Isi Kandungan
Mulakan Dropship di e-Store
Perniagaan dropship digemari oleh para usahawan yang baru nak mula bisnes disebabkan konsepnya yang mudah.
Tak perlu sewa kedai. Tak perlu simpan stok barang.
Hanya kumpulkan order dan serahkan urusan penghantaran kepada pembekal.
Anda nak buat dropship gunakan e-Store? Dah ada produk yang nak dijual?
Nak susun produk, testimoni, call-to-action untuk pembelian. Rasa macam banyak benda nak kena buat.
Boleh cuba gunakan Shopify dan kali ni kami kongsikan 5 e-Store untuk inspirasi para dropshipper!
1. DietBlade
DietBlade jenama untuk mesin pengisar mini untuk pelbagai jenis minuman, jus, protein shake, ice blended dan juga makanan bayi.
Apa yang bagus tentang e-Store DietBlade?
- Gabungan warna yang ceria.
- Gambar HD, jelas dan menarik.
- Clean design yang menonjolkan gambar produk dengan efektif.
- Butiran produk yang jelas: warna, saiz dan ciri-ciri lain.
- Star rating review.
- Navigasi mudah dari setiap page dan shopping cart.
2. Comfii Slipper
Seperti namanya, jenama ini menjanjikan keselesaan seliparnya.
Apa yang bagus tentang e-Store Comfii Slipper?
- Produk digayakan oleh model (manusia) untuk terangkan kegunaannya.
- Gambar berkualiti tinggi dan jelas.
- Susunan jalan cerita yang lancar. Dimulakan dengan pernyataan masalah, penyelesaian dan call-to-action.
- Penerangan produk yang terperinci (warna dan saiz)
- Video review tentang produk.
- Star rating review.
- Aktiviti kebajikan untuk tarik pelanggan untuk beli lebih banyak untuk turut menyumbang.
3. Arrow Gaming
Arrow Gaming menyediakan aksesori kepada gamers seperti kaca mata, mouse pad, palm rest dan earphone.
Apa yang bagus tentang e-Store Arrow Gaming?
- Gambar berkualiti tinggi dan jelas.
- Gambar produk jelas, kualiti tinggi dan clean design.
- Penerangan tentang produk yang jelas dan terperinci.
- Review daripada influencers.
4. Ryo Lifestyle
Sebuah general store yang menghimpunkan pelbagai jenis barangan yang melengkapkan gaya hidup.
Apa yang bagus tentang website Standard Issue?
- Warna pastel sesuai dengan konsep e-Store yang jual barang hiasan (tujuan estetik).
- Gambar berkualiti tinggi dan jelas.
- Katalog produk tersusun mengikut kategori dan jenis.
- Penerangan tentang produk yang jelas dan terperinci.
- Dilengkapi dengan blog untuk info kepada komuniti pelanggan.
- Star rating review.
5. Eat Cake Today
Eat Cake Today ialah sebuah laman yang menawarkan pelbagai jenis kek dan juga one-stop-centre untuk penggemar manisan.
Mereka bukan saja menawarkan produk mereka sendiri malah turut bergabung dengan home-baker dan kafe lain.
Pelanggan boleh pesan dan tunggu tempahan kek mereka sampai di lokasi mereka.
Apa yang bagus tentang e-Store Eat Cake Today?
- Rekaan yang minimalis, warna kuning yang dominan menggambarkan warna korporat jenama.
- Gambar kek dan manisan berkualiti tinggi. Gambar dari pelbagai sudut (depan, atas, dan tepi) beri gambaran pelbagai dimensi untuk pelanggan.
- Clean design, tak terlalu banyak hiasan atau prop bersama gambar produk. Jadi gambar produk dapat ditonjolkan.
- Butiran produk yang jelas, lengkap dengan ramuan, peringatan allergen, cara penyimpanan dan berat.
- Star rating review menggunakan Google review.
- Soalan lazim (FAQ) yang bersifat pendidikan dan membantu pengguna langkah demi langkah.
- Navigasi yang mudah. Pelanggan filter produk ikut acara, perisa, tempahan awal, tema, lokasi dan lain-lain.
Kesimpulan – Bisnes Dropship Perlu Nampak Menarik di Web
Walaupun nak buat bisnes dropship, kita perlu usahakan juga laman e-Store kita nampak eksklusif dan menarik.
Semoga anda terinspirasi dengan perkongsian kali ini dan mulakan perniagaan dropship dengan lebih