Affiliate Marketing Dengan Twitter: Pernah Tengok? Jom Kami Tunjuk Cara!

Affiliate Marketing Dengan Twitter: Pernah Tengok? Jom Kami Tunjuk Cara!

Apa itu Twitter?

Twitter ini satu platform media sosial yang dah makin berkembang dan berpengaruh. Twitter ni macam tempat yang kita boleh buat micro-blogging.

Sekarang ni Twitter juga digunakan sebagai tempat mempromosikan jenama, syarikat dan bisnes.

Sumber: https://twitter.com/ 

Nak tahu cara dapatkan duit melalui Twitter?

Twitter bukan sekadar tempat orang tulis tweet harian saja. 

Twitter boleh jadi tempat gali maklumat dengan segera dari topik dekat mana nak beli baju raya sampai la tengok reaksi tentang berita terkini macam bencana banjir.

Platform ni aktif dengan 330 juta pengguna yang luangkan 35 minit sehari secara purata.

Dengan pengguna seramai ini, Twitter bukan saja tempat yang kita boleh capai ramai orang malah Twitter sediakan juga ruang untuk bisnes untuk promosikan produk dan servis.

Twitter boleh jadi cara mudah buat duit.

 

https://media.giphy.com/media/kBsmKsJSOivD91TKBC/giphy.gif

via GIPHY

Untuk mula buat duit melalui Twitter, anda perlukan followers. Selain tu, anda perlu faham nilai followers terhadap bisnes anda.

Mereka bukan berpotensi untuk membeli produk anda saja. Mereka boleh bantu anda promosikan affiliate link dengan retweet. Retweet boleh gandakan jualan.

Cara kita berkomunikasi dah berubah, Twitter tawarkan cara kita salurkan idea kreatif untuk orang yang suka berkomunikasi dengan pantas dan ringkas.

Sekarang ni Twitter hadkan 280 aksara, jadi memang sangat bergantung kepada kebijaksanaan dan kreativiti masing-masing. Tak perlu tulis panjang-panjang.

Kena fikirkan benda yang simple, tapi berkesan. Less is more.

Di Twitter kita boleh sertakan bahan multimedia macam gambar, video, dan juga GIF. Manfaatkan bahan multimedia ni untuk kuatkan lagi teks yang anda tulis di Twitter.

Aksara yang terhad tak sepatutnya hadkan kreativiti anda untuk sampaikan sesuatu.

Apa Itu Affiliate Marketing di Twitter?

Maksudnya, kalau ada pembelian daripada affiliate link tweet anda, anda akan dapat duit.

Nak promosikan produk di Twitter, mudah saja. Promosikan dengan syorkan produk dan dapat komisen daripada jualan yang dibuat. 

Fahami Sasaran Promosi

Twitter memang tempat yang best untuk promosikan perniagaan atau jual produk. Semakin ramai followers, semakin ramai prospek dan semakin besar peluang untuk mempromosikan sesuatu.

Sebelum anda mula buat promosi di Twitter, ada baiknya anda ambil berat tentang perkara-perkara ini:

  • Tetapkan sasaran yang anda ingin capai di Twitter
  • Tingkatkan kesedaran jenama
  • Dapatkan lead untuk tukarkan mereka sebagai pelanggan
  • Fahami peraturan Twitter supaya akaun anda tidak disekat
  • Ketahui berapa banyak masa anda mampu luangkan setiap hari di Twitter untuk  dapatkan hasil yang diharapkan daripada pengiklanan

Macam mana nak promosikan produk affiliate di Twitter?

Langkah 1: Belajar Daripada Pesaing

Cara yang bagus untuk dapatkan pengikut di Twitter ialah dengan follow pengguna Twitter yang lain.

Mungkin orang industri (sama dengan anda) yang pandai buat promosi. Orang bidang lain pun boleh, asalkan ada perkara yang menarik perhatian. 

“Keep your friends close; keep your enemies closer.”

–Sun Tzu, Ahli Falsafah China & Pengasas Seni Peperangan

Nak perhatikan pesaing sekarang ni dah makin mudah. Anda boleh baca apa yang mereka tulis di platform digital. Boleh beli terus produk atau dapatkan upah servis mereka untuk dapatkan pengalaman untuk bandingkan sendiri.

Apa kelebihan pesaing?

Jadi kritikal dengan bisnes sendiri akan bantu anda menjadi lebih berdaya saing.

Perhatikan pesaing dan tanya diri sendiri dengan soalan-soalan berikut ni untuk tengok bahagian mana lagi anda patut baiki:

  • Adakah produk/servis/pengalaman  mereka lebih berkualiti? 
  • Adakah khidmat pelanggan mereka lebih disenangi?
  • Adakah bahan pemasaran mereka lebih menarik?
  • Adakah mereka mencapai keperluan pelanggan dengan lebih baik?
  • Adakah mereka tawarkan lebih banyak nilai?

https://media.giphy.com/media/mFx0GUFSUhUOFXfsLa/giphy.gif

via GIPHY

Langkah 2: Guna Twitter Sebagai Tempat Bersosial

Anda patut tulis tweet anda yang ada kaitan dan jujur untuk dapatkan kepercayaan followers untuk klik link affiliate.

“Most of my audience on Twitter doesn’t go there to shop. But they are open to considering products when they end up in their feed and are  relevant.”

Christoph Trappe, Content Creator

Kalau followers tak nampak kejujuran dalam apa yang anda promosikan (terlalu hard selling), followers akan tengok tweet tu sebagai satu penipuan.

Dan hal ni boleh buat followers untuk tak percaya apa-apa produk keluaran syarikat (yang anda cuba promosikan).

“If your audience thinks you’re just trying to get them to spend money without validating the content you’re recommending, then they won’t click or purchase.”

–Hiroko Nishimura, LinkedIn Learning Instructor of Intro to AWS

Langkah 3: Semak Potensi Tweet

Anda tak boleh nilai hal yang anda tak tahu, jadi ambil tahu hal-hal yang boleh datangkan hasil yang baik. 

“A data scientist is someone who can obtain, scrub, explore, model and interpret data, blending hacking, statistics and machine learning. Data scientists not only are adept at working with data, but appreciate data itself as a first-class product.”

Hillary Mason, Data Scientist, Founder of Fast Forward Lab

Nasib baik, sekarang twitter dah ada built-in analytics yang tunjuk maklumat terperinci tentang performance setiap tweet.

Sumber: https://help.twitter.com/en/managing-your-account/using-the-tweet-activity-dashboard 

Gunakan sepenuhnya maklumat yang ada dalam insight ini untuk nilai performance dan rancang strategi untuk capai sasaran. Jangan sampai anda ketinggalan dan kalah dengan pesaing!

Sumber: https://help.twitter.com/en/managing-your-account/using-the-tweet-activity-dashboard 

Langkah 4: Jangan lupa hashtag

Hashtag ni cara berkesan untuk tarik trafik untuk baca tweet anda. Selain tu, hashtag bagus untuk susun content dengan kemas.

Dengan klik hashtag, audiens yang berminat akan mudah jumpa tweet anda.

Affiliate marketer macam anda boleh guna hashtag yang berkaitan dengan niche dalam setiap tweet. Terlalu banyak hashtag pun tak bagus, gunakan secukupnya saja. Lagipun satu tweet terhad dengan 280 aksara.

Sumber: https://help.twitter.com/en/using-twitter/how-to-use-hashtags 

Langkah 5: Cuba Guna Twitter Ads

Kalau anda ada pengalaman yang baik dengan Twitter, inilah masanya jana duit. Bila gunakan pengaruh dan populariti untuk kempen affiliate, ada beberapa cara. 

Antaranya, libatkan penggunaan Twitter Ads secara langsung (tentunya perlukan perbelanjaan mengikut bajet anda) dan mulakan kempen.

Tentukan bajet harian, tetapkan audiens sasaran dan nantikan tweet anda sampai kepada audiens yang betul mengikut sasaran.

Twitter dah jadi satu platform besar untuk luaskan capaian. Affiliate marketer perlu bijak dan kreatif untuk dapatkan sebanyak mungkin hasil daripada promosi yang berjalan di Twitter.

Cuma perlu hati-hati agar tak sentuh sensitiviti, sebab satu kesilapan akan membawa padah kerana komuniti di platform ini sangat responsif dengan isu viral. 

Twitter satu platform yang baik untuk bina hubungan dengan orang yang berminat dengan apa yang anda ada, sama ada dalam atau luar waktu bekerja.

Layan baik-baik, bukan saja kongsikan content tapi galakkan pengguna Twitter dalam komuniti untuk saling membantu dan mesra.

“The key to building an audience is to help first and sell later.”

–Adam Connell, Founder of of Blogging Wizard

Affiliate Marketer di Twitter

Dah tau cara-cara nak buat affiliate marketing, jom kita tengok beberapa orang affiliate marketer yang giat buat promosi di Twitter. 

  1. Iman Abdul Rahim 

Seorang content creator dalam niche kecantikan, gaya hidup dan barangan rumah.

Aktif gunakan Shopee sebagai platform affiliate.

Iman seorang yang rajin buat thread berkaitan niche. Tip kecantikan. Rekomen barangan rumah. Kongsi aktiviti dengan keluarga

Bila konsisten buat Twitter thread secara tak langsung, akan tarik perhatian pengguna Twitter yang berminat dengan topik-topik berkenaan untuk jadi followers. 

Dengan kekerapan tweet hampir setiap hari, perkara ni membina kepercayaan followers untuk cuba saranan affiliate marketer.

Sumber: https://twitter.com/ImanAbdulRahim/status/1510651877020827651 

  1. Nur Afifah

Dengan hashtag #shopeewithafifah di Twitter, gadis ini konsisten berkongsi tentang hiasan dalaman yang estetik, fesyen dan gaya hidup.

Istimewanya, Afifah memang promosikan barangan yang dia guna sendiri dengan tunjukkan gambar yang diambil sendiri, bukan hanya pakai gambar sedia ada dari Shopee.

Cara ini dapat menarik perhatian followers untuk engage dengan tweet Afifah serta meningkat kepercayaan terhadap kredibiliti affiliate marketer.

  1. Faizal Rosly

Akaun Twitter yang gemar menyakat penyokong kelab bola sepak lawan pada kebanyakan masa.

Tweet Faizal Rosly bukan saja lucu, tapi amat dekat dengan kehidupan ramai orang lain. 

Hal-hal relatable yang lain pun jadi content. Contohnya masa beriadah dengan keluarga, sempat lagi selit affiliate link.

Sumber: https://twitter.com/ijaicool/status/1507659116319285253 

Ada masanya dia tweet berkenaan kehidupan dengan penggunaan meme. Meme ini satu subculture warganet. Ia sering digunakan untuk perli secara halus dan juga bergurau.

Sumber: https://twitter.com/ijaicool/status/1505756301715902468 

Itu saja buat kali ni. Kalau nak penerangan lebih lanjut, boleh komen nak lebih bahagian mana satu.

Anda juga boleh  baca tentang affiliate marketing secara umum, boleh baca artikel ni.

Dah faham tak cara nak buat affiliate marketing di Twitter? Kalau dah faham, bagus. Apa tunggu lagi, jom la mulakan!

Bila dah cuba nanti, kalau tiba-tiba buntu dan banyak benda kena tanya; datang sini semula dan kami cuba jawab apa kami boleh bantu.

Nak kami kongsi affiliate marketing di platform mana pulak lepas ni?

Boleh request di ruangan komen.

Share this!

Picture of Ainul Tajul

Ainul Tajul

Penulis kandungan sepenuh masa di Kartel Digital Sdn. Bhd. Berpengalaman sebagai pemasar digital, editor, pencipta kandungan, penulis iklan, pengurus acara, tutor, dan konsultan/auditor. Minat sains & teknologi, media sosial dan penulisan sastera kreatif.

PANDUAN PERCUMA

6 Figure Blogging Gameplan eCover

KETAHUI GAMEPLAN SAYA BUAT INCOME 6-ANGKA DARI BLOG!

Dapatkan eBook eksklusif yang mengandungi ‘failed-proof’ gameplan untuk anda mula bisnes online from scratch, dan direka khusus untuk anda yang busy tapi nak buat side income online.

Ia adalah hasil dari pengalaman, pembelajaran, dan eksperimen bertahun, sehingga saya boleh buat income dengan konsisten, 100 peratus online, secara seorang diri.