Cara Buat Homepage Blog Yang Efektif

cara buat homepage blog

Halaman utama blog, atau homepage blog ini umpama pintu depan kedai atau pejabat bagi bisnes anda.

Anda perlu buatkan halaman utama anda cukup menarik perhatian, dan jelas, sebelum pelawat teruskan perjalanan meneroka halaman lain dalam blog.

Sebab itu anda perlukan strategi dan taktik supaya pelawat blog anda tak lari.

Macam mana nak buat?

Dalam artikel ini saya huraikan. 

Jom!

Fungsi Halaman Utama Blog

Homepage blog dikira sebagai access point utama blog anda.

Dan secara umumnya, halaman ini ada tiga fungsi utama :

  • Tarik perhatian pelawat
  • Inform pelawat tentang blog dan brand anda.
  • Bantu pelawat untuk lawat halaman lain

Jadi, setiap kali anda design halaman utama blog, pastikan ia menjalankan fungsi-fungsi tersebut.

Struktur Homepage Blog

Dulu, halaman utama blog direka dengan menunjukkan blog post terkini, ada sidebar dan banyak grafik-grafik yang kadangkala mengganggu fokus pelawat.

Kalau boleh semua benda nak letak dekat homepage blog.

Ini dikira contoh design yang ekstrim. Saya tahu. But you get the point.

Tapi sekarang, jika anda lihat blogger ternama dan berjaya, mereka dah takde ikut struktur ekstrim atas ni.

Mereka akan design ikut pada objektif dan tujuan tertentu.

Ini contoh rekaan homepage blog yang moden dan berstrategik.

Ada yang fokus pada menjual produk.

Ada yang fokus pada membina email list.

Ada yang fokus pada portfolio.

Dan macam-macam lagi.

Jadi sebelum anda fikir tentang ‘visual identity’ seperti warna, font, logo etc, adalah lebih baik anda fikir dulu struktur halaman utama yang bersesuaian dengan objektif anda.

Elemen Untuk Dimasukkan Dalam Homepage Blog Anda

Sekarang maybe anda dah ada sedikit idea dalam mereka homepage blog.

Soalnya sekarang, apa yang nak diletak nanti dalam halaman tersebut?

Berikut merupakan antara elemen yang boleh anda consider untuk gunakan.

  • Artikel terkini
  • Kategori
  • Artikel popular
  • Info tentang anda
  • Link media sosial
  • Penunjuk (Navigation)
  • Produk
  • Opt-in form
  • Social media feed
  • Video youtube terkini
  • Bahan rujukan dan sumber (Resources)

Tapi kalau boleh elakkan sumbat semua elemen dalam senarai ni.

Anggap halaman utama blog anda macam ‘teaser’, supaya ia menarik perhatian dan minat pelawat untuk ke halaman lain.

Saya sendiri tak suka letak banyak benda di halaman utama.

Jadi sesak, dan buatkan pelawat rasa penat.

Itu yang buatkan mereka keluar saja dari blog kita.

Sebab tu anda tengok halaman utama Kartel Digital nampak macam kosong, dan gunakan banyak whitespace.

Nak lagi sempoi? Tengok halaman utama Nate Eliason.

Nampak simple sangat, tapi semua elemen penting yang diketengahkan ada dalam bentuk link.

Nanti bila blog anda dah banyak konten, anda boleh buat macam Pat Flynn.

Semua dia bubuh di halaman utama, tapi dengan kemas dan strategik (ada reason).

Nak cari apa pun mudah.

Tentukan Titik Fokus Dan Objektif Utama.

Titik fokus yang saya maksudkan disini adalah, apa objektif utama atau perkara yang anda nak ketengahkan di halaman utama blog?

Anda tak boleh masukkan semua jenis konten, gambar, atau video di halaman utama.

Akan jadi semak dan mengelirukan pelawat.

Sebaiknya pilih satu objektif.

Cara paling mudah adalah dengan menyusun konten dan elemen dalam format ‘hierarki’.

Dari atas ke bawah. Setiap satu row hanya satu jenis konten atau elemen sahaja.

Dan jadikan konten yang paling penting dan paling utama sebagai fokus di halaman utama blog.

Dan pastikan anda dah tentukan apa tindakan yang anda nak pelawat ambil lepas singgah di halaman tersebut.

Ini dipanggil Call-to -action.

Contoh macam blog Kartel Digital, bahagian yang menjadi titik fokus dan keutamaan saya adalah untuk download ebook percuma.

Sebab tu saya letak besar-besar dan di kawasan paling awal halaman.

Konten lain of course ada, tapi hanyalah sebagai support konten bagi tujuan establish instant credibility saya.

Apa pun anda perlu ingat, “When you try to make everything stand out, nothing stands out!”

Mulakan ‘wireframe’

Apakah wireframe?

Ia umpama seorang arkitek melukis pelan dan design sebelum memulakan pembinaan sesebuah bangunan.

Dengan melakukan wireframe, ia akan memudahkan anda kelak dalam membuat keputusan elemen apa yang nak dimasukkan, dimana dan untuk apa.

Biasa saya gunakan kertas dan pensil sahaja untuk buat wireframe. Cepat, dan mudah.

Untuk beri anda sedikit inspirasi, saya sediakan tiga jenis wireframe halaman utama blog.

Ketiga-tiga mempunyai titik fokus yang berbeza.

Setakat ni boleh?

Sediakan Konten Homepage Blog Anda

Katakanlah wireframe anda dah siap, anda dah boleh sediakan konten apa nak ditulis atau dimasukkan dalam setiap elemen.

Untuk ini anda boleh draf menggunakan Google Docs.

Dan tak perlu terlalu perfectionist.

Asalkan orang faham, dan jelas :

  • Blog anda tentang apa
  • Siapa disebalik blog
  • Apa value yang mereka dapat 
  • Apa Call-to-action

Bila blog anda dah sedikit matang, dan anda sendiri pun dah jelas hala tuju blog, anda boleh ubah semula konten-konten tersebut.

Kuncinya, hanya mula!

Mulakan Development Homepage Blog Anda

Bila dah siap wireframe, dan konten, anda boleh terus mulakan pembinaan sebenar.

Gunakan page builder yang anda biasa dan mahir.

Macam saya, saya gunakan Elementor Pro.

Mudah, tak beratkan website, dan flexible.

Macam-macam design boleh buat. Ikut kreativiti.

Kalau anda tak tahu cara nak guna Elementor, boleh follow tutorial dari Elementor sendiri.

Kesimpulan – Cara Buat Homepage Blog Yang Efektif

That’s it.

Make sure buat homepage blog anda betul-betul.

Kalau buat cincai, dan tidak ada hala tuju jelas, pelawat akan confuse.

Bila pelawat confuse, mereka akan lari ke website lain.

So gunakan tips dan langkah yang saya bagi.

  • Tentukan titik fokus dan objektif
  • Buat wireframe
  • Sediakan konten asas
  • Bina guna Elementor Pro

Dan jangan lupa untuk cari inspirasi dari blog-blog yang lain. Google je mesti jumpa.

Ada soalan?

Boleh drop komen dibawah.

Share this!

Picture of HAFIZ AZMAN

HAFIZ AZMAN

Blogpreneur at Dropship Kartel & Kartel Digital. Sometimes jadi consultant dan coach untuk bidang Digital Marketing, Online Business, dan eCommerce.

PANDUAN PERCUMA

6 Figure Blogging Gameplan eCover

KETAHUI GAMEPLAN SAYA BUAT INCOME 6-ANGKA DARI BLOG!

Dapatkan eBook eksklusif yang mengandungi ‘failed-proof’ gameplan untuk anda mula bisnes online from scratch, dan direka khusus untuk anda yang busy tapi nak buat side income online.

Ia adalah hasil dari pengalaman, pembelajaran, dan eksperimen bertahun, sehingga saya boleh buat income dengan konsisten, 100 peratus online, secara seorang diri.