Isi Kandungan
Penting Tak Buat Resume?
Sebagai seorang pencari kerja, tentulah penting resume ini. Ia seperti tiket masuk untuk ke peringkat seterusnya dalam pencarian kerja; hadir ke sesi temu duga.
Jika anda seorang pemilik perniagaan, ketika nak tambah staf, boleh manfaatkan artikel ini untuk tapis resume yang bersesuaian.
Apa yang Perlu Ada dalam Resume?
Butiran Peribadi
- Nama
- Nombor telefon
- Alamat e-mel
- Poskod dan lokasi terkini
Profil
- Ringkasan tentang diri sendiri
Maklumat pendidikan
- Pendidikan tertinggi
- Sijil kemahiran berkaitan (jika ada)
Pengalaman kerja
- Pengalaman kerja terkini
- Kemahiran kerja yang berkaitan dengan jawatan yang diminta
- Pencapaian ketika berkhidmat
Gambar
- Gambar terkini
- Wajah jelas
Guna Canva Je Siapkan Resume
Penggunaan Canva dah banyak memudahkan urusan rekaan untuk hasil yang cantik dan pantas.
Tak pernah dengar pasal Canva? Baca artikel Apa Itu Canva? yang kami pernah kongsi sebelum ni.
Kali ni kami nak kongsi cara buat resume guna Canva. Ada banyak template sedia ada yang boleh dipilih.
Bergantung kepada bidang kerja anda, rekaan resume akan memberi kesan kepada keputusan pihak majikan untuk memilih anda. Terutamanya jika anda dalam industri media atau kreatif.
Peringatan, template resume ini mungkin kurang mesra Applicant Tracking System (ATS.
Jadi kalau anda yakin resume anda akan diperiksa oleh manusia dan bukannya robot; bolehlah anda gunakan tempat yang cantik ini untuk siapkan resume.
Cara buat Resume Guna Canva
- Log masuk akaun Canva. Jika belum ada akaun boleh daftar dulu gunakan e-mel.
- Pada search bar, taip resume.
- Ada banyak template resume sedia ada. Pilih je yang mana berkenan.
- Bergantung kepada jawatan yang anda nak mohon, pilih rekaan yang sesuai.
- Tukar gambar. Padamkan gambar pada template. Klik gambar berkenaan dan tekan backspace pada keyboard anda.
- Pilih gambar anda yang berlatar belakang kosong supaya mudah nak crop. Boleh crop gambar guna background remover. Kumudian upload di Canva.
- Klik gambar yang anda dah upload tadi. Drag masuk dalam ruangan gambar.
Laraskan saiz gambar dan kedudukan gambar ikut kesesuaian.
- Dah siap hal gambar, anda boleh edit butiran-butiran lain. Gantikan dengan maklumat anda sendiri.
Kesimpulan: Guna Canva Memang Mudah
Buat apa nak susah-susah kalau ada cara mudah, kan?
Jimat masa, tak payah susah-susah buat susun atur sendiri. Template dah ada.
Jimat wang, tak perlu upah orang nak siapkan resume, pakai Canva versi percuma pun boleh siapkan resume.
Kalau dah cuba buat resume dengan Canva, boleh kongsi pengalaman dengan kami.
Yang belum pernah, apa tunggu lagi, rasakan pengalaman mudahnya buat resume guna Canva dan nikmati hasilnya dengan mudah.