Minat Nak Buat Bisnes Kosmetik? Ini Rahsia Yang Anda Perlu Tahu.

rahsia bisnes kosmetik

Anda peminat barangan kosmetik?

Anda mahu buat bisnes dengan menjual produk kosmetik?

Tetapi, di luar sana sudah ada banyak brand besar dan terkenal.

Anda sebagai newbie kena bersaing dengan jenama-jenama besar.

Malah, sekarang pun sudah banyak jenama baru yang muncul.

Boleh ke bersaing?

Sesuai ke buka bisnes begini?

Jika nak buka juga, macam mana nak bersaing?

Cara ketengahkan brand anda kepada prospek

  • Anda ada idea yang unik, menarik dan berbeza dengan brand lain yang ada di pasaran?
  • Anda sudah cari targeted customer? How to reach them? Facebook? Instagram? TikTok?
  • Adakah targeted customer anda tahu tentang brand kosmetik lain? Sejauh mana mereka tahu tentang makeup?
  • Adakah anda tahu trend yang sedang berkembang dalam dunia kosmetik?
  • Adakah anda ikuti perkembangan semasa dalam dunia kosmetik?
  • Adakah anda berani untuk mencuba idea baru? Berani dikecam dan dikritik?

Trend

Sebelum anda membuat keputusan untuk keluarkan sesuatu produk, anda perlu tahu trend semasa dalam dunia kosmetik.

Bacalah artikel tentang kosmetik.

Anda juga perlu follow akaun media sosial influencer, pesaing bisnes dan blogger.

Ketahui lifestyle mereka.

Targeted Customer

Kepada siapa anda mahu menjual?

  • Customer berumur 35 tahun ke atas yang mempunyai masalah kulit kering?
  • Customer yang berumur 15 tahun hingga 26 tahun? Mahu guna bahan-bahan yang gentle untuk kulit.
  • Customer yang mencari produk yang eksklusif, rare dan susah didapati di satu-satu kawasan?
  • Customer yang pentingkan kualiti, design yang cantik dan sukakan kemewahan?
  •  Customer yang mencari produk chemical-free dan organik?

Seperti biasa ketika berbisnes, branding itu sangat penting. Cara packaging, logo dan website menentukan nilai brand anda.

Make, manufacture or white label?

Produk kecantikan seperti lip balm, pencuci muka dan sabun mandian adalah antara produk yang senang dibuat di rumah.

Tetapi ingat, kena test dahulu sebelum guna.

Dan pastikan juga anda catat segala proses yang anda buat itu.

Jadi, taklah anda terlupa formula yang digunakan.

Bukan apa, risau pula produk tak sama kualiti nanti.

Dan yang paling ditakuti, boleh membahayakan para pengguna.

Walaupun anda hanya membuat sabun di rumah, pastikan anda follow semua regulation ya!

Manufacture

Baiklah. Perkara ini merujuk kepada produk yang mana formulasinya baru sahaja dicipta oleh pakar.

Contohnya, ahli kimia.

Founder produk seeloknya dapatkan nasihat daripada ahli kimia yang bertauliah sebelum buat sesuatu produk.

Proses pembuatannya perlu dihasilkan di kilang.

Kadang-kadang, brand yang terkenal sudah ada kilangnya sendiri.

Tetapi, kalau brand yang sedang-sedang, yang belum mampu ada kilang sendiri ini, mereka akan produce produk di dalam satu kilang yang sama dengan produk-produk lain.

Dan, tentulah produk lain itu barangan kosmetik juga.

White label

White label ataupun private label dalam dunia kosmetik ini merujuk kepada produk yang dibuat di kilang.

Kemudian, ia dibeli secara pukal. Kemudian, packaging diletak mengikut jenama pembeli tadi.

Senang cerita macam ini, anda ambil produk ini di kilang dan letak jenama sendiri.

Produk anda mungkin akan sama dengan jenama-jenama lain di luar sana kerana mereka juga ambil di kilang yang sama.

Cuma yang bezanya adalah packaging dan pemasaran.

White label adalah pilihan terbaik jika anda mahu ketengahkan konsep yang unik, gah dan comel seperti tema unicorn dan princess.

Biasanya remaja dan orang-orang muda sukakan benda yang kiut-miut macam ini kan?

Packaging pun pilih yang temanya ala-ala magik dan fantasi.

Biasanya, jika anda memilih produk white label, sebenarnya anda lebih mementingkan konsep dan branding berbanding dengan produk itu sendiri.

Maksudnya, anda tidak kisah jika warna gincu yang anda launch itu sama dengan brand lain.

Yang penting, packaging anda comel!

Tetapi, memang tidak dapat dinafikan, ada sahaja customer yang suka dan lebih tertarik pada packaging cantik, walaupun hakikatnya warna gincu itu sudah berlambak di pasaran.

Re-sell

Anda tidak mahu pening fikirkan tentang produksi, formulasi dan kilang?

Tak mengapa. Anda juga boleh jual brand orang lain. Anda boleh jadi dropshipper ataupun ejen.

Tetapi, walaupun anda seorang dropshipper mahupun ejen, anda perlu buat research juga tau!

Macam saya kata tadi, tanya dahulu soalan-soalan ini pada diri:-

  • Nak jual produk local atau luar negara?
  • Produk natural dan organik?
  • Jenis kulit customer, sensitif atau normal?
  • Siapa pesaing?
  • Targeted customer dah cari?
  • Kos yuran pendaftaran dan postage?

Manufacturing Cosmetic

Baiklah. Katakanlah anda pilih untuk jadi founder dan mahu cipta produk sendiri. Anda perlu ikut guidelines yang betul. .

Bahan dan formulasi

Pastikan ingredients yang anda tulis dan claim pada packaging adalah yang betul-betul anda gunakan.

Sebaiknya anda pastikan perkara ini:-

  • Adakah bahan yang anda gunakan itu diiktiraf dan selamat?
  • Adakah bahannya natural?
  • Apakah bahan pengawet yang anda guna?
  • Adakah produk anda organik? Sila pastikan supplier proses bahan-bahan tersebut dengan betul mengikut prosedur.
  •  Adakah kilang tempat membuat produk anda bersih dan diiktiraf?

Packaging

Bercerita bab packaging ini, kenapa semua nak yang cantik dan comel je? Penting ke?

Mari kita lihat kepentingannya:-

  • Packaging mewakili brand anda. Ada identiti.
  • Packaging yang bagus dan berkualiti boleh protect produk anda seperti eyeshadow dan bedak daripada bocor dan pecah.
  • Memberi maklumat kepada pengguna seperti bahan-bahan yang digunakan, expiry date dan cara guna produk.
  • Jika mahu pos produk tersebut, balut tebal-tebal dengan bubble wrap.

Packaging sangat penting tau.

Kena test betul-betul.

Anda boleh kehilangan customer kalau anda tidak jaga kualiti packaging.

Inventori

Baik. Bawah sub-topik ini, saya akan cerita tentang penjagaan kualiti produk.

Jika anda produce produk organik dan natural, kebiasaannya bahan yang digunakan tidak tahan lama.

Jadinya, anda kena produce dan buat packaging yang saiznya kecil sahaja.

Kalau anda dropshipper atau ejen, pegang stok dalam kuantiti yang sikit.

Bahan yang natural dan organik ini jangka hayatnya tidak lama walaupun penutupnya masih belum dibuka.

Lebih baik jika anda kerap membeli berbanding beli dalam kuantiti yang banyak sekaligus.

Pastikan produk anda disimpan di tempat yang betul.

Elakkan tempat yang panas, bawah cahaya matahari dan kawasan lembap.

Anda boleh pasang penyaman udara di dalam stor penyimpanan produk.

Kalau stor anda panas nanti cair pula gincu tu. Hehe.

Susun atur produk anda dengan kemas dan teratur.

Label elok-elok dan pastikan tulisannya juga senang dibaca.

Bangunkan kedai online

Sekarang customer suka shopping online.

Jadi, anda perlu cipta platform untuk mereka.

Pilih beberapa platform yang anda rasa ada potensi seperti website, Instagram dan Facebook.

Jangan lupa letak deskripsi produk. Ini penting!

Ia membantu customer lebih faham tentang produk tersebut dan tidak berlaku salah faham.

Gambar yang jelas dan besar juga penting. Guna background putih dan clean.

Biasanya kalau anda jual gincu, antara masalah yang customer hadapi ialah mereka tidak dapat bezakan warna gincu tersebut.

Jadi, untuk elakkan kekeliruan, anda boleh cuba rakam video tutorial ataupun calit gincu itu di tangan. Biar mereka buat perbandingan.

Pemasaran

Industri kosmetik ialah salah satu bisnes yang paling mencabar.

Ada banyak pesaing di luar sana.

Nasihat saya jika anda baru sahaja bermula, pilih satu niche dahulu.

Anda nak fokus apa dulu? Gincu? Eyeshadow? Skincare?

Pilih satu sahaja dahulu untuk kurangkan persaingan.

Audien anda mungkin kecil sahaja tetapi anda mudah untuk dikenali.

Kesimpulan

1,2,3 go!

Ini adalah masanya untuk anda jual produk kosmetik!

Anda rasa takut? Rasa tak yakin?

Tak ada apa-apalah. Itu perkara biasa.

Bisnes ini memang satu benda yang scary.

Tetapi kita kena lawan dan berani keluar daripada comfort zone.

Belajar dan terus sedut ilmu bisnes. Dengar nasihat mentor dan orang yang berpengalaman.

Saya yakin, berkat usaha dan doa, anda pasti berjaya!

Orang yang berjaya ini suka bertanya.

Apa kata anda drop soalan di ruangan komen. Nanti saya akan jawab.

Share this!

Picture of HAFIZ AZMAN

HAFIZ AZMAN

Blogpreneur at Dropship Kartel & Kartel Digital. Sometimes jadi consultant dan coach untuk bidang Digital Marketing, Online Business, dan eCommerce.

PANDUAN PERCUMA

6 Figure Blogging Gameplan eCover

KETAHUI GAMEPLAN SAYA BUAT INCOME 6-ANGKA DARI BLOG!

Dapatkan eBook eksklusif yang mengandungi ‘failed-proof’ gameplan untuk anda mula bisnes online from scratch, dan direka khusus untuk anda yang busy tapi nak buat side income online.

Ia adalah hasil dari pengalaman, pembelajaran, dan eksperimen bertahun, sehingga saya boleh buat income dengan konsisten, 100 peratus online, secara seorang diri.

CASE STUDY EKSKLUSIF (FREE)

Rahsia Bagaimana En. Amir Hasilkan RM250k Dari Dropship Dalam Masa Sebulan!

Isi nama dan email untuk saya hantar ebook ini.
CASE STUDY EKSKLUSIF (FREE)

Rahsia Bagaimana En. Amir Hasilkan RM250k Dari Dropship Dalam Masa Sebulan!

Isi nama dan email untuk saya hantar ebook ini.