Secara ringkas affiliate marketing melibatkan aktiviti promosi dan jualan produk atau syarikat lain untuk dapatkan komisen. Pihak affiliate akan berpeluang buat duit secara online melalui jualan online tanpa perlu berdepan dengan hal-hal rumit seperti mencipta produk atau bina kedai sendiri secara besar-besaran.
Sebaliknya, pihak pengeluar produk, akan memulakan program affiliate; kemudian online marketer menggalakkan pembaca, pengikut, penonton mereka untuk membeli produk tersebut.
Setiap affiliate marketer akan gunakan pautan yang unik dalam bahagian call-to-action. Setiap jualan yang berjaya dihasilkan melalui pautan itu, akan ada komisen untuk affiliate marketer.
Kebanyakan ejen affiliate ada pengikut yang ramai (pelanggan yang berpotensi), di media sosial, blog, podcast, saluran video dan lain-lain.
Baru-baru ini, untuk generasi muda, ramai ejen affiliate gunakan TikTok sebagai platform mereka. Platform TikTok sangat bagus untuk ejen affiliate.
Artikel ini akan tunjukkan bagaimana affiliate marketing di Tiktok dapat jana pendapatan di saluran media sosial yang bertumbuh pesat untuk Generasi Z dan Millennial.
Isi Kandungan
Kenapa Ejen Affliate Perlu Guna TikTok?
Apda yang ada pada kegilaan TikTok? TikTok kini memiliki 1 billion pengguna aktif.
Sehingga Januari 2022, ada 1 bilion pengguna bulanan aktif di TikTok.
Pengguna TikTok tonton video, secara purata; selama 850 minit dalam sebulan.
Tambahan lagi, TikTok ialah aplikasi paling popular dunia, yang dimuat turun bagi kedua-dua pengguna iOS dan Android pada tahun 2020 dan 2021. Kehebatan TikTok ini sangat signifikan, sehingga mengalahkan gergasi yang lain seperti Facebook, Instagram dan YouTube.
Pengguna TikTok tak takut untuk belanjakan duit. Menurut data Sensor Tower, secara global, TikTok ialah aplikasi bukan game yang menjana wang paling banyak pada Februari 2021; dengan $110 juta dibelanjakan oleh penggunanya.
Tak dinafikan ramai pengguna TikTok yang masih muda, yang mungkin kuasa belinya tak setinggi kuasa beli pengguna yang lebih dewasa.
Tapi kalau anda popular di TikTok dan bijak pilih produk yang menarik perhatian penonton, anda berpotensi untuk berjaya dengan affiliate marketing.
Perkara yang paling penting untuk dipertimbangkan ialah, pastikan produk yang anda ingin promosikan secara affliate itu; menarik kepada penonton di TikTok anda.
Jangan main pilih satu produk hanya kerana komisen tinggi. Misalnya penonton TikTok anda kebanyakan berumur 20-an, tentunya mereka tak tertarik untuk beli tongkat dan barang-barang yang diperlukan oleh orang tua.
Lebih baik promosikan produk fesyen, teknologi dan hiburan jika penonton anda masih muda.
Cara Buat Affiliate Marketing dengan TikTok
Affiliate marketing di TikTok berfungsi lebih kurang macam platform media sosial yang lain. Bezanya cuma platform sahaja.
Ada tiga (ada masanya empat) pihak yang terlibat dalam transaksi affiliate.
- Pengeluar produk – pihak yang menghasilkan produk untuk jualan dan buat keputusan untuk gunakan affiliate marketing sebagai model bisnes. Boleh jadi pengilang atau pekedai yang pilih affiliate marketing untuk jual stok produk yang ada.
- Rangkaian affiliate (jika ada) – berbanding berurusan dengan ejen affiliate secara terus, sesetengah pengeluar produk pilih untuk bekerja dengan rangkaian affiliate yang bertindak sebagai pihak orang tengah. Rangkaian ini akan kumpulkan senarai produk daripada pelbagai pengeluar produk dan seterusnya, menjalankan interaksi harian dengan ejen affiliate.
- Ejen affiliate – seseorang yang diminta untuk pasarkan produk kepada pengikut mereka. Dalam TikTok, tentunya ejen affiliate perlu pastikan video yang mengandungi barang yang ingin dipasarkan; sampai kepada penonton dan pengikut.
- Pengguna – seseorang yang membeli barangan yang dipromosikan oleh ejen affiliate.
Maksimakan Trafik Organik di TikTok
Nampak macam senang , kan? Tapi macam mana nak buat? Biasanya ejen affiliate yang power di TikTok akan guna beberapa cara. Paling senang ialah gunakan trafik organik video tikTok anda sebaiknya.
Dengan cara ni, anggap saja anda dah ada jumlah penonton yang agak baik dan kalau dapat, yang tertarik dengan video anda.
Jika anda dapat trafik organik yang baik,bagus juga kalau anda dapat bereksperimen dengan algoritma TikTok.
- Fokuskan pada niche
- Buat video pendek.
Tips : Boleh try guna FlexClip yang lengkap dengan ciri seperti AI Face Swap, AI Text To Speech dan AI Image To Image. - Pastikan beberapa saat terawal menarik perhatian
- Guna hashtag yang popular sebaiknya
- Gunakan audio yang sedang trending
- Pastikan caption kekal relavan dan menarik penonton
Kalau anda masih belum popular di TikTok, mungkin lebih baik tunggu dahulu sebelum jana duit melalui TikTok secara affiliate marketing. Jika anda masih ingin juga teruskan, anda perlu bergantung dengan trafik berbayar, supaya capaian penonton video TikTok akan lebih tinggi.
Pasarkan Kepada Trafik Organik Anda
Kebanyakan pengguna TikTok ialah Generasi Z, walaupun di sana ada penyokong yang terdiri daripada Millennials dan Generasi Alpha. Maka, anda perlu tunjukkan niche yang jelas di akaun TikTok anda. Seterusnya anda perlu buat dan kongsi video untuk memikat hati orang yang berminat dengan topik berkaitan niche yang anda pilih.
Kalau niche video anda fokus hal kecantikan, jangan pula masukkan produk memancing ikan. Memang tak kena tempat.
Generasi Z terkenal dengan tak menyukai iklan yang bersifat tradisional. Maksudnya iklan tipikal yang nampak sangat guna pendekatan hard-selling. Ketara sangat nak menjual.
Jadi, buatlah video yang boleh selit produk affliate yang nampak natural. Nak senang, pilih produk affiliate yang penonton niche anda akan guna. Secara ideal, produk yang diselit dalam video tu boleh masuk dengan fikiran dan minat penonton.
1. Letak Link pada Bio
Malangnya anda tak boleh letak link (yang boleh diklik) pada video atau caption TikTok. Jadi, perlu letak di bio profil TikTok anda supaya mudahkan bakal pembeli beli barang.
Namun ada beberapa keperluan yang TikTok tetapkan untuk letak link di bio.
- Tukar dari personal account kepada business account
- Dapatkan sekurang-kurangnya 1000 followers
2. Guna LinkTr.ee
Nak letak banyak affiliate link? Buat landing page di LinkTr.ee. Contohnya Mia Azhar seorang influencer dalam niche kecantikan dan gaya hidup wanita.
Ada macam-macam produk dia kongsi. Produk penjagaan wajah, alat solek dan minyak wangi.
3. Letak Link Akaun Media Sosial yang Lain
TikTok memudahkan anda membuat pautan ke beberapa akaun sosial anda yang lain. Caranya sama seperti menambahkan link ke profil anda, seperti yang kami terangkan di atas, dengan pergi ke profil ‘Me’ dan kemudian tekan butang Edit Profil.
TikTok sediakan ruang untuk anda memasukkan profil Instagram dan YouTube, menjadikannya lebih mudah untuk anda bawa orang melihat siaran dan promosi anda yang lain. Pautan ini muncul sebagai butang sosial pada profil anda.
4. Gunakan Kod Kupon
Pengeluar produk affiliate sering memberikan kod kupon yang boleh anda berikan kepada pengikut dan penonton anda.
Anda boleh menyebut perkara ini dalam video anda dan tulis caption berkaitannya. Walau bagaimanapun, pastikan anda menyebut apa-apa syarat yang mungkin ada, seperti produk yang terlibat, dan tarikh luput.
Biasanya kod ini juga disebut sebagai kod diskaun atau referal code untuk galakkan pembeli isi kod affiliate anda.
5. Nyatakan Link Anda
Jika anda dah dikenali sebagai pempengaruh atau dah dapat capai trafik yang tinggi di TikTok, pengeluar produk mungkin akan pertimbangkan untuk beli anda link istimewa.
Secara ideal, URL patut ditulis dalam ayat yang mudah diingat seperti https://www.companyname.com/yourname. Dengan cara ini, anda boleh sertakan link dalam video atau caption walaupun URL tak boleh klik dan bawa terus ke laman pembelian produk.
Setidaknya penonton tahu dan sedar tentang kewujudan URL anda.
Kesimpulan – TikTok Platform Berpotensi untuk Affiliate Marketing
Laburkan masa dan tenaga anda untuk terokai TikTok. Ada banyak cara untuk pastikan pengguna TikTok nampak video anda.
Semoga usaha anda jalankan affiliate marketing berhasil setelah baca perkongsian ini.
Nak kami kongsi affiliate marketing dekat platform apa pula? Boleh komen dan cadangkan.