Isi Kandungan
Boleh Ke Mula Bisnes dengan eStore?
Untuk mulakan bisnes, tak perlu pening-pening nak sewa kedai. Ada bisnes yang tak pernah buka kedai langsung pun boleh hidup.
Dengar macam susah nak percaya, kan? Tapi tau tak. memang wujud jenama yang amalkan penggunaan eStore je?
Tak kisah nak tawarkan produk atau perkhidmatan. Dua-dua boleh guna eStore sahaja.
Jual di kedai online dan jualan tu pun dah boleh tampung keperluan. Jenama yang no. 5 tu jenama paling popular dalam jualan online.
1. Lespettua
Falsafah jenama Lespettua unik dan menarik. Lespettua mengamalkan petua tradisional dan merumuskan petua itu dalam produk yang sedia digunakan.
Maklumlah petua orang dulu-dulu ni rumit nak sediakan bahan. Tapi jangan risau, Lespettua bereskan semuanya. Boleh terus pakai produk.
Syampu menggunakan formula buah kemiri (buah keras) ini diuji secara saintifik dapat menyihatkan kulit kepala, menguatkan akar rambut dan seterusnya mengurangkan rambut gugur.
Jenama ini yakin dengan kualiti dan keberkesanan produk sehingga berani berikan jaminan pulangan wang.
Formulasi yang diedarkan sejak tahun 2017 masih diteruskan penjualannya di laman web Lespettua dan juga ejen/stokis di seluruh Malaysia.
2. Eat Cakes Today
Eat Cakes Today ini seperti pusat perhentian kek dan manisa. Jenama ini himpunkan para pembuat kek dan manisan untuk dipasarkan secara online di laman web.
Wat Cakes Today hanya siapkan produk berdasarkan pesanan. Pesanan boleh disiapkan seawal 4 jam dari masa pelanggan buat pesanan. Kemudian, pelanggan boleh ambil sendiri pesanan mereka di Bandar Sunway atau gunakan khidmat penghantaran.
3. BuwatJe
BuwatJe merupakan syarikat yang bekalkan latihan untuk penghasilan content dan pemasaran melalui media sosial.
Pengasas BuwatJe, Chemell pada awalnya mempromosikan pakaian jualannya melalui TIkTok dan dapat sambutan hangat disebabkan transisi video yang sangat menghiburkan.
BuwatJe selalu kongsi tip di Telegram juga. Tip ringkas dan mudah nak ikut. Sekarang ni dah ada lebih 24 ribu pengikut di Telegram.
Atas permintaan ramai yang selalu minta tip untuk edit video dan bina content, akhirnya pembimbing di BuwatJe makin bertambah ramai dan ada macam-macam servis untuk pembangunan content.
BuatJe siap dah buka webinar rasmi dan boleh didapatkan melalui laman OnPay.
Mereka semua berkhidmat dari lokasi masing-masing. Semua diuruskan secara online.
4. Carya Cosmetic
Carya Cosmetic antara jenama kosmetik tempatan yang ada inovasi yang berani.
Produk popular Carya Cosmetic menghimpunkan pelbagai jenis mekap dalam satu kit padat yang mudah dibawa ke mana-mana.
Pengasas Carya Cosmetic pernah berkhidmat sebagai jurusolek sambilan. Tak hairanlah beliau tahu apa yang pengguna solekan mahukan.
Keperluan solekan asas yang boleh dibawa masuk dalam beg. Ada berus mekap,cermin, gincu, pemerah pipi, pembayang mata, bronzer dan highlighter.
Inovasi sebegini cukup kuat untuk pasarkan produk Carya Cosmetic dalam pasaran eCommerce.
Selain web, produk Carya Cosmetic juga boleh didapati dari Shopee dan Lazada.
5. Sambal Nyet
Siapa tak kenal dengan produk sambal paling laris ni? Sampai nak beli pun kena berebut ikut slot masa dan stok.
Ada juga pihak lain cuba ambil kesempatan jual produk palsu dan tak kurang juga reseller yang cuba nak kaut untung berlipat kali ganda.
Namun pengasas Sambal Nyet, Khairul Aming menegaskan supaya penggemar sambal hanya beli Sambal Nyet di saluran Shopee rasmi iaitu Khairulaming Brand sahaja.
Dengan jualan lebih 866 ribu unit sejak dilancarkan pada tahun 2020, Sambal Nyet kerap habis apabila waktu restock. Jualan Sambal Nyet juga hanya boleh didapati dari platform Shopee sahaja.
Sambutan sebegini ialah hasil kerja keras Khairul Aming membina jenama peribadi dan juga konsisten menghasilkan video tutorial resipi-resipi mudah selama lebih empat tahun sebelum Sambal Nyet diperkenalkan.
Kini Sambal Nyet dah ada kilang berkeluasan 14,000 kaki persegi di Kelantan dan Sambal Nyet masih dijual melalui Shopee sahaja.
Khairul Aming yang berlatar belakang jurutera turut menyatakan dia ingin menggunakan kemahiran dan pengetahuannya untuk menjayakan premis pengilangan Sambal Nyet yang memakan kos sejumlah RM1 juta.
Kesimpulan – eStore Norma Baharu
Semoga terinspirasi untuk mulakan eStore pertama anda. Sebagai pemula memang banyak yang perlu kita belajar. Tapi jangan risau, tidak ada apa yang mustahil kalau anda rajin belajar.
Cara nak buat eStore. Daftar SSM online. Cara pilih produk. Cara tulis copywriting. Belajar cara semua tu bersama Kartel Digital.
Ada banyak lagi, terutamanya jika anda ikuti course yang Kartel Digital tawarkan.