Rasa-rasa best tak kalau dapat 100 orang pelawat atau prospek setiap hari masuk website atau blog anda secara percuma?
Kalau 1000? 10,000?
Best kan?
Benda ni memang achievable.
Saya tahu sebab saya dah dapat. Dan ramai lagi yang dapat lebih dari tu.
Nak tahu macam mana saya buat?
Blog anda perlu muncul dalam carian Google di halaman pertama.
Semua ini boleh kita buat melalui aktiviti ‘Search Engine Optimization’ atau simply orang sebut SEO.
Dalam artikel ini saya share cara buat SEO untuk blog anda.
Jom!
Isi Kandungan
Apa itu SEO?
SEO adalah akronim untuk ‘Search Engine Optimization’.
Ia adalah satu aktiviti dimana anda merancang strategi dan taktik untuk website berada tinggi di halaman enjin carian seperti Google, Yahoo, Bing etc.
Kebiasaannya ia melibatkan kerja-kerja kajian kata kunci, pembinaan konten, struktur dan prestasi website, dan pautan (link).
Kenapa Penting SEO Untuk Blog?
SEO ini penting kalau anda ada niat untuk dapatkan lebih banyak prospek berkualiti dan pelanggan bisnes dari Internet.
Apabila website atau blog bisnes anda dapat muncul di halaman pertama Google, secara tak langsung prospek akan nampak bisnes anda sebagai brand terkenal dan berautoriti.
Sebab apa halaman pertama?
Sebab hampir 60 peratus carian dan trafik akan pergi ke website yang berada dalam halaman pertama. (to be spesifik, ranking 1 hingga 3)
Untuk halaman kedua, anda hanya akan dapat lebih kurang 1 peratus trafik sahaja.
Contohnya begini.
Kalau dalam satu hari itu ada 100 carian, maka sebanyak 60 orang akan pergi ke website yang muncul di halaman pertama.
Kalau website atau blog anda berada halaman kedua, maka anda hanya dapat 1 orang saja yang masuk.
Jauh bezakan?
Sebab tu bagi ramai digital marketer diluar sana, sangat berbaloi untuk labur pada aktiviti SEO ini.
Dan paling best semua trafik (pelawat) itu adalah percuma setiap hari.
Ini contoh data trafik bagi sebulan, untuk blog Dropship Kartel saya.
Amacam?
Semua orang boleh buat. Tak susah pun. Cuma kena rajin dan sabar bila anda baru mula.
Kalau anda masih tiada blog sendiri, boleh cuba follow panduan buat blog yang saya sediakan.
Sekarang tiba masa untuk saya kongsikan cara buat SEO untuk blog.
Cara Buat SEO Untuk Blog
Aktiviti buat SEO ada dua jenis; On-Page dan Off-page.
Apa yang saya kongsi dalam artikel ini adalah berkenaan On-page.
Sebab ia mudah untuk semua orang yang baru untuk mula berjinak-jinak dengan SEO.
Untuk strategi Off-Page, saya sediakan di artikel yang lain.
So jom kita tengok apakah langkah efektif buat On-page SEO untuk blog anda.
Step 1 : Cari satu kata kunci utama untuk satu artikel blog
Untuk buatkan blog anda ranking dengan cepat dalam enjin carian seperti Google, anda perlu gunakan satu kata kunci sahaja untuk setiap artikel dalam blog.
Sebab kalau anda ‘rojak’ kan kata kunci yang tak berkaitan dalam artikel blog, ‘robot’ Google akan keliru tentang content anda.
Maksudnya, Google tak tahu konten anda sebenarnya tentang apa.
Tapi kalau anda fokuskan satu kata kunci saja, mudah untuk Google ‘faham’ tentang topic artikel blog tersebut.
So untuk itu, anda perlu buat kajian dan carian kata kunci dulu.
Dan kata kunci yang bagus adalah kata kunci jenis ‘long-tail’.
Ia dipanggil long-tail sebab kata kunci itu panjang sedikit.
Dan tambahan lagi, kata kunci ‘long tail’ lebih mudah dan cepat untuk ranking sebab tak banyak persaingan.
Nak cari long tail keyword ni mudah je.
Pergi kat Google search, taip kata kunci yang paling relevan dengan konten blog anda.
Lepas tu tengok cadangan dari Google Suggestion untuk keyword tersebut.
Boleh juga tengok di bahagian related searches di bahagian bawah halaman Google tadi.
Lepas tu simpan semua keyword tersebut dalam Google Sheets untuk rujukan nanti.
Step 2 : Gunakan kata kunci dalam isi artikel blog.
Bila anda dah jumpa keyword yang anda nak, just masukkan dalam artikel blog.
Tapi kena ingat, jangan main ‘sumbat’ je keyword tu. Itu dipanggil ‘Keyword Stuffing’. Google tak suka.
Masukkan di beberapa tempat sahaja, dan mesti dibuat secara natural.
Jangan terlalu push untuk masukkan keyword anda sehingga bila dibaca, susunan ayat jadi pelik.
Sekali lagi, elakkan ‘Keyword Stuffing’ kalau nak selamat untuk jangka masa panjang.
Step 3 : Gunakan kata kunci dalam tajuk dan ‘title tag’
Kata kunci yang sama mestilah digunakan dibahagian tajuk dan juga ‘title tag’ di halaman blog anda.
Tajuk artikel blog ialah dibahagian ini (jika anda guna WordPress)
Ini contoh artikel blog dari website Dropship Kartel.
Saya gunakan keyword ‘Bisnes Online Dropship’ dibahagian tajuk dan ‘title tag’.
Bila anda gunakan keyword di bahagian tajuk, lebih mudah untuk Google faham tentang konten anda.
Dan ini secara langsung membantu untuk anda rank nanti.
Step 4 : Gunakan kata kunci dibahagian pendahuluan dan penutup artikel.
Jangan dilupa juga bahagian pendahuluan dan penutup artikel.
Keduanya mempunyai ‘weight’ dalam membantu konten anda ranking tinggi dalam enjin carian.
Caranya mudah saja.
Gunakan keyword yang dipilih diawal artikel. Biasanya di pendahuluan.
Kalau boleh letak di baris pertama atau kedua.
Tapi bukanlah wajib letak di baris paling awal.
Asalkan ada di bahagian pendahuluan pun cukup memadai.
Sama juga dengan di bahagian penutup. Buat benda yang sama.
Step 5 : Gunakan kata kunci di ‘Sub-headings’
Sub-headings atau tajuk kecil perlu diletakkan juga kata kunci atau keyword yang relevan.
Sekurang-kurangnya satu sub-headings pun okay.
Sub-headings adalah tajuk yang menggunakan tag seperti H2, H3, H4 dan seterusnya.
Biasa saya letak di bahagian penutup atau ‘conclusions’ artikel blog.
Sebab kadang-kadang keyword yang saya nak guna tu tak sesuai letak di sub-headings lain.
Conclusion pun dikira sub-headings sebab saya menggunakan title tag H2 disitu.
Step 6 : Gunakan kata kunci di bahagian ‘Alt Text’ pada gambar
Jangan lupa setiap gambar juga kita perlu letak kata kunci atau keyword yang sesuai.
Untuk set keyword pada gambar, anda perlu set di bahagian ‘Alt Text’.
Ini contoh penggunaan ‘Alt Text’ yang bagus.
Jika anda gunakan wordpress, set di bahagian ini :
Kenapa perlu set keyword di bahagian gambar?
Sebab jumlah carian menggunakan gambar semakin meningkat sebanyak 60 peratus dalam tempoh 2 tahun sebelum ini.
Jadi untuk membantu ‘robot’ Google buat carian yang lebih tepat, ia bergantung pada ‘Alt Text’ pada setiap gambar.
Tapi janganlah keyword anda ‘laptop terbaik’ tapi anda pergi letak gambar kucing. Kan tak sesuai tu.
Oleh itu, pastikan anda letak keyword yang relevan dengan gambar dan artikel juga ya.
Step 7 : Gunakan URL yang pendek dan ‘evergreen’.
Make sure URL untuk artikel blog anda pendek dan boleh bertahan lama.
Sebab bila URL pendek, Google lebih suka rank konten kita.
Ini screenshot halaman carian di Google, jika anda cari guna kata kunci ‘affiliate marketing’
Cuba tengok structure URL setiap konten yang ranking disini.
Mostly menggunakan nama yang pendek dalam URL mereka.
Biasanya URL artikel blog anda akan digenerate secara automatik oleh WordPress.
Anda perlu edit.
Dan lagi satu kalau boleh URL tersebut biarlah evergreen dan relevan untuk jangka masa panjang.
Kalau boleh tak perlu letak nombor atau tahun dalam URL tu.
Mana tahu satu hari nanti nak update atau edit, tak perlu edit URL tu lagi.
Sebab bila update nanti konten anda tu akan terpaksa kejar rank dari bawah sekali lagi.
Step 8 : Tulis ‘Meta Descriptions’ yang menarik
Tahu ‘Meta Description’?
Dia macam caption untuk artikel blog anda dalam halaman carian Google.
Benda ni penting untuk anda tulis dengan menarik supaya bakal pelawat akan tertarik untuk klik.
Kalau anda guna RankMath plugin, anda boleh edit meta description diruangan Edit Snippet
Step 9 : Buat ‘Internal Linking’
Perasan tak dalam setiap artikel blog saya ada link kepada konten atau halaman lain?
Ini dipanggil ‘Internal Linking’.
Google suka kita letak link yang relevan antara halaman dalam website kita.
So make sure buat internal linking.
At least 5 ke 10 internal link bagi setiap artikel blog.
Step 10 : Submit Sitemap Blog
Lepas anda dah buat semua ni, make sure semak sama ada anda dah submit ‘Sitemap’ website atau blog anda.
Sitemap ni macam peta untuk senaraikan semua page yang ada dalam website.
Bila ada sitemap mudah ‘robot’ Google untuk crawl dan analyse konten-konten anda.
Kalau nak senang guna RankMath.
RankMath akan create dan submit Sitemap untuk anda dalam Google Search Console.
Jangan lupa ya.
Step 11 : Guna plugin untuk bantu buat SEO
Untuk bantu anda buat SEO dengan baik, saya sarankan anda guna SEO Plugin.
Plugin ni macam apps untuk website.
So apa plugin ni buat adalah bantu anda dalam buat semua setting SEO yang perlu, supaya anda boleh rank dalam enjin carian Google dengan baik.
Ada banyak plugin macam ni.
Tapi so far yang saya rasa sesuai untuk newbie dan power, adalah RankMath.
Mudah gila.
Klik klik dan follow je instruction dia.
Setel.
Dalam masa beberapa minggu Insyallah konten anda akan masuk ranking Google.
Pakai la. Dah la power. Free pulak tu.
Soalan Lazim Buat SEO Untuk Blog (FAQs)
FAQ 1 : Bagaimana cara buat SEO untuk blog?
Just guna langkah yang saya senaraikan diatas.
Nak mudah, jika anda guna WordPress, saya sarankan install RankMath.
Ikut je instruction yang disediakan dalam plugin RankMath tu.
FAQ 2 : Berapa patah perkataan paling sesuai untuk artikel saya dapat ranking tinggi di Google?
Kalau ikut reseearch pakar-pakar SEO, mereka sarankan anda tulis dalam linkungan 2000 patah perkataan dan ke atas.
Mesti detail dan ada value untuk pembaca.
FAQ 3 : Apa tool yang sesuai untuk bantu saya buat SEO?
Kalau untuk keyword research, anda boleh gunakan SEMRush atau Ahrefs.
Bagi setup SEO untuk blog WordPress anda, saya sarankan guna plugin RankMath.
FAQ 4 : Berapa banyak artikel kena ada sebelum blog saya ‘go live’?
Saya sarankan sekurang-kurangnya 10 artikel yang ‘in-depth’ dan bersifat pillar post.
So dengan itu, ia akan bantu Google kenalpasti website dan blog anda ini tentang apa.
Kesimpulan – SEO Malaysia : Cara Simple Buat SEO Untuk Blog (Updated 2022)
Actually dunia SEO ni banyak strategi dan taktik. Lain orang lain caranya.
Tapi asasnya tetap sama macam saya senaraikan dalam artikel ni.
Bagi saya kunci kejayaan SEO untuk blog anda adalah :
- Perlu konsisten dan rajin
- Kena selalu buat konten yang high-value untuk audien.
- Dan pastikan website blog kita direka dengan baik dan memudahkan pelawat yang datang.
Ada lagi strategi dan taktik SEO untuk blog sebenarnya, tapi untuk anda yang baru nak start, cukup belajar buat ini dulu.
Saya akan tambah lagi tips SEO dari masa ke masa untuk anda.
Stay tuned!
Komen kalau ada soalan nak tanya. Nanti saya reply.