15 Contoh Design Website eCommerce Terbaik Untuk Inspirasi

Baru nak buat Website eCommerce? Tak tau macam mana nak mula? Pening nak buat design? Semua ni kita boleh buat sendiri tau! Mudah saja.

Semuanya boleh terletak cantik, kemas dan elok dengan penggunaan Shopify dan Canva.

Sebagai platform e-commerce mesra pengguna, Shopify tak memerlukan kemahiran design yang tinggi

Untuk seorang pemula pun boleh hasilkan web yang menarik dan ada nilai komersial!

Shopify telah diasaskan pada tahun 2006 di Kanada.

Ikuti artikel ini. Ada 5 niche dan setiap niche Kartel Digital akan kongsi 3 store sebagai inspirasi untuk anda contohi

Niche Kecantikan

Colourpop

Jenama peralatan solek ini tentunya tak asing daripada menjadi sebutan para peminat dunia kecantikan.

Bukan sahaja nature of business Colourpop ini bermainan dengan warna, e-store Colourpop juga menampilkan clean & sharp design yang minimalist pun cukup menangkap mata.

Ilham sebegini sesuai dengan produk-produk lain yang mendagangkan warna dalam perniagaan. 

Bisnes anda terlibat dengan fesyen, kecantikan, rekaan, atau percetakan? 

Tiru gaya Colourpop tonjolkan warna-warna produk yang ada.

Apa yang bagus tentang website Colourpop?

  • Rekaan yang segar.
  • Gabungan warna yang menonjolkan kelebihan produk.
  • Katalog yang asingkan produk mengikut kategori dan tersusun.
  • Pelbagai sudut gambar produk.
  • Penggunaan produk pada model dengan pelbagai warna kulit.
  • Penggunaan gambar HD yang jelas.

Nurish Organiq

Jenama penjagaan wajah tempatan yang ketengahkan bahan selamat dan suci dalam rangkaian produknya.

Apa yang bagus tentang website Nurish Organiq?

  • Rekaan yang segar.
  • Katalog yang kemas.
  • Perincian produk yang jelas. Lengkap senarai bahan, fungsi dan cara penggunaan.
  • Gambar produk jelas dan kualiti HD.
  • Menggunakan kod warna pada gambar produk untuk rangkaian produk berbeza.
  • Akses mudah untuk masukkan produk ke dalam cart.
  • Navigasi yang lancar.

Body Breakfast

Siapa kata kalau produk kecantikan mesti pakai warna-warni? 

Body Breakfast membuktikan penggunaan warna hitam putih pun boleh buat produk nampak eksklusif dan menarik.

Kisah jenama dengan sejarah terciptanya produk pertama menjadikan jenama ini mempunyai penceritaan yang menarik dan mudah diingat.

Apa yang bagus tentang website Body Breakfast?

  • Rekaan yang minimalis.
  • About Us’ yang santai, lucu dan menghiburkan.
  • Akses mudah ke shopping cart.
  • Star rating oleh pengguna untuk setiap produk.

Niche Makanan

The Skinny Bakers

Menggunakan pepatah Inggeris, ‘never trust the skinny cook’ konsep jenama The Skinny Bakers bijak bermain dengan filosofi jenama dan visi perniagaannya.

Penggunaan warna yang ceria dan tipografi yang kemas membuatkan pelayar laman The Skinny Bakers rasa selesa untuk meneroka lebih lama di website.

Setiap produk pula dihias dengan gambar yang nampak menyelerakan.

Pecahan kacang, lelehan inti tersendiri dan cebisan cip coklat; kesemuanya memberi kesan visual yang melengkapkan pengalaman melayari website ini.

Apa yang bagus tentang website The Skinny Bakers?

  • Gabungan warna yang ceria.
  • Gambar HD, jelas dan menarik.
  • Clean design yang menonjolkan gambar produk dengan efektif.
  • Segalanya tentang produk sangat teliti: senarai bahan lengkap, berat, saiz dan 
  • Cadangan hidangan dan arahan cara penyimpanan bagi setiap produk.
  • Star rating bagi setiap produk.
  • Navigasi mudah dari setiap page dan shopping cart.
  • Tipografi web kemas dan konsisten, sepadan dengan tipografi pada pembungkus produk.

The All Some

Mengambil inisiatif untuk memasarkan aiskrim kurang manis, All Some mengetengahkan manisan seumpama itu yang dikenali sebagai gelato.

Gelato dikatakan mengandungi 60% kurang gula berbanding aiskrim biasa. Terdapat pelbagai variasi gelato yang ditawarkan.

Yang menariknya prinsip The All Some ini tidak membenarkan sebarang penambahan pewarna tiruan, bahan tambahan tiruan dan bahan pengawet. Produk The All Some juga rendah lemak dan rendah gula; maka rendah kalori.

Jika diamati gambar-gambar produk The All Some di website mereka, kita boleh dapati banyak gambar yang menggunakan template Canva

Walaupun menggunakan cara mudah (dengan menggunakan aplikasi Canva), namun gambar-gambar yang dipaparkan masih menarik, bersifat komersial dan tersusun cantik.

Apa yang bagus tentang websiteThe All Some?

  • Gabungan warna yang ceria.
  • Senarai bahan lengkap bagi setiap produk.
  • Fakta nutrisi dan kalori bagi setiap produk.
  • Gambar jelas, berkualiti tinggi dan dihiasi dengan sentuhan manusia.
  • Cadangan hidangan yang menarik.

Eat Cake Today

Eat Cake Today ialah sebuah laman yang menawarkan pelbagai jenis kek dan juga one-stop-centre untuk penggemar manisan. 

Mereka bukan saja menawarkan produk mereka sendiri malah turut bergabung dengan home-baker dan kafe lain.

Apa yang bagus tentang website Eat Cake Today?

  • Rekaan yang minimalis, warna kuning yang dominan menggambarkan warna korporat.
  • Gambar kek dan manisan berkualiti tinggi.
  • Clean design, tak terlalu banyak hiasan atau prop bersama gambar produk.
  • Plating (seni menghias makanan dalam pinggan) yang ringkas.
  • Star rating review menggunakan Google review.
  • Soalan lazim (FAQ) yang bersifat pendidikan dan membantu pengguna langkah demi langkah.
  • Navigasi yang mudah.

Niche Fitness

Big Big Place

Big Big Place ialah pemasar barangan yang berkaitan gaya hidup aktif dan sukan di luar rumah.

Produk meliputi pelbagai jenis termasuk kelengkapan berkhemah, kasut sukan, fitness tracker dan peralatan memasak di ketika menjalankan aktiviti luar.

Apa yang bagus tentang website Big Big Place?

  • Rekaan yang minimalis.
  • Gambar berkualiti tinggi dan jelas.
  • Gambar produk dari pelbagai sisi pandang.
  • Katalog yang tersusun mengikut kategori produk.
  • Penerangan produk yang terperinci (warna, material, saiz, berat, ukuran dan ciri-ciri khas).
  • Video review tentang produk.
  • Star rating review.

Leather Head Sports

Leather Head Sports menghasilkan pelbagai jenis bola custome-made vintage yang diperbuat daripada kulit asli.

Antaranya bola yang ada ialah bola sepak, bola ragbi, bola tenis, bola keranjang dan baseball.

Peminat sukan yang hard core tentu saja inginkan bola yang tahan lama dan tahan lasak. 

Leather Head Sports juga menawarkan khidmat membaiki bola lama dan vintage.

Apa yang bagus tentang website Leatherhead?

  • Minimalis dan clean design.
  • Gambar produk berkualiti tinggi dan jelas.
  • Gambar produk dari pelbagai sudut dan sisi pandang.
  • Gambar produk yang ada sentuhan manusia.
  • Font tipografi (western font) yang sesuai dengan nature of business dan identiti.
  • Video di sebalik tabir pembuatan produk (meningkatkan kepercayaan pelayar website).

Standard Issue

Standard Issues ialah sebuah syarikat pembekal dan pengedar aneka peralatan aktiviti luar dan fitness.

Apa yang bagus tentang website Standard Issue?

  • Rekaan yang minimalis.
  • Navigasi mudah.
  • Gambar berkualiti tinggi dan jelas
  • Katalog produk tersusun mengikut kategori dan jenis.
  • Penerangan tentang produk yang jelas dan terperinci.

Niche Buku & Alat Tulis

Iman Shoppe

Iman Shopee telah bermula sejak tahun 2012 dalam dunia eCommerce. Dah 10 tahun berada dalam pasaran dan masih bertahan.

Mereka mengasingkan aktiviti penerbitan buku bawah syarikat Iman Publication, Iman Shopee menjalan aktiviti jualan buku dalam talian.

Apa yang bagus tentang website Iman Shopee?

  • Gabungan warna korporat yang ceria (pink dan biru).
  • Video perbincangan tentang produk.
  • Star rating review.
  • Ulasan pelanggan di media sosial turut dilampirkan bersama produk.
  • Isi kandungan buku (sebagai galakan pelanggan pertimbangkan untuk beli buku berkenaan).

BookXcess

BookXcess ialah sebuah gedung buku yang mengedarkan buku dari serata dunia. Mereka membeli buku dari penerbit yang ‘terlebih’ cetak buku daripada kuantiti yang mereka mampu jual.

Buku-buku ini dibeli dengan harga yang rendah oleh pihak BookXcess kemudian menjualnya pada harga yang sangat mampu milik dan berbaloi.

Misi BookXcess pada awalnya ialah memberi peluang (access) kepada pembaca membeli bahan bacaan dalam bahasa Inggeris pada harga mampu milik dan menyelamatkan lebihan (excess) buku daripada terbuang.

Namun ketika ini, terdapat juga beberapa bahan bacaan dalam bahasa Melayu dan bahasa Mandarin.

Apa yang bagus tentang website BookXcess?

  • Rekaan yang minimalis.
  • Navigasi mudah.
  • Soalan lazim (FAQ) yang dilengkapi oleh penyelesaian langkah demi langkah.
  • Katalog produk yang tersusun mengkikut kategori.
  • Search bar yang boleh mengesan judul, penulis dan juga nombor ISBN.
  • Chat box bersama customer service.

Stickerrific

Stickerrific sebuah syarikat pembekal dan pembekal pelbagai alat tulis dan peralatan seni.

Pilihan produk merangkumi tahap harga low-range untuk kegunaan harian, mid-range untuk sesuatu yang lebih daripada biasa dan high-range untuk profesional.

Apa yang bagus tentang website Stickerrific?

  • Layout ringkas dan kemas.
  • Katalog product disusun mengikut kategori
  • E-gift card
  • Video pengenalan di ‘About Us’ yang paparkan rutin harian di kedai.
  • Gambar flatlay yang decorative.

Niche Fesyen & Gaya Hidup

Famsy Mall

Sebuah laman yang menyediakan pelbagai barangan custom-made mengikut tempahan pelanggan. 

Produk sebegini makin popular tapi yang membezakan Famsy Mall dengan pesaing yang lain ialah, katalog yang tersusun dan kemas.

Contoh gambar bagai tempahan (yang seperti pelanggan kehendaki) turut disediakan.

Pelanggan cuma taip nama mereka dan pilih font yang mereka suka, seterusnya gambar produk akan auto-generate dalam beberapa saat.

Dengan cara ini, pelanggan boleh dapat gambaran awal tentang produk mengikut citarasa mereka, seterusnya menaikkan kemungkinan mereka berbelanja.

Apa yang bagus tentang website Famsy Mall?

  • Gabungan warna yang ceria.
  • Clean design yang bersesuaian dengan warna produk.
  • Melibatkan sentuhan manusia sebenar dalam gambar produk.
  • Star rating review.
  • Video di sebalik tabir operasi (akan tingkatkan kepercayaan pengguna).
  • Penerangan tentang produk yang jelas (material, ukuran, saiz, dan berat).

Keef & Nish Fragrance

Pengedar haruman yang bertapak di Malaysia ini menggunakan bahan dari Eropah dalam formula harumannya.

Terdapat wangian badan, penyegar udara dan juga haruman untuk kereta.

Apa yang bagus tentang website Keef & Neef?

  • Gambar produk dengan pelbagai dekorasi yang menggambarkan bahan yang digunakan.
  • Video pengenalan pada home page.
  • Kebanyakan produk ada featured video.
  • Gambar produk berkualiti tinggi dan jelas.

The Green Factory

The Green Factory mengambil inisiatif untuk meneruskan tradisi generasi kedua sebagai tukang kayu untuk membina kembali bisnes pertukangan kayu ke arah yang lebih mesra alam dan mengekalkan kelestarian alam sekitar.

Apa yang bagus tentang website The Green Factory?

  • Rekaan yang penuh ciri-ciri aesthetic.
  • Gambar berkualiti tinggi dan jelas.
  • Gambar banyak penggunaan cahaya semula jadi (cahaya matahari) sekaligus memfokuskan falsafah penubuhan syarikat yang memelihara keindahan alam.
  • Identiti perniagaan yang jelas dan unik.

Kesimpulan – Inspirasi untuk Mula Membina Identiti

Dah dapat idea untuk reka online store anda sendiri? Boleh jadikan rujukan untuk mula, semoga apabila online store anda dah makin berkembang anda pula jadi ilham kepada pemula yang lain.

Kesemua 15 contoh website yang Kartel Digital kongsikan ini menggunakan Shopify sebagai platform. Cantik dan penuh fungsi, kan?

Anda pun boleh cuba buat perkara yang sama.

Mendaftarlah dengan platform Shopify untuk ‘letakkan tapak’ kedai anda di dunia eCommerce.

Kemudian guna aplikasi percuma Canva untuk pelbagai template design yang cantik-cantik dan mesra pengguna.

Cuba tulis di ruangan komen, nak tengok web terbaik untuk niche bisnes apa lagi.

Share this!

Ainul Tajul

Ainul Tajul

Penulis kandungan sepenuh masa di Kartel Digital Sdn. Bhd. Berpengalaman sebagai pemasar digital, editor, pencipta kandungan, penulis iklan, pengurus acara, tutor, dan konsultan/auditor. Minat sains & teknologi, media sosial dan penulisan sastera kreatif.

PANDUAN PERCUMA

6 Figure Blogging Gameplan eCover

KETAHUI GAMEPLAN SAYA BUAT INCOME 6-ANGKA DARI BLOG!

Dapatkan eBook eksklusif yang mengandungi ‘failed-proof’ gameplan untuk anda mula bisnes online from scratch, dan direka khusus untuk anda yang busy tapi nak buat side income online.

Ia adalah hasil dari pengalaman, pembelajaran, dan eksperimen bertahun, sehingga saya boleh buat income dengan konsisten, 100 peratus online, secara seorang diri.

CASE STUDY EKSKLUSIF (FREE)

Rahsia Bagaimana En. Amir Hasilkan RM250k Dari Dropship Dalam Masa Sebulan!

Isi nama dan email untuk saya hantar ebook ini.
CASE STUDY EKSKLUSIF (FREE)

Rahsia Bagaimana En. Amir Hasilkan RM250k Dari Dropship Dalam Masa Sebulan!

Isi nama dan email untuk saya hantar ebook ini.