11 Langkah Buat Squeeze Page Dengan Efektif

Cara Buat Squeeze Page

Dalam artikel ini saya akan kongsikan dengan anda cara buat squeeze page yang berkesan untuk kumpul email subscribers (leads).

Saya memang suka pakai squeeze page untuk collect email subscribers.

Untuk Dropship Kartel dah dekat 30 ribu email subscribers. Untuk Kartel Digital pula baru 11 ribu lebih.

Mostly saya kumpul dan tarik mereka masuk mailing list guna squeeze page.

email subscribers from squeeze page

Nak tahu tak camne saya buat? Teruskan baca.

Jom!

Apa itu Squeeze Page?

Squeeze page adalah sebuah halaman website yang direka khusus untuk collect database (biasanya email) dari pelawat yang masuk.

Ini contoh squeeze page yang bertujuan untuk kumpul email subscribers.

contoh squueze page

Squeeze Page vs Landing Page

Ramai juga orang keliru diantara squeeze page dan landing page.

Actually squeeze page juga adalah sejenis landing page.

Cuma bezanya squeeze page memang khusus dibuat untuk ‘squeeze’ maklumat (nama, email etc) dari pelawat.

Dan biasanya squeeze page dibuat untuk satu tujuan sahaja, dan anatominya sangat ringkas.

Manakala landing page ini biasanya mempunyai pelbagai tujuan dan objektif.

Contoh, homepage website adalah landing page. Blog post juga adalah landing page. Sales page juga adalah landing page.

Untuk senang faham, semua halaman web adalah landing page. Tapi bukan semua landing page adalah squeeze page.

Boleh faham?

Langkah 1 : Buat Lead Magnet

Anda perlu faham yang walaupun guna squeeze page, anda masih perlukan offer menarik untuk pelawat.

Sebab tanpa offer yang menarik, mereka tak akan sanggup kongsi maklumat dengan anda walaupun hanya sekadar nama dan email.

So, apa perlu anda buat?

Anda perlukan sesuatu yang dipanggil Lead Magnet.

Lead Magnet inilah yang digunakan sebagai umpan atau omputeh panggil ‘ethical bribe’, yang akan bertindak menarik minat pelawat untuk kongsi maklumat yang anda mahukan.

Lead magnet yang biasa orang offer adalah :

  • eBook
  • Cheatsheets
  • Mini course
  • Template
  • Webinar

Actually ada banyak jenis lead magnet anda boleh offer. Ikutlah kreativiti dan imaginasi anda.

Selagi lead magnet anda memberi nilai dan menyelesaikan masalah, mereka pasti akan ambil offer yang diberi.

Untuk penerangan lebih lanjut tentang lead magnet, boleh rujuk artikel saya ini : Cara Buat Lead Magnet

Langkah 2 : Bina Squeeze Page

Saya assume anda dah ada lead magnet. The next logical step adalah buat terus halaman squeeze page anda.

Untuk buat squeeze page, anda buat saja guna Page Builder. Ada banyak. Tak perlu tahu coding pun.

Kalau anda dah ada website atau blog sendiri yang menggunakan WordPress, anda boleh gunakan Elementor Pro.

Mudah dan banyak template.

elementor landing page and squeeze page template

Kalau anda belum ada website atau blog, anda boleh buat terus guna penyedia servis bina landing page.

Kalau saya paling mudah, guna je email marketing service macam ConvertKit.

Diorang dah sediakan banyak template untuk anda terus guna

Tinggal masukkan ayat, tukar warna, gambar pastu siap!

convertkit landing page and squeeze page template

Afterall, anda memang perlu pakai pun sistem email marketing macam ConvertKit nanti.

Buat masa sekarang pilih je design mana yang berkenan.

Perinciannya saya akan beritahu lepas ni apa nak buat untuk jadikan ia efektif.

Langkah 3 : Buat Headline Yang Mantap

Ini benda paling penting kalau nak buat orang tertarik dengan offer anda.

Tak susah pun buat.

Just nyatakan apa MANFAAT yang mereka akan dapat kalau subscribe. That’s it.

Contoh, kalau anda offer resepi buat kuih raya, anda boleh tulis begini.

[Percuma] 10 Resepi Kuih Raya Popular Untuk Anda Buat Di Rumah Dengan Keluarga.

Atau boleh guna template ini :

  • Belajar Buat [Aktiviti] Untuk [Manfaat]
  • [Manfaat] Dengan Berkesan Dalam [Masa]
  • [Nombor] Tips Untuk [Manfaat]
  • Jom [Aktiviti] Dengan Berkesan Tanpa [Pain Point / Struggle]

Cukuplah empat. Hehe.

Langkah 4 : Nyatakan Offer & Manfaat

Once pelawat dah tertarik dengan headline anda, mereka akan teruskan baca untuk dapatkan lebih info berkenaan tawaran anda.

So disini anda boleh explain dengan lebih detail, jelas dan spesifik apa yang mereka akan dapat lepas mereka grab offer.

Kalau anda offer eBook, beritahu ebook itu apa isi penting dan manfaat yang bakal diterima.

Kalau anda offer video training, beritahu saja apa yang anda nak share nanti, dan apa expected outcome yang mereka akan dapat.

Contoh, kalau anda offer lead magnet ajar orang menulis artikel dengan pantas, bagitahu je yang lepas hadir training atau download ebook mereka akan dapat :

  • Hasilkan content lebih banyak (manfaat 1)
  • Elak writer’s block (manfaat 2)
  • Dapatkan idea topik penulisan dengan cepat (manfaat 3)
  • Cara susun masa menulis (manfaat 4)
  • Template penulisan artikel. (manfaat 5)

Ha letak semua ni dekat bahagian ‘body copy’ selepas headline.

Tak susah pun kan?

Langkah 5 : Buat Opt-in Form

Part ni senang je. 

Disebabkan anda memang nak dapatkan maklumat seperti nama dan email dari pelawat, maka anda perlu ada borang untuk mereka isi.

Cuma untuk tingkatkan keberkesanan squeeze page, pastikan jangan minta banyak sangat maklumat.

Best practices adalah email sahaja. Paling banyak pun nama, dan email.

Nombor telefon susah skit nak dapat melainkan offer anda memang memerlukan nombor telefon untuk deliver, atau offer anda memang best gila. Haha.

contoh optin form untuk squeeze page

Nasihat saya, info yang anda tak perlukan, tak payah mintak.

Lagi banyak step dan kerja mereka perlu buat, lagi kurang conversion squeeze page anda.

Paling baik, email saja cukup.

Langkah 6 : Call To Action Yang Jelas

Offer dah best, tapi bila call to action tak jelas dan menyusahkan, ia akan buatkan conversion anda rendah.

Untuk atasi ini, anda perlu ada ARAHAN JELAS untuk mereka bertindak.

Cadangan saya pakai button yang besar, dan menonjol supaya mereka nampak.

Ayat juga pastikan straightforward.

contoh call to action yang jelas untuk squeeze page dan landing page

Kalau anda offer eBook, letak ayat ‘Download eBook’, atau ‘Klik Untuk Download’.

Just guna ayat simple dan pastikan CTA anda menonjol

Itu saja.

Langkah 7 : Gunakan Social Proof

Untuk dapatkan conversion tinggi, saya sarankan anda letak Social Proof dalam squeeze page.

Amende social proof ni?

Ala macam testimoni, review, dan feedback dari pihak ketiga.

social proof dalam landing page

Bila ada social proof ni, pelawat akan lebih yakin untuk dapatkan tawaran anda.

Kalau anda tiada social proof, anda boleh pergi minta kawan-kawan review lead magnet anda dan minta review jujur.

Dapat seorang pun jadi.

Nak lagi mudah?

Just nyatakan je berapa orang dah download atau grab lead magnet anda. Lepas tu letak ikon bintang.

Orang tengok bila ada logo lima bintang ni, automatik otak dia akan ada persepsi yang offer anda bagus.

Tak caya cuba try. Nanti bagi saya feedback. 🙂

Langkah 8 : Buang Elemen Tak Penting

Saya assume anda dah ada rangka atau draf awal squeeze page.

Now saya nak anda buang elemen-elemen tak penting dalam tu.

Dekat header hanya letak logo sahaja. 

Logo itu pun just nak beri keyakinan pada pelawat yang mereka dalam halaman yang betul.

Menu dan link-link lain semua tak payah.

Tu semua distractions.

Otak manusia ni bila confuse, dia akan rasa beban untuk buat apa-apa.

So ikut nasihat saya.

Langkah 9 : Buat Thank You Page

Benda ni optional. Tapi lebih bagus buat.

Sebab apa bagus?

Sebab :

  • Anda boleh bagi good experience pada pelawat.
  • Pelawat anda lebih jelas apa yang mereka perlu buat lepas isi borang.
  • Anda boleh gunakan Thank You page sebagai ‘Success Page’ untuk track performance conversion
  • Ambil peluang untuk offer benda lain dekat subscribers.

Satu lagi make sure ‘feel design’ dekat Thank You page tu sama dengan Squeeze Page anda buat tadi.

Kalau tak nanti pelawat anda akan cemas dan fikir diorang dah pergi ke website scam.

Contoh thank you page yang saya rasa bagus dan simple adalah seperti dibawah.

Sometimes ada juga yang terus offer benda berbayar dalam ni.

Cuma jangan jual benda mahal-mahal sebab trust mereka dengan anda masih rendah.

Jual benda bawah RM 100 okay dah.

At least kalau dapat sales boleh cover kos marketing tarik subscribers kan? 🙂

Langkah 10 : Guna Gambar atau Video 

Walaupun lead magnet anda power, anda still perlukan sesuatu untuk merangsang ‘deria’  mereka.

Mereka perlukan extra push untuk dapatkan offer anda.

So dengan merangsang deria manusia, ia membantu meningkatkan sedikit kepercayaan pada anda.

Cadangan saya, tambahkan gambar untuk lead magnet anda.

Buat dalam bentuk mockup 3D macam bawah ni pun okay dah.

Buat dulu layout dekat Canva, then convert jadi 3D mockup dekat website Adazing.

Nak senang hire je freelance dekat Fiverr. Tak mahal pun.

Atau boleh rakam video guna phone, upload dekat youtube, dan link ke squeeze page anda.

Cuma kalau video jangan panjang sangat la. Seminit cukup. Paling bagus 30 saat.

Langkah 11 : Integrate Dengan ConvertKit

Langkah yang terakhir adalah linkkan borang dalam squeeze page dengan email marketing services.

Kalau anda buat squeeze page guna ConvertKit, mudah je.

Just aktifkan saja borang tersebut. Tak perlu banyak step untuk integration.

Terus boleh pakai.

Tapi kalau anda pakai wordpress dan page builder Elementor Pro, anda perlu linkkan ConvertKit guna API Key.

Caranya :

  • Cari API Key dalam setting ConvertKit. Copy dulu.
  • Pergi ke Elementor Design Page anda tadi. Hover mouse dan klik pada elemen borang optin.
  • Pergi ke Advance Setting
  • Pergi ke Action After Submit
  • Taip ConvertKit. Nanti akan keluar option tambahan untuk masukkan API Key.
  • Masukkan API Key.
  • Pilih nama borang ConvertKit yang anda create.
  • Set field nama dan email dengan betul.
  • Lepas tu Save.

Setel!

Kesimpulan – 11 Langkah Buat Squeeze Page Dengan Efektif

Squeeze Page ni WAJIB buat kalau anda nak kumpul database email atau leads dengan berkesan.

Just ikut step-step yang saya senaraikan.

  • Buat Lead Magnet
  • Bina Draf Squeeze Page
  • Cipta Headline Yang Menarik
  • Isi Body Copy Dengan Offer Dan Manfaat 
  • Buat Opt-in Form
  • Gunakan Call To Action yang Jelas
  • Gunakan Social Proof
  • Kurangkan Gangguan
  • Buat Thank You Page
  • Gunakan Gambar Atau Video
  • Integrate Dengan ConvertKit

Boleh follow penerangan saya?

Kalau tak faham boleh tanya saya diruangan komen.

Share this!

Picture of HAFIZ AZMAN

HAFIZ AZMAN

Blogpreneur at Dropship Kartel & Kartel Digital. Sometimes jadi consultant dan coach untuk bidang Digital Marketing, Online Business, dan eCommerce.

PANDUAN PERCUMA

6 Figure Blogging Gameplan eCover

KETAHUI GAMEPLAN SAYA BUAT INCOME 6-ANGKA DARI BLOG!

Dapatkan eBook eksklusif yang mengandungi ‘failed-proof’ gameplan untuk anda mula bisnes online from scratch, dan direka khusus untuk anda yang busy tapi nak buat side income online.

Ia adalah hasil dari pengalaman, pembelajaran, dan eksperimen bertahun, sehingga saya boleh buat income dengan konsisten, 100 peratus online, secara seorang diri.