16 Aplikasi Edit Gambar Terbaik Untuk Bisnes

Aplikasi edit gambar boleh dikatakan penting apabila kita nak naikkan engagement untuk bisnes menggunakan media sosial.

Tidak dinafikan, gambar yang cantik akan mudah menarik perhatian orang.

Orang akan berhenti scroll media sosial tengok post kita yang ada kepada gambar cantik itu, klik like, react atau tinggalkan komen. 

Kita pun akan rasa seronok apabila ada banyak gambar lawa, lebih-lebih lagi apabila nak gunakan untuk mempromosi produk.

Menurut kajian oleh Search Engine Journal, konten web yang mengandungi visual mempunyai prestasi yang lebih baik. 

Secara purata, web akan mempunyai 94% lebih view daripada web tanpa konten visual.

Kempen pemasaran e-mel yang ada imej mempunyai click-through rate, CTR yang lebih tinggi.

Selain itu, infografik meningkatkan trafik web sebanyak 12 peratus.

Sebab visual ini penting, maka saya nak kongsikan 16 aplikasi terbaik untuk edit gambar.  

Anda boleh pilih nak gunakan mana-mana apps yang anda rasa selesa dan sesuai untuk bisnes masing-masing.

Memandangkan masing-masing ada telefon canggih dengan kamera yang terbaik, aplikasi sunting foto pun kenalah sepadan.

Apps Terbaik Untuk Edit Gambar Bisnes

Walaupun setiap smartphone ada built-in apps untuk edit foto, kita tahu tak banyak yang boleh dibuat. 

Kita mungkin nak sunting gambar lebih daripada hanya crop dan enhance foto. 

aplikasi edit gambar

Macam yang saya kongsi sebelum ini, kita boleh adjust dan letak filter serta macam-macam lagi apabila guna apps. Nak tambah sticker dan tulisan lawa pun boleh. 

Paling best, biasanya semua aplikasi sunting foto ini ada fungsi untuk terus kongsi ke media sosial.

Jom kita tengok apa apps edit gambar yang bagus untuk bisnes.

1. Canva (Web, Android, & iOS)

Canva memudahkan anda untuk menghasilkan konten visual. Contohnya, edit foto, buat infografik, pembentangan, poster, banner, portfolio dan macam-macam lagi. 

Dengan konsep drag and drop, interface ini sangat menyenangkan. Selain, itu ada banyak  pilihan template, font,  stok foto dan macam-macam lagi. 

Pastinya, ini apps terbaik untuk sunting gambar. Bagi mendapatkan lebih banyak fitur suntingan dan stok gambar, boleh subscribe Canva Pro

Semestinya, fungsi buang background dalam versi Pro sangat membantu mempercepatkan kerja. 

Lebih menarik, orang yang tak pernah buat apa-apa design dan edit foto pun boleh guna aplikasi ini. Punyalah senang. 

Boleh baca lanjut mengenai tip dan trik menggunakan aplikasi Canva di post ini.

2. Snapseed (Android, iOS)

Snapseed adalah aplikasi sunting foto keluaran Google. Tapi, Kartel Digital bukan rekomen aplikasi ini sebab itu semata-mata. 

Interface aplikasi ini unik. Anda hanya perlu swipe ke kiri atau kanan untuk edit foto. Atau, anda boleh tatal ke atas atau ke bawah untuk ubah suai gambar. 

Selain itu anda juga boleh edit gambar RAW dari kamera (hanya dalam format DNG dan JPG). Menariknya, aplikasi ini percuma.

Bagi yang mencari aplikasi sunting foto yang mengambil ruang simpanan bersaiz kecil, Snapseed adalah pilihan yang baik. 

Aplikasi ini mempunyai 29 fitur dan tools. Antaranya ialah:

Pertama, filter canggih yang dipanggil Healing. Khusus untuk buang objek yang kita tak nak ada pada gambar. 

Kedua, HDR Scape. Tool ini digunakan untuk mencipta exposure yang buat gambar kita lebih cantik.

3. PicsArt (Web, Android & iOS)

Aplikasi PicsArt mudah digunakan dan ada semua asas yang perlu dalam menyunting foto menggunakan telefon pintar. 

Ada banyak tools untuk kita berkreatif, dengan pelbagai filter super menarik. 

Anda boleh pilih atau cipta sticker, atau gabung foto dalam kolaj. Selepas itu, tambahkan teks dan akhir sekali, klik share

Aplikasi ini ada pilihan kolaj dan font yang banyak. Sesuai sangat untuk yang kerap mengambil gambar dan buat suntingan.

Pengguna apps ini juga akan ada ruang untuk kongsi karya sendiri. Anda boleh share hasil suntingan masing-masing dengan 150 juta pengguna bulanan lain. 

Namun jika guna versi percuma, iklan untuk upgrade ke akaun premium akan selalu muncul. Sangat kerap sampai kita boleh rasa terganggu, kacau mood untuk buat kerja kreatif. 

Bagi menghentikan iklan ini, dan pastinya untuk dapat macam-macam tools editing lain termasuk suntingan video, kenalah naik taraf kepada premium. 

Harga akses premium ialah $11.99 sebulan atau $55.99 setahun. Untuk pelajar, ada diskaun istimewa.

4. Pixlr (Android & iOS)

Pixlr adalah aplikasi baru yang mudah digunakan. Aplikasi ini sesuai untuk edit, buat kolaj dan share konten visual. 

Aplikasi ini ada template stail Canva; overlay warna-warni dan banyak pilihan layout untuk kolaj. Anda juga boleh dapat tools asas untuk sunting foto. 

Untuk dapatkan lebih banyak pilihan effects, templat dan semestinya buang iklan, komitmen tahunan ialah $7.99. Kiranya ini harga untuk dapatkan full features

Pixlr ada dua versi iaitu Pixlr Advance E dan Pixlr Playful X. 

Versi X adalah sesuai untuk yang mahukan suntingan yang pantas, dengan pilihan template yang banyak. Yang ini, sangat sesuai untuk pemula. 

Manakala versi E lebih sesuai untuk yang mahu buat suntingan detail pada gambar. Mudahnya, versi desktop ini sesuai untuk suntingan profesional.

5. Adobe Photoshop Express (Web, Android & iOS)

Ini adalah versi ringkas bagi aplikasi Adobe Photoshop. 

Ada versi percuma, dan untuk dapatkan semua fitur, yurannya ialah $2.99 sebulan atau $34.99 setahun. 

Macam aplikasi sunting foto versi desktop, Photoshop Express sesuai digunakan untuk kolaj, buang cela, buat overlay teks. 

Satu lagi, aplikasi ini juga menghasilkan foto komposit, bukan sekadar buat pengubahsuaian dan enhance gambar. 

Aplikasi ini juga boleh membaca dan menyunting foto RAW.

6. Instagram (Android & iOS)

Aplikasi media sosial yang fokus utamanya adalah berkongsi gambar, semestinya perlu ada tools suntingan yang baik. 

Instagram membenarkan penggunanya memuat naik media (foto dan video) dan boleh disunting menggunakan filter.

Media yang dikongsi ini disusun melalui hashtag dan tag geografi. Post boleh dikongsi secara umum atau follower yang dibenarkan.

Foto yang dimuat naik ke Instagram perlu mempunyai saiz frame foto 1:1 (segi empat sama). Aplikasi ini mempunyai pelbagai filter yang boleh digunakan pada imej. 

Antaranya ialah Lux filter, yang boleh mengurangkan bayang, menambah kegelapan atau menaikkan kontra pada gambar.

Sebagai pemilik bisnes, Instagram adalah aplikasi edit gambar plus media sosial yang baik untuk mempromosikan produk.

7. Adobe Lightroom (Android & iOS)

Seperti Photoshop Express, Lightroom juga aplikasi mobile versi Adobe Photoshop. 

Lightroom, sesuai dengan namanya, merupakan aplikasi edit foto yang lebih fokus kepada menyunting warna dan cahaya. 

Yang bagusnya, Lightroom boleh menyunting foto yang diambil dengan kamera telefon supaya nampak macam gambar dari kamera. Macam gambar fotografi. 

Ada banyak tools untuk ubah perincian foto seperti ISO, white balance, dan kelajuan shutter yang penting untuk fokus. 

Macam aplikasi Adobe yang lain, hasil suntingan boleh disimpan ke Cloud. Berbayar, pastinya. Jadi, anda boleh akses foto ini daripada mana-mana peranti. 

Walaupun versi mobile ini tidak selengkap Photoshop, hasilnya sudah cukup bagus dan memudahkan banyak kerja penyuntingan gambar. 

Harga untuk full features ialah $4.99 sebulan. Untuk Creative Cloud Photography Plan (berserta full features), harganya $9.99 sebulan.

8. Pixtica (Android)

Aplikasi ini khusus untuk pengguna Android sahaja. Walaupun tidak banyak tools macam aplikasi lain, anda boleh kawal pelbagai aspek dalam fotografi dengan aplikasi ini. 

Contohnya, ISO, shutter speed, panorama, HDR dan tambah sticker. Buat yang suka pengalaman ambil gambar dengan live filter, ini aplikasi yang baik untuk anda. 

Paling menarik, anda juga boleh ambil gambar dalam format RAW menggunakan aplikasi ini (hanya jika peranti anda menyokong format berkenaan). 

Versi berbayar ada lebih banyak filter dengan resolusi gambar yang lebih tinggi. Tetapi, versi percuma pun sudah cukup banyak untuk anda cuba dan teroka.

9. Google Photos (Web, Android & iOS)

Ini adalah aplikasi edit gambar yang perlu ada di telefon. 

Walaupun tools suntingannya minimal, Google Photos menyusun foto dan video dalam telefon kita, selain ada pilihan easy sharing

Lebih utama, aplikasi ini menyimpan pustaka gambar anda ke cloud. Semestinya, semua gambar ini akan sync ke semua peranti yang ada apps ini.

Telefon habis bateri, salah letak, atau anda terpadam semua fail media, selongkar sahaja Google Photos. 

Untuk fungsi edit, Google Photos ada tools untuk ubah warna, cahaya dan contrast imej secara menyeluruh. Ada juga filter yang anda boleh kawal tahap intensitinya. 

Saiz ruang simpanan adalah mengikut had Google Drive, iaitu 15 GB. Jika mahu lebih ruang simpanan, ada bayaran $1.99 sebulan untuk ekstra 100GB.

10. Facetune 2 (Android & iOS)

Sesuai namanya, Facetune 2 adalah aplikasi edit foto khusus untuk sunting potret. 

Info di Google Play juga memberitahu dengan jelas, ini aplikasi untuk edit gambar selfie, dan makeover

Gambar tak cukup fotogenik, nampak kusam? Ini solusinya. 

Dengan aplikasi ini, anda boleh buat macam-macam versi rias wajah. Licinkan kulit, buang cela, hilangkan kedut, betulkan tona kulit atau putihkan gigi. 

Ada tools mekap dengan pilihan warna subtle, bayang dan highlights. Semuanya untuk satu tujuan, hasilkan gambar potret yang cantik. 

Paling menarik, anda boleh sunting wajah serius supaya terlihat ada sedikit senyuman. Sesuai betul untuk yang ada situasi sukar senyum depan kamera. 

Sayangnya, banyak tools menarik tidak boleh digunakan dalam versi percuma. Ini termasuklah fungsi tukar background, warna langit atau mata, buang cela, atau tools touch-up

Touch-up ialah tools untuk buang eyebag, bentukkan eyebrow, atau buat muka lagi glow.

Kos untuk versi premium ialah $1.99 sebulan, $35.99 setahun atau 69.99 untuk seumur hidup. Boleh tahan harganya. 

Macam mana pun, versi percuma pun dah cukup okey. Untuk yang suka selfie, ini aplikasi terbaik untuk anda.

11. Prisma (Android & iOS)

Ini adalah aplikasi baru yang sangat menarik. Tidak seperti yang lain, anda boleh tukarkan foto kepada lukisan menggunakan Prisma.

Terdapat lebih daripada 500 filter dan effect dalam stok aplikasi ini. Ia mempunyai koleksi stail artistik yang paling besar, merangkumi blur, hiasan, dan banyak lagi.

Selain itu, anda juga akan mendapat filter baharu pada setiap hari. Ini super osem. Selain stail artistik, aplikasi ini juga menyediakan stail istimewa dari masa ke masa.

Antaranya, editor foto-kartun dan pelbagai efek lain yang buat foto anda lebih menarik dan berbeza.

Selepas apply filter, anda boleh cantikkan lagi gambar dengan tools edit foto asas. Contohnya, dalam mod enhancement, ada fungsi exposure, sharpness, contrast, brightness dan lain-lain. Anda juga boleh retouch atau tambah kekaburan pada foto.

Buat masa sekarang, aplikasi ini masih percuma. Jadi, anda boleh cuba selongkar dan manfaatkannya sebelum versi berbayar diperkenalkan.

12. VSCO (Android & iOS)

Aplikasi edit gambar ini biasa digunakan oleh pemilik kedai online yang fokus kepada marketing di Instagram. Sebabnya fungsi untuk sunting warna pada foto tidak ada pada Instagram. 

Jadi, aplikasi VSCO ini dibangunkan sebagai pelengkap. VSCO mempunyai fungsi yang memudahkan kerja-kerja menyunting warna, contrast, saturation, shadow dan skin colour. 

Selain itu, ada pelbagai preset yang boleh dipilih bagi menambahkan kepantasan dalam menghasilkan foto produk anda. 

Hasilnya sederhana, tidak extravagant tetapi tetap menarik untuk dilihat. Anda boleh pilih mahu mood kamera moden, klasik atau analog.

13. Afterlight (Android & iOS)

Buat masa ini, aplikasi Afterlight lebih banyak kelebihan bagi pengguna iPhone. 

Ada banyak pilihan untuk kerja suntingan asas foto seperti contrast, crop, exposure dan saturation. Secara asasnya, aplikasi ini lebih kepada edit cahaya dan warna pada gambar.

Aplikasi ini dicipta untuk yang mahu menyunting gambar individu. Pilihan sticker-nya ringkas tetapi pelbagai. Ini termasuk pilihan font yang banyak dan boleh diubah warna, perletakan, saiz dan rotation

Juga ada banyak lapisan undo dan redo (tidak terhad). Jadi, anda boleh pergi balik kepada history suntingan dan edit semula dari situ. 

Selain itu, anda boleh memanfaatkan fungsi layer. Apabila guna tools ini, anda boleh pilih, edit atau buang bahagian yang disunting sahaja.

Secara umumnya, interface aplikasi ini senang untuk digunakan. Hanya, lebih daripada 130 filter dalam aplikasi ini hanya boleh digunakan bagi versi berbayar. 

Yuran langganan ialah $2.99 sebulan, $17.99 setahun atau $35.99 untuk sekali pembelian. 

Versi untuk pengguna Android adalah percuma tetapi tidak banyak tools unik seperti gradients, edit curve dan fitur advance lain.

14. TouchRetouch (Android & iOS)

TouchRetouch adalah aplikasi edit gambar yang mudah untuk digunakan. Merupakan aplikasi pertama yang memfokuskan kepada kerja-kerja mengalih objek atau gambar pada gambar. 

Ada ketika, gambar kita ada objek tertentu yang tak dapat dielakkan. Nampak wayar berselirat pada latar, banner pada bangunan, orang yang kita tidak mahu ada dalam foto, atau cela yang tidak diingini. 

Atau, jika anda nak berkreatif dengan buang beberapa objek, aplikasi ini sangat sesuai. Anda boleh buat orang nampak seperti terbang, melompat di udara, atau mengayuh basikal di udara. 

Sangat senang digunakan, hanya warnakan bahagian yang mahu dibuang dan klik Go. Begitu sahaja, objek berkenaan akan dipadam daripada gambar. 

Jika tak cukup memuaskan, klik undo dan ulang lagi. Ini adalah aplikasi berbayar, iaitu RM7.99 untuk sekali pembelian.

15. InShot Polish (Android & iOS)

Aplikasi InShot Polish dibangunkan oleh Polish, pencipta aplikasi Inshot suntingan video mobile. Aplikasi ini adalah percuma dan mempunyai fungsi suntingan foto yang bagus. 

Antaranya, tools seperti Photoshop iaitu masking. Anda juga boleh membuat transformasi pada gambar. 

Ada banyak pilihan filter, font, sticker dan effects yang boleh dipilih semasa menyunting gambar. Selain kolaj, ada juga tools beauty, body retouch dan blur backgrounds

Seperti aplikasi lain, versi premium menawarkan lebih banyak pilihan dan tools menarik.

Harganya ialah $7.99 setahun dengan penambaikan berterusan atau $14.99 untuk sekali pembelian.

16. Polarr (Web, Android & iOS)

Polarr adalah aplikasi yang memfokuskan kepada suntingan pencahayaan dan warna, seperti Lightroom. Aplikasi ini juga boleh menghasilkan gambar-gambar menarik seperti PicsArt. 

Selain tools untuk ubah suai brightness, contrast, bayang, dan lain-lain, aplikasi ini menyediakan fungsi gradient, overlay, retouch dan transformasi. 

Anda juga boleh menyunting curve dengan aplikasi ini. Satu lagi, aplikasi ini juga boleh membaca fail RAW dari kamera. 

Satu inovasi yang menarik adalah, anda boleh cipta filter sendiri dan kongsi kepada orang lain menggunakan kod QR. Dengan cara yang sama, anda boleh gunakan preset orang lain juga. 

Bagi versi berbayar, ada tambahan konten dan stail baharu setiap minggu. 

Harganya, $3.99 sebulan dan $19.99 untuk setahun.

Sebetulnya, semua aplikasi ini bagus dan mudah digunakan untuk menyunting foto menggunakan telefon pintar. 

Tetapi, setiap orang ada selera dan keperluan berbeza. Jadi, macam mana nak tahu aplikasi yang mana terbaik untuk kegunaan anda?

Secara umum, aplikasi edit foto terbaik mempunyai dua kategori utama. Pertama, untuk kegunaan harian oleh pengguna umum. Kedua, untuk dimanfaatkan oleh jurugambar profesional atau pengguna pro. 

Dalam senarai di atas, kedua-dua kriteria ini ada. Anda hanya perlu buat penilaian sendiri dan memilih aplikasi yang sesuai untuk kegunaan masing-masing.

Kebanyakan aplikasi sunting foto ini adalah percuma, dan anda perlu bayar kos bulanan atau tahunan bagi mendapatkan fitur keseluruhan.

Yang penting, anda perhatikan hal-hal berikut:

  • Kualiti dan tahap akses interface.
  • Kemudahan penggunaan.
  • Kemudahan untuk kongsi semula di media sosial atau ruang lain.
  • Sejauh mana aplikasi memenuhi tujuan anda menggunakannya (suntingan foto dan ruang penyimpanan)
  • Jumlah dan kualiti tools atau fitur.
  • Keupayaan penyuntingan.
  • Tahap kegunaan fungsi import gambar.

What’s Next?

Daripada semua aplikasi yang disenaraikan, yang mana satu anda pernah guna atau mahu guna untuk sunting foto? Sesuai atau tidak dengan bisnes anda?

Di Kartel Digital, kami menggunakan Canva. Sebab itu, saya mencadangkan Canva sebagai aplikasi terbaik bagi mengedit gambar. 

Sebab utama, orang baru yang tak pernah buat kerja design atau edit gambar pun boleh menggunakan aplikasi ini. 

Selain itu, apabila subscribe versi Pro, anda boleh kongsi akaun dengan rakan lain. Maka, boleh hasilkan design secara berkumpulan. Sangat sesuai untuk kerja-kerja dalam pasukan.

Juga, Canva ada pilihan stok dan template yang banyak. Ini sangat memudahkan pengguna yang bermula daripada kosong. Hanya tinggal pilih, klik dan ubah suai ikut keperluan dan kegunaan.

Share this!

HAFIZ AZMAN

HAFIZ AZMAN

Blogpreneur at Dropship Kartel & Kartel Digital. Sometimes jadi consultant dan coach untuk bidang Digital Marketing, Online Business, dan eCommerce.

PANDUAN PERCUMA

6 Figure Blogging Gameplan eCover

KETAHUI GAMEPLAN SAYA BUAT INCOME 6-ANGKA DARI BLOG!

Dapatkan eBook eksklusif yang mengandungi ‘failed-proof’ gameplan untuk anda mula bisnes online from scratch, dan direka khusus untuk anda yang busy tapi nak buat side income online.

Ia adalah hasil dari pengalaman, pembelajaran, dan eksperimen bertahun, sehingga saya boleh buat income dengan konsisten, 100 peratus online, secara seorang diri.

CASE STUDY EKSKLUSIF (FREE)

Rahsia Bagaimana En. Amir Hasilkan RM250k Dari Dropship Dalam Masa Sebulan!

Isi nama dan email untuk saya hantar ebook ini.
CASE STUDY EKSKLUSIF (FREE)

Rahsia Bagaimana En. Amir Hasilkan RM250k Dari Dropship Dalam Masa Sebulan!

Isi nama dan email untuk saya hantar ebook ini.