Dalam post review Rahsia Shopify ini, saya akan cerita sebanyak mungkin tentang online course dari Herman Shaq dan KlikJer Publishing.
Saya pernah join Rahsia Shopify ni di awal pelancaran, dan dah habis belajar dalam course ni.
Dan saya sendiri adalah usahawan ecommerce macam Herman Shaq.
Jadi saya rasa ada input dan kredibiliti untuk review course ini.
Tujuannya adalah supaya anda boleh buat keputusan tepat sama ada course Rahsia Shopify ini berbaloi dan sesuai dengan apa yang anda cari.
Jom!
Isi Kandungan
Course Rahsia Shopify Tentang Apa?
Rahsia Shopify adalah online course dalam bentuk video training terbitan KlikJer Publishing.
Dibuat oleh pengamal bisnes ecommerce berpengalaman iaitu Herman Shaq.
Yup. Beliau tak popular, dan maintain anonymous. Tak pasti kenapa.
Tapi yang pasti ilmu yang disampaikan memang legit dan valid.
Rahsia Shopify adalah sebuah course untuk ajar anda buat duit USD secara dropship guna website ecommerce sendiri.
Bagi yang tak tahu website ecommerce tu apa, ha ni saya letak gambar contoh website ecomerce bawah ni.
Basically Tuan Herman akan guide A sampai Z untuk setup satu bisnes menggunakan platform pembina ecommerce Shopify, secara dropship, dan dijual pada market antarabangsa.
Bagi yang tak faham dropship ni apa, boleh tengoklah diagram bawah ni ha.
Tuan Herman baru-baru ini ada buat kemaskini konten, bagi mengikuti perkembangan dan situasi semasa pasaran dunia dan platform.
Bagi saya superb. Sebab sifu, taiko, otai-otai korang kat luar sana pun jarang buat update. Kalau buat pun ala kadar je.
Beza dengan Tuan Herman. Dia all-out bila sharing ilmu. Respect!
Rahsia Shopify dibuka dengan yuran RM 147.
Dan apabila anda klik butang daftar, Tuan Herman akan upsell pakej advance untuk beli senarai produk hot yang dah proven dalam market.
Tak payah buang masa berminggu-minggu nak cari produk hot untuk store ecommerce anda nanti.
Selain dari tu, dalam pakej advance Tuan Herman offer support student yang Tiptop dalam private Facebook Group.
Hanya perlu tambah RM 40 sahaja dari yuran asal.
Ini summary pakej yang Tuan Herman offer untuk anda.
Penting tau ada support dalam Facebook Group.
Selain dapat kenal usahawan lain, group ini bertindak sebagai group mastermind dimana student lain bertukar-tukar ilmu dan berkongsi pendapat sesama mereka.
Komuniti macam ni sangat penting untuk anda berjaya dalam bisnes.
Rahsia Shopify Sesuai Untuk Siapa? (Dan Tak Sesuai Untuk Siapa)
Rahsia Shopify sangat sesuai jika anda :
- Sedang mencari bisnes untuk tambah side income
- Baru nak mula belajar bina bisnes online
- Cari satu bisnes yang tak perlu modal tinggi untuk simpan stok etc
- Cari bisnes yang tak perlu busy melayan PM, Whatsapp 24 jam.
- Cari bisnes yang dapat jana income USD dari Malaysia
Dan menurut Tuan Herman, Rahsia Shopify tak sesuai untuk :
- Orang yang tak percaya boleh buat duit dari bisnes online
- Orang yang tak main Facebook (Atau tiada keinginan untuk belajar guna Facebook)
- Orang yang langsung tiada modal dan mengharapkan semuanya percuma untuk bermula
- Orang yang nak kaya cepat tanpa usaha keras.
So anda dalam kategori mana?
Review Rahsia Shopify : Ringkasan & Komen
Rahsia Shopify (Review Score)
Review by Kartel Digital
Review Verdict
Overall, course yang diusahakan oleh Herman Shaq ini memang berbaloi dan puas hati. Sebagai seorang usahawan ecommerce, saya berpendapat course ini complete. Disampaikan dengan baik, melalui video tutorial, dan dalam bahasa yang mudah difahami semua peringkat. Paling best adalah Herman memberi support tip-top dalam private group di FB. Semua soalan dijawab dengan baik oleh beliau. Recommended!
Kelebihan & Kekurangan Dalam Rahsia Shopify?
Kalau nak cerita kelebihan Rahsia Shopify ni banyak jugak. But kelebihan yang menonjol dalam course ini adalah :
Kelebihan 1 : Mesra Newbie
Course ini disampaikan dalam Bahasa Melayu dan mudah untuk difahami oleh semua peringkat, terutama yang tiada pengalaman berbisnes online.
Kelebihan 2 : Over-the-shoulder video
Tuan Herman selalu tunjukkan cara untuk buat sesuatu, terutama yang bersifat teknikal secara over-the-shoulder. Maksudnya dia display skrin komputer dan tunjuk satu-satu mana nak tekan, mana nak susun, apa nak tulis dan sebagainya.
Memang mudah untuk follow.
Kelebihan 3 : Modul & Konten Lengkap.
Tuan Herman ni jenis tak kedekut ilmu. Semua ilmu yang dia sendiri praktis, diajar pada semua student. Takde cerita sekerat-kerat macam sifu lain.
Saya sendiri pengamal bisnes ecommerce, so saya sahkan konten beliau lengkap.
Kelebihan 4 : Yuran berpatutan
To be honest saya dah join macam-macam course ecommerce dalam dan luar negara. Harga semua atas RM 500 hinggalah RM 10,000.
But saya terkejut bila Tuan Herman offer konten yang berkualiti tinggi macam course luar negara dengan yuran yang berpatutan dan bagi saya, sangat murah.
Kelebihan 5 : Jaminan Pulangan Wang.
Ini memang steady. Kalau anda tak puashati dengan konten dari Tuan Herman, anda boleh minta refund semula, pada bila-bila masa! Ini memang respect. Saya sendiri pun tak bagi refund pada student. So benda ni sangat bagus untuk anda, sebab risiko 100% pada dia.
Kekurangan 1 : Bonus tak banyak
Offer yang Tuan Herman beri akan lebih meleleh kalau beliau beri lebih bonus. But dengan yuran yang rendah macam ni, its more than enough sebab konten beliau superb.
Kekurangan 2 : FB Support Group patut diberi dalam semua pakej.
Saya suka kalau offer support group diberi oleh semua student yang berdaftar. Sebab bagi saya itu sangat penting dalam membantu student dapat results dengan pantas dan berkesan.
Apa Yang Dikongsikan Dalam Rahsia Shopify?
Semua konten dikongsikan oleh Tuan Herman melalui video rakaman.
Ada lebih kurang 40 video yang beliau dah rakam khas untuk anda.
Dan dah disusun A to Z, step by step dari mula cari produk, supplier, setup website sampailah lepas dah dapat jualan. Complete set!
Tuan Herman dah susun semua 40 video ni dalam 5 modul besar.
Jom saya explain setiap modul itu tentang apa.
Modul #1 : Pengenalan Sistem Dropship
Dalam modul pertama ini, beliau tunjukkan the idea of eCommerce Dropshipping yang beliau sendiri jalankan.
Beliau juga ada menyentuh pasal Mind Set dan Goals utama dalam menjalan bisnes dropship USD ni.
Modul #2 : Kajian Produk
Dalam modul kedua, beliau tunjukkan semuanya step yang diperlukan dalam mencari ‘Winning Product’ untuk dimasukkan dalam store eCommerce Dropship anda nanti.
Dan paling best, beliau tunjukkan macam mana nak jual produk yang boleh berikan anda margin dan untung tinggi nanti.
Modul #3 : Bina Kedai Shopify
Modul ketiga, Tuan Herman tunjuk macam mana nak setup satu kedai ecommerce bertaraf dunia menggunakan Shopify.
Ini modul yang sangat teknikal, tapi beliau tunjukkan step by step dalam over-the-shoulder video menjadikan ia satu proses yang mudah.
Modul ini saja ada 19 video!
Modul #4 : Strategi Facebook Ads Untuk eCommerce Dropship
Dalam modul keempat, beliau tunjukkan pula macam mana kita nak dapatkan customer dengan pantas dan berkesan menggunakan Facebook Ads.
Walaupun anda tiada pengalaman guna Facebook Ads, dont worry. Tuan Herman tunjuk dari mula dari buka akaun sampai dapat customer.
Lepas tengok video training untuk modul ni, memang saya boleh akui, beliau tahu apa yang dikatakan.
Modul #5 : Pengurusan Bisnes Dropship eCommerce
Lepas dah dapat customer, kerja anda belum habis lagi. Dalam modul kelima, Tuan Herman tunjuk apa yang perlu dibuat supaya anda boleh optimize dan tingkatkan prestasi bisnes ecommerce dropship anda.
Result Student Yang Join Rahsia Shopify.
Kalau nak cerita result student yang join memang banyak!
Saya tahu sebab saya sendiri dalam FB Support Group beliau.
Hari-hari saya tengok result student yang dikongsi.
Ini antaranya :
Ini pula result saya lepas follow training beliau dalam Rahsia Shopify.
Amacam? Jeles tak? Haha.
Apa Lagi Yang Dapat Kalau Daftar Rahsia Shopify?
Basically apa yang anda bakal dapat dalam Rahsia Shopify adalah:
- 40 video training
- Student support
- FB Group Mastermind (Pakej Advance)
- Ebook Senarai 30 Produk Hot (Pakej Advance)
Tak banyak. But dont worry. Teruskan membaca dibawah.
Ada Bonus Dari Kartel Digital!
Memandangkan ada certain modul dan topik yang Tuan Herman tak tekankan sangat, jadi saya akan tambah bonus pada sesiapa yang daftar Rahsia Shopify melalui link saya.
Apa yang saya nak bagi?
Saya nak bagi anda :
- Email Marketing Automation Course For Shopify Stores (Value : RM 197)
- Email Copywriting Template For Better Conversion (Value : RM 97)
Dua ni adalah course dan material yang saya offer untuk student Dropship Kartel sebelum ni.
Tapi saya bagi anda FREE OF CHARGE!
Dengan syarat, guna link Rahsia Shopify saya. Klik butang dibawah dan daftar.
Make sure lepas daftar email saya di hello@karteldigital.my, dan beri saya nombor resit pendaftaran untuk saya semak.
Kesimpulan – Perlu Join Rahsia Shopify Atau Tidak?
Bagi saya memang best buat bisnes dropship ecommerce ni. Lagi-lagi kalau boleh jana income USD.
Dengan panduan yang disediakan oleh Tuan Herman dalam Rahsia Shopify, saya yakin anda pun mampu buat.
Saya rekomen untuk anda join Rahsia Shopify supaya boleh tambah sumber income dan tak bergantung pada gaji semata-mata.