancel order, akan dapat email.
Kalau mereka request for refund, akan dapat email.
Kalau mereka complain, akan dapat email
Dan macam-macam lagi. Terpulang pada anda bahagian mana yang anda nak automasikan.
Boleh fahamkan?
Evangelist Sequence
Adakah kempen email marketing anda tamat selepas mereka jadi pelanggan?
Tidak.
Bila seseorang itu dah jadi pelanggan, anda boleh gunakan mereka sebagai ‘duta kecil’ untuk bantu promote bisnes anda pada kenalan mereka.
Boleh jadikan mereka affiliate, ejen ataupun partner bisnes. Sky’s the limit.
But bukan semua pelanggan anda boleh offer macam ni.
Anda perlu identify siapa dikalangan subscribers anda yang paling aktif dan paling setia pada anda.
Data ini anda boleh lihat dalam dashboard email marketing service anda.
Once anda dah identify, anda boleh jadikan orang tersebut sebagai ‘evangelist’ atau duta kecil bisnes.
Biar mereka tolong war-warkan pada kenalan atau circle mereka.
Sebab ‘word-of-mouth’ sangat powerful.
Biar mereka pula bantu anda bawa masuk jualan baru.
Untuk itu anda boleh gunakan sequence yang saya share ini untuk starting point.
Kesimpulan – 9 Jenis Email Sequence Untuk Marketing
Dulu saya pun tak percaya keberkesanan guna email sequence untuk bisnes.
Tak sangka ia memudahkan kerja dan mendatangkan hasil yang lumayan.
Tapi bila dah cuba, memang tak pandang belakang lagi.
Benda ni nampak susah tapi sebenarnya mudah saja.
Lagi-lagi bila saya dah belanja semua sequence yang penting untuk anda mula.
Hanya tinggal olah semula ikut kesesuaian bisnes anda, dan masukkan konten yang sepatutnya.
Kalau tak tahu nak tulis konten email, boleh tengok artikel link ini.
Bila nak mula buat email sequence?
Mana satu sequence anda nak guna dulu?
Share dengan saya diruangan komen.