Isi Kandungan
Canva Sebagai Tool
Canva ialah sebuah tool untuk reka bentuk, untuk semua orang. Semua orang tu, maksudnya; kalau anda tak ada kemahiran grafik pun, percayalah, anda boleh mula buat rekaan pertama anda melalui Canva dan anda tak akan gagal!
Rata-rata orang nampak Canva seperti tool yang memudahkan rekaan imej, tapi Canva lebih daripada semua itu!
Anda boleh reka apa-apa yang boleh dicetak, dokumen dalam format PDF, invois, flyers, sehinggalah grafik untuk siaran di platform digital seperti infografik dan rekaan laman web.
Bergantung kepada kemahiran dan kreativiti, anda boleh mulakan dengan rekaan sendiri sepenuhnya atau gunakan templat sedia ada yang disediakan di Canva.
Anda boleh menggunakan versi Canva sama ada melalui telefon pintar atau komputer peribadi.
Sejarah Awal Canva
Pengasas Canva, Melanie Perkins, ketika zaman kanak-kanaknya dia belajar di Sacred heart College. Kemudian dia mengejar kerjaya dalam bidang komunikasi, psikologi dan pemerdangangan dari University of Western Australia.
Dia juga belajar rekaan komputer asas sebagai subjek major ketika pengajian. Ketika itu, dia sedar bahawa ada ramai pelajar berdepan dengan kesukaran menyelesaikan tugas yang memerlukan kemahiran teknikal dan kompleks seperti penggunaan perisian Photoshop dan Illustrator.
Apabila dia mencapai umur 19 tahun, Melanie berhenti daripada pengajiannya untuk mengejar impian untuk menjadi usahawan dan memburu kerjaya dalam bidang perniagaan.
Kerjaya Awal Malarie Perkins
Pada peringkat awal, Melanie bersama Cliff Obrecht (kini suaminya) mengasaskan perniagaan baru yang bernama Fusion Book.
Melanie ketika menjalankan perniagaan buku tahunan di Fusion Book.
Ia sebuah platform yang memberi pelajar sekolah membuat rekaan buku tahunan (yearbook) mereka menggunakan tool yang mudah seperti seret & letak (drag & drop), ilustrasi, font dan sebagainya.
Melanie mula mengusahakan platform ini di kediaman ibunya di mana ibu bapanya membantunya untuk mencetak buku-buku tahunan yang ditempah.
Melanie mula menghubungi dengan orang dari kolej dan universiti untuk dapatkan pelanggan baru untuk perniagaannya.
Tak lama lepas tu, perniagaannya makin berkembang dan jadi syarikat buku tahunan terbesar di Australia.
Fusion Books ada pencapaian yang bagus tapi Cliff dan Melanie kekurangan dana untuk besarkan dan kembangkan perniagaan. Mereka cuba dapatkan bantuan daripada beberapa pemodal namun tiada pihak yang bersetuju dan percaya dengan idea mereka untuk Fusion Books.
Semasa fasa itu, Fusion Books bertukar nama kepada Canva Inc. Awalnya, ia sangat mencabar untuk Melanie dan Cliff untuk dapatkan dana daripada pelabur. Mereka dapat peluang untuk berjumpa dengan seorang pelabur terkenal, Bill Tai pada tahun 2011 di Perth.
Meski mereka masih belum berjaya dana daripada Tai tapi mereka sering diundang dalam perjumpaan lain di mana ramai pelabur teknologi hadir ke acara itu.
Beberapa perjumpaan itu diadakan di Silicon Valley. Semestinya Melanie dan Cliff tak lepaskan peluang keemasan seperti itu untuk mendekati setiap pelabur yang berpotensi.
Sayangnya dengan peluang sebegitu pun; mereka masih belum dapat bantuan yang sepatutnya.
Penubuhan dan Pelancaran Canva Secara Rasmi
Pada suatu hari, mereka bertemu dengan bekas eksekutif Google. Segala kesukaran yang mereka tempuhi jadi satu rahmat.
Cameron Adams sertai pasukan mereka dan Cameron bantu Canva untuk dapatkan dana bagi melebarkan lagi jenama itu.
Pada 2013, syarikat mereka dilancarkan secara rasminya selepas dua pusingan suntikan modal awal. Ketika itu, Malerie Perkins sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO), Cliff Obrecht sebagai Ketua Pegawai Operasi (COO), dan Cameron Adams sebagai Ketua Pegawai Produk (CPO).
Sumber: CNBC
Canva mula membesar dan melebarkan lagi operasi perniagaan dengan pantas. Pada tahun awal penubuhannya, mereka berjaya mendapat lebih daripada 600,000 pengguna.
Sumber: Helloleads
Pertumbuhan Canva yang Pesat
Dalam beberapa tahun, Canva berterus-terusan tambah lebih banyak fungsi yang tersendiri dalam platformnya.
Walau hanya dengan sedikit kepelbagaian, di luar Australia; Melanie jadi popular di Silicon Valley dan makin dikenali dalam kalangan perniagaan berteraskan teknologi di Amerika Syarikat. Pada 2016, Melanie disenaraikan dalam Forbes’ 30 Under 30 (Asia List).
Pada 2020, pendapatan Canva meningkat sehingga 60 juta Dolar dan nilai syarikat meningkat kepada 6 billion Dollar. Ini menjadikan Melanie sebagai wanita ketiga terkaya di Australia dengan nilai bersih 1.3 billion Dollar.
Kelebihan Canva
Apa yang ditawarkan oleh Canva hampir boleh ketepikan penggunaan perisian reka grafik lain seperti Adobe Photoshop dan Adobe Illustrator.
Canva mudah digunakan untuk orang yang baru mula cuba buat rekaan. Terdapat ribuan templat sedia ada yang boleh diubah suai ikut kesesuaian dan keperluan pengguna Canva.
Selain itu, templat ini juga percuma. Ya, tak perlu langgan. Versi percuma pun ada banyak templat yang cantik dan menarik.
Ada pelbagai fungsi edit ada dalam Canva. Nak potong gambar, tambah tekstur, serikan dengan warna yang cantik, lengkapkan dengan teks dan macam-macam lagi.
Canva sangat mesra pemula dan jadikan kerja edit gambar sebagai satu tugas yang mudah.
Selain gambar/grafik yang statik seperti poster, dengan Canva anda boleh juga edit video dan juga animasi. Sama seperti poster, templat video dan animasi ini turut tersedia di Canva.
Zaman kini, gambar statik saja tak cukup. Poster penting, tapi penggunaan bahan yang menggabungkan unsur pergerakan (motion) dan audio (lagu) akan capai lebih ramai penonton.
Aktiviti pemasaran perlu ada pelbagai bahan untuk tarik lebih ramai pelanggan. Pakai lagu-lagu viral dalam video pendek, lebih mudah nak capai engagement meski anda tak ramai follower.
Algorithm IG Reels dan TikTok akan syorkan kandungan yang sering dilayari kepada penggunanya. Kalau anda pandai pilih lagu, filter dan cara edit yang menjadi trend, video anda akan capai ramai penonton.
Tapi, anda sedar tak untuk hasilkan satu video yang menarik, banyak perkara perlu diambil kira?
Tak mudah nak edit video walau video sesingkat 10 saat.
Nak pastikan transisi video kena dengan rentak lagu, teks muncul tepat waktunya dan filter yang sepadan dengan mood video; kerja edit video bukan hal yang boleh dibereskan dalam waktu yang singkat.
Satu video pendek pun makan masa hingga berjam-jam lamanya. Maka, inilah masanya patut pakai Canva.
Templat dah ada. Tinggal gantikan dengan bahan anda sendiri mengikut kesesuaian. Klik sana, klik sini, video pun siap.
Dalam dunia perniagaan, siapa yang bertindak pantas, dialah yang akan dapat lebih banyak kelebihan. Selagi kita boleh jimatkan masa untuk capai sesebuah matlamat, manfaatkan!
Canva Pro
Tentunya versi pro akan melayakkan anda gunakan lebih banyak keistimewaan Canva berbanding versi percuma. Kalau nak langgan pun, harga langganan sangat berbaloi untuk perniagaan kecil atau individu yang baru nak ceburi bidang grafik.
Dengan bayaran RM250 setahun, anda boleh pakai untuk lima buah akaun. Kalau nak lebih jimat, boleh la kongsi dengan rakan-rakan lain. Kalau kongsi berlima, dah jadi RM50 setahun. Harga ini amat berbaloi kalau anda fikirkan kos masa dan kos tenaga yang anda perlu gunakan untuk siapkan rekaan grafik.
Sumber: Canva
Jika sebelum ini kita nampak pencipta kandungan (content creator) perlu kuasai beberapa kemahiran grafik menggunakan perisian yang rumit, namun sekarang dunia dah jauh berubah.
Ada beberapa pihak majikan mula terima kemahiran guna Canva sebagai salah satu skillset yang diperlukan. Menarik, kan?
Benda mudah ada, buat apa nak susah-susah?
Best Tak Canva Ni?
Dah makin kenal Canva, rasa jatuh cinta tak dengan Canva ni? Jom mula gunakan Canva dan mudahkan kerja-kerja kreatif dalam masa yang singkat!
Pendek kata, kewujudan Canva ini banyak membantu kerja-kerja kreatif dalam penghasilan rekaan grafik. Label produk, katalog, poster, invois, dekorasi laman web, pos di media sosial, kad perniagaan dan pelbagai lagi.
Dalam artikel seterusnya, kami akan tunjukkan kepada anda cara penggunaan Canva secara asas, terutamanya dalam urusan perniagaan.
Kongsi dengan kami apa yang anda nak tau tentang Canva. Dan kalau anda memang pengguna Canva, kongsi perkara yang anda paling suka tentang Canva.