15 Produk Trending Untuk Dijual Online Pada Tahun 2022

Tahun 2022, dah makin mudah nak jual dekat platform online. Pilih saja platform yang korang rasa senang nak jaga.

Tapi dah tau ke produk apa yang nak dijual tu? Nak pilih produk paling senang dan laku?

Ada 15 produk yang tengah trending untuk tahun 2022. 

Jom tengok dulu produk-produk yang mendapat permintaan tinggi dan gerenti ada pembeli.

1. Buku atau e-book

Di Amerika Syarikat buku kebanyakan orang masih membaca ialah untuk kepuasan pembacanya. 

Sumber: https://www.statista.com/topics/1177/book-market/#topicHeader__wrapper

Jualan buku fizikal (bercetak) masih mendahului e-book. Walaupun kita dah merentasi revolusi industri 4.0, buku masih relevan dan bertahan dalam pasaran.

Dalam satu kajian, di Malaysia, buku antara barang yang kerap dibeli secara online.

Sumber: https://academicjournals.org/journal/AJBM/article-full-text-pdf/C8E94CD29652

2. Komputer

Global order growth (YOY): 609%

The new norm tak dapat dipisahkan dengan teknologi. 

Kebanyakan pejabat pun buat rotation untuk work from home.

Pelajar peringkat sekolah dan universiti pun belajar online je sekarang.

Maka permintaan terhadap kelengkapan bekerja atau belajar dari rumah pun meningkat.

Sumber: https://www.researchandmarkets.com/reports/5238063/computers-global-market-report-2021-covid-19 

Komputer bukan saja laptop dan desktop, segala aksesori berkaitan pun jadi rebutan.

Namun keperluan setiap niche pelanggan berbeza.

Para ibu bapa semestinya cuba nak jimat, mereka lebih berminat dengan komputer yang basic yang lebih murah dan jimat. Sekadar sesuai untuk anak-anak belajar.

Gamers, pereka grafik dan pelajar grafik pula memerlukan RAM & graphic card yang sesuai untuk sokong game/software tertentu.

Cari dan kaji niche pelanggan sebelum kaut untung yang lumayan. Setiap niche ada keperluan tersendiri.

Dalam Google Trend, carian computer boleh dikatakan tinggi dan corak carian ini agak konsisten.

Sumber: https://trends.google.com/trends/explore?q=computer

3. Bedding

Beddings meliputi cadar, duvet, sarung bantal, selimut dan aksesori lain yang menjadi pelengkap tempat tidur.

Tidur yang cukup dan selesa juga memberi pengaruh kepada psikologi.

Selain menambahkan rasa selesa, pemilihan beddings ni juga beri nilai estetika. 

Hiasan yang menepati citarasa memberi hasil yang positif ketika berada di rumah.

Dah memang banyak habiskan masa dalam rumah, mestilah nak hias rumah paling cun! 

Orang sanggup keluar duit nak rasa kualiti premium.

Sember: https://www.researchandmarkets.com/reports/5322542/global-home-bedding-market-by-type-bed-linen#cat-pos-1

Carian bedding di Google agak stabil dalam setahun belakangan ini.

Sumber: https://trends.google.com/trends/explore?q=bedding

4. Storage box

Nampak simple tapi dengan ruang yang lebih kemas, kehidupan akan teratur. Amalan 5S sangat perlukan storage box untuk susun barang.

Barang-barang boleh diasingkan ikut fungsi, berapa kerap kita guna dan saiz barang kita nak simpan.

Bukan rumah je pakai benda ni, dekat pejabat, kedai dan sekolah pun perlukan juga.

Memang hot item storage box ni. Malaysia menduduki tangga ke-9 tertinggi dalam carian storage box di Google Trend.

Sumber: https://trends.google.com/trends/explore?q=storage%20box

5. False lashes

Tercari-cari produk kecantikan untuk dijual?

False eyelash ialah produk laku keras di Shopify, Google & AliExpress.

Harga pun dikira mampu milik untuk lengkapkan solekan para wanita.

Pasaran untuk false eyelash bernilai USD 1,377.28 juta pada tahun 2021 dan disasarkan akan cecah USD 2,046.61 juta menjelang tahun 2028.

Sumber: https://www.researchandmarkets.com/reports/5394033/false-eyelashes-market-forecast-to-2028-covid

Dalam Google Trend, cariannya tentang false lashes ini agak menarik untuk diperhatikan.

Sumber: https://trends.google.com/trends/explore?q=false%20lashes

6. Smart watch / fitness tracker

Kesihatan sememangnya penting. Peralatan macam smart watch atau fitness tracker pun dah makin banyak di pasaran.

Ciri-ciri penting untuk pantau tekanan darah, degupan jantung, dan kepekatan oksigen (SpO2), juga diperlukan untuk pemantauan pesakit Covid-19 yang dikuarantin di rumah.

Barang laku keras ini agak stabil cariannya menurut Google Trend.

Sumber: https://trends.google.com/trends/explore?q=%2Fm%2F0280wht

7. Pet food

Di Amerika Syarikat, ada peningkatan dalam statistik pemilik haiwan peliharaan.

Pada 2020, pet food ni la produk paling laris dalam kategori produk untuk haiwan peliharaan dan disasarkan kekal paling hangat hingga 2021.

Jualan pula dijangka akan cecah sekitar USD 44 bilion.

Carian di Google menunjukkan pet food antara carian yang hangat dibuat dalam setahun ini. 

Malaysia di kedudukan ke-11 dunia, untuk carian kata kunci pet food

Sumber: https://trends.google.com/trends/explore?q=pet%20food

8. Athleisure

Ini produk yang asalnya untuk kegiatan sukan tapi dah disesuaikan untuk keselesaan penggunanya.

Maksudnya, tak semestinya produk ini dipakai untuk tujuan sukan atau kegiatan fizikal yang lain.

Boleh saja pakai untuk apa-apa tujuan, sebab kuncinya ialah keselesaan.

Mesh shoes, yoga pants dan sweatshirts dah jadi satu fashion line yang dapat permintaan tinggi.

Jom tengok Google Trend untuk produk ni. 

Sumber: https://trends.google.com/trends/explore?q=athleisure

9. Air purifier

Disebabkan wabak Covid-19, masyarakat dah jadi lebih prihatin dengan kesihatan. Ramai sedia berbelanja untuk kesihatan dan kecantikan

Termasuklah keluar duit demi udara berkualiti. Air purifier ni ada banyak jenis untuk fungsi-fungsi tertentu. Antara ciri yang menarik perhatian, penapis jenis HVAC boleh tapis partikel yang sangat halus macam corona virus.

Untuk bekas pesakit Covid-19 pula, paru-paru mereka mengalami kecederaan dan jadi sensitif dengan kualiti udara.

Long Covid-19 syndrome ini mengambil masa yang lama untuk pulih dan antara cara untuk bantu proses pemulihan, gunakan air purifier untuk udara yang lebih bersih.

Di Google Trend pun, air purifier ni carian yang hangat sejak setahun lalu.

Sumber: https://trends.google.com/trends/explore?q=air%20purifier

10. Knitwear

Walaupun cuaca negara kita ni panas dan lembap, tapi fabrik knitwear ni sangat mendapat sambutan.

Kalau tengok di Shopee, FB atau IG Live, ada saja yang jual pakaian jenis knitwear ni.

Harga boleh semurah RM10 dan mampu milik. 

Di luar negara fabrik ni dapat sambutan ikut musim. 

Tapi Malaysia tak terhad dengan faktor musim. Carian ke-6 tertinggi di dunia. 

Sumber: https://trends.google.com/trends/explore?q=knitwear

11. Phone case

Jualan mobile phone meningkat setiap tahun. Kawasan Asia dikira sebagai pertumbuhan pasaran yang sederhana.

Tentu sekali jualan aksesori berkaitan dapat tempiasnya.

Aksesori seperti phone case bukan saja beri perlindungan, malah sebagai hiasan.

Harga yang murah juga antara faktor phone case mudah dijual dan dapat permintaan tinggi.

Sumber: https://trends.google.com/trends/explore?q=phone%20case

12. TWS (true wireless system) Earphone

Sekarang ni video conference dan online meeting dah jadi benda biasa. Tak pelik kalau TWS earphone dicari-cari pembeli online.


Beberapa tahun sebelum ni orang masih pakai wired earphone, tapi sekarang ni orang pakai TWS earphone je.

Teknologi ini juga murah dan mudah dihasilkan, jadi banyak TWS earphones dijual pada harga yang mampu milik. Bawah RM30 pun boleh dapat.

Malaysia jadi negara kedua tertinggi untuk carian wireless earphone.

Sumber: https://trends.google.com/trends/explore?q=wireless%20earphone

13. Peralatan cuci rumah

Ini niche yang evergreen. Sentiasa ada pembeli dan pembeli cenderung beli berkali-kali. Kerja pembersihan ni tak terhad untuk kegunaan rumah je, boleh jadi untuk pejabat, sekolah dan kedai.

Di media sosial juga ada komuniti yang minat dengan content pembersihan rumah.

Di TikTok ada #CleanTok yang kongsi video macam-macam peralatan dan bahan cucian. Video macam ni dah cecah 33.6 bilion tontonan.

Dalam kawasan Asia pun saiz pasaran untuk produk pembersihan rumah makin meningkat setiap tahun.

Sumber: https://www.fortunebusinessinsights.com/household-cleaning-products-market-103286

Walau corak carian di Google trend tak konsisten macam produk-produk lain yang ada dalam senarai ni, tapi produk pencucian rumah ni masih laris untuk tahun 2022.

Sumber: https://trends.google.com/trends/explore?q=household%20cleaning

14. Kerusi kerja

Purata waktu bekerja di Malaysia ialah 8 jam dengan 1 jam rehat. 

Bekerja di rumah pun nak kena selesa. Keselesaan ketika membuat kerja penting untuk produktiviti.

Mesti la nak duduk atas kerusi yang sedap.

Rekaan, material dan harga kerusi antara perkara yang orang pilih kalau nak beli kerusi kerja ni.

Alah membeli, menang memakai.

Serata dunia nak cari working chair. Malaysia tak terkecuali, siap tempat ke-7 dalam dunia lagi.

Tengok la data Google Trend ni.

Sumber: https://trends.google.com/trends/explore?q=working%20chair

15. Face mask

Walaupun negara kita memasuki fasa endemik pada 1 April 2022, tapi kita masih perlu pakai face mask di tempat awam.

Face mask pakai buang masih jadi hot item sejak wabak Covid-19 muncul.

Carian  Google Trend nampak je macam merosot tapi hakikatnya masih ada permintaan untuk pembelian online.

Sumber: https://www.marketsandmarkets.com/Market-Reports/face-mask-market-244623608.html

Walau fasa pandemik akan beransur tapi masyarakat dunia dah makin prihatin.

Kalau ada gejala penyakit berjangkit macam batuk dan selsema, mereka faham perlu pakai face mask untuk kawal jangkitan.

Kementerian Kesihatan Malaysia pun masih giat sebarkan peringatan untuk pakai face mask ketika fasa endemik nanti.

Sumber: https://www.mkn.gov.my/web/ms/2022/03/11/fasa-peralihan-endemik-pelitup-muka-masih-perlu-dipakai/

Kesimpulan – 15 Produk Trending Untuk Dijual Online Pada Tahun 2022

Ada tak antara 15 produk ni korang rasa senang nak jual?

Atau korang sebagai pembeli apa yang korang kerap beli secara online?

Cuba komen dan kongsi.

Share this!

Ainul Tajul

Ainul Tajul

Penulis kandungan sepenuh masa di Kartel Digital Sdn. Bhd. Berpengalaman sebagai pemasar digital, editor, pencipta kandungan, penulis iklan, pengurus acara, tutor, dan konsultan/auditor. Minat sains & teknologi, media sosial dan penulisan sastera kreatif.

PANDUAN PERCUMA

6 Figure Blogging Gameplan eCover

KETAHUI GAMEPLAN SAYA BUAT INCOME 6-ANGKA DARI BLOG!

Dapatkan eBook eksklusif yang mengandungi ‘failed-proof’ gameplan untuk anda mula bisnes online from scratch, dan direka khusus untuk anda yang busy tapi nak buat side income online.

Ia adalah hasil dari pengalaman, pembelajaran, dan eksperimen bertahun, sehingga saya boleh buat income dengan konsisten, 100 peratus online, secara seorang diri.

CASE STUDY EKSKLUSIF (FREE)

Rahsia Bagaimana En. Amir Hasilkan RM250k Dari Dropship Dalam Masa Sebulan!

Isi nama dan email untuk saya hantar ebook ini.
CASE STUDY EKSKLUSIF (FREE)

Rahsia Bagaimana En. Amir Hasilkan RM250k Dari Dropship Dalam Masa Sebulan!

Isi nama dan email untuk saya hantar ebook ini.