Penah dengar tentang email marketing?
Marketing menggunakan email. Ia ialah antara kaedah old-skool yang masih diguna pakai sampai sekarang.
“Kenapa email marketing masih bertahan sampai sekarang?”
“Kenapa kebanyakan sifu bisnes menggunakan kaedah ini dalam strategi pemasaran mereka?”
“Apa rahsia jadikan email marketing kita berkesan?”
Jangan risau! Semua soalan ini saya akan kupas satu per satu sampai anda jelas.
Rugi kalau anda dah lama buat bisnes tapi masih belum pernah guna kaedah ini.
Okey, jom!
Isi Kandungan
Apa itu email marketing?
Email marketing bermaksud kita hantar surat digital kepada orang yang berminat dengan servis atau produk kita.
Biasanya email marketing digunakan untuk menghantar konten bermanfaat (content newsletter), promosi dan juga pengumuman khas dari bisnes kita.
Adakah email marketing masih relevan sekarang?
Email marketing ni walaupun kaedah yang dah lama diguna pakai, tapi masih tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas. Ia teknik marketing yang evergreen.
Malah, survei dari Litmus mendapati yang Return on Investment (ROI) bagi email marketing tinggi iaitu 42:1.
Maksudnya, bagi setiap $1 yang dibelanjakan untuk email marketing, keuntungan yang boleh dijangkakan ialah sebanyak $42!
Secara logiknya, ROI bagi email marketing ini tinggi sebab orang yang dapat email daripada kita sudah pun kenal dan berminat untuk berurusan dengan kita dari awal.
Mereka yang secara sukarela tekan subscribe untuk masuk ke mailing list kita.
Jadi, tak hairanlah kenapa conversion melalui email marketing ini tinggi.
Apa kelebihan guna email marketing?
# 1: Kita dapat berhubung dengan bakal pelanggan secara direct.
Sesiapa yang sudah berada dalam database kita sebenarnya sudah pun berpotensi besar untuk menjadi pelanggan kita. Kita mempunyai talian direct untuk hubungi mereka.
Dengan email, kita seolah-olah mengetuk pintu rumah mereka.
Dibandingkan dengan media sosial lain seperti Facebook, Instagram atau Twitter, kita seperti mengangkat sepanduk “Notice Me” di khalayak ramai dengan impian mereka berminat untuk berhubung dengan kita.
# 2: Orang MAHU dapatkan mesej marketing melalui email.
Prospek secara sukarela beri kita alamat email mereka. Jadi, mereka sudah pun dalam keadaan bersedia untuk tahu lebih lanjut apa yang kita boleh offer.
Ia tak mengganggu seperti mana iklan di media sosial yang sering muncul waktu kita tengah seronok browsing.
Anda sendiri, suka atau tak bila tengah seronok layan video di Facebook, tiba-tiba ada iklan?
Tentu sekali tak, kan?
Malah algorithm Facebook yang semakin canggih buatkan kita rasa macam diintip.
Baru tengah hari tadi cakap dengan wife nak beli kasut baru, selang beberapa jam dah muncul iklan kasut di Facebook. Rasa tak selamat!
#3: Lebih mudah untuk convert LEADS menjadi CUSTOMER melalui email.
Lebih mudah kita berhubung secara direct dengan pelanggan berpotensi, lebih mudahlah kita nak convert!
Sebenarnya, ada kajian yang menyokong teori ni. McKinsey menyatakan email mampu convert 40X lebih berkesan berbanding Facebook dan Twitter digabungkan.
Tapi, itu tak bermaksud medium marketing lain seperti media sosial perlu diabaikan.
Marketing melalui media sosial perlu diteruskan, tapi pada masa yang sama, mantapkan email marketing.
Apa yang diperlukan untuk email marketing?
Okey, kita dah tahu yang email marketing ni best. Sekarang, macam mana nak buat?
a. Website / Blog / Squeeze Page
Untuk kutip email subscribers, biasanya orang akan buat squeeze page atau website. Prospek akan dibawa untuk berkumpul di sini.
Squeeze page ini macam halaman website, tapi ringkas. Semua konten direct dan fokusnya cuma untuk conversion.
Berbeza pula dengan website atau blog.
Website atau blog ni selalu diupdate dengan artikel atau konten yang bagi value kepada pelawat.
Tak kisahlah anda nak guna squeeze page, blog atau website.
Poinnya di sini, kita perlukan satu tempat untuk kumpul prospek dan brief kepada mereka apa nilai yang boleh kita bagi.
Saya boleh katakan wajib untuk anda ada blog kalau serius nak berniaga online.
Paling kurang ada squeeze page untuk tarik email subscribers.
Kalau belum ada, boleh ikut panduan buat blog dan panduan buat squeeze page yang saya sediakan.
b. Email marketing Providers
Pernah terfikir tak macam mana business owner yang sangat sibuk sempat pula hantar email kepada kita?
Kerap pula tu. Siap dengan personalized name!
Macam mana mereka buat?
Jawapannya, mereka guna Email Service Providers (ESPs).
Ada banyak Email Service Providers (ESPs) yang kita boleh guna.
Antara yang popular ialah Mailchimp, GetResponse, Aweber dan ConvertKit.
Saya personally suka ConvertKit. Semua templatnya ringkas, mudah digunakan dan harga pun berpatutan.
Bagi anda yang baru nak buat email marketing, boleh cuba guna ConvertKit.
Ia free selagi subscribers tak melebihi 1,000.
Bolehlah anda nak belajar buat email marketing dengan kos yang rendah.
c. Lead magnet /umpan
Email ialah hak milik peribadi seseorang.
Jadi, kalau kita nak ambil email mereka, kenalah beri sesuatu yang sepadan. Bagi umpan yang buatkan mereka rasa berbaloi.
Biasanya, orang tawarkan ebook, checklist, video dan templat secara percuma.
Saya ada explain lanjut pasal lead magnet disini : Cara Buat Lead Magnet Untuk Tarik Email Subscribers.
Membina list email
Nak buat email marketing mestilah kena kumpul email dulu.
Rules paling utama, elakkan beli mailing list!
Ramai yang buat macam ni, tapi bagi saya ia tak bagus sebab ia akan tingkatkan kebarangkalian untuk kita kena SPAM.
Iyalah, orang tak kenal pun kita, kita berani masuk terjah rumah mereka.
Rules lain saya sertakan di bawah.
a. Sediakan borang opt-in di halaman ‘About Us’
Biasanya pelawat blog akan klik dan baca bahagian ‘About Us.’
Kenapa?
Sebab secara psikologinya, mestilah dia nak tahu apa kredibiliti orang yang mengajar dia.
Macam dalam blog saya, saya banyak berkongsi tip cara nak buat duit.
Mesti dia nak kenal siapa yang tulis.
Kalau dia dapati saya tidak ada pengalaman pun dalam bisnes dan sekadar pandai menulis, besar kemungkinan dia takkan lawat lagi blog ini.
Iyalah, “Pandai-pandai ajar orang, diri sendiri pun tak kaya.”
Okey, disebabkan orang biasanya buka bahagian ‘About Us’, kat sini sesuai untuk kita letakkan borang Opt-In. Borang untuk dia masuk dalam email list kita.
Caranya macam mana?
Haaa, teruskan baca tip seterusnya.
b. Sediakan umpan (lead magnet)
Lead magnet ini macam umpan. Kita tawarkan sesuatu sebagai ganti kepada email mereka. Umpan mesti kuat.
Berikan sesuatu yang buatkan prospek rasa rugi kalau tak ambil.
Biasanya, orang tawarkan ebook, checklist, video dan templat secara percuma.
Macam saya di Kartel Digital, saya tawarkan ebook secara percuma. Syaratnya, pelawat mestilah tinggalkan email mereka dahulu.
c. Sediakan squeeze page
Squeeze page ialah halaman yang buatkan pelawat MESTI baca.
Macam dalam Dropship Kartel ni, perasan tak pada halaman utama (Home) saya letakkan offer ebook percuma. Inilah squeeze page.
Halaman ini tak ada opsyen lain. Saya hanya fokus kepada offer. Pelawat tak terganggu nak baca hal-hal lain.
d. Design halaman utama blog untuk tarik minat orang beri email
Halaman utama atau ‘Home’ ialah halaman yang paling banyak dilawati. Ia semacam pintu utama rumah kita.
Jadi, gunakan halaman ini sebaiknya dengan letak offer yang menarik.
Contoh macam halaman utama Kartel Digital, saya offer lead magnet dibahagian ‘above the fold’ (bahagian paling awal dipaparkan).
Objektif saya adalah bina list email.
Jadi saya tunjukkan benda pertama dan paling penting di Home Page untuk capai objektif tersebut.
Semua elemen diletakkan dengan tujuan khusus, supaya pelawat mudah tangkap dan faham apa yang ditawarkan dalam blog.
Rujuk artikel tentang cara design homepage blog untuk huraian lebih terperinci.
e. Guna popup (optional)
Anda juga boleh gunakan pop-up. Ini contoh pop-up yang digunakan dalam blog.
Still, blog ini gunakan popup untuk promote lead magnet mereka.
Tip untuk buat pop-up, pastikan tawaran yang anda nak bagi sebagai tukaran dengan email mereka berbaloi.
Kalau tak, pop-up hanya buatkan pelawat rimas.
Strategi email marketing (dengan contoh)
Kita dah tahu elemen yang penting dalam email marketing. Tapi tak guna kalau ia sampai kepada subscribers, mereka tak klik dan baca.
Saya akan kongsikan empat template email yang biasa marketer gunakan.
a. Content Newsletter
Kandungan email yang bagus ialah yang mampu buatkan penerimanya rasa bermanfaat. Atau kita panggil ia sebagai content newsletter.
Kita tak menjual dalam email. Sebaliknya kita berkongsi tip dan manfaat dengan pembaca.
Ini adalah content newsletter yang saya buat. Saya hantar ebook secara percuma kepada orang yang nak.
Isi kandungan email juga mengharapkan ebook ini bermanfaat buat mereka. Saya tak ada promote apa-apa pun.
b. Marketing Offer
Marketing offer ialah apa promosi yang kita nak tawarkan kepada subscribers. Biasanya ada had masa.
Ini contoh offer yang Spotify hantar kepada saya untuk naik taraf jadi premium.
Tawaran harga serendah RM14.90 untuk tiga bulan!
Tempoh masa akan membuatkan pembaca menghitung-hitung sama ada ia berbaloi ataupun tidak.
Cara nak tulis email berbentuk promosi ini senang je. Tak perlu kreatif sangat.
Cukup beri tahu apa yang kita offer. Macam email Spotify, subjek line yang dia gunakan pun direct je.
“3 months Spotify Premium for RM14.90. Pure bliss.”
c. Announcement
Ada juga email yang berbentuk announcement. Email ini bertujuan untuk memberitahu. Kita nak umumkan sesuatu.
Antara announcement yang biasa marketer blast di email ialah maklumat tentang rangkaian produk baru, Live event dan features terbaru bagi produk sedia.
Contohnya email daripada Evernote ni.
Evernote hantar email kepada subscriber untuk kenalkan feature Tasks dia yang latest.
Automasikan proses buat email marketing
Kita mahu email kita dibuka dan dibaca.
Jadi, kita sebolehnya nak elakkan hantar email pada tengah-tengah malam. Masalahnya, waktu itu sahajalah kita free.
So, macam mana nak buat?
Jawapannya, AUTOMASIKAN PROSES HANTAR EMAIL!
a. Cara guna fungsi autoresponder & automation
Autoresponder dan automation buatkan kerja-kerja menghantar email jadi mudah. Semuanya sudah kita set dari awal jam berapa email akan dihantar. Dan boleh juga kita set beberapa email untuk dihantar secara berturutan.
Katakan anda subscribe ke mailing list saya. Saya akan hantar tiga email.
#1: Email pengesahan. Minta subscriber letakkan saya dalam whitelist supaya setiap kali saya hantar email tak masuk dalam Spam.
#2: Email Selamat Datang
#3: Email yang memberi manfaat. (Content Newsletter)
Masa dan turutan email semuanya saya set melalui automation yang ada dalam ConvertKit.
Mudah, kan?
b. Buat segmentation
Segmentation ini maksudnya kita bahagikan senarai subscribers kita berdasarkan apa yang mereka pilih. Kalau di ConvertKit misalnya, kita buat segmentation dengan menggabungkan beberapa tag.
Contohnya;
Si A baru menjadi subscriber saya di Kartel Digital. Tag yang saya letakkan #new_subscriber, #kartel_digital
Si B pula telah membeli ebook saya melalui Dropship Kartel. Tag yang saya letakkan #customer_ebook, #dropship_kartel
Si C juga beli ebook, tetapi melalui Kartel Digital. Tag yang saya letakkan #customer_ebook, #kartel_digital
Melalui segmentation, mudah untuk saya hantar email mengikut ‘journey’ mereka.
Katakan saya mahu beri customer sedia ada kelas digital marketing percuma.
Tidak kisahlah mereka dari Kartel Digital atau Dropship Kartel.
Jadi, saya pun pilih subscribers dengan gabungan tag #customer_ebook + kartel_digital dan #customer_ebook + dropship kartel.
Email hanya dihantar kepada si B dan si C.
Dan pastinya, si A rasa tidak terganggu dengan email yang tidak ada kaitan dengannya.
Tip & Trik buat email marketing
Dah tahu cara, kena tahu cara nak tulis pula. Apa nak dimasukkan dalam email? Apa tip penting masa tulis isi email yang nak digunakan sebagai email marketing ni?
a. Guna layout ‘plain text’
Templat untuk email memang banyak.
Ada yang boleh letak logo, gambar, moto company dan sebagainya.
Tapi semua ini hanya akan mengalih perhatian orang dari membaca kandungan mesej anda. Seeloknya, gunakan templat plain.
Saya sendiri menggunakan layout plain text. Ia buatkan email cepat load dan pembaca rasa seperti rakan yang hantar.
b. Make it personal
Kebanyakan email tak dibuka sebab membosankan dan tak personal. Penerima tak rasa mesej yang kita tulis itu untuk dia. Dia rasa macam brand yang hantar.
Seeloknya, kita tulis seperti komunikasi one-to-one. Ini email yang saya hantar kepada subscriber.
Saya sebut nama subscriber dalam email (bertanda merah) dan saya akhiri dengan nama saya. One-to-one communication.
c. Satu email hanya satu CTA
Ingat… satu email, hanya untuk satu mesej. Dan setiap mesej, hanya perlukan satu tindakan.
Jadi, cukup letakkan hanya satu Call-To-Action .
Ini contoh yang saya buat untuk akses masterclass percuma bagi Dropship Kartel.
Cukup dengan minta pelanggan klik butang bagi mulakan pembelajaran tentang e-commerce dropship.
Saya tak ada pula nak minta pelanggan lawat laman web saya yang lagi satu iaitu Kartel Digital.
Satu email, hanya satu fokus.
d. Guna font besar dan mudah dibaca
Saya yakin, kebanyakan daripada kita akan buka email melalui telefon bimbit. Malah, kajian oleh Litmus pun mendapati hal yang sama.
67% responden lebih suka untuk baca email melalui telefon bimbit.
Jadi, kita mesti pastikan email kita mudah dibaca pada skrin yang kecil.
Caranya, gunakan font yang besar. 15 pt ke atas ialah saiz yang ideal bagi telefon bimbit.
Kesimpulan – Cara Efektif Buat Email Marketing Step-by-Step (Updated 2022)
Email marketing ialah teknik yang paling mudah untuk buat conversion. Jadi, rugilah kalau kita tak utilize benda ni dalam bisnes kita.
Email Service Provider pun banyak yang berpatutan. Untuk yang baru nak mula, eloklah guna ConvertKit.
Belajar dulu macam mana nak kumpul email list dengan cara yang saya terangkan dalam artikel ini.
Sebenarnya, banyak lagi taktik khas yang digunakan dalam email marketing.
Saya cuma highlight yang paling asas supaya anda semua boleh ikut dan buat.
Tak guna kita tahu banyak perkara, tapi tak praktikkan.
Okey, stay tuned for the next article!
Kalau ada mana-mana bahagian yang kurang jelas, tinggalkan komen anda di bawah!