Nak mulakan bisnes dropship tapi belum ada idea? Ramai takut nak mula sebab tak tau susunan benda yang patut buat.
Nak cari produk dulu ke supplier? Lepas pilih produk apa nak difikirkan lagi? Eh kalau produk yang ini macam mana nak buat iklan dia?
Macam-macam benda la serabut dalam fikiran. Semua yang baru nak mula pun akan rasa macam tu. Normal je, tapi jangan risau. Kami boleh bantu anda.
Dalam perkongsian kali ni kami kongsi step-by-step cari idea macam mana cari idea untuk bisnes dropship.
Bila settle baca nanti dah boleh terus mula bertindak. Jom kita mula!
Isi Kandungan
Step 1: Pilih Niche
Niche ialah satu pengkhususan, maka ketika anda dah pilih niche, lebih mudah nak fokus dalam memilih produk.
Contohnya kalau anda tengok di Shopee, barang jualan disusun dalam kategori tertentu. Bawah kategori itu, ada pecahan-pecahan kecil yang lain.
Contohnya bawah Muslim Fashion, ada pecahan segment seperti hijab, inner, Muslimah activewear, Muslimah Blouse dan Muslimah Bottom. Pecahan segment inilah yang dinamakan niche.
Pemilihan niche ini sangat penting kerana apabila kurang gangguan, matlamat anda akan jadi lebih jelas dan hal ni buat cara anda buat keputusan dengan lebih yakin.
Perkara yang anda patut pertimbangkan ketika pilih niche:
Cari untung yang berbaloi.
Ketika anda pilih niche, tumpukan kepada pemasaran dan manfaat kepada pelanggan.
Jadi, jika beban kerja untuk jual barang RM20 sama berat dengan beban kerja untuk jual barang RM1500; pilihlah yang lebih mendatangkan hasil.
Ringkasnya, pilih niche yang ada produk yang harga lebih tinggi.
Kos penghantaran yang rendah ialah SANGAT PENTING
Walaupun pembekal atau pengeluar akan uruskan penghantaran, namun kalau kosnya terlalu tinggi, ia akan jadi seperti penghalau pelanggan.
Cari sesuatu yang tak mahal untuk dihantar. Hal ini juga beri kelebihan kepada anda untuk tawarkan penghantaran percuma kepada pelanggan.
Anggaplah penghantaran percuma ini sebagai satu kos yang anda serap (perbelanjaan bisnes) untuk tarik lebih banyak jualan.
Pastikan produk anda ‘racun’ pembeli tak terancang (impulse buyer) yang ada pendapatan lebih.
Apabila anda fokuskan pada membawa trafik ke website anda, anda mahu alami kadar penukaran yang tinggi sebab kebanyakan pelawat tak akan kembali lagi.
Produk yang and ajual perlu cetuskan rasa ingin membeli oleh pelanggan yang ada kuasa beli yang tinggi (untuk beli terus apabila berada dalam website anda).
Pastikan orang cari produk anda dengan aktiuf.
Gunakan Google Keyword Planner dan juga Google Trend untuk semak beberapa terma yang lazimnya berkaitan dengan niche anda.
Jika tiada sesiapa buat carian tentang apa yang anda bercadang nak jual, anda macam merancang untuk bunuh bisnes sendiri.
Buat jenama anda sendiri
Bisnes dropshipping anda akan lebih berharga kalau anda dapat buat penjenamaan semula (rebranding) apa-apa saja yang anda jual dan jadikannya seperti milik sendiri.
Perhatikan produk yang anda boleh jadikan white label dan jual sebagai jenama anda sendiri dengan pembungkus dan gambaran jenama anda.
Nak cara pilih niche dengan lebih terperinci, baca di sini.
Step 2: Kenal pasti pesaing
Ingat, anda akan bersaing dengan pemilik bisnes dropship yang lain juga, selain kedai-kedai gergasi yang lain.
Contohnya kalau anda pilih niche hijab untuk bisnes dropship anda, tengok dulu carian yang anda jumpa di mana-mana platform eCommmere.
Jangan takut kalau nampak pesaing anda dah jual banyak barang. Anda boleh cari peluang untuk atur strategi dalam langkah seterusnya.
Tinjau pesaing ini antara langkah yang anda perlu lakukan dengan penuh hati-hati.
Risau, jika ambil produk yang ada terlalu sikit atau langsung tiada persainga perkara ni satu tanda, produk berkenaan tiada permintaan di pasaran.
Melainkan anda nak jadi peneraju bagi sesuatu produk. Boleh kalau anda nak buat, tapi risikonya terlalu tinggi untuk mulakan dengan cara ini.
Untuk bermula kita ambil jalan selamat dulu.
Dah steady buat jualan dan ada pendapatan yang banyak; dah ada sumber yang cukup, boleh nak buat macam-macam eksperimen.
Step 3: Cari Supplier
Bekerja dengan supplier yang salah akan rosakkan bisnes anda. Jadi, jangan terburu-buru pada step ni.
Kebanyakan supplier bisnes dropship ni dari luar negara, cara anda berkomunikasi dengan mereka amatlah penting.
Penting untuk kelajuan respon dan keupayaan untuk faham antara satu sama lain.
Jika anda tak yakin 100% untuk berkomunikasi, cari saja supplier lain. Jangan buang masa dan letak banyak risiko bila awal-awal lagi anda dapat kesan ada masalah komunikasi.
Kalau anda berminat dengan supplier tempatan, baca artikel ni. Ada banyak lubuk dropship di Malaysia.
Alibaba telah jadi salah satu sumber online terbesar untuk kenal pasti dan berkomunikasi dengan pembekal atau pengilang berpotensi.
Pastikan anda tanya banyak soalan dan belajar tentang kemampuan mereka hasilkan produk, supaya anda boleh bersedia apabila bisnes anda berkembang dengan pesat kelak.
Step 4: Buat Website e-Commerce
Cara paling cepat untuk lancarkan sesebuah website yang sokong model bisnes dropship, ialah dengan gunakan satu platform, ringkas seperti Shopify.
Anda tak perlu latar belakang tech savvy untuk mulakan dan jalankan website anda melalui Shopify, malah platform ini juga didatangkan dengan pelbagai apps yang boleh bantu untuk naikkan jualan.
Walaupun anda mempunyai bajet yang besar yang membolehkan anda mengupah tenaga luar, namun langkah yang lebih bijak ialah guna saja salah satu pilihan plug-and-play.
Terutamanya pada peringkat awal. Terdapat banyak template percuma yang sesuai dengan bisnes dropship yang baru bermula. Tengok di sini tema Shopify yang kami sarankan.
Setelah bisnes anda mantap dan pendapatan masuk, maka anda boleh meneroka untuk customize website tambahan.
Step 5: Buat pelan pemerolehan pelanggan
Ada produk dan website yang bagus itu hebat, tapi tanpa pelanggan yang beli produk anda, anda tak ada bisnes yang menjana duit.
Terdapat beberapa cara untuk tarik pelanggan, antara yang berkesan ialah dengan menggunakan kempen melalui FB Ads.
Cara ini membolehkan anda untuk jana jualan dan hasil dari awal lagi, yang boleh menyumbang kepada perkembangan bisnes dengan pantas.
Facebook membolehkan anda meletakkan tawaran anda terus di hadapan khalayak yang sangat disasarkan.
Ini memberi anda keupayaan untuk bersaing dengan jenama dan peruncit terbesar dengan segera.
Anda juga perlu berfikir jangka panjang, jadi search engine optimization dan e-mail marketing juga harus menjadi tumpuan.
Kumpul e-mel dari awal dan sediakan urutan e-mel automatik yang menawarkan diskaun dan tawaran istimewa.
Ini adalah cara mudah untuk memanfaatkan pangkalan pelanggan sedia ada anda dan menjana hasil tanpa perbelanjaan iklan dan pemasaran tambahan.
Kami kongsi cara manfaatkan e-mel pelanggan untuk aktiviti pemasaran anda di sini.
Step 6: Analisis dan optimumkan
Anda perlu menjejaki semua data dan metrik yang tersedia untuk mengembangkan perniagaan anda.
Ini termasuk trafik Google Analytic dan data piksel conversion di Facebook, jika itu adalah saluran pemerolehan pelanggan utama anda.
Apabila anda dapat menjejaki setiap penukaran:
- untuk mengetahui dari mana pelanggan berasal
- dan laluan yang mereka ambil di website anda
- yang akhirnya membawa kepada jualan
Cara ini membolehkan anda kenal pasti perkara yang berkesan dan hapuskan perkara yang tidak berkesan.
Anda perlu sentiasa uji peluang baharu dan perhalusi kempen semasa.
Cara ini mudahkan anda buat keputusan sama ada perlu optimumkan atau alihkan perbelanjaan kempen.
Kesimpulan: Tak susah pun cari idea produk untuk bisnes dropship!
Lepas baca 6 step tadi, secara anda tak sedar ada step anda dah pernah buat.
Sekarang ni dah tau step dan strategi untuk cari idea produk bisnes dropship tu, rasa macam senang, kan?
Dah nampak bayangan produk yang anda nak jual, kan?
Cuba buat dulu 6 step yang kami kongsikan.
Ada tak yang betul-betul baru nak mula bisnes dropship?
Kongsi dengan kami apa yang anda dapat dan harapkan kami kongsi lagi.