Percaya atau tidak bahawa copywriting yang ditulis dengan baik akan membantu dalam strategi online marketing anda.
Pandai menulis ayat menarik pelanggan ialah skil yang penting untuk seorang marketer.
Camne tu?
Saya dedahkan semuanya dalam panduan kali ini.
Jom!
Isi Kandungan
Apa Itu Copywriting?
Copywriting ialah teks bertulis yang bertujuan untuk memberi maklumat, inspirasi atau memujuk.
Kebiasaannya, copywriting digunakan untuk meningkatkan jualan dan conversion.
Copywriting digunakan hampir di semua tempat.
Di e-mel, laman ecommerce, media sosial seperti Facebook, Instagram, Twitter, video YouTube dan sebagainya.
Copywriting yang baik dapat menarik pembaca supaya ‘bergerak’ dan berbuat sesuatu berdasarkan maklumat yang dibaca.
Dalam dunia bisnes, copywriting ialah salesman in print. Jurujual dalam bentuk teks.
Kenapa Skill Copywriting Penting Untuk Tarik Pelanggan?
Maksud marketing ialah menyampaikan mesej yang betul, kepada audiens yang betul, melalui medium yang betul secara berterusan.
Copywriting berada dalam kategori ‘mesej yang betul.’
Setiap tulisan bertujuan menyedarkan audiens tentang sesuatu hal.
Tidak kisahlah ia ayat promosi, ayat iklan atau sekadar status di WhatsApp peribadi. Semua ada tujuan.
Kita sendiri, dalam tidak sedar sebenarnya bergantung kepada ayat copywriting power untuk membeli barangan atau servis.
Memanglah harga, manfaat produk/servis ada memainkan peranan.
Tapi kita akan lebih tertarik untuk membeli apabila ada penjelasan, macam mana sesuatu produk tersebut dapat meringankan beban atau menyelesaikan masalah kita.
Kita terpujuk untuk membeli kerana ada tulisan yang meyakinkan kita betapa berbaloinya untuk labur sedikit wang bagi memiliki sesuatu barangan.
Katakan kita tidak pernah pun terfikir untuk membeli phone holder kerana rasa tak perlu.
Tapi kita terbaca pula review tentang phone holder yang sangat bagus, yang seterusnya menyebabkan kita berminat untuk beli.
Begitulah pentingnya kemahiran menulis ayat menarik pelanggan dalam dunia pemasaran.
7 Tips Untuk Hasilkan Ayat Menarik Pelanggan Dengan Mudah & Berkesan!
Terma ayat iklan power ni tak wujud.
Hakikatnya, ayat power atau ‘terlebih kreatif’ tak berkait dengan keberkesanan iklan itu sendiri.
Yang ada hanya ayat iklan yang efektif.
Macam mana nak buat? Ini caranya.
a. Kenali audiens sasaran
Sebelum menulis copywriting atau ayat promosi, kenal pasti dahulu audiens anda.
Anda nak tulis untuk siapa? Produk anda untuk siapa?
Adakah untuk golongan ibu anak satu?
Atau untuk anak remaja belasan tahun?
Atau untuk wanita berkerjaya dalam lingkungan umur 30-an?
Anda perlu spesifik dalam menentukan audiens.
Supaya nanti tulisan anda akan buat audiens rasa, “Oh, inilah produk yang aku cari selama ini!”
Kita perlu spesifik sebab cerita/masalah yang akan kita highlight dalam copywriting akan ditulis menggunakan laras bahasa dan tahap pemikiran mereka.
Cara untuk kita kenal audien sasaran adalah dengan membina Customer Avatar.
Lagi, mesej yang tiada sasaran pembaca ialah tulisan tidak efektif dan hanya akan membazirkan sumber, baik tenaga, masa mahupun idea.
Situasinya sama seperti anda masuk hutan dan menembak sesuka hati dengan harapan, akan dapat rusa.
Memang benar, kebarangkalian untuk tertembak rusa itu ada.
Tapi, anda rasa tinggi atau rendah?
Ya, sangat rendah! Begitulah.
Jika tertembak pun, ia hanya nasib.
b. Bahasa ‘mesra’ audiens
Peraturan utama dalam menulis copywriting yang convert ialah tulis seperti mana pelanggan anda berfikir dan bercakap.
Gunakan bahasa yang mereka faham.
Sebagai contoh, jika kita nak mengajak orang bersaham, kita mesti tahu istilah-istilah seperti ‘sangkut puncak’, ‘popit’, ‘tangkap pisau’, ‘pump and dump’, ‘buy call’ dan sebagainya.
Memang kedengaran asing, tapi itulah bahasa mereka.
Cara paling mudah untuk tahu bahasa yang mereka sering gunakan, rajinlah melawat ke forum-forum dan baca komen yang ditinggalkan.
Untuk niche saham misalnya, audiens banyak berkumpul di Telegram, Facebook Group dan platform-platform seperti di KLSE.
Kenali bahasa mereka dan tulis copywriting menggunakan bahasa tersebut.
“Asyik sangkut di puncak? Meh download ebook PERCUMA saya. Saya guide sampai jadi!”
Untuk niche bisnes pula, ia lebih meluas.
Pada saya, cara yang paling mudah untuk tahu ialah rajin-rajin teroka Twitter.
Tentukan produk yang mahu dijual.
Kemudian search niche barangan tersebut dan lihat bahasa yang macam mana mereka guna untuk berbual.
c. Ketengahkan USP
USP atau Unique Selling Proposition.
Dalam bahasa mudahnya, “Apa SEBAB orang patut membeli dengan KITA?”
Tujuannya adalah mengenal pasti perkara yang membezakan produk/servis kita daripada orang lain.
Apa menariknya produk kita berbanding orang lain?
- Mungkin ia senang dipasang.
- Mungkin harga berpatutan.
- Mungkin postage cepat dan free.
- Mungkin ada polisi refund and return.
Cari atau cipta sampai dapat. Kemudian beritahu dengan jelas apa USP anda!
d. Tekankan penyelesaian kepada masalah utama audiens
Katakan anda nak jual serum.
Audiens sasaran yang anda tetapkan ialah wanita berkerjaya. Lingkungan umur 30-35 tahun dan ada masalah kulit kering.
Dalam copywriting, kita tekankan tentang masalah kulit kusam ini.
Cara yang terbaik untuk mendalami masalah audiens ialah dengan menjadi diri mereka sebentar.
Masuk dalam kasut mereka dan fikir APA yang paling mereka mahukan dan KENAPA?
Contoh:
Audiens: Wanita berkerjaya, umur ~32 tahun.
Masalah: Kulit kering
Impian: Nak kulit lembab dan gebu
Kenapa: Kulit sekarang senang merekah dan pedih. Terutamanya apabila kerja dalam aircond.
Penyelesaian: Serum yang kita jual sebab ada sekian, sekian bahan yang dapat rectify masalah kulit kering.
Setelah kita kenal pasti audiens dan masalah mereka secara tepat, barulah mudah untuk kita menulis copywriting.
Masukkan elemen ini dalam mesej kita dan guna bahasa yang sesuai dengan mereka.
e. Gunakan testimoni
Menurut kajian oleh Nielsen Norman Group, manusia bergantung kepada pendapat manusia lain apabila mereka tidak pasti tindakan yang harus dilakukan.
Hal ini kita panggil ‘Social proof’ atau bahasa mudahnya testimoni.
Bukankah kita sendiri cenderung untuk membaca review orang lain terlebih dahulu di Shopee, barulah kita akan membeli?
Hampir semua manusia begitu. Bukan sahaja kedai online, kedai tepi jalan juga kita ikut-ikut orang.
Gerai pisang goreng A ramai orang sedang beratur. Gerai pisang goreng B pula tak ada sesiapa!
Kita sendiri akan cenderung untuk beratur di gerai A.
Cuma saya kadang-kadang akan ke gerai B untuk tolong dia buat jualan hari itu.
Biasanya, lepas kita beli je, tiba-tiba ramai pula orang lain datang. Perasan tak?
Bukanlah gerai B tak sedap, dia cuma tak ada social proof.
Kalau perasan, saya ada buat social proof untuk page ni.
Saya beritahu kejayaan saya dalam niche ini dengan mempunyai lebih daripada 1,000 students yang sudah belajar daripada saya.
Dengan highlight info sebegini, orang akan lebih percaya bahawa kita legit, bukan scam.
f. Jangan meleret-leret. Buat ayat simple
Bila kita buat copywriting, gunakan ayat yang paling simple dan mudah.
Tip untuk menulis ayat yang simple dan tidak meleret ialah dengan menulis ayat senafas.
Maksudnya, anda hanya perlukan senafas untuk habiskan membaca sepotong ayat.
Cuba bezakan dua ayat ini, mana satu yang lebih mudah dibaca?
- Audiens sasaran yang anda tetapkan ialah wanita berkerjaya, lingkungan umur 30-35 tahun yang ada masalah kulit kering.
- Audiens sasaran yang anda tetapkan ialah wanita berkerjaya. Lingkungan umur 30-35 tahun dan ada masalah kulit kering.
Ayat B lebih mudah faham, kan?
g. Test & Improve
Anda perlu mengukur keberkesanan setiap copywriting yang anda buat. Adakah ayat iklan anda cukup power untuk tarik pelanggan?
Bagaimana?
Jika anda gunakan FB Ads, mudah untuk trace melalui pixel.
Tapi jika anda masih gunakan marketing secara organik, anda boleh nilai copywriting jenis mana yang banyak like dan share.
Dari situ, anda kaji adakah ayat iklan berbentuk story, atau berbentuk straight-to-the-point yang lebih disukai orang. Kemudian, anda baiki cara menulis ayat copywriting sampailah power!
Struktur dan format ayat menarik pelanggan yang power
Ada banyak format dan struktur untuk tulis ayat menarik pelanggan dengan berkesan.
Ia bergantung pada platform pengiklanan atau pemasaran yang digunakan.
Tapi secara lazimnya, struktur ayat iklan terbahagi kepada empat :
- Tajuk iklan (Headline)
- Ayat pendahuluan (Intro copy)
- Isi iklan (Body copy)
- Penutup (Closing copy)
Untuk pemula (newbie), hanya ingat sahaja empat bahagian ini dan susunannya.
Sebab saya dah susun ikut formula copywriting terbaik sepanjang zaman : A.I.D.A
Formula ini versatile dan evergreen sebab ia boleh digunakan hampir di semua tempat dan semua platform pemasaran.
Sekarang ,saya akan terangkan cara untuk tulis setiap bahagian tersebut.
a. Cara tulis tajuk iklan power (Headline)
Bahagian headline adalah bahagian terpenting dalam setiap ayat iklan yang dihasilkan.
Sebab dengan tajuk iklan yang baik, ia mampu :
- Menapis dan memilih audien yang tepat
- Menarik perhatian untuk dibaca
- Menyampaikan sesuatu mesej penting
80 peratus keberkesanan iklan terletak pada tajuk iklan.
Oleh itu, ia sangat penting untuk anda kuasai.
Untuk menulis tajuk iklan yang efektif, anda perlu amalkan tips yang saya kongsikan ini.
i. Mesti spesifik
Menulis tajuk utama tidaklah sukar seperti yang difikirkan.
Kuncinya, tajuk utama perlu ditulis dengan sangat spesifik.
Anda perlu beritahu prospek dengan tepat apa yang akan mereka peroleh.
Ini adalah contoh ayat power untuk tarik pelanggan.
“Cara Buat Pelan Pemasaran Online”
Mudah sahaja, kan?
Be specific.
Untuk contoh ayat headline di atas, pembaca sudah tahu bahawa artikel ini dapat membantunya belajar cara untuk buat Online Marketing.
ii. Gunakan nombor
Nombor membuatkan kita menulis dengan lebih spesifik.
Saya sendiri selalu menggunakan headline bernombor.
Nombor membuatkan pembaca lebih tertarik untuk klik dan baca. Misalnya dalam artikel di bawah.
“4 Strategi Berkesan Dapatkan Kepercayaan Pelanggan”
Bandingkan pula dengan headline yang tidak bernombor seperti ini,
“Strategi Berkesan Dapatkan Kepercayaan Pelanggan”
Yang asal lebih menarik, kan?
Sebabnya, nombor seolah-olah memberi janji kepada pembaca, “Hanya ada 4 strategi.”
4 tak banyak, jadi ia doable. Pembaca lebih berminat untuk baca sebab dia rasa boleh buat.
So, nak tulis ayat copywriting yang menarik, masukkan sahaja nombor!
iii. Guna perkataan berkait dengan emosi
Headline yang berkesan ialah headline yang menjentik emosi. Kita jadi nak ambil tahu apabila baca.
Caranya, masukkan perkataan-perkataan yang membuatkan kita rasa nak ambil tahu dan bertindak.
Contoh perkataan yang biasa digunakan dalam ayat copywriting power ialah;
- Berkesan
- Kesalahan
- Hebat
- Rahsia
- Tipu
- Malang
Cara paling mudah untuk cari perkataan-perkataan ini ialah dengan melawat laman gosip artis untuk mencari contoh ayat iklan yang menarik.
Kebanyakan headline yang ditulis membuatkan kita rasa ingin tahu.
Lihat bagaimana headline artikel di beautifulnara.com ditulis.
+ Jasmin Hamid KECEWA Akaun IG Dilabel Sebagai ‘Sampah’.
+ Pembelajaran Online Diteruskan? Tak Perlu RISAU, Lengkapkan Diri Dengan Komputer Riba Terbaru HUAWEI!
+ ‘Hanya Lelaki LEMAH Takutkan Wanita Kuat…’
Headline ini menggunakan perkataan kecewa, risau dan lemah yang membuatkan kita jadi tertanya-tanya sebab ia berlaku.
Okey, cuba kita tiruvasi headline di atas.
(tiruvasi maksudnya kita tiru dan inovasi. Bukan sekadar copy dan paste ya)
KECEWA: Wanita ini kecewa dengan rambut bakal suaminya! (Boleh digunakan untuk headline produk pelebat rambut.)
RISAU: Saya sudah tak risau nak pergi ke mana-mana! (Boleh digunakan untuk produk yang berkaitan keselamatan wanita seperti penyembur lada atau GPS sensor)
Pokok pangkalnya, be creative. Tiruvasi daripada headline orang lain. Saya sendiri mempunyai bank headline supaya mudah untuk saya tulis copywriting.
iv. Manfaatkan ‘urgency’
Manusia secara normalnya takut ketinggalan. Dia akan resah apabila semua orang ada barang A, tapi dia belum.
Rasa ‘ketinggalan’ ini boleh digunakan untuk menjentik emosi prospek.
Lihat iklan daripada Big Bad Wolf yang bijak menggunakan rasa ‘urgency’ pada headline.
Kalau buku habis, padan mukaAAA!
Simple. Inilah contoh ayat iklan yang menarik.
b. Cara tulis ayat iklan power untuk bahagian intro
Untuk membuatkan audien anda membaca keseluruhan ayat iklan yang dihasilkan, anda perlu ada ayat pendahuluan atau introduction copy.
Jom tengok macam mana nak tulis ayat iklan untuk bahagian intro.
i. Gunakan ‘hook’
Ramai yang fokus untuk menulis headline power, sampai terlupa intro juga penting.
Intro ini sama pentingnya dengan headline.
Setelah baca headline, prospek akan bergerak membaca intro.
Jika ia tidak cukup kuat dan menarik, mereka tidak akan teruskan pembacaan.
Rugilah, kan?
Berikut ialah contoh copywriting yang power dan menarik perhatian yang boleh anda gunakan nanti.
“Sekarang anda boleh [manfaat] dalam [jangka waktu] tanpa [penyelesaian umum].”
“Anda tahu perasaannya….”
“Kajian baru mendapati [hasil yang mengejutkan].”
“Memperkenalkan: [nama produk]. Kaedah baru untuk [manfaat] disokong oleh [bukti].”
“Saya bergelut dengan [masalah] selama [X tahun]. Sehinggalah suatu hari….”
Saya belanja itu saja dulu. Hehe.
ii. Cerita ringkas
Selain menggunakan hook, kaedah yang baik untuk tarik pelanggan terus membaca ayat iklan kita ialah dengan masukkan unsur cerita.
Tapi, bukan sebarang cerita. Cerita yang kita nak sampaikan perlulah pendek dan mengena.
Jika terlalu panjang, pelanggan malas mahu teruskan pembacaan.
Seeloknya, cerita ditulis dalam 4 ke 5 baris sahaja.
Lihat contoh ayat power di bawah.
Saya masukkan unsur cerita dengan mengajak pembaca membayangkan sesebuah situasi.
Bayangkan anda melawat kedai online yang baru, buat kali pertama.
Apa yang anda akan fikir dan jangka?
“Betul ke produk ni bagus?”
“Boleh percaya ke…
Ringkas dan menarik.
iii. Kurang dari 8 baris
Kebanyakan kita mempunyai attention span yang singkat. Jadi, untuk bahagian intro copywriting, cukup setakat 8 baris.
Tujuan kita, untuk menarik perhatian seseorang supaya terus membaca. Setelah itu, baru kita beralih ke mesej utama.
c. Cara Tulis Isi Utama Dalam Ayat Iklan
Isi utama atau body copy adalah tempat untuk kita cerita panjang lebar tentang produk atau servis yang kita nak jual.
Jika audien anda baca sampai sini, ini menandakan yang sebenarnya anda sudah menarik minat mereka.
Ini tips untuk tulis body copy yang baik.
i. Gunakan bahasa bercakap
Tulis sepertimana kita bercakap. Cuba lihat contoh post saya di dropshipkartel ini.
Saya gunakan bahasa santai. Pembaca pun akan rasa seolah-olah saya yang bercakap.
Santai, kan?
Tipnya, baca ayat iklan sendiri kuat-kuat.
Dengan cara ini, kita dapat tahu part mana yang berbunyi kekok.
Kalau kita baca kuat-kuat dan bunyi pun sedap, dah cantiklah tu!
ii. Tulis untuk ‘satu orang’.
Jangan tulis untuk orang ramai.
Sebab kita tidak membaca sebagai orang ramai.
Kita baca secara individu.
Jadi, tulislah untuk individu. Tulis untuk ‘satu orang.’
Cipta satu watak pelanggan, dan tulis untuknya.
Ia lebih ‘direct’ dan pasti mesej kita akan lebih mengena.
iii. Guna ayat aktif
Ayat aktif ini kita dahulukan subjek. Kemudian baru predikat.
Ayat aktif: Anda peminat barangan kosmetik?
Ayat pasif: Barangan kosmetik diminati anda?
Perasan tak, ayat aktif lebih sedap dibaca?
iv. Elakkan guna perkataan bombastic
Tujuan kita tulis ialah untuk orang faham. Bukan untuk tunjuk kepada orang yang kita pandai.
Perkataan bombastik akan buat copywriting kita lebih susah dibaca!
Sifirnya mudah,
Susah dibaca = Tak akan dibaca.
Kalau tak, taklah muncul perkataan akronim seperti TLDR, Too Long Don’t Read.
Dan berapa banyak kali kita baca di ruangan komen di Facebook, “Bang, lukis tak boleh ke?”
Jadi, elakkan guna perkataan bombastik yang orang tak faham.
d. Cara tulis ayat iklan bahagian penutup
Bahagian penutup ni mudah je.
Kita hanya perlu beritahu apa yang audien patut buat selepas ni.
Nak kena call? Whatsapp? Kene isi email?
Tak kesah.
Ini saya sediakan tipsnya.
i. Jelas
Ayat copywriting terbaik ialah ayat yang ditulis dengan jelas.
Gunakan ayat pendek, perenggan pendek dan elakkan ‘filler’.
‘Filler’ ialah perkataan yang jika dibuang pun, tidak mengubah makna ayat kita.
ii. Spesifik
Ingatkan semula prospek tentang tujuan tulisan kita pada bahagian kesimpulan ini.
Tulis secara spesifik.
Contoh seperti yang saya buat untuk laman karteldigital ini.
“Nak buat duit atau bisnes online tapi takde idea?”
Saya straightforward tanya soalan.
Siap gariskan lagi untuk highlight poin.
iii. Ada element of urgency
Dalam penutup ayat promosi di blog, saya tekankan bahawa ada idea menarik yang akan dikeluarkan setiap minggu.
Apabila ada tempoh seperti hari, minggu dan jam tertentu dalam ayat copywriting kita, pelanggan akan rasa the urgency to subscribe!
Kalau terlambat, dia dah rugi satu post untuk minggu tersebut.
iv. Guna ayat yang menunjukkan tindakan (strong action words)
Call-to-Action (CTA) yang jelas sangat penting.
Anda perlu sedar yang prospek anda sangat sibuk.
Maksudnya, mereka tidak mempunyai masa untuk fikir tindakan yang patut mereka buat selanjutnya.
Jadi, kita beritahu mereka apa yang perlu dilakukan.
Sebagai contoh, lihat CTA yang saya gunakan untuk laman ini.
Saya gunakan CTA yang kuat dan jelas.
Bukan “Register”. Sebaliknya saya ajak untuk terus isi nama dan email untuk belajar cara buat duit.
Gunakan CTA yang kuat dan jelas untuk prospek bertindak.
Cukup beritahu mereka apa yang perlu mereka buat.
What’s Next? Berlatih Tulis Ayat Iklan Setiap Hari!
Nak jadi mahir dalam menghasilkan ayat iklan yang berkesan dalam menarik pelanggan, memang kena praktis.
Paling bagus, praktis setiap hari.
Cuma make sure nak buat latihan menulis ayat iklan kena la ada ilmu dan tertib dia.
Saya belum ada panduan ini. Tapi kalau serius nak belajar ilmunya, saya suggest belajar dari Panduan Copywriting Hebat dari Zaniy Talib.
Mudah follow, padat dan lengkap!
Apa yang anda akan belajar dalam panduan ini adalah :
- belajar kaji apa sebenarnya yang buatkan manusia bertindak MEMBELI
- belajar resepi atau formula nak HASUT orang supaya membeli daripada anda.
- belajar buat KAJIAN mendalam dulu sebelum mula bina ayat copywriting.
- belajar gaya ayat, lenggok, seni bahasa untuk anda tembak KENA sasaran.
- belajar teknik-teknik lebih jelas nak tulis HEADLINE untuk tarik orang.
- belajar nak pasang STRATEGI untuk bagi offer sebagai penarik kuat untuk orang beli.
- belajar PAKSA orang untuk bertindak beli sekarang dan tak bertangguh.
Bukan itu saja, untuk kali ini, Tuan Zaniy bagi sekali bonus bonus best seperti dibawah.
Nak ayat iklan cari ejen pun ada. Template headline pun ada. Fuhh.
Tak mahal pun semuanya hanya RM 80.
Ilmu mahal, yuran marhaen. Fuhh.
Kalau saya memang saya kapak dah harga. Hehe.
So korang try la. Kalau tak best ada money back guaranteed.
U got nothing to lose here.
Klik butang ini dan terus baca info lanjut. Kalau minat daftar je. Orait?
Kesimpulan – Copywriting Iklan : 7 Tips Buat Ayat Menarik Pelanggan Dengan Berkesan
Setakat ini jelas macam mana nak tulis ayat copywriting yang power?
Ayat copywriting yang bagus menepati ciri-ciri jelas, straightforward, pendek dan paling penting, menggunakan bahasa yang audiens faham.
Setakat itu sahaja dulu.
Jika anda ada sebarang soalan, tanya saja di ruang komen. Nanti saya reply.